"Hanna... Ooo Hanna anak abah." Panggil Jamal dari dalam kamar.
Hannah menghampiri Jamal yang sedang berbaring sambil diurut uminya.
"Abah nak Hanna urut ke?"
"Eh tak. Biar la abah tengah denda umi kamu ni, biar dia urut. Hanna... muat tak katil tu untuk 3 orang?"
Hannah berfikir kejap. Jika dilihat memang tak muat kerna katilnya hanya katil bersaiz bujang.
"Meh tidur dengan umi saja lah. Abah biar dia tidur bawah." Zarina memberi idea.
Jamal mengangkat sebelah kening. Dia kena buang begitu saja? Soalan makan diri sendiri.
"Tak apa la umi, abah. Farah kan tetamu, Hanna boleh je tidur bawah." tukas Hannah lembut.
Zarina dan Jamal tak terkejut pula. Sudah kenal dengan sikap anak gadisnya itu. Sentiasa bertolak ansur dan baik hati.
"Kalau macam tu, Hanna pergi ambil tilam dengan cadar tepi almari tu. Bagi kat Farid dan Raykarl sekali." Zarina turun mendekati Hannah untuk menolong gadis itu mengangkat 3 tilam. Mujur la tidak berat mana dan bisa dilipat dan dibawa kemana-mana saja.
"Boleh angkat tak tu?"
"Boleh. Tidur-tidur la bang, dah tengah malam ni. Tapak tangan saya ni dah licin nak mengurut belakang abang pun. Sambung esok la." Zarina berpesan kepada Jamal yang masih segar mata bersama telefon ditangan.
"Awak tu kenapa tak tidur lagi? Nanti la dulu. Abang nak stalk sorang artis perempuan ni. Elok Zar kalau nak dijadikan madu pun, cuba awak tengok ni."
Berasap telinga Zarina mendengar itu. Automatik berpusing ke belakang kembali. Gaya seperti mahu terkam. "Apa abang kata tadi? Madu? Ohh madu ya."
Hannah tertawa melihat muka garang uminya. Segera dia keluar dari situ bersama tilam nipis ditangan.
"Aduii sakit yang oi! Bukan madu la, abang kata menantu."
Hannah urut dada dengan suara lantang abahnya. Tak bernasib baik abah cakap main lepas.
"Hanna,” namanya diseru lembut
Hannah berpaling ke belakang dimana ada Raykarl tercegat berdiri.
"Ada apa, Karl?"
Muka Raykarl terasa panas. Memandang tak percaya. Dia panggil aku Karl? Maknanya dia nak kawan dengan aku la kan. Peluang jatuh dari langit, jangan sia kan!
Puas dia berfikir pelbagai topik untuk ajak Hannah berbual.
"Karl?"
Raykarl seperti terbangun dari mimpi yang indah. Mujur gadis itu masih didepannya. Tilam ditangan Hannah dipandang.
Sekurangnya ada juga sebab. "Mari saya tolong angkatkan. Nampak macam berat tu."
Hannah tanpa banyak soal menghulur 'tugasnya' kepada pemuda itu. "Karl, awak dengan kawan awak tu tidur mana?"
"Oh Farid. Hmm... tak kisah tidur mana-mana pun. Kat luar pun boleh." Balas Raykarl sempat melempar senyum.
"Mari ikut saya."
Raykarl ikutkan saja langkah Hannah yang memasuki salah satu bilik. Entah bilik siapa dia tak tahu.
"Letak tilam tu tepi katil. Boleh kan tidur bawah? Sebab nampak macam tak muat pula kalau tidur sekali dengan Iqbal atas katil ni." Kata Hannah melirik kepada Iqbal yang sudah tidur mati.
Raykarl memandang silih berganti Hannah dan seorang budak lelaki terbongkang diatas katil. "Boleh ke? Maksud saya adik Hanna tak marah ke?"
"Tak. Dah tengah malam, saya keluar dulu ya. Tilam tu pandai kan kemas?" Hannah bergerak ke pintu.
"Pandai-pandai." Jawap Raykarl
"Hmh." Baru saja Hannah ingin menyelak langsing, dirinya terlanggar susuk tubuh Farid yang kebetulan ingin masuk kedalam bilik Iqbal mencari temannya.
"Eh Hannah? Sorry tak nampak." Farid serba salah meskipun tak sengaja.
"Tak apa. Saya keluar dulu," Pantas Hannah meminta diri. Tak selesa rasanya berada didalam satu bilik dengan 3 orang lelaki, dan dia perempuan.
Dua jejaka itu hanya memandang dengan mulut terkunci langkah Hannah. Pintu ditutup. Raykarl dan Farid bertentang mata.
Farid kebingungan dengan pandangan lain macam Raykarl itu. "Apa?"
"Kau buat apa kat sini?"
"Aku cari kau lah. Dah macam budak kau ni. Tinggal sekejap dah ghaib." Pangkas Farid
Raykarl mengeluh geram dengan disertakan tawa kecil. "Mari la tolong aku kemas. Kacau daun betul mamat ni. Aku baru nak berduaan romantik dengan Hanna. Kau pula berani kau ek langgar dia? Esok aku langgar kau dengan kereta kebal pula."
Raykar mula menyatukan cadar dipermukaan tilam yang siap dihampar dilantai.
Farid mengawal riak yang sedikit berubah. Dia tahu dan dia dapat membaca dari tingkah laku Raykarl yang mungkin sudah jatuh suka kepada kembar Jannah. Apa yang dia fikirkan saat ini adalah... adiknya Farah.
Biar lah. Dia serahkan segalanya pada Raykarl, lagipun dia tak berhak berkata apa-apa.
"Rid, kau duk berdiri pun sempat lagi nak mengelamun." Tegur Raykarl yang sudah berbaring santai diatas tilam bersama hp ditangan.
Farid menunduk. Cepat pula si Raykarl buat kerja?
Farid turut sama merebah punggung ditilam yang siap dikemas.
-.-
Jannah serba salah melihat adik kembarnya pula tidur dibawah. Farah sudah tertiduran disebelah, dikerling kejap.
Kesian Hanna... aduh nampak kejam pula tuan rumah tidur bawah, tetamu atas katil. Aduh macam mana ni tak lena aku tidur! Getus Jannah masih tak tenang.
Nak berguling-guling pun tak boleh. Kegelisahan Jannah membuat badannya panas hingga berpeluh.
"Ayong kenapa tak tidur lagi? Panas ke?" tegur Hannah menyadari katil bujangnya asyik bergerak.
Dia lebih senang menggelar Jannah dengan panggilan 'Ayong’. Kata Iqbal dia tak mahu tertukar. Sudah la muka pun sama, ini panggilan pun sama. Namun Hannah tetap dipanggilan 'kakak’.
Jannah bangun dari pembaringan. Bantalnya dicampak elok ditepi kepala Hannah hingga membuatkan gadis itu terperanjat.
Jannah tersengih. Tubuh tingginya dibaring disebelah Hannah. Diatas katil hanya tinggal Farah.
Bantal ditepuk-tepuk lalu menjatuhkan kepala lega. "Tak boleh tidur. Kasihan pula kat Hanna tidur sorang-sorang," tukas Jannah tersenyum.
Hannah sedikit terkebil. "Ta-tak apa la. Ayong dengan Farah kan teta-"
Cepat Jannah memintas. "Hanna anggap ayong tetamu? Ini kan rumah keluarga kita. Maknanya Hanna masih tak anggap ayong sebahagian dari keluarga ni? macam tu?" laju Jannah berkata. Nada juga sudah berubah.
Sepantas kilat Hannah menggeleng. Bukan itu maksudnya. "Bu-bukan macam tu. Maksud Hanna..."
Hannah bertambah cuak dan bingung apabila Jannah tiba-tiba ketawa.
"Jangan serius sangat. Gurau je! Dah tidur-tidur, esok Hanna kena teman ayong jalan-jalan keliling kampung. Boleh?" ujar Jannah ceria. Rambut Hannah digosok kemudian memejam mata. Barulah tidurnya lena dan tenang.
Hannah mengangguk, dibiarkan rambut depannya sedikit kusut dikerjakan Jannah.
Fuh! Setiap kali dekat dengan ayong, setiap kali tu la jantung aku berdebar kencang. Omel Hannah dalam hati.
Dalam masa yang sama...
Farah membuka kuyu matanya. Agak terasa melihat sikap Jannah yang meninggalkan dirinya seorang diri. Meskipun tak la jauh jarak mereka namun dia merasa dia tak diperlukan lagi.
Sepertinya gadis bernama Hannah itu sudah menggantikan tempatnya sebagai adik kesayangan Jannah.
Farah mengemam bibir. Menahan kolam mata yang terasa panas. Terbit rasa iri dihatinya.
Mungkin disebabkan dia anak bongsu dan selalu dimanjai oleh semua orang termasuk Jannah. Jadi hati Farah agak sensitif dan mudah menangis.
Farah membelakangi mereka. Perlahan-lahan air mata mengalir membasahi pipi.
Diri aku kat sini macam... tak wujud. Selalunya aku orang yang selalu dalam pelukan kak Janna bila kami tidur sama-sama. Tapi sekarang... Bisik hati Farah membiarkan air matanya mengalir. Bibir dikemam tak mahu mereka dengar esak tangisnya.
Akhirnya Farah tidur bersama air matanya. Pilu menjerat hati selembut sutera miliknya. Dadanya sesak dalam menahan tangisan suara. Dia rindu kenangan dia bersama Jannah.
Menangis tanpa mengeluarkan bunyi, memangnya sakit. Namun menangis dari dalam tanpa menunjukkan kesedihan, sangat pedih!
-.-
Keesokkan harinya...
"ARGH!! Pocong ikat tepi!"
Jeritan Iqbal mengejutkan Jannah yang baru keluar dari bilik. Pintu bilik tertutup itu dipandang hairan.
Kebetulan Zarina lalu didepannya. Cepat ditahan. "Umi!"
"Ha kenapa ni Ja-Jannah ke Hannah ni?" Zarina tersenyum serba salah kerana kurang cam anak kembarnya.
"Janna la umi. Eh umi kenapa tadi tu?" tanya Jannah
"Oh Iqbal ke menjerit? kalau Iqbal menjerit macam tu, ada la tu Hanna buat benda kat dia." Selamber Zarina membalas seperti tiada apa-apa berlaku.
Jannah membuat mulut O. Lalu tersenyum. "Umi nak pergi mana ni cantik-cantik?"
Zarina tertawa kecil melihat semula penampilannya. "Tak de cantiknya. Umi nak pergi pasar beli lauk. Janna nak ikut?"
Jannah menggaru kepala yang tak gatal dengan sengih kambingnya. "Tak pe la umi. Tak mandi lagi ni."
Zarina tertawa gelihati melihat muka malu Jannah. "Dah pergi mandi. Kalau macam tu umi pergi dulu ya."
"Okey bos!"
Setelah uminya pergi, Jannah bergerak kedalam bilik mandi. Malu la tak pasal nanti dirinya ditegur busuk.
-.-
"Oo mak kau pocong!" Raykarl turut terlatah. Siap buka silat gayung lagi.
Mana tak terperanjatnya, sedap dia dan Farid diulik mimpi yang indah, tiba-tiba diteriak begitu oleh budak Iqbal ni.
Farid bangun mamai menggosok matanya. "Aduh perempuan mana pula menjerit pagi buta ni..."
Gulp!
Iqbal telan air liur memandang dua lelaki yang tak dikenali itu. Dia pula mana tak terkejutnya bangun-bangun saja ada orang lain yang tidur didalam kamarnya.
"A-Abang berdua ni... si-siapa? macam mana boleh ada dalam bilik ni?" Gagap Iqbal.
Farid dan Raykarl berpandangan sesama mereka kemudian memandang Iqbal.
"Ingatkan Iqbal dah kenal. Abang, Raykarl kawan kakak Iqbal. Kat sebelah ni yang macam muka tak siap ni Farid."
Iqbal tiba-tiba tenang dan berminat ingin mengenali dua pemuda itu.
"Oo saya Muhammad Daiyan Iqbal bin Jamal, hehe tak la panggil Iqbal je." Mesra Iqbal siap menghulur tangan untuk salaman sesi perkenalan.
Salamnya disambut. Masing-masing tersengih kambing dengan muka tak mandinya.
Iqbal menutup mulut menguap. Jam dinding dipandang lama. Jam sudah menginjak ke angka 11:40 pagi.
Iqbal kembali mamai. Mengantuk menyerang.
Farid sudah menghilang didalam bilik mandi. Manakala Raykarl pula tertidur dalam keadaan berdiri. Pelik-pelik perangai.
-.-
Share this novel