BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...
Kehidupan lalu menyimpan seribu kepahitan hidup angkara si dia nyawa Shalma Sofea hampir teragut. Siapa dia? Usahlah di kenang lagi kerana hati ini masih berdarah dengan kisah silam yang pahit itu. Malah sekarang shalma menjalani kehidupan seperti biasa sejak di pertemukan dengan makcik kiah dan juliana kegelapan nya menjadi sinaran yang cerah. Alhamdulilah semoga selepas ini tiada lagi kepahitan mendatang dalam hidup nya.
Shalma mengeleng laju. Cuba di hilangkan kisah silam nya itu. Kadang kadang shalma sendiri merasa takut jika satu hari dia dipertemukan dengan seseorang yang amat dia takuti bagaimana? Bersedia kah dia? Allahu! Apa aku fikir ni.
"Ya allah shalma!" Jeritan itu menyedarkan shalma sofea dari lamunan nya
Kelam kabut shalma matikan api. Ayam goreng sudah jadi ayam kicap! Hangus! Aduh shalma kenapalah kau ni cuai sangat. Marah shalma dalam hati.
Juliana mendekati shalma.
"Aih.. Alahai berangan ke mana tu cik shalma? Sampai hangus lagaknya ayam goreng serupa kicap ni." Perli juliana menahan gelak. Shalma ketap bibir bawah nya. Malunya!
"Ish! Merepeklah kau ni lia. Macam mana ni? Takkan kita nak makan ayam kicap ni. Hurmm," Keluh shalma.
Jari mengetuk dagu lagak berfikir nak makan apa malam ini. Juliana berfikir boleh tembus kayangan!
Akhirnya juliana menghela nafas panjang. Macam dah berputus asa je nak fikir makan apa.
"Aku pun tak tahulah. Ibu mesti lambat balik. Kalaulah kita ikut ibu g kenduri sepupu aku tadi tak adalah kita kebulur." Shalma tersengih malu. Alahai kesian pula dekat juliana. Tapi sumpah ayam 4 ketul ni last untuk i masak malam ini. Hmm macam mana ni!
"Tak apa macam ni. Aku pergi cari kedai mamak or warung dekat area sini." Cadang shalma. Awal lagi ni baru pukul 8:19 minit.
Juliana mengangguk setuju. Perut dah lapar teruk ni.
"Ok! Aku solat kejap lepas tu aku jalan." Putus shalma seraya membersihkan kuali dan membuang ayam hitam itu. Nasib badan lah tahan lapar!
...............
Dalam perjalanan mencari kedai makanan. Tiba tiba mata nya tertangkap sesuatu. Alamak! Encik sotong kena buli! Dalam hati memang ketawa terbahak bahaklah tapi kesian juga kalau tak tolong. Lalu dia berhenti di tepi jalan bertentangan dengan encik sotong dan 3 orang pembuli. Masing masing dah tengok arah dia.
Helmet di buka. Tudung di betulkan nak jadi hero kena lawa sikit. Hehe.
"Oi! Kauorang buat apa ni!" Jerit shalma serupa jantan. Kelihatan encik sotong dan pembuli itu terpinga pinga.
Salah satu pembuli itu bersuara.
"Wei perempuan! Blah kau dari sini. Ini bukan urusan kau. Ini urusan aku dengan dia ni." Shalma senyum sinis. Memang nak kena dia ni.
Shalma turun dari motor nya lalu menuju arah mereka. Shalma mengambil tempat bertentangan yang shalma gelar encik sotong hm macam tak sotong. Tapi baju pink kena buli? Sotonglah kan.
Pandangan shalma menusuk kalbu. Namun cepat cepat lelaki itu mengalihkan pandangan nya ke arah lain.
"Kauorang ni tak ada kerja lain ke? Tak kesian dengan mamat ni? Blah dari sini sebelum aku hertak helmet ni dekat kepala kau kau sekalian!" Ugut shalma bukan kaleng kaleng.
Baru sekali kena sound dah kecut perut pergi dari sini. Fuhhh!
"Kau ok?" Tanya shalma tanpa perasaan
Shah tidak mengeleng mahu pun mengangguk. Malahan shalma di hadiah kan jelingan maut. What the hell?!
"Amboi aku dah tolong bukan main berlagak lagi kau eh? Inilah manusia bila di tolong bukan nak berterima kasih macam tak ada adab!" Sindir shalma dingin. Kalau tahu begini cerita nya baik dia biarkan lelaki ini dibuli saja oleh lelaki lelaki sado tadi! Biar padan muka dia! Sombong macam langit tak ingat bum!
Eh ikut kan rasa hati mahu saja shalma hempuk helmet ini di kepala lelaki itu. Menyakitkan hati!
"I tak ada suruh pun you tolong i. And i tak minta pun pertolongan you so buat apa i nak berterima kasih? Tak ada adab? Habis you tu mengungkit bagai itu kira beradab sangat ke?" Bukan main lagi shah dam shalma berbalas sindiran
Ya allah sebal nya aku dengan mamat cold ni! Haissh!
"Gila!" Herdik shalma berkira kira ingin berlalu. Namun helmet di tangan nya di tarik menyebabkan shalma terdorong ke belakang. Bulat mata shalma.
"Kau apahal!" Tengking shalma
Shah melepaskan tangan nya dari helmet shalma.
"I nak tumpang you. Boleh?"
"Kau memang gila!"
Shah mengeluh.
"I'm serius." Kata shah bersungguh.
Shalma gelak jahat.
"Dasar gila. Patutnya aku biarkan saja mereka buli kau. Biar padan muka kau tu!"
Kasar gila bahasa minah ni. Tadi elok saja. Rupa dah cantik tapi perangai... perhhh!
Shah merenung shalma lama.
"Diorang bukan pembuli." Shalma terkedu.
"Maksud kau?" Biar betul mamat ni habis siapa mereka?
Entah mengapa terasa lapang saja dada ini ingin menceritakan pada gadis yang tak sampai sehari pun kenal. Jodoh kah itu? Hahaha tidak shah! Wakeup! Jangan berangan.
Shalma masih menanti bicara shah yang tergantung itu. Berdebar pula jantung ni.
"Diorang tu bodyguard suruhan mama i. Mereka nak bawa i pulang. But i taknak. Sebab tu diorang tunjuk gangster tadi." Siot! Buat malu aku je tunjuk hero tadi.
Shalma diam.
"I tak kisahlah kalau pulang saja. Tapi mama i suruh i pulang rumah sebab nak kahwinkan i. I taknak. Hati i masih milik orang lain." Eh eh mamat ni macam kecewa je? Milik orang lain. Perh menarik cerita nya.
Shah sedar kebisuan shalma. Pasti gadis itu kekok kerana dia menceritakan kisah peribadi nya. Dia sendiri pun tak tahu dengan diri nya kenapa? Selesa? Dia bukan jenis cepat selesa dengan orang jauh sekali bernama perempuan. Tapi dengan gadis kasar ini senang pula bibir meluah rasa.
Lalu shah menarik sedikit tudung shalma ke bawah. Shalma terkejut dengan tindakan shah sebentar tadi. First time terpaku!
"Aurat." Hanya satu perkataan saja shalma sudah mengerti. Aduh leher nampak pula malunya. Boleh tahan mamat sotong ni baik juga. Puji shalma
"Terima kasih." Ucap shalma tak ikhlas. Shah mengangguk bersahaja.
"You... Single?" Soal shah ragu ragu
"Soalan apa kau tanya ni!" Single? Sejak lahir lagi aku single wkwkwkw.
"Jawablah." Desak shah. Macamlah soalan spm susah sangat nak jawab. Yes or No je pun.
Baru kenal dah mengada ngada tanya itu ini! Tak padan dengan sotong miang lagi!
Lambat lambat shalma menjawab.
"Single." Polos shalma
Shah tersenyum. Senyuman seperti meraihkan sesuatu. Apakah?
"Kau dah kenapa? Pelik bin ajaib betul." Kata shalma kasar berbaur dingin.
Shah yakin dengan keputusan nya.
"Kahwin dengan i nak?" Shalma terlopong
"A.. apa!"
"Sudi tak you kahwin dengan i? Clear kan." Sempat lagi perli orang mamat ni. Tahulah kahwin tapi.. Ini kerja gila! Manalah tahu mamat ni bapa ayam ke atau pun orang entah mana mana. Tiba tiba nak ajak kahwin? Blah lah! Lelaki? Tak ada dalam list hidup shalma sofea apatah lagi berkahwin.
Helmet segera di angkat bersedia di hempuk kepala lelaki tak siuman itu.
Satu
Dua
Tiga..
Pakk!
Share this novel