Bab 15

Romance Completed 31582

Mengharap cinta siapa tu?" Pantas shalma berpaling ke belakang

Alamak jangan shah dengar perbualan mereka tadi sudah! Mahu di soal macam macam. Shalma cuma berlagak biasa surat tadi sudah dicampak ke bawah.

"Err... Wafi ni dia masih mengharapkan cinta dengan orang yang tak sudi." Reka shalma. Maaflah wafi ini sajalah idea untuk coverline. Wafi tersenyum pahit.

"Betul lah tu."

Lalu shah duduk sebelah shalma. Wajah shalma di pandang lama. Dah kenapa pandang macam tu? Jangan cakap shah tak percaya.

"Saya cakap betul tau. Tanya wafi." Kata shalma cuak. Gila! Kalau shah tahu habis lah bukan shalma tidak kenal sikap baran si shah ni.

Wafi menganguk laju.

Shah senyum sinis.

"Abang tak cakap apa apa pun." Shalma telan airliur.

Wafi bingkas bangun.

"Dah lewat ni. Esok wafi kena bangun awal. Selamat malam kak shalma and abang shah." Wafi terus berlalu pergi. Dalam hati shalma kutuk wafi habis habisan. Eih budak ni main blah je.

Shalma berdehem sedikit. Cuba mengawal perasaan gugup.

"Awak.. Tak tidur lagi ke?" Tanya shalma tenang tapi tidak setenang hatinya

Shah geleng kepala.

"Kenapa? Awak tak selesa tidur rumah kampung macam ni?"

Shalma tersentak kecil bila shah cuit bibirnya. Ish mamat ni.

"Habis tu?"

"Sayang tak ada dekat sebelah. Macam mana abang nak tidur." Kata shah lembut.

Eleh selama berbulan tak ada aku ok saja tidur sendiri. Ngada je lebih shah ni.

Shalma diam. Sebab malas nak balas takut nanti mulut dia keluarkan kata kata yang kurang enak lebih baik diam. Bahu shalma dipeluk.

Pantas shalma toleh arah shah. Selepas itu shah rebahkan kepalanya dibahu shalma. Entah mengapa hatinya malam ini ingin bermanja dengan shalma. Maafkan abang shal.

Shalma biarkan saja. Jari jemarinya bertaut mesra dengan jari jemari shah. Bahagia? Ya memang bahagia malah sangat bahagia.. Cuma dia masih ragu ragu untuk melihat keikhlasan shah. Kalau betul shah cintakan dia... Macam mana pula dengan kahwin tapi bersyarat itu? Takkan semudah itu shah lupakan perjanjian mereka? Mungkin shah hanya ambil berat pada baby dalam perutnya dan selepas itu syarat itu tetap berjalan seperti biasa.

"Sayang.."

"Hmm." Sahut shalma sambil melihat keindahan bulan yang menerangi malam itu.

"Thankyou sebab hadiahkan abang seseorang paling bermakna dalam hidup abang. Abang takkan berjanji lagi tapi insyallah abang akan jaga sayang dengan baby sebaik mungkin." Kan aku dah agak mesti shah hanya pedulikan baby ini mana mungkin shah cintakan aku. Shalma mengeluh lemah.

Shah duduk tegak.

"Sayang."

Shalma pandang shah.

"Percayakan abang." Kata shah serius.

Ya allah.. Engkau berikan aku kekuatan... Perlukah aku beri peluang pada shah? Tapi macam mana kalau shah hancurkan peluang itu? Dan aku akan terluka lagi.

Shalma menarik nafas sedalam dalamnya.

"Saya nak tidur." Shah terkedu.

Shalma meninggalkan shah sendiri tanpa menoleh lagi.

...............
Selesai menunaikan solat berjemaah, shalma cium tangan shah lembut. Kalau shah tak paksa tadi memang taklah shalma nak solat bersama shah. Biasalah masih dalam mood merajuk.

Lalu shalma menuju ke meja solek. Gincu merah dipakai. Cantik!

Shah yang baru selesai mengemas tempat solat tadi ternganga melihat keangunan isterinya. Pakai baju jubah biru cair tudung hitam.. Paling buat iman gugur adalah gincu merah dibibir shalma. Ish tak boleh jadi ni!

Shah berdiri di belakang shalma. Shalma memandang hairan shah disebalik cermin.

"Apa?" Tanya shalma kasar

Shah berpeluk tubuh.

"Kita nak pergi rumah awak je kan. Perlu ke makeup tebal macam ni?" Soal shah tegas

Uish terus tukar sayang jadi awak.

"Suka hati sayalah. Sebelum ni awak ok je saya pakai macam ni malah awak hanya pandang saya sebelah mata! Kenapa sekarang baru nak tegur? Takut nanti ada yang jatuh cinta dekat saya ke." Berani shalma membalas soalan suaminya

Sabar shah fazley.. Shalma memang sengaja buat macam tu sebab nak buat dia sakit hati.

Shalma jeling shah sepintas. Cemburu kah shah?

"Berdiri jap." Arah shah tidak setegas tadi. Shalma dengan malasnya ikut saja arahan shah. Tanpa memandang wajah shah.

Hmm nak sangat pakai gincu merah kan. Meh sini aku lapkan sikit gincu kau tu. Getus hati shah nakal.

Pinggang shalma di rangkul rapat dengannya. Terbeliak biji mata shalma.

"Awak ni dah kenapa!" Marah shalma berbisik

"Kenapa apa pula.. Abang cuma nak tengok sayang je." Tipu shah.

Shalma mencebik. Eleh miang dan shah memang tak boleh dipisahkan.

"Jangan buat muka macam tu. Iman abang tak kuat." Usik shah.

Berona merah wajah shalma. Ish betul lah mama cakap shah memang miang tak kenal tempat. Tapi sweet!

"Simpan sikit miang tu baby dengar ni." Kata shalma cuma peringatan. Takut shah ni betul betul tak kuat iman habislah.

"Ish apa sayang fikir macam tu. Abang nak ringan ringan je. Boleh?"

"Ringan? Cium eh." Lancar pula mulut kau ni shalma. Shalma ketap bibir. Ish kau ke shah yang miang sekarang ni.

Shah senyum senget. Mulalah dia ni.

"Jangan nak ngada! Saya nak siap ni." Malu shalma. Sebelum sempat shalma melarikan diri pantas shah menarik shalma lebih dekat.

Empat pasang mata bertentang mesra. Terkedip kedip mata shalma.

"Sayang."

Shalma seperti dipukau.

"Ya."

"Izinkan abang." Kata shah senyum misteri.

Bersambung dahi shalma.

"Izin apa?" Jangan jangan shah nak kahwin lain? Ish! Janganlah.

Lalu shah dekatkan wajahnya dengan wajah shalma. Bibir dicantum mesra. Shalma terlopong. Shah memang penuh kejutan!

Shah lepaskan. shalma menghembus nafas lega. Belum sempat shalma bersuara bibirnya sekali lagi diragut oleh bibir shah.

Shalma hanya mampu merelakan.

...............
Assalamualaikum!

Aduh mana pula orang rumah ni. Yasir yakin berita ini pasti akan membahagiakan sahabatnya.

"Walaikumsalam. Yasir kau buat apa dekat sini?" Soal ustaz fuad pelik

Tercungap cungap nafas yasir. Nampak gaya yasir seperti baru lepas berlari.

"Kau dari mana? Jogging ke?" Yasir mengeleng

Kopiah dipakai kemas dikepala.

"Aku ada benda nak bagitahu kau ni.. Aku harap kau janganlah terkejut." Kata yasir masih bertarik tali. Ustaz fuad berpeluk tubuh.

"Apa dia?" Buat suspen betul lah yasir ni

Yasir menarik nafas terlebih dahulu. Dia yakin fuad pasti gembira.

"Aduhai kau ni. Dah nak masuk waktu ni apa yang penting sangat kau nak bagitau aku tu sampai tak boleh tunggu dekat masjid." Ujar ustaz fuad.

Ustaz membetulkan kopiah dikepalanya. Yasir diam sejenak.

Betul betul buat ustaz fuad geram yasir ni.

"Tak mengapalah. Kau tunggu kejap aku nak ambil tasbih dulu."

Tapi langkah ustaz fuad terhenti tatkala yasir menyebut namanya. Namun ustaz fuad tidak menoleh.

"Sofea dah balik." Hanya tiga perkataan itu mampu membuat hati ustaz fuad berdegup setelah mati beberapa tahun dulu.. Ya allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience