Bab 4

Romance Completed 30702

Aku terima nikah nya shalma sofea binti ibrahim dengan mas kahwin 100 ringgit dibayar tunai!

Sah!
Alhamdulilah

Dengan sekali lafaz shalma sofea sah bergelar isteri kepada shah fazley. Hanya satu pinta nya semoga lelaki ini adalah terakhir buat nya amin.

Airmata tak dapat ditahan lagi.. Akhir nya menitis juga. Ayah.. Fea dah kahwin. Rintih hati shalma sayu. Jauh di sudut hati nya rasa sebak.

Shalma terkaku bila ada jari menyekat airmata nya. Pantas shalma mendongak.

Shah? Ya lelaki itu menyekat airmata nya. Lelaki baru saja bergelar suami. Ya allah semoga dialah yang terbaik buatku.

"Kenapa sedih ni? You patutnya happy sebab i akan ada untuk you selalu tak kira sedih or bahagia. I tetap bersama you shalma." Bisik shah romantik. Shalma tersenyum nipis. Tenang nya hatiku mendengar kata kata itu.

Shah mengusap pipi shalma lembut.

"Ehem! Nak sweet muit nanti k. Shalma cium tangan shah. And shah part cium dahi tu lama sikit tau aku nak snap cantik." Celah sam kacau daun betul mamat ni!

Shalma senyum kekok pada para tetamu. Aduh malu nya kena pandang. Tenang shal.. Lalu tangan shah di kucup lembut. Mereka berpandangan seketika sebelum bibir shah mendarat ke dahi shalma lama.

Shalma dapat rasakan satu perasaan yang sukar di gambarkan iaitu. Tenang.

...............

"Ya allah! Shalma buat apa cuci pinggan kat dapur ni." Shalma tersengih kerang busuk. Dia lebih rela cuci mangkuk pinggan ni daripada berdepan dengan mamat sotong tu! Seram.

Puan kartini menuju arah shalma.

"Pergilah naik bilik teman shah. Pinggan ni biar mama je dengan cuci." Teman shah? Aduh mama ni biar betul. Dah lah shah pernah ugut dia sebelum ni. Takutnyaaaaaa!

Shalma cuba mencari alasan.

"Tak apa ma. Shalma ok je dah biasa. Sikit je lagi ni." Elak shalma sambil tersenyum pahit. Maaa shalma takut dengan mamat sotong tu. Karang kalau aku masuk bilik apa je mamat tu nak buat? Uh tak kuasa nak layan!

"Tak ada. Shalma pergi naik mandi lepas tu ajak shah turun makan. Pergi." Arah puan kartini lembut. Shalma mengeluh lemah. Hm betul juga badan aku dah bau hangit ni. Takpe shal buat macam biasa je. Takkanlah kau senang senang tunduk dengan mamat sotong tu! Getus hati shalma keras.

Shalma memberikan senyuman nipis dan salam tangan puan kartini dan terus berlalu naik ke bilik shah.

Nak ketuk ke taknak? Kalau ketuk macam pelik pula kan? Takpelah masuk ajelah bilik laki aku juga. Tombol di pulas perlahan lahan.

Shalma memandang sekeliling. Kosong! Mana shah?

"Shah?" Panggil shalma sedikit kuat

"I dalam toilet ni!" Laung shah membuat jantung shalma hampir tercabut!. Tangan naik mengusap dada.

Sementara shah dalam toilet. Shalma mengambil bagasi nya di hujung katil. Ni mesti makcik kiah hantar baju baju aku. Hmm rasa rindu pula dengan juliana. Cakap pasal juliana. Dia tak dapat datang sebab homework padat sangat. Sempat juga videocall bukan main happy minah tu tengok aku kahwin. Aku pun happy juga. Hehe. Kata nya jumaat ni nak datang. Hmm baguslah terubat juga rindu aku ni.

Dengar saja bunyi pintu shalma terus menoleh.

Shah senyum nipis.

"You mandi lah. Biar i kemas baju you." Kata shah tuala kecil di sangkut di bahu. Lalu duduk bertentang di atas katil bersama shalma.

Berkerut dahi shalma. Asal mamat ni baik semacam? Eh sejak bila pula mamat ni jahat? Shalma shalma! Tak di nafikan shah memang lelaki baik, sweet lah juga. Tapi tak tahu lagi manalah tahu itu permulaan saja? Harap taklah.

Melihat shalma diam. Shah senyum nakal lalu di ambil baju dalam shalma dan selamba di tayangkan pada shalma.

Terbuntang besar shalma. Wait! Apa shah pegang tu!

"Woi! Kau ni apa hal!" Geram shalma menutup bahagian dada nya, shah ni boleh tahan miang juga.

"Hehe. You diam aje i carilah idea nak usik you." Dengan kasar nya baju dalam nya di ambil dari tangan shah. Ish buat malu betul lah!

"Itu bukan usik. Itu miang tau tak." Shah gelak kecil.

"Kenapa you diam je? Kalau ada masalah share lah dekat i. I kan suami you." Ujar shah. Shalma terkedu.

"Tak ada apa apa. Aku nak mandi dulu lepas tu mama suruh turun makan. Kalau kau nak turun dulu pergilah." Shah mengeleng. Entah mengapa hati nya ingin menunggu shalma, Boleh je dia turun then makan tanpa tunggu minah ni. Tapi rasa tak sampai hati pula buat macam tu.

"Kenapa?" Soal shalma

"I tunggu youlah." Shalma berdehem perlahan untuk mengurangkan debaran di hati nya. Kenapa hati berdebar?

Sepantas kilat shalma meluruh masuk bilik air. Shalma memegang jantung nya. Ya allah perasaan apa ni.

Tok!Tok!

Pintu di buka terjengul wajah suami nya.

"Kenapa?"

Shah merenung shalma lama.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Lapar sangat ke?" Tanya shalma risau berbaur sinis

Tidak menjawab soalan shalma malah pinggang shalma di tarik hingga ke dalam dakapan nya. Shalma terpinga pinga. Terkejut dengan tindak kan suami nya. Mak oi! Aku rasa muka aku dah boleh masak telur dadar! Jantung jangan cakap weh nak meletup!

Terkedip kedip mata shalma memandang shah. Shah selamba kucup pipi kanan shalma. Shalma ternganga.

Lalu shah lepaskan rangkulan nya di pinggan shalma.

"Cepat sikit tau. I dah lapar. Kalau lambat.. Tahulah siapa i makan nanti." Kata shah nakal. Shalma telan airliur seraya menutup cepat cepat pintu dan bersandar dengan nafas tercungap cungap. Betul ke apa jadi sebentar tadi? Shah ke juga tu? Asal hati rasa berbungaaaaaaa!

Shah mengeleng sendiri. Berani nya aku cium shalma sedangkan bukan itu niat aku tadi. Lama lama shah tersedar sesuatu. senyuman manis tadi di tukar jadi tegang. Kenapa bila bersama shalma aku seolah seperti orang lain pandai bergurau mengusik gadis itu?

"Ini bukan kau shah. Ingat niat kau kahwin dengan dia bukan sebab kau suka kan dia tapi sebab lain." Shah cuba ingatkan niat sebenar nya. Tanpa menunggu shalma, Shah keluar dari bilik. Sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience