Sofea!
Shalma menoleh setelah mendengar namanya dijerit. Fuad tersengih mendekati gadis pujaan hatinya.
"Sofea nak kemana?" Tanya fuad sopan
"Hm.. Saya nak baliklah." Balas shalma tidak selesa bila dipandang begitu oleh fuad. Kalau bukan kerana fuad anak ketua kampung dah lama blah tapi macam kurang ajar pula buat macam tu.
Fuad angguk angguk. Seraya duduk di sebelah shalma namun tidaklah dekat kerana fuad tahu shalma pasti tidak selesa.
Masing masing mendiamkan diri. Fuad sebenarnya ingin memberikan sesuatu pada shalma tapi entah kenapa dia tiba tiba tiada keberanian untuk memberikan itu pada shalma. Manakala shalma pula menunggu hafiz menjemputnya walaupun rasa macam nak blah sekarang ni.
Fuad pejam mata seketika cuba mengumpulkan keberanian yang ada dalam dirinya. Kau boleh fuad!
Lalu fuad menghadap arah shalma. Shalma yang menyedari itu turut memandang fuad. Pelik!
"Kenapa?" Tanya shalma tidak lembut tidak juga kasar
Kau boleh fuad! Desis hatinya
"Sebenarnya.. Sebenarnya.... Saya su--
Pin!
Kereta proton saga hitam milik hafiz berada di depan mereka. Shalma melepaskan nafas lega. Nice timing hafiz!
Lalu shalma bingkas bangun. Namun nama nya sekali lagi disebut. Shalma menoleh.
"Boleh saya pinjam gelang awak tu?" Berkerut dahi shalma mendengar permintaan pelik fuad, gelang yang dimaksudkan fuad itu adalah gelang dibuat dari batu permata (Fake) hadiah dari wafi sepupunya. Biar betul fuad ni?
Shalma memegang gelang ditanganya tapi tidak dibuka. Masih terkaku. Fuad berdiri dan menghampiri shalma. Fuad menghulurkan kedua tanganya. Aduh serba salah pula kalau tak bagi.
Bagi ke tak bagi? Aduhai!
"Untuk apa?" Soalan yang bagus shalma!
"Please." Pinta fuad tanpa menjawab soalan shalma. Mahu tak mahu shalma buka gelangnya lalu diberikan pada fuad.
Lalu shalma berlalu. Fuad tersenyum sendiri gelang milik shalma digengam erat.
......
Bayangan 5 tahun lalu serta merta hilang dari pandangan bila pintu biliknya diketuk. Cepat cepat fuad menyimpan gelang itu didalam laci berdekatan. Terjengul wajah pak haji di muka pintu.
Fuad menghela nafas berat.
"Abah tak ganggu kan?" Fuad mengeleng
Lalu pak haji masuk dan duduk berhadapan fuad. Ada ingin disampaikan kepada anak tunggalnya ini.
"Abah sebenarnya nak cakap sikit dengan fuad pasal shalma." Pak haji mulakan cerita.
Fuad tahu apa yang abahnya ingin katakan tapi malas nak cakap fuad biarkan saja pak haji teruskan.
"Shalma.. Dah kahwin. Abah ada ke sana 2 hari lepas. Abah pun tak sangk--
"Fuad dah tahu bah." Potong fuad
Terlopong pak haji.
"Macam mana fuad tahu? Siapa bagi bagitahu fud?"
"Fuad dari sana petang tadi. Tapi kejap je terus fuad balik."
Pak haji menepuk nepuk bahu fuad. Pak haji tahu fuad sudah lama menyimpan perasaan terhadap shalma begitu juga dirinya tapi sekarang pak haji tidak ingin lagi menganggu hidup shalma yang sudah bahagia bersama suaminya itu. Tapi bagaimana penerimaan fuad pula?
"Kita doakan kebahagian mereka ea. Abah keluar dulu."
Setelah pak haji keluar. Fuad mengambil pisau dimeja lalu fuad mengengam hujung pisau itu seperti mengengam hatinya yang sudah pecah! Kesakitan ditangannya tidak dapat tandingi kesakitan dihatinya.
Ahh!!!
Jerit fuad sekuat hati. Pisau di campak entah kemana tangan sudah berlumuran darah tidak dipedulikan.
"Aku sayangkan kau! Aku cintakan kau! Kenapa kau buat aku macam ni sofea!!" Airmata jantan mengalir laju hatinya sakit sungguh sakit tuhan saja tahu.
...............
"baby baby jangan jangan tinggalkan aku baby baby jangan jangan merajuk sangat sabar ku tunggu sampai kau rindukan ku sumpah sakit baby iloveyou!"
Shalma merengek manja. Walaupun sweet suaminya nyanyikan lagu pagi pagi ni tapi dia mengantuk!
Terasa dahinya dikucup lembut. Auch!
"Bangun sayang."
"Taknak!" Degil shalma
Lenguh lengan shah dibuatnya dengan kedegilan shalma. Dah nak pukul 6 kut! Kang terlepas subuh dengan kerenah shalma ni. Kesiannya isteri abang ni mesti penat. Getus hati shah.
Melihat shalma diulit lena. Perlahan lahan shah menarik lengannya berhati hati meletakkan kepala shalma diposisi selesa. Pipi shalma dielus lembut wajah shalma dipandang penuh kasih sayang yang tiada hujungnya.
Shah mengusap perut shalma bentuknya juga sudah kelihatan. Ya allah.. Terima kasih sayang.
Selesai menunaikan solat subuh. Shah tidak mengejutkan isterinya shah keluar dari bilik ingin menyediakan sarapan buat shalma. Tapi langkah shah terbantut bila shah terdengar perbualan di dapur. Macam suara mak ngah.. Tapi lagi satu tu siapa?
Sofea!
Shah curi curi dengar.
"Ya allah! Apa kau merepek ni long." Jasmine naik gila dengan cerita kakaknya ini. Tak habis habis memburukkan orang.
"Betul lah apa aku cakap tu! Memang si sofea tu dah mengandung sebelum nikah. Macamlah aku tak tahu. Mungkin dia paksa budak kaya tu nikahkan dia nak tutup malu." Bebel mariam lantang betul buruk burukkan shalma. Panas pula hati shah bila nama shalma dihina sebegitu! Mungkin inilah yang wafi ceritakan itu mak long yang bencikan shalma sejak dulu lagi. Tak boleh jadi ni!
Baru shah ingin masuk line! Tiba tiba lengannya disambar lembut dari belakang.
Terbuntang luas mata shah melihat shalma tersenyum manis padanya. Ya allah shalma dengar ke tadi?
Shah mengeluh berat. Lalu tubuh shalma ditarik lembut dipeluk erat. Shalma mengusap belakang shah. Aduhai isteriku!
"Patutnya abang yang buat macam tu." Kata shah bersama gelak kecil.
"Takpe abang. Shalma dah biasa dengar semua ni abang jangan lah risau. Shalma ok." Pelukkan dileraikan.
"Tapi abang tak boleh kalau shalma dihina difitnah macam tu."
"Ya shalma tahu. Tapi kalau kita buat macam tu kita pun tiada kurang dengan mereka kan? Abang bila kita sabar maka kita rasa ketenangan dan bila kita redha kita akan rasa kebahagian. Shalma tak kisah apa orang cakap pasal shalma yang penting bagi shalma adalah abang dah baby kita." Ujar shalma lebar.
Shah tersenyum mendengar ujaran panjang shalma. Terharu pun ada!
Kedua pipi shalma dielus manja.
"Tadi masa abang nak kejut bukan main lagi malas. Sekarang ni dah ada tenaga ea nak berkata kata." Perli shah
Shalma tersengih.
"Mestilah. Kalau abang kejut manja manja shalma taknak bangun. Kena kejut sweet sweet baru shalma bangun." Kata shalma manja.
"Eleh ngada lah isteri abang ni." Hidung shalma dicuit manja.
"Hihihi. Jomlah shalma lapar." Mereka berpimpinan tangan masuk ke dapur.
"Selamat pagi mak ngah mak long." Sapa shalma mesra. Gengaman shah eratkan. Shalma semakin semangat.
"Selamat pagi pengantin lama." Usik jasmine. Shah dan shalma tersenyum serentak.
Mariam endahkan saja sapaan shalma itu seolah tidak wujud pun shalma di depannya. Shah membuka kerusi buat shalma lalu duduk di sebelah shalma berhadapan dengan mak long dan mak ngah.
"Amboi kerusi pun kena sediakan ea. Dulu aku duduk sendiri ok je tak adanya nak mengada ngada." Sindir mariam sudah semestinya ditujukan pada shalma. Shah cuba mengawal perasaan yang membara sejak tadi.
Jasmine mengisyaratkan pada shah supaya tak payah layan sikap mariam itu. Shalma pekak telinga saja dah biasa dengar mulut pedas mak long.
"Mak ngah nanti shah dengan shalma nak keluar tau. Nak lawat kubur arwah ayah dan ibu." Beritahu shah.
"Oh baguslah macam tu. Shalma pun dah lama tak pergi sana kan." Shalma menganguk.
"Erm. Hafiz dengan wafi pun ikut sekali." Kata shalma takut takut.
Kening mariam ternaik satu.
"Kenapa pula kau nak ajak si hafiz? Laki kau kan ada." Bidas mariam sinis.
Shalma terkedu.
"Semalam hafiz yang nak ikut dengan kitaorang bukan shalma ajak." Sampuk shah menahan rasa didada. Shalma menepuk perlahan peha shah. Uh! Macam mana shalma boleh sabar dengan mulut mak long selama ni. Ya allah.
"Betul tu long. Aku pun dengar hafiz nak ikut." Giliran jasmine sokong shalma.
Pinggan ditolak dengan kasar.
"Ikut suka kauorang!" Seraya mariam bangun dan berlalu dari situ. Lama lama boleh naik darah macam ni!
"Macam macam mak long kamu tu sofea dari dulu tak pernah berubah. Untung shah dapat isteri sabar macam sofea ni. Kalau mak ngah memang dah lama mak ngah cili mulut mak long kamu tu." Gurau jasmine. Shalma dan shah menahan gelak takut mak long dengar dekat ruang tamu tu.
"Alhamdulilah mak ngah." Kata shah sangat bersyukur pada allah s.w.t kerana ditakdirkan menjadi imam kepada shalma sofea.
Share this novel