"HAHh?! Diorang semua tu tinggal sini ! Ramai kot Bonda..tak kan semua.” Terjerit Farah apabila Kirana memberitahunya tentang hajat Nenda Aminah yang mahu keluarganya tinggal sekali..lagi pun Villa yang mereka tinggal sekarang milik Arwah Tok Ayah mereka.
"Berapa lama Bonda?” Soal Jannah bersahaja. Dia tak kisah pun kalau ramai ramai keluarga tinggal sekali..tapi dia kena pakai tudung selalu la.
"Entah la! Bonda pun tak tahu..alaa oky la baru meriah sikit rumah ni. Kan bang?” Kirana meminta sokongan Megat Zainal.
Megat Zainal hanya mengangguk..matanya masih memandang kaca tv.
"Alaa tapi Fara tak suka la si Rissa sombong tu tinggal sini.” Kata Farah sedikit kuat masih tak setuju
Nasib baik mereka hanya berempat bercakap dalam bilik bacaan Megat Zainal. Megat Farid pula tak ambil kisah pun..
Kirana bangun lalu memeluk bahu Farah erat..
"Sayang..Bonda tahu. Dalam hati anak bonda ni bersorak suka kan. Raykarl pun tinggal sini..” Usik kirana tersenyum melihat muka Farah berubah tomato
Jannah tergelak kecil
"Okay la fine! Jom akak kita keluar, boring la petang petang macam ni dduk rumah.” Ajak Farah menarik tangan Jannah supaya mengikutnya.
Biasanya petang petang mereka berdua akan jalan jalan ditaman permainan..Hanya berjalan kaki saja..dekat dengan Villa mereka. Taman permainan itu luas..boleh menempatkan kawasan permainan kanak anak, Padang bola sepak dan kedai kedai disebelah.
Kirana tersenyum melihat Farah yang susah mengalah. Degil degil pun dia tetap mengalah last last..
"Farah! Tunggu sini jap, akak nak ambil fon dalam bilik.” Jannah masuk semula kedalam bilik nya.
"Okyy.” Farah duduk sebentar di anak tangga.
Farah menjenguk kebawah apabila merasa ada orang berjalan menaiki tangga.
'Raykarl!! Ha sudah!’ Kalut Farah membetulkan rambutnya.
Ketika berselisih di tangga, langkah Raykarl terhenti.
"Nenda suruh kau dengan Jannah ikut aku ke airport..Jemput Tok Mah.” Terdengar suara sedikit garau itu bersahaja kepada Farah.
'Tapi aku baru nak jalan jalan dengan Kak jannah!’
Farah bangun mendadak bertentang mata dengan Raykarl.
'Ha sudah Gugup!’ Ngomelnya
Raykarl memandang nya bersahaja.. namun Farah sudah kecut perut.
'Jangan tenung sayang macam tu..abang oii. Nak terkencing dah ni tengok muka kacak dia.’ Gerutu Farah cuak. Susah apabila crushnya itu sepupunya sendiri.
"Er.. tak ada apa lah. Ok ok saya tunggu kat bawah..” Farah segera turun dari tangga. Fuh! tak cukup nafas apabila berada dekat dengan crush idamannya itu.
Raykarl geleng kecil.
Jannah yang baru keluar dari bilik terkejut terserempak dengan Raykarl.
"Karl, Farah mana.” Soal Jannah apabila tak melihat Farah.
"Kat bawah. Janna... kejap lagi kau dengan Farah ikut aku pergi airport boleh tak? Nenda suruh jemput someone.” Ujar Raykarl selamba.
Jannah dan Raykarl ..kalau berborak memang santai santai jer. Kalau dengan yang lain, Ada yang gugup, ada yang dingin jer bercakap dengan sepupu sendiri.
"Oh... baru nak keluar. Tak apa la, aku turun dulu.” Jannah turun menuju ke arah Farah yang memerhatinya bersembang dengan Raykarl.
Raykarl tersenyum nipis.
"Iqbal ! Panggil kak Hanna jap. Cakap Umi panggil!!” Laung Zarina di ruang tamu.
Muncul Hannah berjalan kearah Zarina. Lalu melabuhkan punggung disebelah Zarina.
"Kenapa Umi?”
Zarina tersenyum manis.
"Umi sakit kaki la Hanna..boleh tolong amik kan ubat dalam botol tu.” Zarina menunjukkan kearah botol ubat di rak kecil.
Hannah segera mengambil ubat lalu bersila dikaki Zarina..
Zarina menyelak sedikit kain supaya memudahkan Hannah mengurut betisnya. Hannah memang budak yang baik..tak suruh pun dia buat.
"Sakit lagi ke Umi?” Soal Hannah mengurut kaki Zarina.
"Atas sikit sayang..”
"Hannah tak nak masuk sekolah balik ke..sayang rasanya kalau tinggal macam tu jer.” Tanya Zarina berhati hati takut anak nya terasa
Hannah menarik senyum manis lalu menggeleng.
"Biar la Umi.. Hanna nak tolong Umi dengan abah jer sekarang. Lagi pun siapa nak jaga Umi kat rumah dengan sakit kaki nya kalau Hannah pergi sekolah.” Balas Hannah
"Umi tak kisah pun..Umi boleh jalan lagi. Tahun depan kan Hanna SPM. Nanti Umi bincang dengan Abah. Umi nak Hanna habiskan sekolah..” Kata zarina lembut
Hannah tersenyum lebar.
"Betul ke Umi? Thanks Umi..” Hannah bangun lalu memeluk Zarina.
Zarina tergelak kecil.
"Yea sama sama sayang.”
******************
Share this novel