BEG bagasi dan barang-barang milik Jannah disumbat kedalam bonet kereta. Hari ini dia akan ke kampung. Bukan dia saja malah satu keluarga angkat nya ikut serta. Kecuali Megat Zainal dan Kirana kerana dihalang atas urusan kerja. Mereka bercadang mahu tinggal beberapa hari disana memandangkan rumah Jamal agak luas dan besar meskipun luaran biasa-biasa saja.
Yang paling teruja adalah Jannah, Raykarl dan Farah. Mereka sudah gaya mahu melancong. Maklum la, keluarga mereka tak punya kampung halaman jadi ini la masanya mereka yang hidup kaya mahu merasai kehidupan orang biasa dan susah.
"Farid! Mana Rissa? dari tadi lagi tak nampak dia, dia tak ikut sama ke?” Tanya Jannah kepada Farid yang berjalan meloloskan diri kedalam kereta Alphard itu.
Farid duduk ditepinya. Beg dicampak ke belakang sesuka hati. "Entah. Tak ada masa aku nak jadi babysitter budak manja tu.”
Jannah menjeling geram. Lambat laun boleh juling matanya asyik menjeling Farid saja. Tak puas hati, ditanya pula Raykarl diseat belakang.
"Karl, adik kau mana?”
"Oh Rissa. Dia terpaksa teman mama aku shopping hari ni. Nangis budak tu tak dapat ikut.” Selamba Raykarl. Mata masih lekat pada telefon.
"Ouu... nenda mana nenda? Lama bersiap.”
"Cucu-cucu sekali, ini Nenda Aminah yang kamu cari-cari sudah muncul. Pak Sudin, mari gerak! Saya dah tak sabar nak makan ulam daun pandan ni.” Tiba Nenda Aminah yang benar-benar bergaya dan berkilau. Duduk diseat hadapan.
"Daun pandan bukan ulam, Nen.” Balas Pak Sudin
"Yah saya tahu. Saya saja nak test, mana tahu pak sudin masih mamai ke. Mari jalan!”
"Baik Nen.” Pak Sudin tergeleng kecil. Kereta mewah itu mula keluar dari pagar.
-.-
Dalam perjalanan...
"Wowh! Cantik gila kampung kau Janna. Awek duk tepi jalan pun cun!” Teruja Raykarl memandang diluar.
Jannah ikut senyum mencuci mata melihat pemandangan redup dan tenang kampung itu. Pertama kali datang dia tak dapat lihat disebabkan gelap malam, tapi kali ini... sungguh mengujakan dia!
"Baik dah sampai.” Pak Sudin mematikan enjen kereta dihalaman rumah bercat kuning.
Keluar dari kereta, Jannah menguap luas. Lenguh betul belakang sepanjang perjalanan. Penat walaupun tak buat apa.
"Eh dah sampai dah.” Farah berjalan ke sisi kakaknya.
Kedatangan mereka disambut meriah, kebetulan Jamal dan Zarina mengadakan majlis kesyukuran hari ini.
"Dah sampai pun. Mari semua, jemput-jemput.” Mesra Zarina menjemput
"Kebetulan kami ada buat majlis kesyukuran sikit. Jemput la masuk, orang kampung dah balik dah. Nanti malam boleh kita pergi surau, sambil itu saya nak agihkan makanan untuk orang surau.” Kata Jamal
Nenda Aminah gembira disambut dengan senang hati.
Zarina memandang satu persatu. Ramai juga yang datang kerumahnya. Tapi dia tetap senang. Baru meriah rumah mereka.
"Hanna! Hanna mari sayang...” Panggil Zarina
Hannah keluar dengan tuala melekat dikepala. Janggal rasanya dipandang banyak mata. Kenapa dia juga dipandang!
"Kenapa umi?”
Hannah tersentak apabila dipeluk tiba-tiba oleh Jannah. Terkebil-kebil.
"Hanna! Hanna sihat? Rindu tau! lama tak jumpa...” Jannah dan gelaran drama queen tak dapat dipisahkan.
Bibir Hannah mula senyum manis. "Sihat alhamdulillah. Akak?”
"Fara sihat, kak Janna makin la sihat.” Celah Farah.
Hannah angguk dengan senyum yang tak lekang. Tangannya disalami Farah. Mereka berbual-bual sesama mereka dan meninggalkan Farid dan Raykarl yang masih terpacak disitu.
"Karl, aku rasa muka aku ni handsome sangat kot sampai dia orang nampak aku ni macam patung.” Farid membisik
Mata Raykarl masih tak terkelip memandang langkah Hannah. "Senyum yang manis. Muka ayu lembut. Cantik gila kembar si Jannah tu!”
Muka Farid berubah. "Jadi kau suka Jannah la selama ni? Itu yang kau single tak laku?”
"Gila kau! Aku kata Hannah adik dia, bukan Jannah.” Tingkah Raykarl
Farid bersandar di dinding. "Kau ada perasaan tak pada Janna? Maksud aku macam ... kau anggap Janna sebagai apa selama ni?”
Raykarl berfikir-fikir. "Aku sayang dia. Membesar sama-sama kan mesti la aku anggap dia macam adik beradik aku. Eh tak yang kau tanya banyak hal Janna ni kenapa?”
Terkelu lidah Farid. Sudah dia!
"Kau syok kat dia ek?” Raykarl mula bersedia nak ketawa.
Pap!
"Banyak pula lalat.” Suara Hafiz yang sedang menampar lalat menarik perhatian dua jejaka itu.
"Nak tolong apa-apa tak?”
Laju Farid berjalan ke arah Hafiz.
"Dah agak dah.” Raykarl tergelak. Dia berjalan kearah mereka.
Hafiz berpaling kepada orang yang menegurnya. Mujur tak sakit jantung saja. "Raykarl dan Farid kan? Saya Hafiz, anak saudara Pak ngah.”
"Pak ngah?”
"Sepupu Iqbal.”
Farid dan Raykarl serba salah. Tersengih. "Iqbal siapa?”
"Iqbal adik kepada Hanna dan Jannah. Pendek cerita saya sepupu Hannah.” Sama saja sebenarnya. Hafiz menerangkan itu.
Terangguk angguk dua pemuda itu faham.
"Saya dah pindah rumah nenek. Sebelum ni saya tinggal sini.”
"Nenek? Nenek siapa pula?”
Hampir tipis kesabaran Hafiz. Sabar saja dia melayan dua pemuda itu.
-.-
Malam ini. Mereka makan malam beramai. Suasana meriah dengan suara becok dan ketawa Jannah juga mulut manis dan mesra Raykarl. Tiada dua ekor ni memang sepi saja rumah.
"Raykarl, Farid, Din tidur diruang tamu bolehkan? Sebab rumah abah ni bukan besar luas serupa rumah kat bandar tu. Bilik tetamu pun ada satu saja untuk Nenda.” Ujar Jamal
Raykarl dan Farid akur. Sememangnya mereka tak banyak songeh.
Pak Sudin memintas. Ada perkara yang lupa dia beritahu. "Aku lupa satu hal Mal, aku balik malam ni. Majikan aku dah bagitahu awal dah yang aku kena jemput mereka.”
Zarina senyum faham. Dicuit suaminya disisi. "Tidur awal la abang malam ni, tak ada teman borak kan.”
"Borak dengan awak pun jadi lah Zar.”
Jannah sengih sendiri melihat kemesraan abah dan uminya.
Kebahagiaan yang sebenar adalah dekatkan diri kepada ALLAH. Juga saling berkasih sayang dengan orang tersayang.
Share this novel