JH 13

Drama Series 10957

DI perkarangan Klinik di garaj kereta..

Berjalan lima remaja itu bersama wajah kelat kearah kereta Proton Exora merah itu.

Raykarl dan Farid menjeling tiga gadis dihadapan mereka.

"Alaa bang, biar la kami balik sendiri dengan kereta Myvi tu. Kenapa nak ikut Abang Farid pulak?” Rungut Farah menunjuk protesnya setelah berdiam diri.

Hampir habis air liur Farid membebel kepada Farah dan Rissa. Jannah tak pula dia marah kerna sudah diterangkan bukan salah Jannah. Raykarl pula hambar saja, dia bukan risau sanggat..yang dia risau takutnya Mama papa nya marahkan dia. Tak jaga adik la..

Akibat rasa geram yang teramat. Kepala Farah diluku oleh Farid..

"Adehh! Sakitt lah!” Ringis Farah mengusap kepalanya.

Jannah pula tiada disitu..sementara mengangkat panggilan dari Kirana.

Rissa mendekati mereka bersama wajah serba salah. Tak dinafikan..rasa bersalah pada Farah, Jannah, Farid dan Abangnya kian menebal.

'Tak pasal-pasal Kak Farah pula kena marah.’ Ngomel gadis itu murung.

"Bang. Kak Farah dengan Kak Jannah tak salah..yang salahnya Adik ni. Adik cuma nak try saja rasa macam mana Tomyam Udang. Kawan-kawan adik cakap udang ni paling sedap bakar lepastu cicah dengan sambal. Yang ada letak belacan sikit-sikit tu..tak sangka pula pedas rupanya. sedap juga..tapi um nak buat macam mana kan, dah ada alahan. Adik cuba la cari kat google..macam mana nak lawan alahan ni. Tapi bila difikir balik..ada ke cara?” Celoteh Raja Rissa panjang sedepa penjelasan. Walau wajah masih muram mengenangkan kulitnya masih gatal dan merah walaupun sudah diberi ubat oleh doktor.

Raykarl yang mendengar olehan adik nya tersenyum sebaris. Bahu Rissa dilingkar. Lalu Raykarl memeluk adiknya dari sisi.

"Amenda la kau mengarut. Kau kalau menjawap memang lari dari topik asal.” Kutuk Raykarl bersahaja kepada Rissa

Rissa hanya diam tersengih.

Farid dan Farah pula sudah hilang meloloskan diri kedalam kereta. Jannah kembali kearah mereka setelah selesai urusannya.

Mata mencari-cari lagi dua beradik. Dua beradik lagi tengah berkasih sayang kat luar kereta.

"Aikk mana lagi dua orang tu?” Soal Jannah hairan.

Raykarl menoleh.
"Tu dalam kereta. Main fon la tu..” Balasnya

"Main fon. Penat melayan korang berdua ni. Ni Karl. Kau cakap kat Farid, aku balik dengan kereta Myvi. Korang balik dulu sebab aku takkan nak tinggal kereta legend aku tu sendirian kat situ.” Pesan Jannah kepada Raykarl. Berlari anak menuju kearah kereta Myvi yang tak jauh dari situ.

Raykarl mengangguk..tak sempat berkata membalas. Laju sanggat gadis tinggi itu bercakap. Macam Mira Filzah pun ada..
. .
. .
Setibanya mereka dirumah. Farah mendahului mereka masuk dengan tangan penuh dijinjit dengan bag plastik makanan yg dibeli di pasar.

Farid menggeleng kepala.

"Jangan dibuat bini adik aku tu. Berlari kalah tarzan. Kebulur 48 jam..habis beras la kau kahwin dengan dia.” Farid membisik ditelinga Raykarl.

Raykarl tersenyum
"Kau pun jangan teringin nak jadikan Jannah bini. Tak kena taste lelaki Megat Farid kan.” Balas Raykarl turut berbisik.

Senyuman mengusik Raykarl terus mati. Farid hanya memandang kosong Raykarl yang berjalan masuk meninggalkannya bersama ketawa kecil. Entah ketawa jenis bagaimana sepupunya itu...tetapi kedengaran seperti ketawa perli pun ada.

Farid terdiam sejenak. Langkah juga turut terhenti.

Jannah? Mana dia?

Baru dia teringat. Jannah pulang sendirian. Walaupun menaiki kereta, tetap bahaya. Gelap malam pula tu, Jannah seorang gadis...entah mengapa walaupun gadis itu tak pernah buat masalah,tetapi dia sebagai abang, menjadi tanggungjawap dia menjaga yang lain. Ditambah pula orang tuanya yg lain tiada dirumah.

Jantung berdetak laju. Seketika Farid berdiri dengan keadaan bingung, terkaku tanpa bergerak. Dadanya berdebar-debar, hal-hal negatif terbayang dilihar mata.

'Aku ni over risau ke? Eyh tapi memang la kena risau. Dah la anak kesayangan Ayahanda, kalau jadi apa-apa kat Jannah tak ke mati aku!’ Monolog Farid. Sebenarnya dia masih berfikir-fikir untuk rehat dalam bilik atau pergi cari Jannah.

"Ehem!”

Farid tersentak bahunya dicuit. Terkebil kebil menoleh kebelakang. Hilang lamunannya sentar tadi melihat Jannah tersenyum mekar kepadanya.

Terpana. Senyum yang jarang diberikan kepadanya. Selalunya dia dan Jannah memang tak boleh duduk berduaan, ada saja mahu dipersalahkan.

Jannah mengawang-awang tangannya dihadapan muka Farid. Jejaka itu sekali lagi tersentak. Riak muka diperbetulkan, mengawal malu tenung anak orang.

"Asal kau berdiri tegak kat sini? Nak jadi kadet askar ke pula?” Selamba biawak Jannah menegur.

Farid ketawa kecil yang dibuat-buat. Bertentang mata dengan gadis didepannya.

"Kalau aku jadi askar. Dah lama kau dengan Farah makan senapang aku. Ni pun mujur iman aku kuat lagi, sia sia bunuh kau orang.” Ujar Farid tenang. Acah macho tenang.

Jannah mencebik bibir. Menjeling Farid sekilas. Mengejek Farid yang sombong itu. Faham sangat dengan maksud perlian Farid itu.

"Alah, kau ni pun tak habis lagi. Dah lepas tu biar jerlah lepas, lagi pun bukan salah aku sepenuhnya. Rissa dah bagitahukan, dia nak try sekali je udang tu. Cuba la faham sikit, kalau kau kan, kau teringin nak makan something tu...tapi tak boleh, lepastu orang perempuan ni mana boleh ada makanan depan mata. Tak payah ah nak besar-besarkan, perli la apa.” Tukas Jannah berbaur rajuk. Walhal walaupun bukan dirinya yg kena marah. Sempat menjeling kepada Farid.

Farid mengulum senyum. Menyembunyikan tawa.
"Aku perli sepatah. Kau balas sepuluh patah. Betul la orang tua-tua kata, orang perempuan selalu menang.” Usai berkata demikian Farid mengatur langkah kedalam pintu utama yang dari tadi terbuka luas.

Meninggalkan Jannah yang terkulat-kulat disitu.

'What the fish? Ahh!’ Jannah mengatur langkah bersama wajah masam mencuka dan hentakkan kaki.

Dua-dua spesis taknak kalah.
. .
. .
Di Kampung..

Kirana mengengsot punggung mendekat kearah Megat Zainal yang bersandar dikepala katil. Masih ralit dengan Yasin kecil ditangan.

"You!” Panggil Kirana

"Hmh.” Gumam Megat Zainal singkat mengerling isterinya. Sebelum menghadap Yasin semula.

Kirana menggeleng kepala melihat suaminya masih kusyuk.

"You! Stop la kejap baca tu. I nak cakap.” Tangan menepuk paha Megat Zainal.

Megat Zainal mengeluh kecil. Haih takleh la tak layan. Cermin mata dan Yasin diletakkan diatas meja kecil disisi katil Queen itu. Mula berpaling kepada Kirana.

"Iya, cakap la. I dengar.” Balas Megat Zainal. Dipandang Kirana yang serius mimiknya.

"You pernah terfikir tak, mengenai keluarga kandung Jannah?” Kirana menanti respon suaminya.

Hembusan nafas kedengaran. Tubuh disandarkan dikepala katil.

"Kenapa, You teringin nak jumpa ke?” Megat Zainal menyoal kembali tanpa membalas pertanyaan Kirana.

Kirana mendengus kecil. Kita tanya dia, dia tanya kita. Sampai bila nak tahu jawapan.

"Tak ada la. Cuma I kesiankan Jannah, hari-hari dia minta Sudin bawakan dia ke tempat yang Sudin jumpa dia dulu. Siapa taknak jumpa family kan. Bertahun tak jumpa dengan keluarga kandung, kita pun tak berusaha nak tolong Jannah cari keluarga dia.” Kirana meluahkan rasa yang sudah lama berbuku dihati. Cara percakapannya seperti berbincang secara baik dan meminta pendapat.

Megat Zainal terdiam sejenak. Batang hidung mancung nya diurut-urut. Berfikir fikir apa yang isterinya katakan. Otaknya menyetujui, Ada betul juga yang dikatakan Kirana. Dia dan Kirana sejak dahulu lagi seperti kurang ambil tahu tentang perasaan Jannah yang mungkin meronta-ronta menginginkan berjumpa keluarga kandung. Diluar Jannah seperti ceria, tenang bahagia...tetapi dalam hati gadis itu tak ada siapa tahu bukan?

"Hrmm. Jadi You nak cari family dia? Atau nak I upah orang cari?” Megat Zainal mula serius

Kirana tersandar lemah.
"I don’t know why. Tapi hati I berat nak lepaskan Jannah. You pun tahu kan? I sayangkan dia dah macam anak sendiri. Hati ibu mana tak sedih.” Lirih sekali ucapan yang keluar dari mulut Kirana.

Megat Zainal meraih tangan isterinya.

"I tahu you akan bersedih bila masa tu tiba, malah bukan You seorang anggap Jannah sebahagian dari keluarga kita. Tapi kita tak boleh selfish... jangan pentingkan diri. Kalau kita tak bagi Jannah bertemu dengan keluarga dia, macam mana pula dengan family dia? Dia orang pun mungkin lebih sedih, kehilangan anak kandung masa anak masih kecil. At least kita masih ada anak-anak keluarga, tapi diorang?” Megat Zainal lebih memilih pujukan secara lembut kepada isterinya. Merenangkan satu persatu buat Kirana mengerti.

Walaupun dia pun tak kenal siapa keluarga kandung anak angkatnya itu, tetapi dia yakin mereka pasti sentiasa bersedih. Ibubapa mana tergamak buang anak, tengah-tengah malam..dekat hutan pula tu. Dengan keadaan Jannah ketika itu kelaparan menangis menginginkan susu Ibunya. Kuasa Allah..Sudin dipertemukan dengan bayi kecil .

Entah kali keberapa keluhan terbit dibibir Kirana. Mula membayangkan bagaimana saat-saat Jannah kembali pada keluarga asalnya. Sebak. Pilu. Sedih. Semuanya hadir awal dihatinya sebelum perkara itu terjadi.

"I rasa Sudin dapat bantu.” Setelah berdiam lama. Akhirnya Kirana bersuara...

Megat Zainal mengangguk.

"Sepanjang kita kahwin, ni first time I setuju dengan idea You.” Ujarnya
. .
. .

Hi. Assalamulikum semua. Takde lah! Enjoy reading...sikit jerlah malam ni. Otak beku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience