Bab 13

Romance Completed 31582

Ayam goreng?

Taknak

Nasi lemak?

Taknak

Pizza?

Taknak juga!

Pening shah dibuatnya melayan kerenah isterinya. Itu taknak ini taknak entah apa mahunya kalau tak ditanya merajuk pula.

Shalma duduk dibalkoni sendirian memandang indahan suasana. Agak agak shah marah tak eh aku minta itu ini? Ish peduli apa aku dah anak dia nak makan kena ikutlah.

"Sayang!" Tegur shah ceria

Shalma menoleh sekilas. Laju benor mamat ni beli?

Lalu shah menuju arah shalma dan duduk sebelah shalma. Plastik kfc diletakkan dimeja. Itulah permintaan shalma 10 minit yang lalu jadi shah sedaya upaya percepatkan karang berubah pula selera shalma.

Murung muka shalma memandang kfc itu. Shah pegang lembut bahu shalma.

"Kenapa ni?" Tanya shah lembut

Bibir dimuncungkan ke depan sambil pandang wajah shah.

"Tak mahulah macam ni sayang. Cuba cakap apa sayang nak?" Shalma berfikir sejenak

"Saya nak makan mangga..." Kata shalma tergantung.

"Oh. Takpe lepas abang solat abang cari mangga ok?" Shalma mengeleng laju

Aduh takkanlah bini aku nak sekarang? Habis kfc ni siapa nak makan?

"Bagi abang solat dulu ok lepas tu abang carikan sayang mangga." Sekali lagi shalma mengeleng. Shah mengaru kepala.

"Oklah abang pergi sekarang. Sayang tunggu tau." Jam dipandang uh sempat ke cari mangga? Takpelah nanti aku singgah masjid kalau tak sempat.

Baru saja shah ingin bangun tiba tiba hujung bajunya ditarik.

"Saya nak makan mangga.. Tapi dekat kampung saya. Boleh?" Terlopong shah

...............
Selesai melipat semua baju baju untuk seminggu bagasi ditutup rapat dan di letakkan dibawah. Shalma hanya jadi penonton sebab shah tak bagi dia tolong so tengok je lah macam tunggul.

Shah pandang shalma penuh kasih sayang. Kenapalah aku ni bodoh sangat tak menghargai kasih cinta shalma selama ini.. Maafkan abang.

Tangan shalma dipaut diusap lembut.

"Macam mana kerja awak nanti?" Suara shalma memecah keheningan sepi dalam bilik itu

Shah mendongak memandang shalma.

"Sementara waktu ni sam yang uruskan kerja abang. Don't worrylah sayang. Apa yang penting bagi abang adalah sayang dan baby. Abang sanggup buat apa saja untuk sayang kalau sayang suruh abang pergi afrika cari mangga pun abang sanggup tau." Gurau shah ingin menghiburkan hati sang kekasih.

Bahu shah dicubit. Shah mencebik konon sakitlah padahal tak!

"Ish! Orang cakap serius boleh pula main main. Awak nak ke afrika tu sebab nak cari awek kan?" Meletus tawa shah

Geramnya! Boleh pula dia gelak!

Shalma berpeluk tubuh. Eii betul lah tu mesti dia nak ke afrika sebab nak awek.

"Sayang ni lawaklah. Abang kan dah ada sayang buat apa nak cari lagi? Dah ok hati abang hanya untuk sayang titik!" Shalma menahan senyuman. Ish tak boleh shalma! Jangan tunjuk sangat kau suka.

"Kejap lagi nak bertolak ni. Tak sabar abang nak ke kampung sayang." Teruja shah

Shalma senyum kecil.

"Saya pun." Jawab shalma perlahan.

Shah mendekatkan wajahnya dengan shalma. Hanya beberapa inci lagi bibir tercantum.

Tiba tiba....

Tok!Tok!

Pantas shalma menjauh. Uish sikit lagi wei..

Shah mengeluh lemah. Kacau daun betul lah bukan senang nak ada peluang macam tadi. Lalu shah berlari membuka pintu. Terjengul lah si yiewah depan pintu dengan muka suci. Yalah bukan si yiewah ni tau yang dia adalah penyebab projek gagal!

"Kau kenapa pandang aku macam tu." Hairan yiewah lain macam shah pandang macam nak makan pun ada. Shah diam. Kau tu kacau daun tau tak! Getus hati shah.

Lalu muncul shalma di sebelah shah.

"Shal i cuma nak cakap takecare dekat sana. I teringin nak ikut tapi esok i dah masuk kerja pula. Nanti you selfie tau send dekat i." Kata yiewah kesal sebab tak dapat ikut sama. Aih mesti best.

"Eh dah kenapa pula bini aku nak kena selfie? Biar aku je selfie nanti aku send dekat kau." Nada shah jelas cemburu. Yiewah muncung itik. Kedekutlah adik dia ni.

Shalma memeluk lengan shah. Tahu sangat sikap cemburu shah tahap tak boleh bawa bincang. Shah tersentak.

"Takpe nanti kita videocall je." Yiewah menganguk setuju.

"Oklah aku nak keluar dulu. Kauorang hati hati tau." Pesan yiewah sebelum berlalu dari situ.

Baru saja shalma ingin lepaskan rangkulannya shah pula pula memeluk pinggangnya erat. Uish terkejut myheart. Seraya pipi kanan shalma jadi sasaran bibir shah.

Shalma terkedu.

"Alahai shah bukan main sweet lagi sekarang ni ea tak kenal tempat." Tegur puan kartini. Shalma malu. Ish ini semua salah shah lah ni kiss pun depan pintu malulah mama nampak.

Shah tersengih.

Shalma menghampiri puan kartini. Tubuh puan kartini dipeluk erat.

"Nanti dah sampai jangan lupa call mama tau. Kalau tak selesa dekat sana terus balik. Shah fazley!" Shah berdiri tegak.

"Jaga menantu mama baik baik. Apa saja shalma nak ikut je. Faham tak?" Shah menganguk mama tak cakap pun memang dia akan ikut semua kemahuan shalma

Ya allah beruntungnya aku dapat ibu mertua seperti mama.. Terima kasih ya allah.

Dalam kereta hanya radio bergemar. Perjalanan ke kampung halaman shalma mengambil masa 2 jam sahaja. Tapi kalau singgah kejap singgah memang lambatlah nak sampai. Shalma kejap nak makan kejap nak pee. Nasiblah shah layankan saja.

Shah tersentak memandang arah shalma dengan riak terkejut. Shalma tidak peduli pandangan shah malah shalma meneruskan lap muka shah yang dipenuhi peluh itu. Yalah mana tak peluh shah sanggup pergi warung panas terik macam tu demi beli goreng pisang chesse. Jadi apa salahnya shalma tolong lapkan.

Lalu wajah shah ditarik sedikit. Tiba tiba pandangan mereka bertaut.

Bibir shalma menarik perhatian shah. Ya allah iman aku..

"Ehem! Awak nak makan tak?" Tanya shalma duduk lurus, ah jantung please stop berdebar!

Tak tentu arah shah dibuatnya.

"Nak kalau sayang suapkan."

"Ngada!" Memandangkan kite sayang somi kite so kite suapkanlah.

Lalu shalma mengigit separuh pisang itu separuh lagi tergantung dimulut shalma. Satu lagi disuapkan ke mulut shah. Tapi shah tutup mulut.

Shalma mengisyaratkan untuk shah buka mulut. Dahlah aku tak boleh nak cakap.

Shah senyum penuh makna.

Lengan shalma ditarik lembut. Terkedip kedip mata shalma bila shah merenungnya lain macam. Takkanlah shah ni nak buat scene romantik dekat tepi jalan ni.

"Some kisses are given with eyes."Bisik shah dicuping telinga shalma. Seraya pisang dimulut shalma diambil mengunakan mulutnya.

Terbuntang luas shalma. Ah!! I falling again and again with you shah fazley!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience