Tolong! Tolong!
Aku menanggis ter esak esak sambil berlari dan terus berlari tanpa hala tuju. Ya allah engkau bantulah hambamu ini.
Setelah aku rasa tiada lagi yang mengejar, aku terduduk lemah di atas rumput. Sungguh aku lelah saat ini.
Belum sempat pun aku hendak bernafas lega tiba tiba kelibat yang aku takuti kelihatan. Cepat cepat aku menyembunyikan diriku di pokok kelapa.
Dapat aku dengar bibir itu kumat kumit memarahi aku.
"Tak guna punya sofea! Kau jangan fikir bila kau melarikan diri kau selamat. Kau tengok saja nanti!" Aku menutup mulutku mengunakan kedua tanganku. Tuhan saja tahu betapa takutnya aku saat ini.
Ya allah.... Hanya itu yang mampu aku sebut kerana aku tahu hanya allah mampu membantu insan lemah seperti aku.
...............
Songkok di pakai elok di kepala butang baju di betulkan agar lebih kelihatan segak di hari bahagia nya.
Shah pandang diri nya di cermin. Tak sangka aku akan berkahwin dalam usia 23 tahun dengan pujaan hati aku Tiara. Tak sabar rasa nya nak menjadikan Tiara kekasih halal nya.
Pintu dikuak dari luar menyedarkan shah dalam alam maya nya. Terserlah senyuman puan kartini melihat anak teruna nya segak itu.
"Kahwin dah anak mama ni." Sayu luahan hati puan kartini. shah segera memeluk bahu mama kesayangan nya.
"Mama tak happy ke shah kahwin?" Soal shah
Bulat mata puan kartini shah menyoal begitu.
"Eh ke situ pula budak ni. Tak adalah. Mama cuma sedih sebab tak sangka anak mama dah besar dah nak kahwin pun. Alangkah indahnya kalau arwah papa ada." Tak semena mata shah berkaca kaca.
Lengan shah di cubit manja.
"Shah tak boleh sedih sedih. Ini kan hari bahagia shah."
Shah memeluk erat puan kartini
"Terima kasih mama. Walaupun shah dah kahwin. Mama tetap dalam hati shah. Always ma." Kata shah sedih. Sebak hati shah kerana dia anak satu satu nya.
Peluk kan di leraikan. Ibu jari puan kartini mengusap airmata mengalir di pipi anak teruna nya. Shah hanya mampu tersenyum dengan perbuatan puan kartini. Entah mengapa hati nya berat sungguh. Ya allah hilangkan rasa resah dalam hatiku. Doa shah dalam hati.
"Tenang. Insyallah semuanya akan berjalan lancar." Pesan puan kartini sebelum berlalu meninggalkan shah. Shah menghela nafas panjang. Tenang...
Shah sudah bersiap sedia. Tapi pengantin perempuan belum tiba. Agaknya jalan jam kut!
Nervos shah terlalu ramai saudara mara datang lain lagi jiran tertangga teman teman nya. Semua ada. Mudahkanlah semuanya.
20 minit sudah berlalu..
Namun kelibat yang di nanti nantikan belum tiba. Hati sudah tidak tenang. Sebab ini ke hati dia tak sedap dari tadi?
"Pengantin perempuan..
Belum sempat tok kadi bertanya. Shah bangun dan keluar dari rumah. Ke mana tiara? Tak mungkin tiara mungkir janji! Malu di tolak tepi sekarang dia perlu cari tiada. Manalah tahu ada kemalangan yang tak di ingini.
"Shah! Kau nak kemana tu!" Jerit sam kawan karib shah. Shah mengeluh lemah. Pintu kereta di tutup semula. Sam segera menuju arah shah.
"Weh! Tak eloklah pengantin lelaki blah macam ni. Buat malu tau tak." Marah sam. Mahu tak terkejut semua tetamu di sana bila shah bangun terus blah!
"Malu? Weh aku tak kisahlah! Sekarang ni aku kena cari tiara!" Rambut diraup ke belakang. Stress!
Sam mengeleng
Berkerut dahi shah.
Rela dalam kepaksaan. Tapi shah kena tahu kebenaran takut shah akan salahkan diri nya padahal tiara...
Sam menghulurkan telefon bimbit nya pada shah. Shah sambut tanpa ada rasa curiga.
"Tengok."
Hampir tersembur biji mata shah. Photo tiara bernikah bersama seorang lelaki china. Eh biar betul?
Remuk sekeping hati melihat hari ke bahagia kekasih nya yang sepatut nya menjadi hari ke bahagia mereka berdua. Di mana hati tiara hingga tegar lakukan ini pada nya? Bodoh nya aku selama ini percayakan cinta palsu tiara!
"Tapi kau nak tak calon aku?" Shah termangu tidak hiraukan sam. Dia terkejut! Hati dia dihancurkan dalam sekelip mata. Malam semalam sempat dia dan tiara videocall. Bahagia kata tiara tak sabar menanti hari kebahagian mereka berdua. Tapi sekarang apa? Ahh! Cinta palsu!
Telefon bimbit sam di campak entah kemana dan shah masuk kereta tanpa pedulikan sesiapa lagi! Fikiran terlalu kusut!
"Weh!" Laju kereta bmw meluncur keluar perkarangan rumah agam milik shah
Sam pungut telefon hancur nya. Sehancur hancur telefon ini pasti hati kawan nya itu lebih hancur.
"Shah... Aku harap satu hari nanti akan ada seseorang hadir menyembuhkan luka dalam hati kau." Omel sam penuh keyakinan.
Share this novel