"Shal. Abang janji bila kita ada baby nanti abang akan jaga shal dan baby tu macam nyawa abang sendiri." Shalma mendengar kata kata shah terkedu seketika. Shah cakap pasal anak ke? Uish
"Insyallah bang. Kalau ada rezeki allah pasti makbulkan doa doa kita. Apa yang shal nak satu je tolong jangan curang dengan shal. Itu je shal minta bang." Kata shalma serius. Shah mencium dahi shalma lama.
Shalma pejamkan kedua matanya. Tenangnya lah bila shah cium dahinya.
"Abang janji abang takkan curang. Kalau abang curang shal simbahlah air dekat muka abang supaya abang sedar yang tiada wanita sebaik shal untuk gantikan sebagai isteri abang." Jawab shah penuh yakin.
Shalma senyum kecil. Alhamdulilah semoga shah akan jadi seperti ini selamanya. Amin.
Lamunan shalma hilang tatkala pintu wad dikuak dari luar. Shalma menangis kecil melihat senyuman yiewah. Ya allah kenapa selama ini aku tak pernah perasan yang... Ada seseorang istimewa dalam rahim aku.. Ya allah.
Sebenarnya yiewah merupakan doctor cumanya minggu depan baru masuk kerja tapi dah alang alang bawa shalma ke hospital apa salahnya dia check shalma. Tak sangka shalma pengsan tadi kerana emosi perempuan mengandung.
Yiewah duduk dikerusi sebelah katil shalma.
"Tahniah puan shalma you pregnant 1month. Syukur alhamdulilah baby ok sihat. You kena jaga kesihatan you paling penting jangan nak angkat berat berat. You kena banyak rehat jangan fikir benda yang boleh buat mood you down tak elok untuk baby." Ujar yiewah lebar.
Ya allah..
Perut diusap penuh kasih sayang bersama tangisan kecil.
"Baby... Mama akan jaga baby... Jangan nakal nakal tau." Tak tertahan lagi tangisan shalma pecah. Yiewah memandang arah lain mata yiewah turut berkaca kaca.
Setelah tangisan shalma redah. Shalma memandang yiewah lama.
"Kenapa shal? You ada nak makan apa apa? Or sakit?" Soal yiewah bertubi tubi
Shalma mengeleng.
"Boleh saya minta tolong."
"Boleh. Cakaplah." Tanpa mendengar permintaan shalma yiewah sudah setuju. Shalma menarik nafas panjang.
"Saya nak ke johor. Saya cuma nak pastikan shah ok ke tidak. Saya nak beritahu berita gembira ni." Kata shalma tanpa riak. Entahlah perasaan gembira itu ada tapi bila ingat pada shah serta merta hilang! Aku nak pastikan sama ada shah sendiri atau.. Bersama orang lain.
Serba salah yiewah hendak menolak yalah dah pukul 12 kut! Gila nak ke johor.
"Tapi dah lewat sangat ni. Nanti mama fikir apa pula." Kata yiewah lembut.
"Kalau awak taknak. Biar saya pergi sendiri." Shalma bangkit dari katil. Tapi hujung bajunya ditarik perlahan membuat shalma menoleh sayu.
Yiewah memberikan pandangan yang tak mampu di tafsirkan.
.....................
Mundar mandir puan kartini di ruang tamu. Risau pada anaknya dan menantunya. Ya allah semoga mereka selamat. Jam sudah menunjuk kan angka 1 pagi. Kemana mereka?
Nombor yiewah di dail semula. Kali ini ada sahutan.
"Assalamualaikum. Yiewah? Ya allah yiewah kemana? Risau mama shalma mana?" Tanya puan kartini risau yang tak mampu digambarkan
Yiewah mengerling ke arah shalma yang melayan perasaan itu. Shalma dah warn awal awal jangan beritahu mama tentang kandungan nya.
"Er.. Yiewah nak pergi johor. Shalma nak jumpa shah. Maaf yea mama sebab tak beritahu." Selesai berbual dengan puan kartini. Tiba tiba tangan shalma mendarat dibahunya. Rupanya gadis itu terpandang sesuatu. Yiewah turut memandang apa yang di pandang shalma.
Itu shah ke? Kalau tak silap itu tiara?!! Shah ni biar betul. Isteri mengandung boleh pula main kayu tiga.
Shalma kelihatan ternganga. Apa shah buat dekat tepi jalan bersama tiara? Ya allah!
Shalma keluar dari kereta. Yiewah sudah rasa tak sedap hati.
"Assalamualaikum!" Sakit hati shalma melihat tiara memegang shah sesuka hati! Dan paling sakit hati bila shah tipu dia! Shah curang!
Shah sedang membongkok memperbaiki kereta yang rosak separuh jalan menoleh ke belakang. Shah terlopong. Eh shalma ke ni? Lagi mengejutkan bila yiewah muncul di sebelah shalma.
Tiara senyum sinis. Nice timing betul!
"Shah!" Sebut yiewah keras
Airmata shalma jatuh. Yiewah membisik sesuatu ditelinga shalma.
"Shal.. Ingat baby." Terhinjut hinjut bahu shalma sambil menganguk faham. Ya aku kena utamakan baby daripada perasaan sakit hati aku pada shah!
"Awak tipu saya. Awak cakap awak pergi johor sebab kerja dengan sam." Kata shalma cuba di lembutkan tutur katanya. Shah mendehem.
"Er.. Sam.
Shalma pantas memotong.
"Awak nak cakap apa? Saya ada jumpa sam tadi.. Sam pun dah lama tak jumpa awak. 2 bulan.. Jadi selama 2 bulan ni awak buat apa? Bercinta dengan tiara? Hm?" Shah terkedu
Tiara bersuara.
"Eh perempuan. You dengar sini. Shah tipu you sebab shah nak jaga hati you bersyukur sikit eh. Kalau i bercinta dengan shah apa salahnya? Sebab shah cintakan i. Sanggup buat apa saja untuk i." Bidas tiara sangat menyakitkan hati shalma. Shah diam.
"Betulkah apa tiara cakap tu? Selama ni awak bercinta dengan tiara? Awak curang dengan saya?" Shah menghela nafas panjang sebelum mengangguk, tiara senyum puas.
Shalma sedaya upaya menahan perasaannya. Sampai hati abang...
"Kenapa perlu tipu saya? Awak tau tak saya paling benci manusia tipu saya. Saya hormat awak sebagai suami saya shah. Saya cintakan awak. Tapi apa saya dapat? Saya sedar siapa diri saya dalam hidup awak shah. Saya tak patut ada perasaan cinta pada awak. Sebab saya tahu awak takkan hargai perasaan saya." Luah shalma yang terpendam di dalam hati. Shah terkejut dengan pengkuan isterinya. Ya allah selama ini shalma cintakn aku? Dan aku? Sibuk bercinta dengan tiara.
"Sedar pula diri tu."
Shalma sekat airmatanya. Tak guna menangis darah shah takkan pandang! Macam ni kau balas cinta aku.
Shalma mendekat arah shah. Yiewah berpeluk tubuh.
Wajah shah di pandang penuh cinta. Biarlah malam ini shalma melepaskan rama rama di hatinya kelak hari kemudian rama rama itu pasti akan dikurang.
Shah membalas pandangan shalma. Apa aku dah buat ni... Aku dah sakitkan hati isteri aku.
"Kalau betul awak cintakan tiara. Awak lepaskan saya. Saya tak mampu jadi isteri terbaik untuk awak." Shah ingin pegang lengan shalma tapi shalma terlebih dahulu menjauh.
"Memang. Lepas ni you akan diceraikan! And
I memang janda anak 2 tapi i tahu shah akan terima diri i seadanya, sebab dia cintakan i lebih dari dia cintakan you." Kalau ikutkan hati dah lama rambut tiara ditarik sekuat hati. Sabar shal.
Shah memberi pandangan tajam pada tiara. Tiara menjeling tajam pada shalma.
"Shal.. Abang tahu salah abang. Tapi abang tak boleh tipu perasaan abang... Tapi abang taknak lepaskan shal." Shalma senyum sinis.
"Sejak bila awak jadi tamak ni shah? Saya tak kisahlah awak nak cintakan tiara sikit pun saya tak heran! Saya cuma nak awak lepaskan saya! Saya taknak hidup bersama lelaki yang hancurkan hidup saya yang tak mampu hargai kehadiran saya! Berjanji bagai nak mati tapi satu habuk pun tak boleh pakai!" Suara shalma meninggi. Emosi takleh kawal
"Shalma! Abang ni suami shalma tau tak elok tinggika suara."
"Habis perangai awak tu elok sangatlah? Mulia sangat?" Berani shalma dah tak boleh fikir mana baik mana buruk, kalau betul aku ni tak hormat shah dah lama aku bagi penumbuk
Shah terdiam.
"Shalma tak elok you jerit macam tu ingat.. Siapa ada dengan you." Pesan yiewah. Shalma kembali tenang memberi senyuman kecil pada yiewah. Terdetik rasa hairan sejak bila abang rapat dengan shalma siap senyum bagai. Apa maksud abang tu.
Shalma kembali bersuara kali ini ditegaskan.
"Awak dengar sini baik baik shah fazley. Kalau bukan sebab ada anak awak dalam rahim saya dah lama saya tuntut fasakh bercerai dengan awak. Tapi saya tak boleh sekaran--
"Shal mengandung?" Tanya shah teruja
Mencuka tiara.
"Ya shalma pregnant 1 month." Yiewah tolong beritahu. Shah tersenyum bahagia yng tak terkata. Ya allah anak aku... Anak aku.
Shah segera memeluk tubuh shalma erat. Shalma tidak menolak tidak juga membalas.
Tiara mendengus geram. Minah ni kacau daun betul lah! Aku baru nak perangkap shah.
Shalma menolak shah.
"Sayang..
"Awak tak layak sebut perkataan tu. Kerana ia terlalu mahal untuk disebut lelaki murahan macam awak! Awak tak ada kurangnya dngan hafiz. Dua dua menyakitkan hati! Dengar sini shah. Lepas je baby ni lahir awak ceraikan saya!"
Shah mengeleng laju. Ya allah aku berdosa... Apa aku dah buat ni.
"Abang takkan lepaskan shal. Shal nyawa abang. Pleas--
"Diamlah! Telinga saya ni rasa nak meletop dengar awak cakap. Lelaki dayus!" Herdik shalma tidak pedulikan perasaan shah. Shah tidak kisahlah shalma nak cakap apa sekarang shah sedar kesilapannya dan takkan ulang lagi kesilapan itu.
Tiara menolak bahu shalma. Mujur shah sempat menyambut.
"You ni kenapa?! Dah gila!" Marah shah
Baru aje aku nak buat shah jatuh cinta pada aku.. Dah perempuan muncul hancurkan semuanya.
Yiewah menjadi penonton.
"Shah. You cakap you cintakan i. You hanya cintakan i takkanlah sebab perempuan ni mengandung you nak lepaskan i macam tu aje." Kata tiara minta simpati shah. Kali ini terbuka mata shah untuk menilai mana permata mana batu jalan. Maafkan abang..
"Eh awak jangan risaulah. Lepas saya bersalin mestilah shah nak pada awak. Awak cantik.. Tapi mungkin shah lupa. Yang awak pernah tinggalkan dia semata mata kahwin lelaki lain? Lepas tu bila awak dibuang awak nak kembali pada shah? Lelaki bodoh aje terima awak." Seraya shalma menepis kedua tangan shah di bahunya. Tiara terkaku. Deepnya ayat shalma. Shah meraup wajahnya kasar. Ya allah..
"Dahlah. Lebih baik saya jaga baby saya daripada layan manusia dayus macam kauorang ni buang masa aje. Yiewah jom balik!" Shah menghalang.
"Balik dengan abang." Ajak shah. Dalam mata shah ada kekesalan. Shalma mengalihkan pandangan ke arah lain taknak termakan pujuk rayu shah.
Shah berlutut depan shalma. Pertama kali dalam hidupnya. Ahh kenapa baru malam ini aku sedar semua itu! Maafkan abang sayang..
Shalma terpaku. Tiara tak sangka shah snggup berlutut semata mata minta maafan dari shalma. Mungkinkah shah cintakan shalma? Dan lupakan aku.
"Maafkan abang shal... Maafkan abang." Rayu shah.
Kenapa shah... Tolonglah jangan seksa jiwa aku macam ni. Aku dah cukup terseksa.
"Abang tahu abang dah buat silap besar. Tolong shal beri abang peluang.. Abang nak jaga shal dan baby. Abang nak sayang cintakan shal." Kata shah tulus.
Shalma nekad kali ini dia takkan berlembut lagi.
"Benarlah jika kita terlalu letak sayang pada manusia kita akan lebih terluka. Mudahnya hati abang berubah. Pergilah jangan abang munculkan diri lagi depan shal. Shal bencikan abang!" Terus shalma meninggalkan shah termangu sendiri. Yiewah menepuk bahu shah sebelum mengejar shalma.
Tiara mendekati shah.
"I kan ada." Shah pandang tiara penuh kebencian.
"Sebabkan you! Rumah tangga i jadi hancur macam ni! Berambuslah dari hidup aku! Kau dekat dengan aku siap kau! Aku akan pastikan hidup kau sengsara macam mana kau buat aku dulu." Shah memberi amaran. Setelah itu shah berlari mengejar isterinya.
Share this novel