MEREKA hanya menunduk. Menahan pedih ditangan akibat dirotan oleh cikgu disiplin dan Pengetua. Megat Farid juga dirotan beberapa kali..
Berkali kali juga Jannah menceritakan hal sebenar tetapi pengetua tak percaya kerna dia tiba semasa Farid memukul Daz. Berbalut kaki dan tangan masing masing..mereka yang terlibat turut berbaris didalam bilik pengetua.
"Korang nak jadi apa?! Datang sekolah buli orang ! Datang sekolah pukul orang !merokok,ponteng,!! Kamu semua ni cuma nak kotorkan nama baik sekolah tahu tak?!” Marah Pengetua yang sudah beruban itu.
Jannah senyap memerhati dihujung dinding
.
"Muaz..sekolah ni untuk buli orang? Kalau nak jadi samseng sanggat..Kamu semua masuk sekolah juvana. Kat sana kamu nak gaduh ke apa..Terpulang! Tapi tanggung la akibat..Saya dah bagitahu ibubapa kamu semua..” Marahnya lagi
"Pengetua panggil mak ayah saya jugak?” Tanya Farid dingin
"Kamu ingat kamu anak Tan sri..saya tak denda kamu.” Balas Pengetua sinis
Farid mengetap gigi geram.
"Tapi saya tak salah! Diorang yang cari pasal dengan saya.” Farid membela dirinya
"Dah cukup adil dah saya dendan semua! Bukannya saya buang kamu terus..” Balas Pengetua
Farid menarik senyum sinis.
"Pengetua takkan berani buang saya..” Farid keluar dari bilik itu dengan perasaan sebal. Dijeling sekilas Jannah ditepi.
Jannah melihat kesian pada Farid
'Farid tak salah pun, kenapa susah sanggat nak percaya! Mesti Bonda dengan Ayahanda mengamuk ni kes Farid pukul orang.’ Ngomel Jannah resah.
*****
"Akak! Betul ke Abang bergaduh kat sekolah tadi? Dengar cerita Kak jannah pun ada kat situ? Cerita la kak nak tahu jugak...” Desak Farah mengikuti Jannah kehulur kehilir.
Jannah mengeluh. "Tak sekarang ni Farid dalam bilik bacaan dengan Ayahanda kan?” Tanya Jannah
Farah mengangguk. Jannah cepat cepat turun ke bawah..
"Alaaa Kak Jannah! Cerita lahh..” Farah mengikuti Jannah.
Jannah berjalan turun..telinganya menangkap bunyi bising dari dalam bilik bacaan Ayahandanya.
Jannah membuka sedikit pintu mencuri dengar..Farah mengikut sama.
"Penat Ayahanda dengan perangai kamu ni Farid! Kamu tahu tak Pengetua call dia kata..kamu pukul pelajar. Apa semua ni !?” Herdik Megat Zainal marah
"Sabar la bang..kita dengar dari mulut dia pulak..kesian Farid! Abang tuduh macam tu..nampak? Tangan anak kita pun luka siap berbalut.” Bela Kirana
Tak sempat Farid membalas..Jannah menerpa masuk. Farah terkejut juga dengan tindakan dastik Jannah
"Ayahanda..Jannah pun ada kat situ. Memang betul diorang dulu yang pukul Farid! Farid nak tolong Jannah sampai tangan dia luka..” Kata Jannah berharap Megat zainal percaya
"Dengar tu bang..Jannah pun tahu.” Sampuk Kirana
Farid memandang tajam kearah Jannah.
"Suka hati Ayahanda..nak percaya ke tak. Farid masuk bilik dulu..” Farid keluar dari situ
Megat Zainal mengeluh berat.
"Awak pergi pujuk dia jap..”
Kirana menjeling suaminya. "Ish abang ni..tu la apa apa kena tanya dulu..bukan dengar dari sebelah pihak!” Perli Kirana lalu keluar mengikuti Farid
"Betul ke Jannah pun ada kat situ?” Soal Megat zainal
Jannah mengangguk.
"Farid tak tipu Ayahanda..”
"Haih..! Takpe lah nanti Ayahanda cakap dengan dia.” Keluh Megat zainal keluar meninggalkan Jannah dan Farah.
Jannah tersenyum lega.
"Rugi kan Fara takde kat sana..Kalau tak boleh tengok Sekolah gangster..Free jer..real pulak tu.” Fara mencebik membayangkan dirinya turut ada ditempat kejadian.
Jannah mencubit laju lengan Fara..
"Awww..sakit la kak! Orang gurau jer kot..” Rungut Farah menggosok lengannya
"Tu la kalau abang dengar..macam mana? Kesian dia..” Kata Jannah tersenyum nipis
Sekolah itu jarang ada pergaduhan dan buli. Sebab tu kalau jadi pun.. Popular lah mereka yang bergaduh kerna digossip satu sekolah.
Petang itu...
"Akak nak keluar kejap. Nak beli barang... Fara nak ikut tak?” Jannah mencapai tudung hitam sarungnya. Jannah jenis yang malas nak terlalu berhias..ala kadar dan simple.
Farah menggeleng..mata masih tak beralih buku ditangan. Exam nak dekat kan..jadi bersungguh la sikit belajar.
"Kedai kat Taman tu jer kan Akak nak pergi..Takpe la Fara banyak kerja.”
"Haah..situ jer dekat. Pergi dulu..BYE..” Jannah berlalu pergi.
Jannah berjalan sambil mata fokus pada hp ditangan.
Tiba tiba hp diambil kasar oleh seseorang..jannah tersentak! Baru nak marah tapi..
"Berjalan pun main fon. Bahaya tahu tak! Kalau jatuh terlanggar ke..Takde masa aku nak angkat kau tu.” Marah Farid mengembalikan semula hp kepada Jannah apabila gadis itu diam.
"Siapa suruh angkat.” Jannah menunduk wajah..sempat lagi balas
Farid mengeluh.
'Dah kenapa aku marah dia..Dah la dia baru jer tolong aku kat sekolah. Aduhh!’ Ngomel Farid sebersalah melihat Jannah diam
"Aku nak mintak maaf pasal kes kat sekolah hari ni..libat kan kau pulak. Kalau diorang kacau kau..Kau bagitahu aku cepat. Faham!” Ujar Farid bersahaja. Orang lelaki kan..ego dia macam mana.
Jannah mendongak memandang Farid..terbit senyum manis dibibir mungil itu.
'Dia senyum! Kuatkan la iman aku ni..tergugat!’ Ngomel Farid
"Takde apa lah..lagi pun saya dah anggap macam family sendiri dah.” Balas Jannah lembut
Suasana hening seketika.
"Kau nak pergi kedai sana kan..Jom pergi sekali.” Farid selamba berjalan kedepan
Jannah terkedu.
'Macam mana dia tahu?’
Jannah berjalan mengikuti Farid.
*****
"Hannah.” Zarina duduk di birai katil melihat Hannah tengah buat homework.
"Ye mi kenapa?” Hannah menoleh kepada Zarina di atas katil bujangnya.
"Hanna jangan pengsan pulak kalau Umi cakap ni.” Zarina memandang sebersalah.
Hannah duduk di sebelah Zarina..lengan Zarina dirangkul manja.
"Biar la pengsan pun..Pengsan atas katil jugak.” Balas Hannah selamba
Zarina ketawa kecil.
"Hanna suka tak kalau ada kakak?” Soal Zarina mula serius tpi takde la serius snggt
Hannah kelu lidahnya.
"Umi nak cakap apa sebenarnya? Pelik soalan Umi tu.” Tanya Hannah
Zarina mengelus tangan Hannah yg melingkar dipinggang nya.
"Jannah yg selalu Umi sebut dulu..Kakak kembar kamu.” Tenang Zarina mengelus rambut Hannah ikal mayang
Hannah terkedu!
'Kalau tak pekak confirm aku mimpi’ Ngomel hannah
"Biar betul Umi ni..tak gurau kan?!” Hannah tergelak kecil
"Betul la..Umi yang mengandungkan kamu berdua ..Kamu dengan Jannah!” Balas Zarina tersenyum manis
Hannah termenung lama.
'Patut la dulu Umi selalu panggil aku Jannah.’
'Tak sangka! Aku ada kembar..Ya Allah best nya kalau dia ada!’ Gembira Hannah tersenyum lebar
"Ha tu dah kenapa tersengih sorang tu..”
Hannah tergelak kecil.
"Best nya Umi... jadi mana Kakak Hannah sekarang?” Hannah teruja
Zarina mengalih pandangan ke pintu... Muncul Iqbal bersama wajah bingung.
"Adik! Duduk sini sayang... iqbal dengar ke?” Ajak zarina
Iqbal duduk bersila di hujung kaki Zarina bersama sengihan.
"Tak sangka pulak Iqbal ada dua kakak.” Iqbal tersengih
Zarina mengangguk bersama senyuman tenang.
"Umi percaya satu hari nanti Kakak kamu berdua akan balik ke pangkuan keluarga kita.” Ujar Zarina
Hannah berbaring meletakkan kepala dipaha ibunya..
"Hannah nak cari Kakak boleh tak Umi?” Celah Hannah
"Kak Jannah sekarang tinggal kat tempat jauh... Umi pun tak tahu kat mana. Tapi Umi doakan yg dia sentiasa berada dalam keaadaan selamat sihat.” Balas Zarina lembut
Iqbal dan Hannah berpandangan antara satu sama lain..
'Aku akan cari!’ Tersenyum kecil Hannah
************
Share this novel