Sebelum menemukan atau ditemukan tulang rusuk Kita pasti akan mengalami patah hati yang terhebat. Untuk itu, tetaplah menjadi kuat, sampai menemukan orang yang tepat.
Ayat itu di baca berkali kali. Benarkah keputusan nya? Menikahi seseorang yang baru kenal tak sampai sehari? Itu kerja gila! Tapi hati dia kuat mengatakan gadis kurang adab ini jodoh nya? Atau sebenarnya kau saja nak elak dari di jodohkan mama? Ahh!
Tidak shah! Jangan sesekali kau berangan nak kahwin dengan gadis itu dah lah kurang ajar bahasa perh kasar benor! Mana mama suka gadis seperti itu. Lagipun lepas kejadian minggu lalu dia dan gadis itu tidak bertemu lagi. Hmm benjol di dahi nya hadiah terindah dari shalma.
"Itulah yang kau gatal sangat melamar minah tu kenapa? Nasib baik tak di hempuk nya helmet tu kuat mahu mati tak berkahwin aku. Aih shah shah." Shah mengeleng sendiri dengan sikap nya yang suka terburu buru dan membuat keputusan melulu. Mujurlah gadis itu tak belasah dia hari tu kalau tidak hmm wasalam ajelah.
Lalu shah membelek dompet nya. Terbuntang besar biji mata shah! Alamak mana cincin aku?!
.................
"Cincin siapa tu?" Tegur seseorang membuat shalma tersentak
Cincin itu cepat cepat di masukkan ke dalam bag galas nya. Makcik kiah duduk bertentangan shalma. Cincin apa agaknya, Namun makcik kiah simpan hajat nya untuk bertanya itu mungkin shalma akan beritahu juga.
Senyuman manis dihadiahkan pada makcik kiah ialah ibu kepada sahabat baik nya Juliana. Bapa? Bapa juliana sudah lama meninggal dunia tinggal hanya makcik kiah dan juliana saja tapi selepas ada nya shalma bertambah riang keluarga itu semula dengan kehadiran nya. Syukur terhadap illahi kerana di pertemukan dengan keluarga yang sebaik makcik kiah dan juliana. Kalau tiada mereka mungkin shalma sudah merempat di mana mana. Allahu!
"Shalma nak ikut makcik kiah tak?" Dahi shalma berkerut
"Pergi mana makcik?" Tanyanya hairan
"Esok shalma cuti kan." Shalma mengangguk polos
Makcik kiah tersenyum nipis
"Ikut makcik g rumah pakcik ana. Ana esok ada kelas. Teman makcik ea?" Aduh rumah pakcik mana pula ni? Kalau tolak rasa bersalah pula tapi, kalau ikut rasa kekok pula yalah kan siapalah dia ni hanya sekadar menumpang!
"Boleh shalma?" Lambat lambat shalma mengangguk
...............
Assalamualaikum!
Laung makcik kiah lantang. Shalma hanya menyepi di belakang makcik kiah. Kekok sangat! Dah lah kena pakai kurung ala ala wanita terakhir. Tapi aku nampak sangat cantik! Puji shalma sendiri.
Uish ramai sangat orang ni. Kenduri ke? Kenduri apa? Kahwin? Hoho mulut kau shalma memang cili kan.
Shalma tersentak bila makcik kiah bersuara.
"Jom masuk." Sungguh shalma tidak selesa ikutkan hati rasa nak balik tidur! Lagi satu juliana tak ada makinlah kekok! Hurm. Demi makcik kiah shalma gagahkan diri.
Masuk saja ke dalam rumah itu. Ternganga mulut shalma melihat hiasan rumah itu. Simple but nice. Moden sangat. Lebih kurang dengan rumah makcik kiah banglo. Kaya kaya keluarga makcik kiah ni tapi orang nya sederhana.
"Ya allah! Datang juga kau kiah. Aku ingatkan tak datang. Meh lah ikut aku jumpa pengantin." Alamak jangan pula makcik kiah tinggalkan aku.
Makcik kiah memandang shalma. Shalma senyum senget.
"Shalma tunggu sini tau. Makcik nak naik atas dulu. Jangan malu malu." Kata makcik kiah. Seraya meninggalkan shalma sendirian di ruang tamu bersama puluhan manusia yang shalma tak kenal!
Tangan di ramas sendiri. Rasa gemuruh menjadi teman nya saat ini. Aduh lama lagi ke makcik kiah tu. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.
Tak boleh jadi ni! Aku kena pergi jumpa makcik kiah nak balik. Janggal weh.
Perlahan lahan shalma mendaki anak tangga.
"Mak oii. Banyaknya bilik. Mana satu ni?" Soal shalma perlahan, Melihat seorang budak 7 tahun shalma selamba menahan kanak kanak itu.
Keisha terpinga pinga bila ada seorang kakak cantik memegang bahu nya.
"Adik tahu tak mana bilik pengantin?" Tanya shalma cuba di lembutkan suara nya, keishan berfikir sejenak cuba di tangkap bicara kakak itu
Aduh budak faham ke tak aku cakap ni? Aku dah naik rimas dekat sini.
Keisha tidak bersuara namun jari nya menunjuk bilik terakhir di antara 3 bilik itu. Shalma senyum seraya mengosok lembut kepala keisha. Mujurlah budak ni ada kalau tak hmm kering aku dekat sini.
Keisha hanya membalas dengn senyuman manis selepas itu berlalu dari situ. Shalma menghela nafas lemah.
Tok!Tok!
Namun tiada sahutan. Aik asal sunyi semacam bilik ni?
Masuk ajelah. Lalu shalma memulas tombol pintu. Automatik shalma menutup mulutnya. Mak Aih lawa nya bilik macam bilik sultan! Katil saiz king sofa lawa nak mampus bersih pun bersih senang kata perfect!
Kejap?! Mana pengantin? Asal bilik ni langsung tiada hiasan bilik pengantin? Mana makcik kiah? Jangan cakap budak tu salah tunjuk bilik?!
Mampus aku
Shalma berkira kira hendak keluar. Namun bunyi pintu bilik air membantutkan hasrat shalma. Shalma terkaku.
"Ya allah! Hey! Kau buat apa dekat bilik aku ni?!" Shalma tak sanggup nak hadap muka mamat tu, mesti dia fikir aku ni miang sebab selamba masuk bilik dia
Shah perasan juga sewaktu mandi tadi bunyian ketuk kan sangkaan nya mungkin itu puan kartini, so dia endahkan saja sebab shah tahu tiada siapa berani masuk biliknya selain puan kartini dan keisha adik nya. Tapi sangkaan nya salah! Minah mana pula gatal masuk bilik aku ni?!
Dari belakang shah tak dapat cam siapa gadis ayu ini.
"Hey! Siapa benarkan kau masuk bilik aku hah? Bisu ke?" Eh suka engko je cakap bisu nak lari tapi kenapa aku rasa kaku?
"Sa... Saya sal..ah ma.suk bilik." Kata shalma tergagap gagap. Shah seperti kenal suara itu. Tapi siapa?
Shah mengetatkan tuala di pinggang nya. Lalu menuju ke arah gadis tersebut. Uishh berdua duan macam ni boleh timbul fitnah! Apatah lagi dengan pakaian nya sebegini memang sangat mencurigakan.
Dalam masa yang sama shalma memberanikan diri berpaling ke depan. Sama sama terkaku.
"You?"
"Kau?"
Shah tersenyum nipis. Sebab apa? Sebab dia yakin shalma mempunyai barang berharga nya. Tak sangka boleh jumpa minah ni lagi.
"You buat apa dalam bilik i ni? Kalau ya pun 'nak' kita kahwin lah dulu." Gurau kasar shah ni. Membahang merah wajah shalma. Ish tak senonoh betul mamat ni.
"Kau jangan nak perasan ok! Aku salah masuk bilik. Lagipun kalau aku tahu ni bilik kau. Memang tak ah aku nak masuk." Marah shalma membuak buak.
Shah angkat satu kening senyuman sinis menghiasi bibir. Hensem tapi seram!
"Are you sure salah bilik? Dah tu kalau salah bilik kenapa tak keluar? Nak berdua dengan i? How sweet dear." Pipi shalma jadi mangsa cubitan manja shah. Eh shah sendiri tidak expect dia boleh lakukan itu pada shalma. Ya allah apa kau buat ni shah! Bahaya benor berduan dalam bilik ni.
Shalma ternganga. Tak ubah seperti patung shalma jadi nya. Nak marah tapi ada yang menghalang? Weh shalma ini bukan diri kau!
Shah baru tersedar akan keterlanjuran nya segera menjauh sedikit dari shalma.
"I'm sorry." Pinta shah perlahan
"Gila!" Jerit shalma tanpa terkawal
Bulat biji mata shah, Gila minah ni jerit nak bagi satu rumah dengar kah? Mampus aku!
Shalma menutup mulut nya kerana keterlanjuran nya. Ya allah.
"You ni dah kenapa jerit jerit macam pontianak kalau orang dengar macam mana? You nak kahwin free? Nak?" Perli shah sinis
Shalma tidak membalas namun di jeling nya shah. Salah aku juga jerit macam tu dah kenapa? Kang ada orang dengar mesti fikir bukan bukan. Kahwin? Euw taknak aku.
Boleh naik gila shah bila bersama shalma. Degil ego baran itu lah yang shah nampak dalam diri shalma. Sayang cantik.
"Dah lah aku nak keluar. Lama lama dengan kau kat sini boleh gila tau tak." Shah membuat gaya 'Mempersilakan keluar'. Eleh ingat aku nak sangat berdua dengan kau!
Belum sempat shalma ingin membuka tiba tiba ada seseorang membuka nya dari luar. Weh matilah!
Shalma terundur menyebabkan shalma dekat dengan shah. Shalma menoleh arah shah. Kenapa tenang sangat riak dia ni? Siapa pula perempuan seksi tahap dewa ni?
Tiara kelihatan amat amat terkejut.
Selamba badak pinggang shalma dirangkul kemas.
"Isteri you?" Soal tiara terkejut
Shah mengangguk bersahaja. Dalam hati rasa bersyukur nice timing! Tapi shah tahu shalma akan sepak dia nanti. Tak apa aku rela janji si tiara ni dah tak ganggu hidup aku. Dah buang aku lepas tu datang balik berstatus janda! Sorry to say aku rela kahwin dengan gadis garang tahap dewa dari tiara penipu besar!
"So.. Congrats!" Ucap tiara pura pura tersenyum manis
Shalma tergamam. Permainan apakah? Pegangan di pinggang nya makin di kemaskan. Ini pertama kali dalam hidup nya lelaki menyentuh nya selain dari arwah ayah nya.
"I tak sangka you dah kahwin. Sam pun tak beritahu. I datang ni pun sebab nak beritahu i nak balik dah. Bytheway i tiara cinta hati shah." Shalma sudah tahu! Ini mesti pemilik hati shah, lawa tapi kenapa mamat ni sombong sangat.
Shalma senyum nipis. Dia tak tahu nak kenalkan sebagai apa, Dah mamat ni secara tak rasmi kenalkan aku sebagai wife ni. Gila bukan!
Pergi mampus dengan cinta hati ko! Desis hati shah.
"Sayang.. Tiara ni bekas tunang abang. Don't worry sekarang hati abang hanya milik sayang." Sengaja shah sakitkan hati tiara. Tiara mendengus geram.
Sayang? Eh geli tau tak! Nasib kau lah shalma jadi pelakon tambahan. Ingin di tepis tangan shah. Namun shah buat tidak tahu.
Terbit rasa kasihan di hati shalma melihat muka sayu tiara. Hmm kenapalah shah ni bodoh sangat perempuan ni cantik kut!
"Okay, takecare." Kata shah tanpa riak. Tiara kelihatan tak puas hati dengan shalma.
Tanpa salam tanpa bye, Tiara terus berlalu dari situ.
Shah telan airliur seraya meleraikan pelukkan nya dari pinggang shalma. Uish seram gila minah ni.
Baru shalma ingin menghambur kemarahan nya. Tiba tiba puan kartini muncul bersama makcik kiah. Alamak mati lah aku!
"Erk.. Makcik ini bukan seperti makcik fikirkan. Kami tak buat apa apa sumpah!" Shalma menapak arah makcik kiah
Aduh jangan jadi fitnah sudahlah! Aku taknak kahwin dengan mamat ni.
Dalam diam puan kartini menyimpan perasaan misteri. Shah terkaku. Segera mencari T-Shirt di sarungkan ke tubuh nya.
"Explain shah fazley?" Shalma memandang shah
"Kenapa diam?" Tanya puan kartini lagi melihat kebisuan shah
Pantas shalma mencelah
"Cakaplah! Kita tak buat apa apa pun. Puan saya salah masuk bilik. Semua ni hanya salah faham. Makcik percayakan saya kan? Saya takkan buat perkara memalukan makcik." Bersungguh shalma meraih kepercayaan makcik kiah. Makcik kiah mengengam erat tangan shalma. Shalma bersyukur kerana makcik kiah masih mempercayai nya .
Namun senyuman shalma mati bila shah bersuara.
"Saya akan bertanggungjawab atas shalma." Terbuntang luas mata shalma
Puan kartini diam begitu juga makcik kiah. Mungkin tak tahu nak percaya siapa.
"Kau! Kita tak buat apa apa pun! Kenapa kau nak bertanggungjawab pula!" Suara meninggi mendadak pantang dia betul kalau orang macam shah ni! Ya allah
Pandangan shalma jatuh pada makcik kiah.
"Makcik..." Airmata shalma gugur. Ya allah kenapa aku diduga sebegini?
Serba salah makcik kiah pada shalma. Tapi dia tak tahu siapa nak dia percaya. Shah atau Shalma?
Shah terpaksa melakukan itu. Hanya cara ini untuk memiliki shalma. Marahlah sepuas hati shalma apa yang shah mahu hanya memiliki shalma untuk sakitkan hati tiara! Lagipun tiara sudah tahu dia dan shalma suda kahwin jadi dia kena kahwin dengan shalma. Kalau tidak pasti tiara akan menganggu ketenteraman hidup nya.
"Ada apa ni?" Datang pula seorang lelaki berusia mencelah
Puan kartini sudah nekad.
"Esok. Kita buat acara dua kali. Lepas akad nikah pia kita buat akad nikah kedua." Kata puan kartini pada abang nya ramli. Ramli terkejut.
"Siapa nak kahwin lagi?" Soal ramli hairan
"Saya pak long." Sampuk shah selamba.
Shalma mengeleng laju.
"Makcik.. Shalma taknak." Shalma betul betul tak ingin berkahwin dengan lelaki itu. Sudahlah menyakitkan hati!
"Shalma. Ini untuk kebaikan shalma juga. Lagipun shah dah setuju nak bertanggung jawab kan." Lembut bicara makcik kiah menyapa namun mampu menghiris hati shalma.
Hilang sudah kepercayaan makcik kiah terhadap nya. Untuk apa lagi dia di sini? Shah.. memang lelaki tak guna!
Shalma berlari keluar dari rumah itu. Tak mahu berkahwin dengan shah. Walau apa jadi sekali pun shalma takkan kahwin dengan shah!
Shah mengeluh lemah. Maafkan aku..
Share this novel