"Abang Karl... mana Tok Mah? Dah sejam dah kita tunggu..” Rungut Farah mengibas mukanya panas.
"Mana la aku tahu.” Jawap Raykarl matanya masih terarah kepada hp ditangan, kusyuk main game online.
Jannah menggeleng. Mukanya mula tersenyum lebar melihat tiga orang berjalan mendekati kereta mereka.
"Ha tuhh! Tok mah..”Tunjuk Jannah
Farah segera mendongak..tersenyum lebar melihat adik Nendanya
"Tok Mahh!!” Farah menerpa kepada Fatimah lalu dipeluk erat.
Fatimah tergelak kecil.
"Tak pernah berubah kan budak ni..,” Ujarnya. Fatimah terpandang seorang gadis tinggi lampai bertudung bersandar dikereta.
Jannah mencapai tangan Fatimah dicium sekilas.
"Assalamualikum Tok Mah.” Salam Jannah sopan.
"Ni la Jannah..Cantiknya tengok depan depan macam ni.” Fatimah memeluk Jannah teruja. Sebelum ni dia hanya mendengar cerita dari Nenda Aminah mengenai cucu angkatnya.
Jannah tersenyum. "Terima kasih Tok mah. Tok mah pun cantik..nampak muda lagi.” Balas Jannah
Fatimah tergelak kecil dipuji begitu. Fatimah baru perasan anaknya lelaki nya hanya memerhati..
"Ya Allah..lupa nak kenalkan. Ni anak TokMah, yang sulung ni Khalis.” Fatimah menunjukkan anaknya yg berbadan berisi.
Khalis melambai tangan sambil senyum mesra.
Jannah dan Farah hanya mengangguk tersengih..Raykarl pula menyimpan hp lalu bersalaman dengan Khalis.
"Ni pulak..Khai. Khai salam dengan Raykarl.” Arah Fatimah kepada lelaki yang kurus tinggi lampai.
Khai bersalam dengan Raykarl..
Khai hanya mengangguk kembali fokus pada game di hp. Memang kaki game lah diorang..
Khalis kira kira berumur 18 thn manakala Khai 17 .
Fatimah menggeleng..Nasib baik lah Khalis jenis peramah sikit jauh berbeza Khai yang dingin tak hiraukan orang.
*****
Ketika perjalanan pulang, dalam kereta....
Farah memandang keluar tingkap. Apabila lalu di Taman Permainan. Farah dan Jannah berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum lebar.
"Karl stop sini. Aku dengan Farah nak turun kat sini.” Pinta Jannah mengambil beg sandangnya dibahu.
Raykarl mengeluh lalu berhentikan kereta ditepi jalan. Jannah dan Farah segera tutun dengan muka teruja nya..mereka jarang ada masa lapang..jadi inilah masanya mahu amik angin.
Fatimah memandang hairan.
"Kenapa mereka nak turun sini, Raykarl?”
"Jalan jalan kat sini... Petang masa ni ramai la yang lepak.” Balas Raykarl tersenyum
"Ohh.” Fatimah angguk faham.
******
Jannah hanya membiarkan saja Farah yang dari tadi membebel, bebel biliknya diambil oleh Raja Rissa. Kerna bilik Rissa ada banyak yg perlu dibaiki.
"Tak guna betul punya sepupu! Macam la takde bilik lain dia nak guna..Bilik fara jugak dia gatal nak masuk. Tahu la bilik Fara tu cantik..geram betul la..bla bla bla..” Bebel Farah sambil tangan menyimpan pakaiannya dalam almari Jannah. Mereka berkongsi bilik..
Jannah tersenyum sendirian melayan whatApp dari gruop kelasnya. Farah melihat geram kearah Jannah..
"Akak! Dari tadi Fara bercakap..buat tak tahu jer..” Farah merebahkan diri diatas katil Queen itu.
"Akak tak tahu nak komen apa..” Jannah tergelak kecil melihat muka Farah masam.
******
Keesokkan harinya ketika disekolah...
Mereka semua bersekolah disekolah yg sama..Sekolah ternama kebanyakkan nya pelajar disitu anak bangsawan dan kerabat.
Jannah melilau berjalan di kawasan sekolah. Dia sebagai Pengerusi Keselamatan sentiasa mengawasi kawasan dalam sekolah supaya tiada pergaduhan dan buli.
"Sakit lah bdh !! Kau nak apa?!”
Jannah mencari arah suara itu. diintai belakang tandas lelaki. Terkejut gadis tinggi itu apabila melihat ada pembuli...
"Pahal dengan kau ni?! Lepas lah!” Herdik Megat Farid kepada sekumpulan pelajar lelaki pembuli yang sedang memegangnya.
"Macam mana ni? Nak tolong ke tak? Panggil Pengetua saja la.” Jannah cuak melihat Megat Farid dibuli. Dompet lelaki itu diselongkar habis..
Jannah berpaling ke belakang ..
"Nak lari mana?” Jannah tergamam apabila muncul tiga lelaki lain menghalang laluannya.
"Ikut aku masuk bilik disiplin! Kau ingat sekolah ni sekolah juvana?! Nak buli org suka hati..” Kata Jannah dingin cuba bertenang dan berani.
Tiga lelaki itu tertawakan Jannah.
"Gila perempuan ni..Kau siapa nak arah arah aku. Kalau pengetua pun aku sekali jentik jer..takut. Ini kan pulak kau..” Perli salah sorang dari mereka. Mereka dari keluarga orang kaya dan bangsawan..sebab itulah Pengetua sekolah itu hanya membiarkan saja.
Farid terkejut melihat Jannah turut ada disitu.
"Jannah! Kau buat apa kat sini?!” Jerit nya
Jannah menoleh ke arah Farid.
"Sa-saya nak periksa kawasan sekolah .” Tergagap gagap Jannah
Jannah berundur untuk lari tetapi dihalang oleh pelajar yang berbadan besar. Cuak jannah..
"Korang! pegang perempuan tu! Cantik jugak Pengawas kita ni..HAHAHA..” berselang seli dengan ketawa jahat pelajar yang sedikit sado, penampilan mereka tak payah cakap lah. Baju sekolah diconteng..Rambut serabai, rokok ditangan.
Jannah menjerit takut apabila dipeluk dari belakang oleh pelajar yg berbadan besar.
"Farid!! Tolong!” Teriak Jannah lantang. Ketakutan...
"TAK GUNA!! Lepas kan dia lah Bdh! Kau nak... kau amik lah duit aku!” Jerkah Farid
Mereka ketawa besar.
"Farid... buah hati mintak tolong tu. Pergi la selamatkan.” Kata Muaz sinis. Dia memang dah lama tak puas hati dengan Farid, kerna lelaki itu sentiasa menjadi pelajar top dan popular disekolah itu..
Farid mengetap gigi menahan amarah. mukanya merah padam melihat lelaki lelaki itu sentuh Jannah yang menangis.
"Kenapa tak boleh tolong, Megat Farid yang terkacak disekolah ni, dikagumi semua orang tapi nak tolong perempuan sorang pun tak boleh.” Bisik Muaz sinis ditelinga Farid
Farid merenung tajam Muaz didepannya.
"Tapi kau jangan menyesal.” Ujar Farid mengancam
Muaz tersengih perli lalu mengangkat kedua tangan ke udara.
"Bob! lepaskan dia.” Kata Muaz kepada lelaki yang memegang tangan Farid dari belakang.
Farid mengerling batang paip panjang yang tak jauh darinya.
'Tak berapa cerdik!’
Farid meluku kuat perut Bob lalu terlepas. Dicapai batang paip dengan pantas lalu memukul Muaz dan bob. Muaz berdarah kepala manakala yang lain dipukul dikaki.
Daz yang memegang Jannah mengetap gigi geram melihat kawannya dipukul teruk oleh Farid.
"Muaz!!” Jerit nya tetapi muaz tak sedarkan diri
Satu persatu tumbang. Dipukul kuat oleh Farid. Farid juga juara silat disekolah elit itu. Dia juga pantas mengelak.
Jannah ditolak kedinding. Daz mengeluarkan pisau lipatnya dipoket seluar.
Jannah hanya mampu melihat Farid dan Daz bergelut.
Daz melibas pisau nya ditangan Farid.. Megat farid berkerut menahan sakit
Jannah menutup mulut terkejut.
"Ya Allah..” Jannah berlari pergi dari situ
Daz tersenyum sinis.
farid mencapai kembali batang paip. Dia menguatkan pukulannya di perut Daz..Daz terjatuh perit
"Hoii !! Kenapa ni?? Sampai pukul pukul ni? Semua ikut saya masuk bilik disiplin. Tak kisah la sakit kaki ke, MASUK SEMUA!” Jerkah Pengetua marah yang datang bersama Jannah.
Jannah segera berlari kearah Farid membantu lelaki itu berdiri. Farid hanya membiarkan saja.
***********
Share this novel