JH 17 - Farid Merajuk

Drama Series 10957

JANNAH menggigit bibir geram melihat Farid ketawa sakan kepadanya. Dia bangun berhati-hati menahan sakit dari terlentang akibat tersadung jatuh. Jannah memandang geli sisa makanan dan sampah-sampah yang mengenai hampir seluruh tubuhnya.

Akibat terlalu tergesa dan laju dia berlari keluar dari pintu dapur hingga tak sempat brek dari merempuh tong sampah hitam yang di khaskan disitu.

Farid pula bukan mahu menolong, malah semakin panjang ketawanya.

Jannah jerit kecil apabila beberapa kali tangan mengibas namun tetap juga melekat sisa makanan yang sudah basi dan busuk. Hidung sudah kembang kembis... bau loya tak payah cakap, mahu muntah hijau rasanya.

"Haaaa... Farid tepi lah! Busuk tahu tak!” Bentak Jannah kasar menolak Farid yang menghalang laluan nya di muka pintu. Dia berlalu dengan perasaan sebal.

Tangan mencekak pinggang.Sakit sungguh rasa nya segala tulang sendi. Lagi-lagi pinggang... mahu patah perit nya. Dengan berjalan membongkok menahan sakit, Jannah melintasi Farid yang menghabiskan sisa ketawa jahat nya.

"Padannya muka. Siapa suruh tolak aku, cepat betul ya... kau punya balasan kifarah ni. Tak sampai seminit buat jahat kat aku, dah dapat balasan.” Semakin galak pula Farid menambah pedas bagi memanaskan hati gadis itu yang sudah masam mencuka.

"Diam la. Kau la punya pasal!” Tingkah Jannah menjeling kepadanya.

Farid hanya memandang sambil tersengih Jannah yang sudah jauh.

"Hoii, busuk satu rumah nanti dengan bau kau tu.” Laung Farid saja mahu sakitkan hati Jannah yang sudah sememangnya sakit hati.

Farid menunggu balasan balas dari Jannah, berharap gadis itu memarahi nya. Namun hanya diam. Selalunya gadis itu memang pantang jika ada yang mengutuknya. Pasti bertikam lidah. Farid berkerut hairan.

Dia memanjang leher mengintai. Farid semakin hairan bin pelik. Beberapa minit menunggu, masih hening. Dia sudah tak tahan dari pergi melihat sendiri. Kerunsingan menguasai fikirannya. Dia bergerak ke depan...

Farid menyembunyi gelak apabila tiba di anak tangga dimana Jannah masih duduk termenung disitu. Sakit kaki mungkin. Fikir pemuda itu.

Menyadari kehadiran Megat Farid yang sentiasa menyakitkan hatinya disitu. Jannah menjeling tajam dengan ekor mata. bibir dicebik, tahu sanggat... pasti lelaki itu mahu memerlinya.

"Apa sengih-sengih? Sepak karang.” Jannah mengancam. Dia terpesona sejenak terdengar ketawa dari Farid.

'Ish dia ni gelak macam setan pun kacak.’ Bisik hati Jannah melihat Farid.

Tanpa amaran tubuh Jannah dicempung lalu melangkah berhati hati menaiki tangga. Terjerit kecil gadis itu terperanjat dengan tindakan drastiknya. Buntang sungguh mata Jannah.

"Eh kau pahal gila!? Lepaslah turunkan aku. Kau memang tak ada adap kan main sentuh saja! Lepas lah, lelaki tak guna!” Jannah mahu meronta supaya tangan Farid tak sentuh kulitnya walau berlapis, namun melihat langkah Farid yang sudah tinggi tangga. Dibatalkan niatnya. Gerun juga takut jatuh. Jannah lebih gerun dengan mimik Farid yang berubah mendadak. Dari melihat nya dengan sengihan terus bertukar kepada lelaki yang dia tak pernah kenal.

Entah kenapa dia seperti tak kenal dengan Farid didepannya ini. Atau mungkin Farid terkesan dengan ucapanya?

Jannah terdiam. Disebabkan kedudukan mereka yang rapat jadi dia boleh lihat halkum Farid bergerak-gerak bagai payah untuk menelan liur. raut pemuda itu tegang berjalan naik tanpa memandang sesaat kepadanya.

"Kejap gelak cam setan, kejap muka ketat cam malaikat maut pun ada. Argh!” Sambil berbicara perlahan, tubuhnya dijatuhkan oleh Farid.

Jannah menggosok pinggang nya bertambah sakit dengan tindakan kasar Farid yang hanya melepaskan nya begitu saja. Jannah merenung geram kepadanya.

'Nak je aku lempang dia ni. Dia buat aku ni nangka ke apa. Aku dah macam nangka busuk pulak dijatuh lagu tu! Tak boleh bayang sungguh perangai lelaki tak budiman ni.’ Jannah hanya melepas geram dalam hati.

Melihat Farid diam dan tiada tanda tanda mahu meminta maaf, jannah berbicara.

"Kau memang.. memang tak budiman... Hei hei! Buat tak tahu je?” Ternganga Jannah dibuatnya apabila Farid melangkah meninggalkannya dimuka pintu bilik. Pemuda itu sekejap seperti robot, dari mata lelaki itu saja Jannah dapat menangkap ada sesuatu. Dimana salah percakapannya ya? Dia meraup wajah kesal, akibat terlalu dikuasai rasa amarah dan terkejut, dia terlepas cakap. Seketika Jannah menjadi bingung bercampur rasa bersalah.

'Ya Allah mulut aku. Kenapa terlebih laser dari dia?’ Menyesal terlepas kata pada Farid. Jannah menampar mulutnya perlahan.

Dia hanya menghantar kelibat Farid berlalu turun meninggalkan dia di depan bilik... Zap! Wajah Jannah pucat. Kepala ditoleh laju ke belakang pintu yang disandar badannya.

"Sh*t! Ini bukan bilik aku ni. Aku cam pintu aku macam mana. Ni bilik...” Raykarl! Jawapnya dalam hati. Dia menutup mulut bersama bulat mata.

Dia bangun perlahan-lahan berusaha untuk berdiri. Walau apa pun, dia tak mahu Raykarl melihat nya dalam keadaan begini. Tak pasal Raykarl pula yang angkat nya. Memikirkan itu saja Jannah sudah takut, lebih takut kepada azab Allah. Tak rela dia selalu disentuh lelaki. Dia bukan perempuan murah.

Walau masih menyengat sakit dibahagian lutut kaki, Jannah kuatkan tulangnya berdiri. Mengapa la Farah tak muncul ketika ini? Selalu nya muncul juga Farah. Darurat macam ni la tak kena dengan tempat betul Farid jatuhkan nya. Dinding ditahan agar mudahkan pergerakannya. Sekali sekala bibirnya meringis tertahan sakit.

Klak!

Tergamam Raykarl yang keluar dari biliknya melihat sebatang tubuh lampai itu berjalan lemah terjengket seliuh. Dia segera membantu Jannah supaya melabuh punggung dikerusi single yang ada tepat disitu.

"Aa uw... sakit bahu aku, kau cengkam kuat. Kau ni macam si Farid tu jugak kas ...” Sekali lagi muka Jannah berubah. Dia mengutuk dirinya sendiri apabila terlepas cakap.

'Aduh mulut tempayan betul. Jenuh aku menjawap dengan Raykarl pula!’

Raykarl turut terkilan. Dia pun tak sedar sebenarnya dengan pegangannya dibahu gadis itu. Tak mahu gadis itu jatuh, tapi tak tahu pula dari kemas bertukar kasar.

Kasar? Farid buat apa kat Jannah? Raykarl menggerutu. Melihat perubahan wajah Jannah menambah rasa debaran Raykarl.

Dia kenal sepupunya Farid. Dia juga cukup kenal Jannah bagaimana. Tak mungkin Farid akan kasari gadis itu. Dan tak mungkin Jannah cakap berbohong dengan spontan. Hatinya rasa ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Pasti ada yg tak kena...

Raykarl menatap gadis itu yang menunduk mengurut kaki. Seperti tak hiraukan pandangan penuh tanda tanya darinya.

"Dia buat apa kat kau? Baik kau jawap sebelum aku tanya Farid sendiri.” Tanpa secarik senyuman, Raykarl mengugut.

Jannah mengawal debaran didada mendengar soalan itu. Sudah diagak, dia tak akan lari dari di asak soalan kerna mulut nya yang bergerak terlebih dahulu dari otak.

"Alaa tak ada apa la. Dia cuma nak tolong aku saja... macam kau juga tadi. Kau terkasar je kan. Bukan sengaja. Ish kau ni, jangan la panjangkan cerita. Saja nak bertekak dengan Farid.” Ujar Jannah menyakinkan Raykarl yg merenungnya tajam. Gementar didada dikawal sebaik mungkin. Tak mahu la disebabkan perkara kecil begini, dua sepupu rapat itu bertikam lidah kerana nya.

Raykarl lepaskan keluhan...

"Kalau si Farid tu buat apa-apa kat kau, terkasar sekalipun. Kau bagitahu aku.” Pesan Raykarl kedengaran tegas.

Jannah mengangguk bagai burung belatuk. Dia tersenyum tawar.

"Karl, kau tolong panggil Farah boleh tak? Minta dia datang sini kejap.” Pinta Jannah

Raykarl mengangguk sekali walau gadis itu tak melihat.
"Hm... jap.”

Jannah hanya melihat kosong langkah Raykarl menuju ke lorong hujung. Disitu la terletak bilik si gadis. Jika lelaki kawasan depan.

Muncul Farah berlari anak mendapatkan Jannah. Jelas bimbang wajahnya yang mamai. Bangun tidur la tu...Jannah kemudian berjalan perlahan dibantu oleh Farah.

Dia mengerling Raykarl yg hanya memerhati. Senyum dicarik nipis memberi ucapan terima kasih. Tapi sebenarnya dia patut berterima kasih pada Farid walau lelaki itu bertindak seperti tiada robot yang tiada perasaan.

Mungkin benar. Kata-katanya terlalu kesat hingga membuat Farid kecil hati. Merajuk ke? Naik bulu roma Jannah memikir itu.
. .
. .
"Bonda balik esok!” Terjerit Farah ketika berbual dengan Kirana dengan atas talian itu. Riaknya menjadi teruja mendengar Kirana mengia.

"Yeayy! Tak payah la makan nasi kicap dengan telur dah. Selama bonda kat sana, kita orang makan masakan Kak jannah saja. Sakit tekak rasa nak telan nasi hitam kak jannah.” Adu Farah seronok melihat air muka Jannah sudah berubah.

"Apa Farah cakap macam tu, tak baik. Kasi fon kat kakak, sayang. Bonda nak bercakap dengan dia.” Kata Kirana lembut dihujung talian

"Fara gurau je. Okey jap. Kak! Bonda nak bercakap.” Farah menghulurkan hp kepada Jannah di sisi nya.

Novel diatas riba di letak tepi. Jannah senyum sebaris sebelum menekap hp ditelinga.

"Ya bonda?”

Kirana tersenyum apabila suara lembut itu menusuk ke halwa telinganya.

"Janna macam mana sihat? Yang lain semua sihat?”

"Sihat semua bonda Alhamdulillah. Dengar cerita bonda nak balik esok, betul ke?” Soal Jannah malah mendapat tawa dari Kirana.

"Taknak bonda balik ke ni?” Usiknya

"Eh tak. Bukan macam tu...” tingkah Jannah laju

"Tak la bonda gurau saja. Ha ah, dah banyak hari duk kat sini kan. Lagi pun kesian kat kamu semua. Ha lagi satu, kenapa tak beli saja makanan? Kan senang. Tak lah Jannah kena masak.” Kata Kirana

Jannah menggosok lehernya sambil menghadiah sengih pada Farah.

"Membazir je bonda, kat dapur tu kan banyak lagi bahan nak masak.” Balas Jannah menyedapkan hati Kirana.

Sebenarnya bukan mereka tak mahu pesan saja makanan atas talian. Tapi itu la, dibantah oleh Farid. Katanya membazir saja sedangkan apa guna kalau ada tiga anak perempuan dalam rumah itu. Sakit pula Jannah mengingat kembali.

"Hm ya tak ya juga. Okey la sayang, Ayahanda panggil. Jaga diri baik-baik ye, jaga adik adik yang lain.” Sempat Kirana berpesan sebelum mendengar ngiaan dari Jannah.

Setelah talian dimatikan, Hp itu bertukar tangan. Jannah memberikan kembali pada Farah.

Jannah tersenyum kepadanya sebelum membaca novel diatas katil. Farah senyum serba salah, dia perasan air muka Jannah muram kosong saja. Atau mungkin Jannah terasa dengan gurauan sebentar tadi? Farah dihujah dengan rasa bersalah.

"Kak, akak kecil hati ke? Alaa akak jangan terasa, Fara bergurau saja. Sorry la...” Mendayu Farah memohon maaf sambil menayang muka kasihan. Bibir dicebir manja...

Jannah terkedu seketika sebelum pandang Farah. Dia tergelak kecil menutup novel ditangan.

"Ish tak lah. Mana ada... kenapa Fara cakap macam tu?” Kata Jannah tersenyum menutup debaran didada.

"Bukan apa la, nampak muka akak murung saja baca novel tu. Ingatkan Akak terasa dengan mulut murai Farah. Betul ni? Kalau tak Farah melutut kat kaki Akak.” Ujar Farah mengecil mata mahu mengesan riak sedih diwajah Jannah, tetapi bukan mudah... Gadis bernama Jannah itu pandai menutup segala rasa. Lebih tepat berlakon 'okey’.

"Ya betul, sikit pun tak. Eh akak nak masuk tandas kejap.” Jannah lompat turun dari katil menuju ke bilik air. Sebenarnya lebih kepada mahu lari dari Farah.

Farah memerhati langkah Jannah hingga tubuh gadis itu hilang dibalik daun pintu. Keningnya bertaut.

"Ada yang tak kena ni...” Ngomelnya. Dia tahu, pasti ada sesuatu hingga membuatkan kakak kesayangannya membisu sejak pagi.

"It's okay, detective Farah akan mengorek rahsia.” Farah senyum kambing dengan ucapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience