Bab 16

Romance Completed 31582

Uwek!uwek!

Hampir setengah jam shah menemani shalma dalam bilik air dek shalma tidak berhenti memuntahi semua isi perutnya. Risau shah dibuatnya selalu shalma muntah tak sampai 10 minit dari biasanya.

Belakang shalma diusap lembut. Terbit rasa kasihan apabila melihat mata shalma berkaca kaca.

"Sayang tak apa apa?" Soal shah risau

Tajam shalma pandang shah.

"Ini sebab awak lah ni." Tuduh shalma tiba tiba. Berkerut dahi shah. Apa pula salahnya? Ok kalau shalma nak salahkan dia sebab buat shalma mengandung rasanya itu tidak salah kerana ia rezeki allah.

"Kenapa sayang?"

Shalma berdiri tegak. Allahu penatnya muntah.

"Tadi awak kiss saya kan? Itu buat saya muntah tau tak." Kata shalma benggang. Shah tersentak sebelum tergelak kecil.

Bulat mata shalma. Amboi shah ni orang serius boleh pula dia gelak gelak sakan.

Shah ketap bibir. Menahan tawa.

"Hehehe. I'm sorry sayang. " Pinta shah kedua tangan shalma dipaut lalu dikucup lembut. Shalma menghela nafas berat.

"Hmm so kita nak ke rumah awak lagi ke? Kalau sayang tak larat lagi apa kata kita bermalam sini dulu. Kesian abang tengok sayang ni pucat je. Kalau sayang dah ok esok ajelah kita ke sana." Ujar shah panjang. Shalma segera memeluk shah erat. Entah kenapa dia rasa ingin peluk shah rasa nak bermanja.

Ya allah.. Maafkan saya shah... Saya dah lama maafkan awak.. Cuma saya nak sedarkan awak nak awak hargai betapa besarnya cinta saya pada awak. Desis hati shalma.

Shah membalas pelukkan isterinya. Ubun ubun shalma diusap. Shalma mendongak manja.

"Kenapa baby abang ni? Nak apa?" Tanya shah lembut pipi shalma dielus lembut

"Saya nak peluk awak. Peluk sampai esok." Kata shalma manja. Amboi tadi bukan main garang lagi shalma ni? Asal tetiba macam kucing parsi? Benarlah kata mama 'Mood perempuan mengandung ni kejap ok kejap tak'

Pantas shalma meleraikan pelukkan itu dengan muka bengisnya. Alamak versi dua dah mai dah.

Shah telan airliur.

"Awak fikir apa! Saya ada depan mata ni awak dok fikirkan tiara tu kan." Marah shalma

Kedua bahu shalma dipegang lembut.

"Sayang... Janganlah marah marah macam ni. Abang tak fikir pun pasal orang lain. Hanya shalma sofea dalam fikiran ni dan hati ni. Just you sayang." Pujuk shah mengoda. Shalma tersenyum lebar.

Tubuh shah sekali lagi didakap manja. Shah menghembus nafas lega.

"Manja isteri abang ni ea." Kata shah lembut.

"Kenapa? Awak tak suka saya manja?" Shah mengeleng laju

"Suka sangat sayang. Kalau boleh nak manja hari hari tak kisah dalam toilet sekalipun." Shalma tersengih. Hilang mood marahnya pada shah.

Bidang dada shah diguis guis.

"Shah...." Seru shalma lembut.

"Ya sayangku." Sahut shah. Aduh sampai bilalah dalam toilet ni. Dekat katil kan lebih selesa bermanja boleh baring baring.

"Awak sayang saya?" Soal shalma penuh harapan

"Mestilah sayang. Sayang sangat." Balas shah ikhlas. Sejak baru baru ini shah sedar bahawa wanita yang dicintainya adalah shalma sofea bukan lagi tiara.

Membahang wajah shalma. Ya allah bahagianya!

Shalma mendongak sambil memeluk pinggang shah.

"Kalau sayang.. Awak kena belikan saya tomyan aiskrim rojak buah nangka nasi ayam. Boleh?" Mata dikedip kedipkan memang itu shalma inginkan semua makanan itu terbayang bayang di mindanya

Shah ternganga

Lambat lambat shah menganguk. Apa apa saja untuk shalma dan anaknya.

Shalma muncungkan bibirnya tanda nak cium. Shah senyum kecil. Macam macam kerenah shalma ni.

"Nanti sayang muntah lagi." Shah bukan apa cuma risau kalau dia cium shalma nanti shalma muntah lagi.. Kesianlah.

"Oklah! Awak tak sayang saya." Rajuk shalma

"Eh apa pula cakap macam tu."

"Sebab awak mengungkit!" Shah mengeleng geleng

"Ok. Abang cium pipi je ok. Abang bukan apa sayang. Abang cuma kasihan dekat sayang."

Shalma kembali tersenyum. Alahai comelnya isteri aku ni. Banyak benor kerenah.

"Meh sini. Abang cium." Shah mendekatkan bibirnya dipipi kanan shalma.

Shalma bersuara.

"Cium lama lama tau. Baby cakap bukan saya." Nafi shalma menahan malu baby jadi alasan. Shah hanya ikut saja kehendak shalma.

Cup!

...............

Apa!!

Semua pengunjung diwarung itu memandang arah mereka. Wafi menyuruh hafiz bertenang. Lalu hafiz duduk semula.

"Kau ni rilek lah sikit." Kata wafi malu bila orang mula berbisik bisik. Aish hafiz ni memang suka buat hal.

"Weh kenapa kau tak jujur dengan sofea. Aku tak jamin sofea boleh terima semua ni." Ujar hafiz dibelengui rasa risau. Dah alang alang shalma ada di kampung ini lebih baik dia berterus terang agar shalma tidak lagi benci padanya.

Wafi mengeluh lemah.

"Nasiblah malam tu kau buat kak fea lari dari kampung ni... Kalau tidak entah apalah nasib dia kan sekarang." Terbuntang besar hafiz. Macam mana pula wafi tahu?

Wafi tersengih.

"Ibu bagitahu aku. Kalau kak fea tahu mak long nak kahwinkan dia dengan tok ketua kampung aka ayah si fuad aku rasa kak fea pun lari juga dari kampung ni. Siapa nak kahwin dengan orang tua." Wafi tayang muka geli. Hafiz menganguk setuju.

"Ok masalah tu dah settle. Ada dua lagi belum settle ni."

"Maksud kau?" Wafi kurang faham

Hafiz berfikir sejenak sebelum bersuara.

"Kita jumpa sofea dulu." Putus hafiz tanpa berfikir panjang.

Wafi terdiam seribu bahasa.

...............

"Awak nak pergi mana?" Soal shalma seraya bangun dari baringnya. Bersandar dibucuk katil.

Shah tersenyum nipis. Ingatkan dah tidur bini aku ni tadi.

"Abang nak belikan sayang makanan yang sayang nak tu. Abang janji akan cepat." Kata shah bersungguh. Shalma mengeleng lemah.

"Saya nak awak temankan saya. Saya dah tak ada selera." Jawab shalma lembut. Shah menuju arah shalma dan duduk sebelah shalma. Rambut shalma berjuntai dirapikan.

"Tapi sayang tadi muntah banyak. Kasihanlah kalau sayang tak makan." Pujuk shah. Harap haraplah shalma versi garang tak keluar.

Lengan shah dipeluk erat. Shalma rasa sangat nyaman disisi shah rasa taknak lepaskan shah.

Ubun ubun shalma diusap lembut. Manja sungguh shalma.

"Awak ada disisi saya itu pun dah cukup." Kata shalma perlahan.

Shah diam.

Pipi shalma dielus lembut. Shah perlahan lahan meletakkan shalma tidur dikatil agar selesa. Shah senyum sendiri melihat shalma tidur lena.

"Abang nak beli makanan dulu ea sayang. Anak papa jangan nakal nakal tau jaga mama. Papa nak beli momom dulu untuk baby dengan mama. Jangan kejutkan mama tau tunggu papa balik." Kata shah pada kandungan shalma. Perut shalma yang belum kelihatan itu diusap lembut.

Wajah bersih shalma dipandang penuh kasih sayang dan curahan cinta yang tiada hujungnya.

"Iloveyou sayang." Ucap shah romantik. Dahi shalma dikucup lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience