KELIHATAN seorang wanita berkebaya ketat di belakang pokok besar sedang intai orang ramai sedang menjamu selera di majlis kenduri jirannya.
Gigi di ketap menahan amarah yang berdongkol-dongkol melihat majlis perkahwinan lelaki idamannya bersama perempuan lain.
"Sampai hati kau kan, kau tahu aku tergilakan kau Jamal. Tapi kau tetap kahwin dengan perempuan tu!” gerutunya dengan pandangan tajam ke arah pasangan pengantin.
Zabidah meramas hujung kebaya putih ketat mengikut alur tubuhnya.
Senyum sinis terukir di bibir merah Zabidah.
"Sekarang kau bahagia lah sampai beranak pinak sekali pun, tapi jangan ingat aku nak duduk diam Zarina... kau dah rampas abang Jamal dari aku!” Getusnya Zabidah memandang tajam kearah Zarina dan Jamal cantik berganding dengan baju pengantin. Jelas bahagia terpamer diwajah mereka.
Wanita itu bengang menghentak kaki berlalu pergi dengan perasaan sebal dan kecewa melihat penganti berbahagia itu.
-.-
Krikk...
Debaran Zarina semakin pantas apabila muncul batang tubuh lelaki yang bergelar suami dia. Dia memuji kesegakkan suaminya yang mengenakan baju melayu putih sedondon dengannya.
Tubuh tegap Jamal berdiri di depan cermin meja solek, sedang mencabut butang baju melayu.
Menunduk malu Zarina. Cuak, janggal, malu, semuanya bersatu habis hingga wajah jelitanya berpeluh.
Jamal duduk di birai katil bersama senyuman tampan di lempar pada wanita yang baru sah isterinya.
"Zar, jom!” tersengih nakal Jamal.
Zarina yang tunduk malu itu terus mengangkat muka. Tersentak dengan ajakan si suami.
"Bang, Zar malu la.”
Mengulum senyum Jamal.
"Jom solat jemaah sekali la, sayang...” tenang Jamal.
Malu Zarina serta merta hilang lesap. Disebabkan geram dan demi menutup malu, dia mencampak bantal ke arah dada Jamal.
"Ouh, nakal juga bini abang ni. Abang pun fikir benda yang sama juga sebenarnya tapi dah malam pertama pun Zar berubah singa jadian. Takut la abang.” usik Jamal dengan sisa ketawa.
Zarina membungkus diri dengan selimut. "Dah malas layan abang!”
"Solat dulu Siti Zarina oi...” pesan Jamal berbaur tegas.
Zarina keluarkan kepala dari selimut lalu menjelir kearah suaminya..
"Amboi degil ya... nanti anak kita ikut perangai awak.” Jamal ketawa bahagia
-.-
Jamal berjalan resah kehulur kehilir. Dalam hati tak henti berdoa agar isteri dan anak yang bakal lahir, selamat.
"Duduk diam boleh tak, Mal? Nak saja aku baling selipar ni melekat kat muka kau! Sabar la! Proses bersalin bukan teran sekali dah cup keluar. Berjam-jam kau tau,” leter Sharifah rimas melihat anaknya berjalan tak tentu hala.
Beristigfar panjang Jamal dalam hati. Nafas di tarik lalu di hembus panjang. Menenangkan diri dah serupa dia pula nak beranak.
Beberapa jam menunggu dengan perasaan penuh gelisah. Jamal tersentak apabila cuping telinganya dengar suara tangisan bayi dari dalam.
Maknya di pandang dengan pandangan tak percaya. Sharifah senyum senang saja.
Muncul Cik Kiah dari langsir pintu dengan tangan penuh darah.
Jamal menerpa. "Cik Kiah! Isteri dan anak saya macam mana?”
"Soalan kau, Mal. Dah bunyi budak nangis, yela tu. Takkan bini kau menangis macam tu,” pangkas Sharifah geleng kepala.
"Masuk la tengok sendiri. Cik Kiah nak cuci tangan dulu.” tersenyum senang Cik Kiah.
Jamal meraup muka dengan ketawa lega. Tak dapat dia gambarkan perasaan bahagia dan leganya ketika ini.
"Alhamdulillah... Zar! Abang datang!”
Jamal dan Sharifah bersila di tepi tilam lama yang ada Zarina terbaring lemah namun masih mampu tersenyum nipis.
"Kembar? waduh hebat la Zar. Zar ambil satu, abang ambil satu.” Jamal mengusap kepala isterinya lembut lalu tangan laju mengambil salah satu bayi yang masih lembik disisi Zarina
Hampir Sharifah menepuk dahi dengan omongan Jamal. Kau ambil satu, aku ambil satu, apa ingat itu gula-gula ke.
"Perempuan dua-dua ni, Jamal. Kau nak letak apa nama anak kau?” tanya Sharifah meriba bayi yang masih merah.
"Jannah.” jawap Zarina spontan.
"Hannah!” begitu juga dengan Jamal.
"Cantik nama.” Sharifah tersenyum manis
"Untuk kakak kita bagi Nur Jannah. Adik yang comel ni pula Nur Hannah.” ujar Zarina mengusap lembut kepala anak perempuannya.
"Hrmm, elok dah tu.”
Dua minggu berlalu...
Malam itu Zarina berseorangan di rumah kerana Jamal kaluar membeli barangan keperluan di kedai runcit. Manakala Sharifah pula pergi ke surau.
"Shuuu... jangan menangis Hanna sayang.” buntu Zarina memujuk anak kecil itu tak henti meragam. Berbagai cara ikhtiar dia cuba namun satu pun tak berkesan.
Hannah baru siap di mandikan. Jannah yang lena nyenyak di ruang tamu pula dia tinggal sebentar sementara memberi susu pada Hannah.
Krikk...
"Siapa tu? Abah dah balik ke? Kejap ya Hanna sayang, umi nak pergi tengok kakak.” dahi mulus Hannah di cium kejap.
Zarina berjalan penuh hati-hati kerana dia juga belum habis berpantang.
"Ya Allah! Terperanjat aku, Bidah! Kau buat apa dalam rumah aku macam pencuri ni?” dia curiga dengan kehadiran Zabidah yang datang diam-diam.
Zabidah turut tergamam. Tanpa menunggu lama, Jannah di dalam buaian di ambil kasar.
Menangis anak kecil itu di ambil secara kasar.
"Bidah! Kau nak bawa lari mana anak aku, Bidah!” teriak Zarina panik melihat Zabidah cepat turun dari tangga kayu itu dan berlari membawa Jannah.
Zarina menangis, menjerit memanggil Zabidah untuk kembali. Langkahnya lambat kerana ari-ari terasa sakit apabila dia sedaya upaya mempercepatkan jalan mengejar zabidah.
Zarina yang belum habis berpantang merasa semakin lama semakin sakit namun dia kuatkan juga.
'Bertahan Zar! Ya ALLAH anak aku!’ dia tahu wanita itu memuja dan tergilakan suaminya Jamal namun perlukan sampai tega mambawa lari anaknya!
Zarina tak mampu lagi mengejar zabidah yang hilang dalam gelap malam. Tangisan dia semakin kuat.
"Allahuakhbar, anak aku. Bidah! Bidah pulangkan anak aku! Pulangkan anak aku...”
Zarina rebah pengsan di atas jalan tar itu.
**********
Share this novel