JH 26 - Chubby

Drama Series 10957

8 TAHUN KEMUDIAN

Semuanya sudah dewasa dan melanjutkan pengajian masing-masing. Sama ada diluar negara, ada juga spesis penganggur. Contohnya seperti Jannah. Main-main belajar, last-last dibuang U.

Tapi dia tak kisah, Jannah lebih suka berada dikampung bersama keluarga. Badan pun sudah berisi. Mana taknya kerjanya makan saja. Uminya pula memaksa dia makan 6 pinggan nasi sehari. Fuh! Nasib tak gempal saja.

Yang paling 'keren' semestinya Farid dan Hannah. Mereka berdua itu boleh dikatakan pelajar paling pintar dan dikagumi semua orang. Raykarl dan Farah juga tak ketinggalan kepopular nama mereka yang disebut oleh mulut orang kampung.

Dan tempat menuntut ilmu mereka juga boleh dikategorikan sebagai 'Top Ranking University!' Mana tak bangga orang-orang kampung. Anak-anak muda itu mengharumkan nama keluarga, mereka pun tumpang sekaki la.

Hafiz?
Walaupun hanya bekerja di kolam udang galah milik Jamal, namun diusia mudanya sudah mampu membeli sebuah rumah. Pemuda bekerjaya katakan.

_____

'Abang perlu ke tinggalkan Ana, tinggalkan anak-anak? Tolong abang jangan pergi... Ana tak boleh terus hidup tanpa abang.'

'Ana! Ana dengar sini, abang akan pulang. Ana jaga anak-anak kita, jaga mak, jaga anak dalam kandungan ni. Abang sayang Ana... abang pergi dulu.'

'Isk... Abang!'

"Hisk... hisk... siapa pengarah cerita ni wey. Sedih siot! Bengkak mata aku." Kerepek pisang disumbat kedalam mulut namun mata masih kusyuk menonton televisyen.

Jamal duduk disebelah Jannah. Dipandang silih berganti Jannah dan tv. Kemudian dia tergelak kecil. "Menangis la ni? Haih kamu ni Yong. Tak silap abah cerita ni dah ulang 4, 5 kali dah. Tak bosan ke layan cerita sama?"

Tisu ditarik lalu dilap hingusnya. Jannah masih dengan mimik sedihnya. Jannah menjeling bersama bibir dicebir.

"Abah ni, tak ada jiwa percintaan la! Drama ni sedih tau. Asyik buat hidung orang berair, mata orang menangis je." Tukas Jannah mempertahan drama kesukaannya.

"Suka hati kau la, Na. Ni dah solat maghrib ke belum?" Jamal bangun berdiri.

"Dah. Pagi tadi,"

Pap!

"Aduh! Abah ni bergurau, benjol dahi orang." Adu Jannah sambil menggosok dahi yang terkena balingan bantal abahnya.

Jamal membetulkan songkok dikepala. Dijegil mata kepada anak daranya itu. "Banyak la kau benjol, tutup tv tu. Pergi solat Nur Jannah sebelum abah pinangkan kau dengan duda hujung kampung tu. Nak?"

Jannah telan air liur. Muka didongak. "Duda! Kaya ke bah?"

"Astaga, budak bertuah ni!"

"Kaya. Kepala botak tengah, perut buncit, gigi jongang, anak 10 orang. Macam mana? Malas solat lagi?" pangkas Jamal sengaja menakutkan Jannah.

Liur ditelan lagi. Kesat. Membayangkan lelaki duda yang dikatakan Jamal.

"Kalau macam tu, orang pergi solat lah." Jannah bingkas bangun. Perut pun sudah 'chubby'.

Jamal senyum senang. Bukan susah pun nak suruh Jannah sembahyang. "Macam tu la anak abah. Dengar kata. Dah pergi solat, lepas tu tolong umi masak kat dapur."

"Urmm... bah, rumah dia besar tak?"

"Nak abah pinangkan betul-betul?"

"Okey-okey. Orang solat!" Berdesup lari Jannah kedalam kamarnya.

-.-

"Assalamualaikum..."

Tiada sahutan.

"Assalamualaikum!" Kali ini lebih kuat.

Pintu dikuak. Lelaki itu hanya menanti untuk dikenali.

"Hmh, kacau orang nak makan la. Pak Arab mana pula ni? Jual karpet ke? Sorry la rumah saya dah bertimbun karpet," Ujar Rissa tanpa sebarang senyum kerana dinner nya diganggu.

Lelaki berkulit cerah itu tertawa kecil. Kacak!

Kening Rissa berkerut. Diamati seraut wajah didepannya saat ini. Hensem memang hensem tapi kalau dah kacau time aku makan memang tak pandang rupa dah.

"Eh jap, macam kenal je. Suara dengan muka berlagak awak ni macam saya kenal. Siapa ek?" Rissa memerah ingatan namun tiada yang terlintas.

Sesaat mata Rissa membulat.

Lelaki itu sudah bosan bercampur letih berdiri. Depan-depan budak ni kata aku berlagak. Taknak jemput masuk ke?

"Rissa, hensem sangat ke aku sampai kau tak ingat langsung?" Suara garau itu bertanya malas.

"Me-megat Farid? Maksud saya, abang Farid!" Terjerit Rissa. Jelas terkejut.

Farid mengia malas. "Ha ya ya, aku la ni. Ni tak ada orang nak sambut kepulangan aku ke ni? Hampar karpet merah ke?"

Rissa masih tayang muka 'cannot brain.'

Muncul Farah dari belakang Rissa. "Kau bercakap sorang ke? Ark-" mata Farah melolot melihat Farid.

Farid ready menutup kedua telinga.

"ABANG!"

-.-

Langsir gelap itu diselak. Wajah tampannya disimbahi cahaya samar dari lampu perumahan terdekat. Pandangan diliar segenap ruang bilik tersebut.

Seulas bibir milik Farid melukis senyum.

Bertahun dia meninggalkan tanah air Malaysia ini. Separuh kerinduannya sudah terubat setelah sekian lama, dapat menatap kembali wajah keluarga dia.

"Jannah, kau rindu aku?"  Getus Farid perlahan. Tanpa sedar bibirnya semakin melebar senyum.

Baru saja badan ingin rebah keatas katil. Namun ketenangan bukan lah milik dia...

"Weyh Megat Farid dah kembali! My lovely brother, bila kau sampai? Asal kau tak call aku, kalau tak boleh saja aku jemput kau depan pintu airport."

Raykarl muncul tanpa sebarang salam. Terus menghempas punggung diatas katil.

Farid duduk lambat-lambat. Memandang tak percaya kepada Raykarl.

"Kau ke ni, Karl?"

"Haa aku la siapa lagi. Tak ada penyanyi terhensem selain aku."  Bersama senyum bangga, Raykarl menguak rambutnya.

Farid ketawa. Seluar pendeknya dicampak kemuka Raykarl.  "Berlagak tak habis kau ni,"

Seluar itu dipegang, ditilik tepat kemukanya. Dahi Raykarl berkerut-kerut. Seluar itu dicium.

"Uwerk!"  Seluar hitam tersebut dibaling semula ke arah Farid.

Raykarl mengepit hidung menggunakan dua jari.  "Weh! dah berapa bulan kau tak basuh seluar tu? Teruk la mamat ni,"

Santai saja Farid mencampak seluarnya masuk kedalam bakul. Gol!

Tak de nya dia nak terasa dengan kutukan sepupunya itu.

"Ish kau ni..."  Raykarl mengibas-ngibas depan mukanya. Menghalau aroma tadi.

Jeda.

"Jannah... macam mana dia sekarang? Sihat? Maksud aku dia kerja apa sekarang? Ke penganggur?" Meluncur perlahan soalan itu dibibir Farid.

Tawa kecil terlahir dibibir Raykarl. Lengan kanan direhatkan diatas bahu Farid. Ikut membuang pandang kehadapan.

"Janna sekarang dah... haih," Raykarl pura-pura kecewa.

Meskipun menayang muka tenang, tetapi ayat tersangkut Raykarl itu membuat Farid berdebar ingin tahu.

Hish si Raykarl ni, saja buat aku saspen!

"Jannah sekarang makin comel."

Farid masih belum tangkap itu, polos bertanya. "Maksud kau?"

"Chuby," Raykarl menahan ketawa yang hampir meletus.

Farid angkat sebelah kening. "Serius aa?"

"Serius wey. Tapi tak ada la ketara sangat, itu la si Jannah tu kerja asyik makan saja. Aku lepak dengan dia minggu lepas, selera makan dia tu dah mengalahkan orang pregnant."

Sebenarnya Jannah tidak la montel sangat, kalau montel pun apa salahnya kan? Tapi biasa saja lah si Raykarl ni, saja kenakan Farid.

"Mulut kau ni boleh tahan juga kan. Dah daftar jadi ahli pakcik bawang?" Ujar Farid.

"Chuby ya... syok juga tu kalau peluk malam-malam." Monolog Farid sempat tersenyum gatal.

"Bagus juga kan."

"Bagus apa?" Tanya Farid.

"Yela, nanti bila kau dah kahwin dengan Janna. Kau panggil dia 'chuby', dia pula panggil kau 'hubby'. Dan sweet gitu. Eh mat kau pakai blusher ke kat pipi tu?" Terlepas jua gelak Raykarl.

Tahu la Farid, dirinya sudah dimainkan. Dibiarkan saja Raykarl tertawakan dia.

Farid bangun. Tuala disangkut kebahu. Dia terus melolos kedalam bilik air tanpa menghiraukan gelakan syaiton Raykarl.

Jam didinding dikerling Raykarl. Ketawanya serta merta mati.

"Alamak dah lambat!"  Tergesa dia keluar dari kamar itu.

Bagaimana dia boleh lupa. Tugasnya hari ini untuk menjemput seseorang di airport.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience