"Okey ready, Karl?” Jannah bersiap sedia untuk merakam nyanyian Raykarl yang memegang gitar.
Farah tersenyum-senyum disebelah.
"Tapi lagu apa kau nak nyanyi?”
Raykarl berfikir-fikir. Akhirnya terlintas juga sebuah lagu yang diingatnya. Lagu bertajuk 'Love Is Gone’ nyanyian Dylan Mattew & Slander tetapi dicover oleh Raja Raykarl.
Farah terpaku. Mata tak lepas dari memandang seraut kacak pujaan dalam diamnya. Rasanya sudah bertahun dia menyimpan perasan pada Raykarl. Entah lelaki itu punya perasaan yang sama atau tak.
Jannah merakam kusyuk. Apa yang dibebel tak dihiraukan Raykarl dan Farah.
"Karl, ada awek kata kau mat jiwang kesunyian. Bukan main menjiwang karat lagi lagu kau.” Sampuk Farid yang sedang tahan saja telinga mendengar gelak syaiton Jannah disebelahnya.
Farid sembunyi senyum memandang Jannah. 'Gelak macam hantu kebaya perempuan ni. Gelak la sampai puas, bila kau dapat tahu aku pernah tanggalkan tudung kau, ha masa tu bagi aku pula nak gelak sampai pecah perut.’
Lagu yang sekerat dinyanyikan itu terhenti. Raykarl mula menahan muka tak puas hati. "Kurang asam perempuan ni. Janna yang kau pergi LIVE ni kenapa giler! Aku suruh record macam biasa saja lah. Tutup la wei...” Diperlahan volume suara memandangkan orang diluar sana juga sedang melihatnya sekarang. Gitar diberi kejap kepada Farah meminta gadis itu pegang.
Namun Jannah tak hiraukan rayuan itu. Masih tergelak membaca setiap komen-komen. "Abang main gitar tu mesti baru lepas berak dengan girlfriend kan. Adik boleh jadi pengganti.”
Kali ini Farid tumpang sekaki gelak. "Break up la budak.”
Puas ketawa, Jannah menutup telefonnya. Dipandang Raykarl yang sudah senyap. Serba salah pula dia.
"Karl, kau betul-betul tengah broken ke ni? Aku tak tahu pula kau dah ada girlfriend.” Kata Jannah mula serius.
Kepala Jannah diluku Farid. Gadis itu membalas dengan jelingan maut.
Raykarl ketawa kecil. Riaknya masih tenang. "Fara... jadi awek aku? Nak? Taknak tak pe.”
Terpinga-pinga Farah mendengar itu. Benarkah apa yang didengar dua saat yang lalu? Raykarl punya perasaan yang samakah?
Diam. Keadaan masing-masing tiba-tiba sepi.
"Aiseyman, kau melamar tak tengok kiri kanan Karl. Tak nampak ke abang dia bernyawa lagi ni. Kakak dia terpacak depan ni lagi.” Amaran halus dari Jannah. Bukan apa, dia takut Farah dipermainkan walaupun dia rapat dengan Raykarl. Lagipula mereka masih dalam umur belasan tahun.
"Ehem! Tunggu aku kahwin dulu baru kau orang nak bercinta.” Celah Farid
Raykarl menggosok belakang leher bersama sengihan. Dia bergurau saja sebenarnya, tak sangka pula diambil serius.
"Aku gurau saja lah. Sorry Fara.” Raykarl meminta gitarnya ditangan Farah. Gitar diberi tanpa banyak soal.
Farid dan Jannah sedikit lega. Setakat ini belum ada lagi yang bercinta monyet. Mereka harap tiada la.
Farah tersenyum samar menutup rasa pedih dihati. Bagaimana lelaki itu boleh bergurau begitu? Tahukah Raykarl hatinya tercuit ketika mendengar 'gurauan lamaran’ itu.
Keadaan kembali seperti biasa. Mereka kembali berbual gelak tawa memandangkan Jannah ingin luangkan masa disini sebelum menetap terus dikampung kelahirannya.
Farah dilirik dengan pandangan kesian. Jannah mengeluh kecil. Kasihan Farah, pasti makan hati dengan Raykarl.
***
Hannah berjalan ke arah dapur. Seperti biasa uminya sedang memasak untuk makan malam.
"Umi, nak Hanna tolong? Kerja Hanna kat atas dah siap.” Hannah tersenyum kepada uminya dan menghidu masakan Zarina didalam periuk.
Ump, sup! Hannah sedikit pelik apabila melihat sup tulang itu. Banyaknya... masak banyak-banyak ni bukannya habis. Dalam rumah ni empat orang saja. Ke ada tetamu? Monolog Hannah
Gas ditutup Zarina. Kemudian membasuh tangannya disingki. "Tak apa, dah siap. Hanna pergi panggil abah dengan adik. Entah apa dibuat bising saja kat atas tu.”
Hannah mengangguk tanpa banyak soal.
Langkahnya terhenti diruang tamu. "Itu ke keluarga angkat kak Janna?”
Hannah berjalan ke arah mereka yang sedang berbual mesra dengan abahnya yang tampak tiada rasa kekok walau sikit, seperti sudah kenal lama. Seorang wanita berusia dan lelaki sebaya abahnya tersenyum setelah menyadari Hannah disitu.
"Kakak, salam cepat.”
Suruhan Jamal dia turuti memandangkan tetamu perlu dilayan baik oleh tuan rumah.
"Hannah, sihat?” Megat Zainal bermesra
Hannah angguk bersama senyumnya. "Sihat, erk-“
"Kalau Hanna kekok, panggil uncle pun boleh tak ada masalah.” Potong Megat Zainal
"Jadi ini la Hannah? Kembar cucu Nenda. Cantik sangat rupanya...” Celah Nenda Aminah
Hannah pula tak tahu hendak menjawap bagaimana. Hanya mampu menayang senyum. Canggung. Dah muka sama, mesti la dia puji cucu dia.
Zarina tiba disamping Hannah. "Nenda, Encik Megat, makan malam di sini la ya. Dengar keluarga angkat Jannah nak datang rumah saya, macam-macam saya masak kat dapur tu. Mari la kita. Bang... jangan buat muka macam tu, eh Hanna? Tak panggil adik lagi?”
Hannah menggaru kepala yang sedikit gatal. Tersengih. "Nak panggil la ni.”
Zarina menggeleng kecil.
-.-
Pintu bilik Iqbal diketuk terlebih dahulu. Kalau dimain terjah saja, kot kot adiknya sedang pakai seluar ke apa. Pengsan dia!
"Dik, tengah buat apa? Akak masuk ya?”
"Urmm! Masuk la kak oi.” Laung Iqbal dari dalam. Kedengaran seperti baru bangun tidur.
Hannah berjalan masuk. Adiknya sedang berbungkus tidur didalam selimut. Bilik tak sempit, tak juga luas itu dimundir mandir Hannah. Masa untuk spot check!
Beg galas sekolah milik Iqbal dibuka, digeledah. Tiada apa yang dijumpai dan mencurigakan. Berangan jadi detektif jap. "Hmm, baik setakat ni tak ada yang meragukan dan barang terlarang.”
"Akak! Jangan la terbalikkan beg tu, habis buku jatuh. Kan dah bersepah bilik. Penat adik kemas.” Iqbal keluar dari selimut. Ala marah dengan kakaknya.
Melongo Hannah. Eh tak boleh nganga lama-lama, masuk lalat. Memandang tak percaya. Dipandang pula buku yang jatuh. Padahal kertas saja yang jatuh, budak ni tak bawa buku rupanya!
"Bilik macam kapal pecah ni, kau kata kemas? Dik kau tahu kan akak ni susah nak terhibur, jangan buat akak tergelak dengan lawak hambar kau ni.”
Iqbal buat muka bersama muncung itik. Malas menjawap lebih-lebih, takut juga jika singa betina Hannah keluar. Lihat saja lemah lembut begitu, tapi menggerunkan bila dah marah.
'Bila difikirkan balik. Punca kak Hanna marah mengamuk, punca dari aku je selalunya.’ Iqbal telan air liur. Dia seorang saja selalu lihat Hannah berubah menjadi raksasa dirasuki roh singa, menggerunkan bila diingat kembali...
Cepat Iqbal mengemas biliknya. Pakaian busuk berterabur dicampak kedalam bakul yang khas disitu. Dia gunakan untuk bermain bola jaring selalunya.
Hannah menyembunyi senyum. Ada hasil juga dia bersikap tegas selama ini.
Hannah duduk dibirai katil. "Iqbal... dah solat Isya’?”
Tangan yang sedang mengemas, terhenti. Iqbal menggosok belakang tengkuknya. Mati! "Be-belum. On the way la ni.”
Gelabah Iqbal mengemas laju. Sebelum kakaknya keluar suara petir, ada baiknya dia lari.
Hannah gelak kecil. "Akak pun tak solat lagi, belum masuk waktu lagi.”
"Lah!” Terciduk Iqbal
Hannah bangun. "Jangan cuak sangat. Dah kemas dulu bilik, siap kemas turun makan. Akak pergi dapur dulu.”
"Kak!”
Hannah berpaling semula. "Kenapa?”
"Apa balasan orang yang melewatkan solat?” Terpacul satu soalan dimulut Iqbal. Seperti benar-benar ingin tahu.
Hembusan nafas terlepas. Hannah duduk kembali disebelah adiknya.
"Orang yang meremehkan solat saja disebut munafik oleh Qur’an. Tempatnya neraka jahannam, apa lagi yang sengaja tinggalkan sembahyang.” Tenang Hannah berkata.
Dia tak berkata dalam keadaan riak dan merasakan dirinya sudah cukup sempurna baik. Melihat dosa orang lain juga menjadi cerminan dosa lalunya. Sebelum bersekolah disekolah agama, dia juga bukan la alim dan mulia seperti orang melihatnya sekarang. Dia juga mempunyai zaman jahilnya sendiri, namun hidayah itu milik Tuhan. Bukan diatas bersekolah disekolah agama. Hannah bersyukur dirinya sempat bertaubat dan dia yang pilih untuk kembali sujud kepada Allah swt.
Melihat adiknya berminat ingin tahu, Hannah meneruskan lagi.
"Bila gali kubur nampak ular, itu bukan ular syuja’ul aqra. Itu ular dunia. Dalam hadis sebut bila kubur sudah ditutup saja, maka datang lah ular tujuh puluh ekor, ular syuja’ul aqra. Dalam hadis sebut jika lepaslah seekor ular, diatas bumi ini maka tak akan tinggal sedikitpun makanan-makanan dan manusia habis diratah. Ular syuja’ul aqra...”
"Dia mematuk membelit mengazab bagi siapa? Bagi umat rasulallah yang meringankan solat dan melewat-lewatkan solat tanpa uzur syara’. Dan meninggalkan solat.”
"Dan juga bagi umat Rasulallah yang membenci ulama’ ,yang hina, maki ulama’. Dan orang-orang bagi umat Rasulallah yang tak mengeluarkan zakat. Itulah ular syuja’ul aqra.”
"Wuish, dasyat la. Takut pula rasa nak ponteng solat.” Iqbal menggosok lengannya. Merinding roma.
"Ibarat macam kita 'panggil’ orang tu, kita tahu dia dengar tapi dia buat-buat tak dengar. Macam mana perasaan? Sakit hati tak? Macam tu juga kita buat kat Tuhan. Dia panggil dengan panggilan adzan, kita dah dengar tapi mata masih melekat dengan handfon. Buat tak dengar.”
Tergeleng-geleng kepala Iqbal. "Allahu akbar. Astagfirullah... siapa punya perangai macam tu.”
Tersenyum Hannah. Paha Iqbal ditepuk sekali serentak itu dia bangun. "Dah azan, pergi ambil wuduk dulu baru turun makan.”
"Kak!”
"Apa lagi?”
"Adik cuti la. Abc, Allah Bagi Cuti. Adik baru check ada tompok darah.”
"Muhammad Iqbal! Kau nak sunat dua kali? Mari akak terajang baru ada darah betul. Hei budak ni main-main!” Naik suara Hannah. Hilang bicara lembutnya sebentar tadi.
"Gurau-gurau.” Mahu ketawa Iqbal disitu tetapi ditahan. Jangan dicabar, nanti menyesal tak kesudah.
***
Sorry lambat update... np ada problem kebelakangn ni.
Share this novel