JH 20 - Pertemuan Dua Takdir

Drama Series 10957

JANNAH menjeling jam ditangan. Sudah masuk waktu zohor. Sudin yang sedang memandu disebelah dipandang. "Ayah, dah masuk waktu.”

Sudin angguk sekali. Kereta itu mula memasuki kawasan surau perdalaman kampung. "Singgah solat sini dulu. Sambil tu cuba tanya orang-orang kampung kat sini mana tahu dia kenal mak ayah Janna.”

"Okay!” Ceria Jannah setelah keluar dari kereta. Dia dan Sudin terpisah diantara ruang lelaki dan ruang perempuan.

Selesai saja menunaikan kewajibannya sebagai umat muslim, Jannah tak berginjak dari sejadah. Menadah kedua tangan meminta keampunan dari Yang Maha Esa. Meminta pertolongan dari-Nya agar segala urusannya hari ini dipermudahkan.

"Eh Hanna kat sini? Kata nak pergi rumah Wina?”

Jannah mendongak ke sebelah dimana seorang wanita berwajah lembut menegurnya.

Hanna? Dia sebut Hanna ke Janna? Makcik ni kenal aku ke..? Monolog Jannah agak bingung mahu mmebalas bagaimana. Namun dimaniskan juga muka.

"Makcik kenal saya?”

Zarina bungkam. Adakah... adakah gadis didepannya ini adalah Nur Jannah? Anak kembarnya yang diculik dahulu? Sebagai ibu dia kenal Hannah bagaimana. Lain sungguh dengan gadis didepannya ini walaupun raut wajah dan suara mirip serupa.

Zarina terduduk bersama linangan air mata. Kedua pipi gadis itu disentuh dengan tangan yang terketar.

"Kamu... kamu Nur Jannah? Anak umi?”

Dada Jannah berdebar kencang saat ini.

Aku mimpi ke? Atau perasaan aku terbawa-bawa? Jannah menampar pipinya sendiri.

"Sss, pedih pula dah. Aku tak mimpi?”

Zarina pula pelik melihat Jannah menampar pipinya sendiri. Macam tak betul je budak ni...

Zarina mengukir senyum perlahan-lahan. Sekali lagi seraut wajah gadis didepannya ditilik. "Jannah... Jannah kan anak umi?”

Jannah tersedar. "Apa maksud makcik? Jadi makcik mak kandung saya?”

Tanpa menunggu lama, Zarina memeluk Jannah. Walaupun tak berapa yakin itu anaknya yang diculik dahulu, namun dia tetap berharap gadis ini adalah kakak kembar Hannah.

-.-

Di dalam kereta...

Senyum tak lekang dari bibirnya. Hati sememangnya terasa senang dan sebak hingga tak lepas dari pelukan Zarina.

Zarina tak dapat menyembunyikan perasaan sebak dan bersyukurnya. Kolam mata terasa panas namun ditahan. "Ya Tuhan ku... syukur Alhamdulillah.” Sesekali dia membalas senyuman dengan Jannah.

Pak Sudin hanya mampu senyum senang kerana misinya dan Jannah dipermudahkan dan berjaya!

"Laluan mana ya, Puan?” Tanya Pak Sudin yang masih memandu.

Cepat dibalas oleh Zarina. "Ha ya, Encik jalan terus saja, nampak rumah batu warna kuning,”

Pak Sudin mengangguk sekali. "Panggil Sudin saja, puan.”

Zarina ikut senyum. Bosan membisu mulut, Jannah menyampuk.

"Kalau umi nak tahu. Pak din ni, Janna panggil ayah sebab ayah la yang jumpa Janna masa kecil dulu.” Bicaranya laju keluar dari mulut.

Zarina sedikit terkejut. "Oh ya! Ya Allah, terima kasih banyak-banyak ya Sudin. Besar jasa sudin pada keluarga saya. Kalau bukan Sudin yang jumpa, saya tak tahu la.”

"Eh tak apa puan, tak perlu berterima kasih kat saya. Kebetulan dulu, saya selalu guna laluan tu, takdir Tuhan kan. Pertemukan saya dengan bayi kecil. Lagipun yang beri kesenangan Jannah sekarang pun bukan saya. Majikan saya, saya hanya pemandu peribadi saja.” Tukas Pak Sudin rendah diri.

Jannah mencebir bibir. "Alaaa apa-apa pun ayah hero Janna. Sebab ayah yang jumpa Janna dulu, kan?”

Zarina dan Pak Sudin tersenyum saja mendengar itu.

Lebih kurang 5 minit mencari jalan, akhirnya sampai juga di rumah Jamal. Ketika itu Jamal dan Hafiz sedang mencuci kereta.

Jamal berkerut aneh memandang isterinya keluar dari kereta mewah itu.

Kereta siapa pula tu? Zar kenal ke? Eh jap! Makin berkedut kerutan Jamal apabila satu susuk tubuh tinggi lampai berlari anak kepadanya.

"Eh Hanna ni dah kenapa peluk abah macam tak jumpa setahun?” Jamal semakin bingung mendengar Jannah yang disangka Hannah esakkan menangis. Zarina dipandang meminta penjelasan.

Jannah meleraikan pelukannya. Air mata masih tersisa diseka oleh Zarina yang tiba disamping nya.

"Masuk dulu bang, kita bercakap kat dalam.” Ajak Zarina

Meski masih dalam keadaan bingung, Jamal mengiakan juga. Tangan yang dibasahi buih sabun di bersihkan segera.

"Sudin, mari naik sekali.”

Pak Sudin hanya mengangguk samar dengan ajakan Zarina itu.

-.-

"Ja-Jannah?” Hampir terjerit Jamal mendengar cerita isterinya.

Jannah diam membisu tanpa rasa mahu menyampuk. Sesekali saja ketika dirinya ditanya. Pak Sudin turut serta. Namun yang lain tak kelihatan pula.

Aku... ada adik kembar. Dan seorang lagi adik lelaki. Zarina dan Jamal dipandang, kolam mata terasa kembali panas. Jannah mengukir senyum bahagia. Syukur ibubapa kandungnnya masih sihat-sihat belaka, dia tak malu jika keluarganya miskin atau orang yang susah. Tetapi jika dilihat tidak lah miskin sangat, hanya hidup sederhana.

"Jannah sihat? Mak ayah angkat Janna, sihat? Kenapa mereka tak datang sekali?” Tanya Jamal membuang rasa janggal.

Melihat Jannah seperti teragak-agak mahu membalas, Pak Sudin mencelah sebagai wakil. "Alhamdulillah, semua sihat. Dan.. maaf la sebenarnya saya dan Janna tak beritahu lagi Encik Megat dan Puan Kirana tentang ini. Tujuan kami datang sebenarnya nak cari mak ayah kandung Jannah, tapi tak sangka pula mudah urusan percarian kami.” Mesra Pak Sudin tanpa rasa kekok.

"Syukur lah kalau macam tu.” Kata Zarina.

"Abah macam tak percaya pula. Jannah, mari sini.” Jamal sebak. Tangan didepan sehingga lah Jannah sekali lagi turut mendakapnya erat. Rindu sungguh kepada anak gadisnya yang sorang ini.

Zarina turut serta. Pak Sudin terharu melihat keluarga yang terpisah lama itu akhirnya bersama. Tetapi... bagaimana pula buat keluarga majikannya? Pasti la mereka gembira dalam masa yang sama sedih kerana akan berpisah dengan Jannah. Pergi Jannah ibarat pergi la keceriaan didalam rumah itu. Farah..? Farah hanya gembira apabila Jannah ada disisi.

Apa-apa pun, dia tumpang gembira.

"Zar, awak pergi la masak sedap-sedap. Anak kita dah balik ni.”

Zarina akur berjalan ke dapur. Perasaan seorang ibu. Pasti lah kegembiraan yang tak dapat digambarkan.

Jamal mencapai telefon bimbitnya. "Abah nak bagitahu Hanna dengan Iqbal pula, entah kemana dua adik kamu tu pergi.”

Jannah menahan. Dia tersenyum manis. "Abah, Janna rasa biar Janna yang 'bagitahu’ sendiri.”

Jamal angkat kening. Kemudian ketawa kecil. "Ada la tu. Ikut kamu la nak buat apa, kalau nak rehat, masuk saja bilik Hannah. Dia pun tak balik lagi.” Pesan Jamal lalu entah apa yang diborak dengan Pak Sudin.

Jannah mengiakan pesanan itu. Sebenarnya dia ingin bantu uminya didapur, tetapi hati melonjak ingin masuk ke dalam bilik kembarnya.

Setelah ditunjuk Jamal bilik Hannah, dia segera meloloskan diri kedalam. Agak kagum dengan keluasan dan kebersihan yang dijaga kamar itu. Jika dibanding dengan biliknya, memang jauh berbeza la. Biliknya bersih sikit dari tempat pembuangan sampah, manakala bilik Hannah seperti masuk kedalam taman syurga!

Jannah mengoyak senyum melihat gambar tergantung dimeja belajar. Gambar umi, abah, Hannah dan adik lelakinya. Apa nama, dia dah lupa. Kerna otak dipenuhi nama Hannah saja dari tadi.

Gambar tersebut diusap. "Bahagianya family ni.. kalau la aku ada juga.”

Jannah terpesona dengan keayuan yang dimiliki adik kembarnya. Meskipun sama saja muka mereka tetapi dia tetap memuji kecantikan Hannah. Dibandingkan dengan penampilannya.

Jannah sengih seorang diri seperti kerang busuk. "Hannah... nama pun cantik. Dia menyembunyi keindahan dia dengan menutup aurat dengan sempurna. Aku? Tak apa la ikut trend sekali sekala.” Jannah terkekek.

*******

Tumpang senang buat keluarga Jannah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience