JH 18

Drama Series 10957

BERJALAN dua gadis itu menarik motosikal ditepi jalan. Mujur saja cuaca mendung ketika itu. Jika tidak, mungkin kulit muka mereka sudah hangus dibakar cahaya terik petang.

"Ah, penat la Hanna! Jom la berehat kat kedai makan dulu. Aku haus dah giler, macam berjalan kat padang pasir. Hannah!” Rungut Wina keletihan walau hanya menolak dari sisi muto, tetap berasa letih disebabkan lama sudah mereka berjalan.

"Hish, yalah yalah!” Sahut Hannah lalu mereka menongkat motosikal ditepi kedai makan. Hanya kedai sederhana biasa saja, kedai berdekatan sekolah.

Mereka duduk menghilang lelah. Hanya memesan air saja.

***
Dalam masa yang sama....

(Didalam kereta)

Sudin sedikit terkial mencari dompetnya, manakala sebelah tangan lagi memegang stereng memandu. Megat Zainal disebelah yang perasan pembantu peribadinya itu kalut, dia menegur.

"Tak jumpa ke Din? Kalau macam tu berhenti la dulu tepi jalan.” Tegur Megat Zainal

Kirana ditempat belakang bersama Nenda Aminah turut tolong cari barang pekerjanya. Mereka tahu pasti ada banyak duit atau barang penting dalam dompet Sudin, kerana itulah mereka turut mencari dicelah pelusuk takut takut jatuh.

Setelah tak jumpa juga, Nenda Aminah mencelah.

"Atau kamu tertinggal kat kedai makan hujung kampung tu Din? Yang kita singgah makan tadi.” Katanya.

Jelas Sudin berubah mendengar itu. Ada betul juga. Dia mula memandang serba salah pada mereka. Jarak sudah jauh, nak ke ketiga majikan nya mahu mematah balik semata demi ambil dompetnya.

Megat Zainal ketawa kecil, bahu Sudin ditepuk mesra.

"Tak apa la. Dompetkan barang penting... Din, patah balik. Boleh juga saya jalan-jalan makan angin.” Ujar Megat Zainal

Sudin melihat pula pada dua wanita dibelakang seperti meminta persetujuan. Kirana mengiakan saja sambil tersenyum. Sudin mengeluh lega lalu membuat pusingan U menuju kembali ke kedai demikian.

Sudin mengambil masa 30 minit baru kelihatan kedai berderetan tetapi mata terlekap pada kedai makan char kuew teow. Setelah memberi signal lalu Alphard hitam itu memakir ditepi kedai.

"Saya pergi cari jap. Tuan, Puan, Nen.” Sudin keluar dari perut kereta dan mengorak langkah ke tempat meja mereka berhanti makan seketika tadi.

"Win, aku gi tandas jap.” Hannah menepuk bahu Wina sekali sebelum mempercepat kebelakang kedai yang terdapat toilet awam.

Wina mengangguk sekali. Air diteguk, pandangannya tercatap pada seorang Pakcik yang resah mencari sesuatu. Wina pergi menegur sopan...

"Cari apa Pakcik? Nak saya tolong?” Katanya

Sudin berpaling kebelakang dimana ada Wina tercegat disitu.

"Anak ada nampak tak dompet kulit warna hitam? Mana la tahu ada nampak terjatuh ke kat sini?” Tanya Sudin sedikit letih suaranya.

Wina berfikir-fikir seketika lalu gadis itu tayang senyum serba salah.

"Tak ada pula. Cuba pakcik tanya makcik bedah yang tengah masak tu. dia owner kedai ni.” Ujar Wina sambil jari telunjuk menunjuk kepada seorang wanita 40-an.

Sudin mahu berterima kasih namun ada suara yang mencelah.

"Makcik bedah bagi. Pakcik punya kan? dia cakap dia terjumpa kat meja sana. Nah...” Hannah yg berdiri disebelah Wina itu menghulur kepada Sudin.

Sudin tergamam. Huluran dompet Hannah itu bagai lupa sejenak. Dia mengelip kelip kedua mata tuanya menatap gadis yang tak dikenali namun... Jannah?

'Jannah? Aku mimpi ke siang-siang ni? Kenapa muka anak ni sama sebijik dengan Jannah? Takkan la mata tua aku ni terbayang Jannah kat mana-mana? Eh tak mungkin!’ Bertalu soalan muncul dikotak fikiran Sudin yang kelihatan amat keliru dan bingung.

"Pakcik? Ini pakcik punya kan?” Kali ini suara Wina menyentak lamunan Sudin.

Dompet bertukar tangan, namun pandangan sudin masih diwajah Hannah. Dia keliru adakah ini mimpi atau pelanduk dua serupa? Kalau pelanduk sekalipun, takkan la mirip sanggat. atau... adik beradik Jannah!

Hannah yang tak selesa ditenung lama begitu tersenyum sebaris sebelum menarik tangan Wina berjalan ke tempat motosikal hannah.

Sudin terkebil-kebil. Sekali lagi dia tersentak mendengar Megat Zainal memanggil dari luar cermin kereta. Sudin laju berlari anak meloloskan dirinya yg berseragam itu masuk kedalam kereta mewah itu. Sebelum menutup pintu kereta, sempat Sudin melilau mata mencari gadis itu tadi. Namun hampa tiada pula kelibat.

Setelah kereta Alphard hitam berkilauan itu berlalu membelah jalan. Hannah dan Wina yang menyorok dibelakang sebalik dinding. Mereka berkerut kehairanan dan sedikit merasa aneh dengan pandangan pakcik tersebut. Dua gadis itu berpandangan sesama sendiri...

"Asal pakcik tu tenung kau macam nak tebus je? Kau kenal ke?” Wina mula menyoal. Tiada lagi raut main-main mereka. Jarang sekali serius begini.

Hannah mengangkat bahu ringkas. Dia memandang jalan besar itu dengan rasa kekeliruan.

"Dia terpesona kot. Kau kan cantik.” Ngumam Wina turut melempar pandang seperti Hannah.

"Itu semua orang tahu. Tapi asal nampak muka aku ni terus tergamam macam tu? Dia macam kenal aku. Tapi aku tak kenal pula, ke aku hilang ingatan? Win aku ada accident ke? terhantuk ke?” Hannah sudah tak sedar dia melebihi merapu.

"Ada Hanna, kepala kau terhantuk kat tiang api. Otak kau berkecai, tempurung kepala kau hancur, wayar pula terputus.” Perli Wina sengaja bersuara sayu

Hannah menampar bahu temannya itu. Wina yg mengaduh sakit itu dijeling tajam. Wina tersengih kambing.

"Mengarut kau ni, jom la balik.” Hannah berlalu ke muto nya kembali meninggalkan Wina sudah terkulat-kulat.

"Aku sambung merapu kau saja! Kau yang merepek dulu Na!” Gadis itu menjerit kecil berlari kepada Hannah.
. .
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience