JH 3 - Anak Angkat

Drama Series 10957

SUDIN berjalan masuk kedalam teres dua tingkat..melangkah ke ruang tamu dimana ramai orang berkumpul.

"Sudin! Sini la..lama pergi surau. Baru balik.?” Tanya Tan sri Megat Zainal kepada pemandu peribadinya. Merangkap driver keluarganya..

Sudin meletakkan kotak dihadapan Megat Zainal..jelas terkejut wajah mereka yang ada disitu.

"Anak siapa tu Din??” Soal Puan Sri Kirana

Sudin senyum sebaris.
"Saya jumpa kat hutan sana ..Tan Sri. Saya pun tak tahu anak siapa..” Ujar Sudin

Kirana yang mendukung anak lelaki nya..Megat Farid. Kirana berjalan kearah bayi didalam kotak..Megat Farid diberikan kepada suaminya.

Kirana tersenyum manis sambil mengambil Jannah ..diperhati wajah bayi comel didukungannya.

"Comelnya bang..kita jaga lah.” Kirana memandang berharap kepada Megat Zainal

Megat Zainal sebersalah melihat isterinya buat muka kesian macam tu..

"Puan Sri..Tan sri..Apa kata kita bawak Nur Jannah ni ke balai dulu. Kalau takde masih takde yang ambil dia..baru la betul Puan sri nak jaga bayi ni.” Terang Sudin hormat..tak mahu mengguris hati majikannya yang berhati mulia.

Kirana kembali senyum manis apabila mendengar jawapan dari Sudin.

"Boleh la bang..kita pun takde anak perempuan lagi. Lagi pun dah nampak sanggat mak ayah dia tak nak jaga budak ni.” Pujuk Kiranaa

Megat Zainal mengangguk .menurut karenah isterinya yg menginginkan anak perempuan..

"Aaa..thanks bang.” Kirana teruja mengambil Jannah dan Megat Farid..didukung kedua duannya sekali.berlalu pergi..

Megat zainal beralih memandang Sudin yang senyap tiba tiba..

"Duduk dulu Din. Kita borak borak..lagi pun saya bosan jugak.” Ujar Megat Zainal ramah. Dia sememang nya humble dengan pekerja nya terutama Sudin yang menjadi orang kepercayaannya.

"Din..esok kamu kemas kemas baju siap siap. Baju kamu la..” Kata Megat zainal

Sudin terkedu!
"Tan sri nak pecat saya ke??”

Megat zainal tergelak kecil.
"Merepek la kamu ni...saya nak kita bertolak lusa. Ada metting dengan Dato Syakir. Esok kamu uruskan tentang bayi perempuan tu..apa dah nama tak ingat.” Megat zainal berkerut muka mengingat kembali nama Jannah.

"Nur Jannah binti Jamal.” Celah Sudin tersenyum senang

"Haa Eh! Mana kamu tahu? Sampai nama ayah dia..” soal Megat zainal hairan

"Tu nama dia kat kotak. Tapi dia tak letak la pulak..borang borang penting.” Ujar Sudin

Megat Zainal mengerling sekilas kearah kotak didepannya..Ya memang ada nama.

Diam!

"Tan Sri..betul ke Tan sri nak jual rumah pusaka arwah ni.” Tanya Sudin berhati hati takut dicop penyibuk pula

Megat Zainal mengeluh halus.
"Ini jer..cara terbaik.” Balasnya

Sudin mengangguk faham. Mereka hanya akan singgah diteres pusaka itu jika ada masa lapang dan tiada kerja di pejabat.

16 tahun kemudian....

"Jannah! Farid! Farah! Mari turun makan..sejuk dah nasi goreng ni.” Laung Kirana dari tingkat bawah memanggil satu persatu nama anaknya.

Turun Jannah dan Farah berlari lari di tangga tergelak ketawa. Dua orang tu memang rapat..manakala Megat Farid orangnya sedikit pendiam.

"Heyy sayang..jangan berlari nanti jatuh! Dah besar panjang pun perangai macam budak.” Bebel Kirana menyendukkan nasi goreng di pinggan .

Jannah dan Farah kemas dengan bersiap untuk ke sekolah..Megat Zainal menyekolahkan anak anaknya disekolah yang sama ..senang!

Jannah dan Farah mencium serentak pipi Kira kanan kiri. Mereka ketawa suka..

"Amboiii happy nampak pagi ni..ada boyfriend ke sekolah..” Usik Kirana tersenyum senang tangan nya baru saja mahu menyenduk nasi ke pinggan Jannah tetapi ditahan..

"No Bonda! Biar Jannah buat sendiri..Bonda bukan orang gaji.” Jannah mengambil senduk ditangan Kirana sambil tersenyum manis.

Jannah dan Farah sememangnya popular disekolah mereka..Malah digilai ramai dengan paras rupa yang menawan. Jannah sentiasa manis dengan bertudung dikepala..manakala Farah santai freehair..Tetapi rambut panjang nya hitam cantik dilepaskan melepasi bahu.

"Kak... perli Fara eh. Malas layan dah lepas ni..” Kata Farah mula muncung

Jannah dan Kirana tergelak kecil. Jannah duduk disisi Farah yang seperti tak lalu makan..

"Oh my lovely sister..Kakak gurau jerlah dengan Bonda. Jangan terasa..lagi pun siapa la nak layan kakak ni selain Farah.” Jannah pura pura sedih

Farah segera merangkul manja leher Jannah.

"You too much Kak..” Farah tergelak kecil.

Mereka bersembang sembang hingga tak sedar jam sudah menginjak pukul 8:30 pagi..

Kirana mengerling jam yg melekat ditangan.

"Ohmygod! Dah lewat dah ni..Go go pergi sekolah! Kesian Pak sudin tunggu kat luar tu..” Arah Kirana lalu berlalu kedapur

Jannah dan Farah berpandang sesama sendiri..

"Ahhh!! Taknak sekolah..” Ngeluh mereka berdua serentak.

Memang begini lah rutin mereka setiap hari..katanya sekolah membosankan..takde yg best.

Megat Farid yang baru turun dari tangga tak hiraukan dua gadis yg sedang makan dimeja makan. Jejaka berbadan tegap itu berlalu keluar..kerna mereka bukan pergi sekali ke sekolah.

"Abang! Mari la makan dulu..Abang ni pergi sekolah pun segak bergaya, handsome,macho cuma satu la sombong!” Bodek Farah selamba semasa Megat Farid lalu disitu

Mata Megat farid terarah kepada Jannah yang tersenyum kearah nya..Farid pura pura memandang kearah lain.

"Kau makan la dik! Ajak makan pun macam ajak gaduh.” Balas Megat Farid selamba dengan muka bersahajanya keluar

"Ishh tak sporting langsung..Mujur ada Kakak ku Jannah yang cantik ,comel, anggun..” Puji Farah tersengih kepada Jannah

Jannah sudah mencebik. "Yea la tu..”

"Eh betul lahh!! Sampai separuh lelaki kat sekolah tu crush kat akak.” Balas Farah

"Yea yea jom la! Dah lewat ni nak masuk kelas.”

Mereka berjalan beriringan ke arah kereta Alpha hitam yg dipandu Sudin.

****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience