HANNAH berjalan ke arah dapur dimana uminya ralit memasak. Dan sambil senyum-senyum seorang diri? Jamal dicari, mana tahu abahnya ada juga namun tak lihat pula.
Bahu Zarina dicuit. Terperanjat wanita itu berpusing ke belakang dimana Hannah sedang tersengih kepadanya. Zarina urut dada. Seketika cuma kerana otaknya mula keliru untuk mengecam Hannah dan Jannah. Mana tau kut-kut Jannah pakai baju Hannah ke.
"Hanna ke ni?”
Hannah tergelak. "Ha, Hannah la umi. Siapa lagi? Takkan anak sendiri tak kenal?”
"Oh Hanna anak umi. Ha ya ya.” Zarina pura-pura ketawa. Nasib tak kantoi!
Hannah tak bau apa-apa yang mengesyaki pula dari uminya. "Umi, siapa yang duk bersembang dengan abah kat depan tu? Sekali imbas, macam pernah jumpa.”
Hannah memerah ingatan. Lelaki tua yang sedang berborak dengan Jamal seperti dia pernah lihat sebelum ini. Siapa ya?
"Terserempak saja kot, itu yang Hanna tak ingat. Dah dah Hanna pergi mandi, solat, masuk dalam bilik.” Ujar Zarina. Senyum penuh makna.
Hannah terkebil-kebil mendengar arahan itu. Sekali dirinya ditolak Zarina. Aii masuk dapur pun kena halau? Siapa suruh rehat dalam bilik? Pelik saja umi nya hari ini.
"Kak! Jom push rank.” Muncul Iqbal ingin memeluk kakaknya namun ditunjuk penumbuk oleh Hannah. Tak jadi la.
"Banyak la kau push rank. Eh Iqbal, kau mandi sungai ke mandi air longkang belakang rumah? Pergi mandi la busuk!” Marah Hannah.
Hannah terkenal dengan ketegasan dan sikap matangnya. Berbeza dengan si kakak kembar sorang tu, manja ,mengada, mulut laser dan menyakitkan hati tapi tak pelik kerana Jannah membesar didalam kehidupan mewah.
Iqbal muncung sedepa. "Itu pun nak marah...” Gumamnya
Hanya Zarina yang masih tersenyum kepada mereka.
"Dah jangan gaduh, tak elok. Kita ada tetamu kan. Adik makan dulu, dari pagi lagi tak makan.” Zarina menyambung kerja memasaknya.
Iqbal duduk dimeja makan. Digigit buah jambu yang terdapat disitu kedalam mulut selamba. Hanya menghantar langkah Hannah berjalan pergi dengan ekor mata.
"ARGHHH!!” Tak lama selepas itu terdengar seisi rumah dengan suara jeritan Hannah.
Iqbal terkebil-kebil. Zarina pula sudah menahan ketawa. Faham dengan jeritan itu.
"Umi, kenapa kakak tu?” Risau takut jadi apa-apa kepada Hannah, Iqbal berlari naik.
Jannah terkulat-kulat mendengar jeritan lantang dari orang yang memiliki raut seiras dengan nya... dan sekarang sudah ada didepan mata!
Hannah membulat mata. Terperanjat bukan kepalang lagi. Masuk bilik saja lihat ada orang. Muka serupa dengannya pula tu! Terketar tangannya memegang tombol pintu.
"Ha-Hannah?” Perlahan Jannah mendekat.
"Aw-awak si-siapa?” Ke aku tengah berdiri depan cermin ni? Merapu jauh Hannah didalam hati.
"Takkan la... Ohmygosh!” Iqbal yang baru tiba memasang muka over nya.
Ketiga-tiga beradik itu dalam kekeliruan. Kecuali Jannah yang tampak senyum tenang.
-.-
"Macam drama pula...” Monolog Iqbal tersengih ketika bersila dikaki Zarina.
Mereka semua berkumpul di ruang tamu itu. Kecuali Jannah dan Hannah. Iqbal hanya pasang telinga umi abahnya berbicara dengan lelaki yang dikenali sebentar tadi. Iaitu Pak Sudin.
-.-
Di dalam bilik...
Album tebal dibelek Hannah. Duduk bersila di atas katil sambil memandang album bersama Jannah.
"Ini Hanna masa umur 4 tahun.”
Jannah senyum melihat gambar-gambar lama yang ditunjukkan itu. Biar la tiada wajah dia didalam album keluarga ini, seperti yang diceritakan oleh Hannah.
Namanya sering menghidupkan kebahagiaan dan masih hidup hingga kini dirinya didalam rumah ini meski dia berada jauh. Itu sudah memadaikan hati Jannah.
Hannah merasa kekok ditenung Jannah. "Akak... tak terkejut?”
Jannah merebahkan badan keatas tilam sambil ketawa. "Tak terkejut sangat. Rindu akak pada keluarga ni lebih dari perasaan terkejut itu.”
Hannah mengulum senyum. "Macam tak percaya... akak pandang Hanna, Hanna pandang akak. Rasa macam tengok muka sendiri.”
Jannah mengiakan itu. Dia pun rasa hal yang sama. Seperti memandang pantulan imej sendiri didalam cermin.
"Hanna!”
Hannah menoleh. "Kenapa?”
Jannah menjuih mulut malas. "Akak taknak balik la! Nak tidur dengan adik tersayang!”
Dipeluk Hannah hingga gadis itu terkulat sendiri.
"Ehem ehem!” Iqbal dimuka pintu sudah memandang tak puas hati.
Jannah ketawa gembira. "Lupa adik akak yang hensem ni. Mari sini.”
Jannah mendepakan tangannya. Berpelukan tiga beradik itu. Sesaat...
"Iqbal kau tak mandi lagi!” Lantang Hannah sudah keluar singanya.
Iqbal mengekek suka. Jannah ikut sama senyum.
'Ahh... happynya kat sini!’ Desis Jannah.
*******
Didalam kereta... (perjalanan pulang ke rumah)
Pak Sudin mengerling ke arah Jannah yang tertiduran diseat belakang. Letih mungkin.
Setelah dipujuk Zarina, akhirnya Jannah berlembut jua mahu pulang terlebih dahulu. Takkan la dia nak hilangkan diri dan buat keluarga angkatnya risau tercari-carikan dia. Banyak urusan yang perlu dia selesaikan dibandar meskipun berat mahu meninggalkan kembali keluarga asal dikampung.
Sesampai saja diperkarangan perumahan itu. Pak Sudin memakirkan kereta. Pintu kereta belakang dibuka untuk kejutkan gadis itu yang masih nyenyak.
"Jannah! Nak... bangun la. Dah tengah malam ni. Nanti ayah pula kena marah dengan Tuan Megat.” Gelisah Pak Sudin disitu.
Jam ditangan tak henti dijeling dari tadi. Jannah ni mati keras dalam kereta ke? Tidur mati gamaknya, tidur pun bukan main ganas. Tak cover noh! Kaki duk atas, kepala duk bawah. Siap berdengkur lagi.
Astaga anak dara ni. Geleng kepala Pak Sudin tengok perangai tak semengah Jannah.
"Kenapa ni Pak Sudin? Eh!” Muncul Farid dari belakang. Hampir bulat mata melihat Jannah turut ada disitu.
"Eh Farid? Tak tidur lagi?” Gemuruh Pak Sudin.
Tanpa berfikir panjang terus saja Farid mencempung Jannah. Gadis itu pula nyenyak hingga tak sedar langsung keadaan di realiti.
"Fa-farid? Nak bawa mana?” Pak Sudin memandang runsing Farid yang berjalan masuk.
Sempat Farid melempar senyum hambar. "Biar saya bawa masuk.”
Akhirnya Pak Sudin hanya membiarkan saja. Esok saja la dia berterus terang kepada keluarga majikannya.
-.-
Jannah diletakkan berhati-hati ke atas katil. Selamat adiknya Farah sedang tidur mati juga. Tas tangan gadis itu diletak ke atas meja solek.
Farid masih berdiri membatu disitu. Direnung wajah yang suka bermake up, yang suka melawan, degil, keras kepala kepadanya. Siapa lagi kalau bukan Nur Jannah...
Teragak-agak tangan Farid ingin menanggalkan tudung dikepala Jannah. Gadis itu pula mengenakan banyak pin dan jarum, takut terluka pula jika dibiarkan.
Farid menghembus nafas kecil. Dia mahu tutup mata jadi tak terlihat la aurat rambut Jannah, tetapi kalau tersilap langkah mahu terjaga pula gadis itu.
Dah kalau terjaga Jannah, terang-terang Farah terbangun sama. Mati dia dituduh macam-macam!
Tudung selendang navy blue itu ditanggal berhati-hati. Bermula dari jarum.
5 minit berpeluh ketiaknya. Akhirnya tertanggal juga hijab Jannah akibat dibuat secara 'siput’.
Farid tertuduk dipermaidani. Acah-acah lap peluh didahi.
"Tak cukup oksigen aku... perempuan ni tak duduk diam betul!” Ngomel Farid. Pantas melempar pandangan ke arah lain. Tak mahu lihat aurat gadis itu lama-lama. Nanti lain pula jadinya!
Keesokkan harinya....
"Farah! Lambat lagi ke mandi tu?” Laung Jannah sambil menguap besar.
Tengah hari begini, berebut bilik air la dia dan Farah. Tapi hari ini Farah pula bernasib baik darinya kerna dia bangun lewat lima saat dari Farah.
"Ye, siap dah. Pergi masuk kak, busuk betul akak ni.” Muncul Farah yang sedang mengeringkan rambut basah.
Tuala doremon birunya diletak dibahu. Jannah sempat mencium ketiaknya sendiri. "Haah la. Tak pe biar ketiak busuk, jangan hati busuk. Cerhh...”
Gelak syaiton nya disambut gelakkan juga dari Farah. Buat hal betul kakaknya awal tengah hari.
-.-
"Kak Jannah! Jangan la tinggalkan Fara...” Rengek Farah.
"Fara sayang... kak Janna bukan jauh dari kita pun. Nanti ada masa lapang dia datang la lawat Fara kat sini.” Pujuk Zarina
Jannah jatuh kasihan pula kepada Farah yang terkenal dengan perangai manja itu. Tambah pula manjanya dengan Jannah, dan Jannah mahu pulang ke pangkuan keluarga asal. Sedih mahu menerima kenyataan tersebut.
Hari ini Pak Sudin dan Jannah sudah menceritakan segalanya kepada seluruh penghuni didalam rumah itu. Mulanya semestinya mereka terperanjat ,namun lama kelamaan Megat Zainal dan Kirana menerima dengan hati terbuka permintaan Jannah yang ingin tinggal bersama keluarga sebenar gadis itu.
Siapa mereka mahu menghalang?
Setelah berfikir-fikir, Jannah ketawa kecil. Dia ambil keputusan untuk luangkan beberapa hari disini. Setelah itu baru lah tinggal terus di kampung. Tapi itu tak bermakna dia sudah tak mahu datang langsung ke sini.
"Kalau macam tu, akak tinggal la sini dua tiga hari.”
Bersinar mata Farah. Tetapi dia tetap tak berpuas hati. "Dua tiga hari saja? Alaa akak tak payah la pindah kampung tu. Tinggal saja lah sini terus. Fara boring la tak ada kawan, akak saja la kawan Fara.”
Jannah menggaru kepala yang tak gatal. Hah sudah! Payah betul pujuk budak ni.
Farid dan Raykarl yang kebetulan lalu disitu terus menyampuk.
"Eh dik, adik si Raykarl kan ada. Boleh saja kau kawan dengan dia.” Kata Farid menunjuk ke arah Rissa yang sedang bermain telefon.
"Janna, jom keluar lepak? Nanti kau rindu la dengan suara aku ni?” Ajak Raykarl tersengih kepada Jannah.
"Mana?”
"Kat luar saja. Tepi kolam renang. Jom ah? Aku nak minta tolong kau record aku nyanyi.”
Jannah bangun dari duduknya dan berjalan beriringan Raykarl.
"Ek nak ikut juga!” Farah turut meninggalkan Farid yang berdiri tegak seperti tunggul disitu.
Farid mencebik. "Ceh... si Raykarl tu ingat aku akan jealous. Memang tak la. Tapi, ada la sikit.”
Farid tak perasan bebelannya didengari Rissa. Walaupun agak tergamam dengan gelakan Rissa, Farid pura-pura buat selamba.
"Kantoi bang...” Sakat Rissa tersengih-sengih
"Ishh kau ni!” Farid turut berjalan pergi.
Terkantoi! Farid menepuk dahinya sendiri.
******
Gsbanjsuhsjslkshhdnskskjnsnsn. Faham tk? Saya pun tk faham. Pendek kata, terima kasih sudi baca. Komen awak memberi senyuman buat saya. Ehehe, Sayang semua...(><)
Share this novel