Azan subuh sudah berkumandang. Peluh didahi si isteri di lap mengunakan tangannya sendiri. Lalu bahu si isteri perlahan lahan ditepuk.
Terbuka luas kedua mata shalma.
"Ya allah!" Sebut shalma kaget sendiri
Apabila shalma memandang sebelah. Ada shah sedang duduk merenungnya. Airmata shalma gugur.
"Abang... Ini mimpi ke?" Tanya shalma sedih
Shah mengeleng perlahan. Kepala shalma berdenyut denyut. Shalma duduk. Melilau sekeliling. Ini masih di rumah makngah jasmine. Shalma peluk shah erat.
Shah mengusap lembut belakang shalma.
Shalma bersyukur... Semua itu hanyalah mimpi ngeri! Dia tak sanggup kehilangan anaknya dan suaminya.
"Abang.. Shalma mimpi kita berpisah.. Anak kita takde." Shalma menangis.
Shah usap pipi kedua pipi shalma.
"Mainan tidur je tu sayang. Jangan fikir sangat ok. Abang takkan tinggalkan sayang. Insyallah baby kita pun selamat." Pujuk shah.
Shalma mengangguk. Tapi mimpi itu terasa sungguh nyata! Malah mimpi itu ada fuad? Ya allah petanda apakah itu.
"Abang.. Bukankah pagi tadi....
Lantas shah memotong.
"Shh.. Abang minta maaf sebab merajuk macam budak budak. Sayang pula jadi mangsa. Maafkan abang ea." Pinta shah perlahan.
"Ya abang. Shalma selalu maafkan abang. Shalma betul betul terkejut dengan mimpi shalma tadi. Rasa real sangat abang." Shah senyum kecil.
"Don't worry. Esok akan menentukan sama ada fuad bersalah atau tidak." Kata shah menimbul rasa hairan dihati shalma.
"Maksud abang?"
"Fuad direman 5 hari atas kesalahan cubaan merogol ustazah airin semalam. Tak tahulah apa cerita sebenar tapi itu yang hafiz bagitahu abang. Then kes pasal maklong tu akan ditentukan esok. Insyallah keadilan pasti berpihak pada kita sayang. Kita doa yang baik baik ea."
Shalma lega. Tapi jap! Ustazah airin?
"Ustazah airin? Siapa tu? Macam mana awak tahu nama dia airin?" Soal shalma bertubi tubi
Shah mengaru garu kepalanya. Kesitu pula bini aku ni.
Shalma muncung panjang.
"Alolo... Hafiz yang bagitahu abang nama ustazah yang hampir jadi mangsa si fuad tu. Kalau tak caya tanya hafiz." Bersungguh shah membela diri.
"Yelah! Kalau abang ada perempuan lain.. Siap! Shalma bunuh abang." Ugut shalma dengan mata sembam.
Shah tergelak besar.
"Sayang! Past is past ok? Fokus ke depanlah sayang. Tak lama lagi kita ada baby pastu tambah lagi 2 jadi 3!" Shalma ternganga.. 3?! Dah gila agaknya mamat ni.
"Nak anak ramai ramai buat apa? Nanti shalma dah tak lawa abang senanglah nak cari lain kan?" Tuduh shalma melulu
Shah hampir tersedak akibat ketawa dengan gelagat isterinya. Kelakr pun ada juga shalma ni. Shalma berpeluk tubuh.
"Gelak tu sukalah tu!" Tambah shalma lagi.
Shah mengeleng sendiri.
"Alahai bini abang ni comel lotey ni. Insyallah semua yang shalma cakap tu tak dimakbulkan. Ingat kata kata itu satu doa tau sayang." Shalma jeling. Ingin berlalu dari situ tapi tangannya ditarik hingga terduduk diriba shah. Shalma telan airliur.
Hidung shalma dicuit manja. Lain macam shah merenungnya. Takut kite.
"Apa?!" Tanya shalma kasar walhal dalam hati berdebar kencang
"Shalma dah batalkan wudhuk abang tadi. So shalma takleh majuk." Shalma cuba mengingati sejak bila aku batalkan wudhuk mamat ni? Ah! Lupa pula shah dah berkopiah baju kemas kemas lepas tu tadi aku peluk dia.
Shalma diam.
"Hehehe.. Abang gurau jelah. Sorrylah abang usik sayang je. Abang ni takleh hiduplah kalau tak usik isteri abang yang comel ni. Geram tau!" Lambat lambat senyuman shalma mekar. Pandai betul si shah ni nak pujuk hatinya.
"Ok... Shalma maafkan abang. Tapi kena dukung shalma gi mandi." Shah senyum sinis.
"Saja eh nak goda abang?" Shalma menjongket bahu
Lalu shah meletakkan shalma dikatil. Shalma buat muka tak puas hati! Ish! Annoying betullah laki aku ni!
Shalma berkira ingin ke tandas dengan kaki sendiri. Nak manja pun tak boleh! Muka shah pun tak ingin nak tengok. Tiba tiba badannya seperti diawang awangan. Ternyata shah mencempungnya. Tahu pun pujuk orang!
Shalma masih marah. Shah fazley suka bagi harapan palsu!
"Hehe. Kan abang dah cakap abang takleh kalau tak usik sayang. Abang suka tengok muka ni muncung ke langit." Bibir shalma dikucup sekilas. Wajah shalma berona merah.
"Now, abang nak mandikan sayang lepas tu kita jemaah sama sama. Senyum cikit." Bab memujuk shah memang pakar! Sweet pula tu.
Shalma beri senyuman lebar dan manis. Bahagia tak terkata. Terima kasih ya allah kerana ada shah ditakdirku.
...............
Yasir tundukkan wajahnya. Tak sanggup melihat fuad dalam penjara itu. Tapi perbuatan fuad terhadap adiknya airin sungguh tak bisa dimaafkan! Tegahnya fuad ingin merogol airin kerana nafsu syaitan! Selama ini yasir selalu ikut arahan fuad.. Tapi cukup sampai disini. Persahabatan selama 10 tahun terputus akibat nafsu dan kekejam fuad.
Alhamdulilah. Perbincangan kes airin dan mak long selesai. Fuad dinyatakan bersalah dan dipenjarakan selama 20 tahun. Mulanya airin tak mahu datang dek masih trauma tragedi hampir meragut kesucianya. Namun atas sokongan keluarga dan rakan rakannya. Airin beranikan diri untuk tampil jadi saksi begitu juga yasir. Semuanya selesai dengan baik. Mariam juga sudah minta maaf atas kesilapannya terhadap shalma selama ini. Hafiz dan wafi gembira. Akhirnya keluarga yang terpisah bersatu semula.
Petang itu shalma menjemput keluarganya ke rumah baru mereka. Banglo tingkat 2 hiasannya tidaklah terlalu mewah. Hanya biasa biasa saja. Dan tidak lupa juga pada yiewah dan juliana yang akan mendirikan rumah tangga dimasa akan datang. Syukurlah.
"Sayang!" Laung shah sambil angkut barang yang dipesan oleh isterinya
Sebelum wajah shalma muncul perut 7bulan kelihatan. Itu membuat penatnya hilang.
"Abang dah beli semua?" Soal shalma membelek belek plastik diatas meja makan
Aik? Senyap je laki aku n? Lalu shalma menoleh. Perutnya bertembung dengan perut shah. Shalma terkejut.
"Abang!"
Shah tersengih nakal.
"Sorry mybucuk. Nak hug." Manja shah.
Shalma menolak shah perlahan.
"No! Shalma nak masak banyak tau. Tak ada masa nak peluk bagai ni." Kata shalma tanpa perasaan.
Shah tidak mengalah. Pinggan shalma dirangkul mesra namun begitu shah juga berhati hati. Kening shalma diangkat satu. Shah memang tak reti faham bahasa. Orang A Dia nak B juga.
"Alah... Kejap je. Abang nak sweet sweet dengan isteri abang. Tak salah kan,?" Shalma menganguk. Memang, tak salah pun cuma shalma sengaja mendera jiwa raga shah.
"Sayang.. You know what? Abang tak pernah sangka yang sayanglah jodoh abang. Sayanglah yang abang akan cintai dunia dan akhirat insyallah. Walau permulaan ia tak seindah drama tapi abang bersyukur ending story kita.. Lebih indah dari segalanya. Abang nak minta maaf sebab letak syarat pada perkahwinan kita. Tapi! Believe me sayang. Cinta abang pada shalma tiada syarat dan tiada penghujungnya. No more kahwin bersyarat. Only you and me." Ujar shah panjang penuh emosi. Shalma menitis airmata. Terharu sangat.
Shah menyekat airmata shalma. Dia pun nak nangis juga.. Tapi kena tahan buat malu je nangis depan shalma. Tak macholah.
"Terima kasih abang. Disaat shalma tak percayakan cinta.. Abang telah datang membawa cinta baru untuk shalma. Abang adalah anugerah terindah yang pernah hadir dalam hidup shalma." Shah merenung mata shalma.
Lalu shah ingin cantumkan bibirnya ke bibir shalma. Shalma pejam kedua matanya. Namun bibirnya tiada rasa ciuman dari suaminya. Shalma membuka kedua kelopak matanya. Shah masih merenungnya.
Aduh! Buat malu aku je tutup mata bagai!
Bibir shalma dielus lembut. Shah sengaja tidak mencium shalma. Dek ada yang shah ingin katakan.
"Syarat tak menghalang untuk kita jatuh cinta. Semoga bahagia ini berkekalan hingga kita tua amin. Dan abang doakan sayang akan lahirkan puteri dan putera abang dengan selamat." Kata shah mengoda.
Shalma tersenyum kecil.
"Insyallah abang. Yang penting kita jaga solat jaga adab dan tak lupa pada yang maha esa. Sama sama kita kukuhkan masjid suci yang dibina ini. Allah akan sentiasa ada untuk kita tak kira susah atau senang." Jawab shalma lembut.
Shah mencium dahi shalma lama.
"Shah cintakan shalma sofea selamanya." Ucap shah penuh kasih sayang.
"Dan, shalma juga akan sayangkan shah fazley untuk selamanya hingga akhir nafas shalma. Amin." Balas shalma penuh perasaan cinta untuk suaminya.
Bibir shalma dicantumkan dengan bibirnya lama. Setelah itu kedua pipi shalma dikucup mesra. Berhati hati shah memeluk tubuh montel shalma.
'Terima kasih ya allah.' Bisik hati shah bersyukur dengan kehidupan indah ini. Adanya shalma dan baby akan lahir cukup membuat hidupnya menjadi sempurna.
{TAMAT}
Terima Kasih. Maaf Jika Ada Kurang.
Terima Kasih Sudi Membaca Kisah Cinta Shalma Sofea Dan Shah Fazley Dari Mula Hingga Akhir. Semoga Ending Ini Dapat Puaskan Hati Semua
Share this novel