Alarm telefon berbunyi membuat tidur nya terjaga. Shalma gosok kedua mata nya. Shalma duduk termenung. Bila ingat peristiwa semalam hati nya terluka? Kenapa terluka? Perlu ke aku kisah? Dia tak jaga hati aku kenapa aku kena jaga hati dia? Tapi dia suami aku.
Keluhan berat terhela. Sampai bila macam ni? Mampu ke aku tunaikan syarat tu. Baru sehari aku dah rasa something wrong dekat diri aku, bayangkan kalau bertahun? Tak mustahil aku akan jatuh cinta dengan dia. Kejam nya kau shah... Setelah kau lafazkan aku terima nikahnya di situ aku berjanji pada diri aku akan setia ikhlas mencintai kau. Dan allah dengar... Sebab tu aku rasa aku dah jatuh cinta dengan kau. Tapi kau hancurkan hati aku. Sekeping hati yang ingin merasa sebuah cinta.
Termenung macam ni bukan boleh buat apa! Baik solat subuh.
Shalma menoleh sekilas pada shah yang masih terlena di buai mimpi itu. Nak kejut? Ishh taknak aku kang dia marah pula.
Dengan itu shalma batalkan niat nya ingin kejutkan shah.
...............
Selesai menunaikan solat subuh. Shalma masih duduk di atas sejadah termenung mengenang nasib nya. Dulu bahagianya aku dengan arwah ayah dan ibu tapi setelah mereka tiada hidup aku berubah menjadi gelap seperti tiada hala tuju namun aku perlu teruskan hidup, tinggal bersama mak long piah iaitu ibu hafiz sangat menyeksa diri nya tak ubah dia di buat seperti pembantu rumah. Dia nak lari pun tak tahu ke mana hanya itu saja keluarga yang ingin menjaga nya. Hafiz dulu memang lelaki baik dan paling baik di mata shalma. Namun semua nya jadi berubah bila hafiz ingin memperkosa nya malam di mana mereka hanya berdua di rumah. Mujur waktu itu shalma sedar dan terus lari dari rumah. Sekarang lelaki bernama hafiz di mata nya jijik! Ya allah sungguh besar dugaan engkau berikan padaku.. Mampukah aku menanggung semua ini. Tak semena airmata shalma mengalir laju. Kisah silam yang amat pahit dalam hidup shalma.
Shalma memegang dada nya menanggis semahu nya. Kenapa aku tak boleh bahagia? Tak layak kah diri aku ni bahagia sampai semua orang buat aku macam ni.
Shal....
Shalma terkaku seketika. Bahu nya terhinjut hinjut airmata masih mengalir laju seperti hujan lebat.
Shah mula nya terdengar suara menangis. Mulanya dia tak kisah sangat tapi suara itu makin kuat sangat menganggu tidur nya. Tak sangka yang menangis itu shalma. Kenapa gadis ini menangis?
Lantas shalma bangun sejadah di kemas. Malunyaa. Macam mana aku tak perasan mamat ni dah bangun.
"Are you okay?" Tanya shah risau
Shalma tidak menjawab. Telekung ingin di buka tapi terbantut. Dia tak anggap pun aku ni sebagai isteri dia jadi aku kena jaga maruah aku. Baiklah kalau syarat tu boleh buat lelaki itu bahagia dia akan ikut.
"Shalma. I cakap dengan you ni." Tegas shah melihat shalma sengaja tidak melayan nya.
Shalma menahan tangisan nya. Lalu shalma kesat airmatanya. Tak boleh nak tunjuk lemah depan shah dia taknak orang simpati pada nya.
Lalu shalma berpaling menghadap shah duduk dibirai katil itu. Shalma ukir senyum kelat.
"Aku ok. Sorrylah kalau aku ganggu tidur kau." Seraya shalma meninggalkan shah sendiri. Shah termangu.
Selang beberapa minit kemudian. Shalma keluar dari bilik air bersama telekung di pakai nya tadi. Shalma terperanjat tiba tiba saja shah didepan nya. Kusss semangat.
"Kau ni dah kenapa? Muncul tiba tiba terkejut aku." Kata shalma lembut. Lembut? Tak terfikir dalam hidupnya dia akan berkata lembut pada seorang yang tak menghargai kehadiran dirinya. Ayat tu kenapa sadis sangat:'(
Shah beriak bersahaja.
"You tukar tudung dalam toilet?" Soal shah pelik
Shalma telan airliur. Alamak perasan pula dia ni.
"Er.. Yalah tukar dekat toilet habis nak tukar dekat mana? Balkoni? Ruang tamu?" Sindir shalma geram
Kali ini shah terdiam. Kenapa shah rasa shalma sekarang tengah merajuk? Eh serius ke minah ni merajuk.
"You merajuk ke?" Soalan shah buat shalma terbeliak
"Mana ada! Sejak bila pula aku merajuk." Bantah shalma. Tapi betul lah bila masa aku merajuk? Dan buat apa aku merajuk? End the end of the day aku pujuk diri sendiri juga sibuk je nak tahu!
"Are you sure?" Shalma mengangguk penuh yakin
Shah senyum mengejek. Dah kenapa mamat ni senyum macam tu. Sengaja sakitkan hati aku pagi pagi buta ni!
"Kenapa nangis? Lepas tu tukar tudung dalam toilet. Boleh je tukar dalam bilik. Kan?"
"Suka hati akulah. Kau peduli apa? Kau buat hal kau aku buat hal aku. Settle." Kata shalma selamba. Lalu shalma ingin berlalu tapi lengan nya di sambar dari belakang membuat dia sandar di bidang dada shah. Berona merah muka shalma dari belakang. Apa pasal pula mamat ni tiba tiba seram ni.
Terbeliak mata shalma bila shah memeluknya erat dari belakang. Masyallah.
"K.. Kau kenap.a." Ah sudah gagap pula mulut ni.
"Shh.. I need this hug." Peluk je? Aku ni tak di perlukan ke? Cis kejam nya mamat ni. Getus hati shalma.
Terasa hembusan nafas shah dari belakang. Ya allah seramnya mamat ni. Yang aku ni dah kenapa tak boleh gerak macam patung.
10 minit sudah berlalu. Tapi shah masih tak lepaskan peluk itu. Aduh nak lenguh kaki aku ni berdiri kalau ya pun nak peluk kat katil lah. Hehe nakal nya aku fikir.
Tiba tiba shalma rasa bebas. Alhamdulilah. Belum sempat shalma melangkah sekali lagi lengan nya di sambar kali ini wajah mereka pula dekat. Terkebil kebil mata shalma memandang wajah dekat shah. Sah mamat ni memang pelik! Kejap baik kejap jahat kejap sweet kejap dingin macam cuaca. Ahh boleh tak jangan permainkan perasaan ini.
"Beautiful." Puji shah ikhlas. Tak tahu kenapa diri nya melakukan ini walhal ego nya berkeras menghalang untuk peluk shalma tapi dia kalah! Apatah lagi gadis di depan nya ini sudah jadi kekasih halalnya membuat keinginan itu kuat!
Tak shah! Kau tak boleh kalah dengan gadis ini... Tapi dia dah halal buat aku? Otak dan hati nya seakan berperang saat itu. Ikutkan hati nak peluk cium shalma bila di fikir bukan ka keterlaluan? Eh tapi itu kan satu pahala.
"Kau nak buat apa ni? G lah solat dah lewat ni." Shalma menolak badan shah lembut. Tapi shah langsung tak bergerak. Tajam betul dia pandang shalma seperti tiada hari esok. Inilah yang shah takutkan. Dirinya seakan terkawal.
"I... I rasa tak berdosa kut kalau...
Gantung shah. Tapi mata nya terhala di bibir pink milik isterinya. Shah tergoda. Iman runtuh!
"A.. Apa kau ni. Merepek. Pergilah aku nak turun bawah nak masak untuk sarapan pagi." Seperti tersedar dari alam nyata. Shah segera menjauh dari shalma. Apa aku buat tadi? Itu bukan aku!
"I'm sorry." Pinta shah sayu. Pantas masuk ke bilik air.
Shalma menjongket bahu. Mungkin shah masih mamai sebab tu jadi pelik tadi. Tapi kenapa aku rasa bahagia? Sedangkan aku tahu bukan ikhlas pun dia buat macam tu. Hati dia kan milik orang lain. Siapalah aku ni hanya isteri atas kerta.
Share this novel