Bab 20

Romance Completed 31582

"Kau dah gila ke!" Bidas yasir dengan nada marah. Fuad memang sudah gila agaknya merancang sesuatu melibatkan nyawa orang? Kau rasa nak tolong ke tak! Memang tak lah.

"Memang! Memang aku dah gila. Aku tak boleh terima sofea bersama orang lain yasir." Fuad duduk tegak di sofa empuk menahan sesak di dada.

Yasir menghela nafas panjang lalu melabuhkan punggung disebelah sahabat baiknya. Bahu fuad disentuh.

Fikiran fuad sedang bergelora untuk memiliki shalma atau.. Biarkan shalma bahagia bersama orang lain? Ah! Tak boleh!

"Ad.. Aku tahu dan aku faham perasaan kau terhadap sofea tapi kau juga kena terima kenyataan bahawa sofea dah bahagia bersama suami dia. Patutnya kau doakan sofea bukan nak rampas sofea dari suami dia. Dosa ad runtuhkan masjid orang ingat allah tak suka. Aku sebagai sahabat sentiasa sokong kau. Ta--

"Kalau kau sahabat aku. Kau kena tolong aku untuk dapatkan sofea! Bukan halang aku!" Potong fuad dingin. Langsung tidak mendengar nasihat yasir.

"Allah! Fuad ingat allah! Kau sedar tak apa kau cakap ni dosa? Mana fuad yang aku kenal? Yang tak pernah menghancurkan kebahagian orang lain. Fuad! Kalau betul kau cintakan sofea tiada lebih indah dari melihat orang kau sayang tu bahagia bersama orang yang dia cinta. Kau fikir setelah kau musnahkan suami dia. Sofea akan terima kau? Tidak fuad malah sofea akan lebih membenci kau." Ujar yasir lebar panjang.

Rahang fuad bergerak ke kiri kanan menahan amarah. Sungguh benar kata kata yasir itu.. Tidak akan mampu mengubah pendiriannya.

"Fuad.. Aku tak kenal kau siapa sekarang ni. Kenapa kau boleh jadi macam ni?" Soal yasir dikurangkan nada suaranya menjadi lembut

Fuad tersenyum sinis.

"Kau patut tanya soalan ni dekat shalma sofea. Dia yang buat aku jadi gila sampai tahap ni.  Yasir.. Kau ingat senang ke aku nak lupakan sofea? Tak! Aku tak mampu lupakan sofea walau sesaat." Kata fuad serius.

"Cuba fuad. Aku yakin kau mampu." Yasir cuba lagi menasihatkan fuad. Kotlah otak fuad boleh berfungsi menjadi normal.

Fuad mengeleng lemah. Fuad bingkas berdiri begitu juga yasir.

Lalu fuad memandang yasir. Bukan lagi pandangan seorang sahabat tetapi.. Pandangan seorang sahabat yang dijadikan musuhnya. Fuad mengetap bibir bawahnya. Aku kena yakinkan yasir agar menolong aku untuk miliki sofea.

"Kalau kau betul betul sahabat baik aku.. Kau tolong aku. Aku merayu dekat kau yasir. Aku merayu." Terbeliak mata yasir bila fuad melutut minta rayuan padanya.

Pantas yasir memeluk sahabat baiknya itu. Ya allah.. Aku buntu. Desis hati yasir berbelah bahagi

"Aku akan tolong kau." Putus yasir dengan rasa keterpaksaan. Fuad dalam diam tersenyum kemenangan.

...............
Hari ini adalah hari terakhir mereka di kampung. Kenangan indah ini tidak akan dilupakan.

Shalma menitiskan airmata tatkala melihat ruangan rumah lamanya. Tiada yang berubah semua masih sama seperti dulu. Ya allah... Rumah ini aku ibu dan ayah tinggal bersama. Bahagia. Gelak tawa. Senyum manja. Aku rindu semua itu. Shalma melangkah masuk ke dalam. Keadaan sunyi sepi dalam rumah itu. Setiap aset dirumah itu shalma sentuh penuh perasaan. Setiap sentuhan itu mengembalikan saat saat indah bersama ibu dan ayah.

Tingkap kayu dibuka luas. Angin angin sayup sayup menyapa tubuh shalma. Alangkah indahnya jika masih ada ayah dan ibu pasti mereka gembira melihat dirinya sekarang.

Terhinjut bahu shalma apabila bahunya dipegang. Pantas shalma berpaling.

"Sayang menung apa? Boleh abang join tak?" Usik shah

Shalma memeluk pinggang shah erat. Pipi shalma dielus lembut. Bahagianya.

"Sayang menungkan abanglah." Jawab shalma melayan saja gurauan shah.

"Abang..." Suara shalma meleret manja membuat hati shah tak keruan.

"Ya sayangku." Balas shah lembut.

Shalma mendongak ke atas.

"Iloveyou."

Perlahan lahan senyuman bahagia terlakar dibibir shah.

Hidung shalma dicuit.

"Dah pandai eh." Shalma turut tersenyum.

"Tapi abang taknak balas." Kata shah tiba tiba. Shalma terkedu.

"Maksud abang?" Tanya shalma risau

Shah menghembus nafas dalam dalam.

Tangan shalma melingkari pinggangnya ditarik perlahan lahan. Terkedip kedip mata shalma melihat perubahan shah secara tiba tiba. Ya allah.

Shalma menundukkan wajahnya. Tak sanggup lagi andaikan shah berubah semula. Terasa kedua bahunya dipegang lembut. Shalma memandang shah. Pandangan bertaut.

Shah mengukirkan senyuman kecil.

"Sebab... Abang nak ungkap cinta itu melalui mulut ke mulut." Shah tayang muka nakal. Namun shalma tidak mengerti maksud shah.

"Abang mere--

Terlopong shalma jadinya tatkala bibirnya tercantum dengan bibir shah. Shah memang selalu macam ni. Semuanya tiba tiba.

Shah melepaskan bibir shalma. Dahi mereka bertembung mesra. Wajah shalma jelas kemerahan. Malu!

"Abang tak perlu sebut iloveyou dekat sayang. Dengan ciuman setiap hari sayang dah tahu." Kata kata manis shah menyentuh ke dalam hati shalma.

"Abang ni. Suka sangat buat sesuatu tak beritahu."

Shah tersengih kerang busuk.

"Alah abang beritahu atau tak. Sayang tetap suka kan?" Shalma mencubit dada shah

"Sakitlah yang." Rungut shah bersama gelak kecil. Shalma menjeling manja.

"Siapa suruh gatal!" Kata shalma menafikan hakikat itu.

"Ek eleh. Jangan cuba berpura pura seperti tak ada rasa tapi dihati sayang." Lagu 'KatakanCintaByPrilly'. Tapi shah buat sajak pula.

"Hehe. Baby baby jangan jangan merajuk sangat sabarku tunggu. Sampai kau rindukanku sumpah sakit baby iloveyou!" Kali ini giliran shalma pula. Shah memegang sebelah dadanya. Tanda sukalah shalma nyanyikan untuknya. Suara shalma memang merdu!

"Aduh! Suara shalma masuk sampai ke hati abanglah." Shah pura pura menahan sakit didada. Shalma hanya tergelak kecil. Lalu shalma merebahkan kepalanya dibidang dada shah.

Shah mengusap ubun ubun shalma.

"Iloveyou to sayang." Ucap shah romantik.

Pelukkan dileraikan lalu shah mengusap kedua pipi shalma.

"Comelnya isteri abang ni. Terima kasih sayang sebab sudi berikan abang peluang kedua itu. Abang tak mampu balas dengan kata kata hanya allah yang mampu membalasnya. Insyallah peluang ini takkn abang sia siakan." Ujar shah serius+romantik.

Shalma membalas pandangan shah.

"Sama sama kasih abang. Sesiapa pun layak diberikan peluang kedua abang. Shalma juga bersyukur kerana abang terima shalma dalam hidup abang. Shalma still ingat lagi pertama kali kita jumpa dekat tepi jalan. Shalma ingat abang kena buli waktu tu shalma rasa kelakar plus kesian. Akhirnya shalma putuskan untuk tolong abang walaupun masa tu abang sombong gila." Shalma menceritakan kisah pertemuan mereka untuk pertama kali. Shah tak dapat menahan senyumannya.

"Dan entah bila sayang itu datang tiba tiba shalma rasakan sesuatu bila berdepan dengan abang. Saat abang lafazkan akad itu shalma sudah pun berjanji pada diri shalma untuk menjadi isteri terbaik untuk abang." Sambung shalma lagi.

Shah kesal dengan dirinya dulu. Berjanji untuk tidak jatuh cinta pada shalma. Dia menyeksa shalma. Curang pada shalma ya allah.. Apa aku dah buat ni.

Kedua tangan shalma dipaut mesra.

"Abang minta maaf selama abang jadi suami sayang ni. Abang selalu abaikan perasaan shalma abang ego kerana kisah silam abang. Shalma jadi mangsa. Tapi abang bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup sempurna dalam hidup abang. Shalma ada separuh jiwa abang. Cinta mati abang. Selamanya. Percayalah sayang. Dalam perkahwinan kita tiada lagi syarat itu." Sepanjang shah berkata kata shalma menangis kecil. Terharu.

"Maksud abang.. Kahwin tapi bersyarat?" Shah mengangguk

"Sekarang hanya sayang dan baby kita dalam hidup abang. Syarat yang abang cakapkan sebelum ni sebab ego abang je langsung tak ada niat dalam hati abang nak kahwin bersyarat dengn sayang. Kahwin tapi bersyarat itu tidak lagi menghalang untuk kita berdua jatuh cinta." Terharu.

Shah tersengih penuh makna. Belum sempat bibir bersatu. Tiba tiba telefon bimbit milik shah berdering panggilan. Terbantutlah scene romantik sebentar tadi.

"Walaikumsalam wafi. Ada apa ni?" Tanya shah raut wajah shah jelas pamerkan kerisauan

Bersambung dahi shalma. Shah menyuruh shalma menunggu.

Selang beberapa saat kemudian...

"Apa! Mak long kena tikam?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience