JH 16 - Gangguan Dari Jannah

Drama Series 10957

POKOK bunga dan segala jenis pokok disiram Zarina.

"Makcik! Buat apa tu!”

Zarina mendongak kepala mencari suara lantang yang menegurnya. Terlihat seorang gadis berambut kerinting menuju di rumahnya.

Zarina menggeleng kecil. Wina menyalam tangan Zarina sopan , tersengih.

"Cari Hanna?” Tanya Zarina. Baldi kosong diletakkan ditepi tangga.

"Tak lah cari bakal suami saya. Iqbal, makcik ada nampak tak?” Wina mengekek pura pura malu.

Zarina tersenyum simpul.

"Ada-ada saja lah kamu ni. Pergi la naik atas dulu...” Jemput Zarina mesra. Sudah menjadi biasa kedatangan Wina dirumah nya. Kadang-kadang bermalam dirumah dia, alasannya mahu buat kerja sekolah bersama Hannah.

"Gurau-gurau manja je makcik. Hannah! Keluar kau!” Jerit Wina nyaring. Melangkah masuk kedalam rumah.

Zarina dibawah tangga sudah menutup telinga. Mengurut dada terperanjat dengan suara gadis itu.

"Ya Allah anak Pak mat ni. Suara mengalahkan guna microfon surau.” Zarina geleng kecil.

Paip ditutup, daun-daun kering dicelahan pokok bunga juga dibuang berhati-hati.

Iqbal yang dari tadi menjengah kepala melalui jendela dibiliknya...sudah resah semacam memanggil ibu nya.

"Pssttt...mi, umi..” dia cuba perlahankan suara seperlahan mungkin. Takut benar Iqbal dengan kawan kakaknya itu.

Zarina mengangkat muka. Senyum simpul melihat Iqbal. Zarina mengangkat kening.

"Aduh mi. Dah kenapa perempuan rempit tu datang sini petang-petang ni? Iqbal nak keluar macam mana ni?” Rungut Iqbal gelisah. Punggungnya diduduk diatas jendela. Kaki dikeluarkan lagak nak terjun. Tak ada la tinggi sanggat, sebab tu berani.

Zarina ketawa kecil.
"Habis, takkan bal nak Wina datang malam. Tak lena tidur Umi malam-malam dengar kakak dengan bakal menantu Umi tu bersembang.” Usik Zarina sengaja. Kedua tanggan yang sudah basuh dikibas kibas. Langkah menaiki anak tangga ,membiarkan saja anak teruna nya itu melongo sendirian.

Iqbal ternganga namun segera ditutup mulut. Seperti mahu menangis pun ada.

"Bakal menantu? Takkan kakak dengan si perempuan rempit tu lesbian?” Berkerut dahinya memikir hal itu. Masih tak menangkap usikan Zarina.

Pantas Iqbal beristigfar. Mulutnya ditampar perlahan.

"Astagfirullah alazim... mengarut. Kalau abah dengar ni mau lembik tulang aku kena belasah.” Iqbal tergeleng-geleng sambil mulut tak henti mengomel sendirian.

Ternampak orang kampung, mahu nya dikata budak Iqbal tu meroyan. Duduk ditepi jendela bercakap seorang diri.

Iqbal mencapai topi cap hitam, diletak selamba dikepala nya. Kunci motosikal di atas meja dicapai. Mulut bernyanyi kecil...

"Haa, aku ni kalau demam. Mesti ada orang rindu ni.. jangan ditanya siapa rindu. Tak makan ubat pun boleh sembuh sendiri. Dah macam ada kuasa pula kan..” Ngomel sendirian Iqbal sambil ketawa kecil. Berjalan keluar dari bilik tidurnya...

"Kuasa Allah.” Hannah muncul dibelakang nya. Wina disebelah sudah mengulum senyum menahan gelak.

Iqbal terkejut beruk. Berpaling kepada Hannah yang mengangkat sebelah kening kepadanya.

"Akak ni suka muncul tiba-tiba...pergi dulu la.” Iqbal memuncung bibir. Kaki laju mahu lari dari situ. Tak betah lagi disitu apabila perasan dari ekor mata Wina asyik memandangnya semacam.

Baru sebelah kaki menyentuh tanah, namanya dipanggil Hannah. Terpaksa dia menoleh semula.

"Pergi mana? Dating? Dah tak payah... ikut akak pergi klinik farmasi kat pekan.” Hannah bercekak pinggang

Mendengar perkataan 'dating’ itu, laju Wina memandang Hannah.

"Malas lah, demam dah sembuh kan.” Rungut Iqbal...malas sungguh dia bila setiap kali demam. Pasti dipaksa makan ubat.

Mendengar itu, Hannah turun merapati adik lelaki nya. Ketinggian dua beradik itu sama tinggi, menampakkan mereka seperti pasangan kekasih pun ada.

Dahi Iqbal disentuh, menjalar pula dileher. Iqbal hanya memerhati Hannah menilai tahap panas badan Iqbal.

"Hmm.. kurang la. Tapi kau jangan nak merayap jauh-jauh.” Bicara Hannah mengancam membiarkan saja Iqbal pergi dengan senang hati.

Bahunya dicuit Wina.
"Weh. Kau cakap nak tackle kan adik kau untuk aku.” Wina yang masih melongo melihat bayang Iqbal yg membonceng muto sudah jauh.

"Next time la Win, lagi pun kalau si Iqbal tu demam... mana boleh bawa dia sekali. Biar la dia... jom la makan, aku lapar.” Balas Hannah sedikit penat menarik tangan Wina mengikuti nya kembali ke rumah.

"Alaa...” Rungut Wina
. .
. .
Nasi kicap bersama sebiji telur dadar disuap kedalam rongga mulut. Adik-adiknya sudah berkurung dalam kamar masing-masing diawal pagi begini. Ada yang sibuk dengan handset 24 jam, ada yang tidur terbongkang atas katil tak bangun-bangun. Entah hidup entah mati. Ada pula katanya pergi bersenam di taman, padahal pergi mengorat perempuan. Haih... macam-macam la. Dia seorang saja lah bersarapan diawal pagi 7 am begini.

Fikiran terlintas pula pada Bonda dan Ayahanda yang sudah 2 hari bercuti di kampung.

"Haih... bila la nak start sekolah. Bosan nak mampus duduk rumah dah macam tunggul.” Gerutu Megat Farid merenung pinggan yang sudah kosong didepannya. Seperti tembus ke meja pandangan bosan nya itu.

Mata mula meliar bentuk besar meja makan. Bibir tersenyum tawar.

"Meja besar... tapi orang sikit. Baik makan kat lantai.” Bicaranya perlahan.

"Cerhh! Makan kat lantai konon. Asal tak makan kat longkang... kan nampak lebih rendah diri.” Kutuk Jannah tanpa bertapis. Dia mengambil tempat di sebelah Farid, tetapi tidak la dekat sangat kerna dihalang oleh satu kerusi di antara mereka.

Farid berdecit halus. Menjeling sekilas Jannah yang sedang menguyah sebiji epal merah yang diambil dalam bakul kecil. Gadis yang tak lepas dari tudung kepala nya sedikit membuat hati Farid kagum melihat. Bertahun Jannah membesar dalam rumah itu, namun tak pernah membiarkan lelaki melihat mahkotanya. Tiada pula perkataan Panas atau Rimas yang keluar dari bibir Jannah kerana disarankan sentiasa mengekalkan tudung.

Pandangannya tak lepas menilik Jannah menguyah epal dari sisi. Gadis tinggi langsing itu seperti tak endahkan renungan nya. Entah mengapa Farid seperti mahu saja mengusap kepala Jannah. Lagak sang abang bermanja dengan sang adik.

'Kenapa mata aku macam dah kena gam ni? Kang tilik muka perempuan ni, terbawak sampai ke mimpi.’ Bisik hati Farid kehairanan dengan dirinya sendiri.

Suasana yang menjadi sunyi sepi antara mereka itu membuatkan Farid tak betah berada disitu. Pinggan dibawa ke singki.

Kusyuk membasuh pinggan dan cawan. Sekali lagi dirinya diganggu oleh Jannah yang tiba. Jannah bersandar belakangnya didinding memerhati Farid membuat kerja sambil tersengih.

Farid membiarkan saja. Dia bergerak ke peti ais mencari-cari sesuatu yang manis.

Jannah mengikut langkahnya juga bersandar pula dipeti sejuk. Sengihan yang gadis itu berikan padanya seperti sengih mengacau. Sengaja membuatkan dia rimas diekori begitu.

Akhirnya Farid mengalah, berdiri menghadap Jannah yang tersengih semacam. Dia menjeling menyampah sebelum melayani sikap Jannah yang kadang-kadang kebudakkan yang minta perhatian.

"Okey dah. Kau nak cakap apa? Ingat aku ni ibu itik ke... “Farid menjentik dahi gadis itu. Tersenyum melihat Jannah meringis sakit.

"Aku sebenarnya... “ Kata Jannah separuh berbisik, sengaja dia melambatkan percakapan. Tanpa sedar jarak mereka semakin hampir. Farid mengangkat sebelah kening menanti bicara Jannah seterusnya.

"Sebenarnya... Ermm.. actually aku.. Erk sebenarnya.. macam ni.. aku..”

"Sebenarnya.. sebenarnya! Aku lempang karang! Eii... bagitahu saja lah.” Gesa Farid sudah tipis kesabarannya melayan gadis itu. Riak juga semakin masam.

"Sebenarnya aku bosan la! Bosan tahap gebang tahap dewa maharajalela dah ni. Aku ajak Farah keluar lepak kat taman, dia tak nak. Nak ajak Rissa, dia tengah buat kerja sekolah. Erk... takkan nak ajak Raykarl pula kan. Tak manis la orang tengok... baik ajak kau. Boleh kan?” Jannah mengerdip-ngerdip kan bulu matanya. Tersenyum manis berharap Farid mahu menemani nya.

Raut yang serius itu bertukar dengan sengihan penuh makna dari megat Farid yang mahal dengan senyum. Dia semakin mendekat kearah Jannah hingga membuatkan gadis itu mengundur setapak, gabra pula dia tengok senyum semacam Farid.

"Sama saja aku dengan Raykarl. Dia lelaki, aku lelaki. Ke sebenarnya kau memang nak dekat dengan aku... kau suka aku, eh?” Bisik Farid lembut . Merinding Jannah yang dengar...

Dada sudah berdebar. Terkial-kial Jannah mengundur setapak demi setapak. Jantung usah ditanya. Mata dipejam tak mahu lihat Farid sudah dekat dengan nya. Entah mengapa apabila dengan Farid... dia seperti tak tergamak mahu menolak Farid menjauhi nya. Seperti mahu pecah dada Jannah apabila dapat dirasa nafas hangat dan lembut lelaki itu menampar bagai sutera wajahnya.

Menyesal pula dia bergurau begitu. Dia juga tak tahu mengapa mulut dan hatinya berjalan tak teratur sejak Farid pulang. Sangkanya Farid hanya akan tak endahkan dia, namun lain pula.

Wajah Jannah sudah berpeluh dilap sedikit dengan jari nya. Mata gadis itu yang masih terkatup ditatap... takut mungkin dengan gurauan balas darinya. Siapa suruh berani ganggu nya pagi-pagi buta begini, kan dah menyesal. Dia menilik setiap inci wajah gadis itu... ditenung dengan mata redupnya lama seperti memahat wajah gadis itu dalam hatinya.

"Kau rindu aku, Janna?” Bisik Farid

Tak semena-menanya terbuka luas kedua mata Jannah. Serentak dengan itu dia menolak kuat dada bidang Farid menjauhi nya hingga tubuh Farid terdorong ke belakang. Hampir punggungnya merempuh dinding. Terkejut biawak pemuda itu dibuatnya dengan tindakan drastik Jannah.

Tanpa berfikir panjang, Pintu dibelakangnya dibuka Jannah. Dia lalu keluar dari situ. (Pintu dapur).

"Arghh!!”

Farid tersentap mendengar jeritan lantang itu. Pantas dia bangun melihat.

Terbuntang mata Farid. Mulut juga ternganga hingga tak sedar untuk menutupnya.

"Nur Jannah!”

Hah sudah! Menggetar la Farid...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience