Bab 5

Romance Completed 31582

Keluar saja dari bilik air berkerut dahi shalma melihat shah tiada dalam bilik. Eh mana shah? Kata nak tunggu tadi? Lapar sangat kut!

Tanpa sedar ada senyuman kecil terhias di bibir. Ya allah bahagianyaaa! Aku suka dia ke? Macam awal sangat. Shalma mengeleng sendiri cuba hilangkan perasaan itu jauh jauh. Tapi tak salah aku jatuh cinta kan? Suami aku juga.

Lalu shalma ambil tudung bawal sekali pin dah siap! Pintu di tutup rapat. Shalma dapat dengar suara suara riang di bawah. Asal aku nervos pula ni? Shah pun satu tak tunggu. Mesti ramai orang.

Shalma menuruni tangga satu persatu. Kan dah cakp ramai orang. Aish dah malam kut asal makcik makcik ni masih dekat sini? Membawang? Ya allah jahat nya mulut aku.

"Mama." Sapa shalma kekok. Puan kartini sedang berbual itu tersentak bila ada seseorang memanggil nya 'mama' setahu nya keisha tak pandai cakap? Lalu puan kartini menoleh. Allah! Menantu aku rupa nya.

Puan kartini bangkit dan menuju arah shalma.

"Sorry kacau. Shalma cuma nak tanya mama kalau ada nampak shah." Ujar shalma sedikit gagap. Rasa bahagia hati bila bibir menyebut perkataan 'mama'

"Shah ada dekat dapur. Pergilah teman dia. Kata nya tadi shalma penat sebab tu tak turun." Penat? Sejak bila aku cakap macam tu. Shalma sembunyikan rasa hairan nya.

"Ohokay. Shalma pergi dapur dulu. Sorry kacau mama." Pinta shalma malu. Puan kartini mengusap lembut pipi nya. Hampir saja airmata shalma jatuh namun di tahan. Ya allah aku rindu arwah ibu..

Shalma memberi senyum nipis seraya berlalu ke dapur. Shalma sengaja tidak mengeluarkan suara nak tengok shah buat apa. Ek tengah makan. Tak tunggu pun. Tadi bukan main lagi nak tunggu siap kiss lagi auch! Berbunga hati ini.

"Shah!" Panggil shalma ceria. Shah memandang shalma kosong lalu menyambung suapan nya tanpa hiraukan shalma. Eh dah kenapa mamat ni moddy semacam. Lantaklah aku lapar ni.

Lalu shalma menarik kerusi sebelah shah. Kenapa shah ni tak pandang aku pun. Tadi ok je.

Belum sempat shalma bersuara tiba tiba shah bangun sekali dengan pinggan nya tapi makanan shah belum habis kenapa nak pergi? Takkan sebab aku?

"Shah. Kau dah kenyang ke?" Tanya shalma, bonus benar tapi nak tahu juga sebab pinggan shah masih banyak lauk

Shah mencuci tangan di singki lalu berpaling arah shalma. Tanpa ada senyuman.

"I tiba tiba tak ada selera. You makanlah." Balas shah dingin. Shalma mengetap bibir bawah nya. Asal aku rasa nak nanggis? Layanan shah lain. Aku ada buat salah ke?

"And.. Lepas makan terus naik bilik. I ada something nak bincang dengan you." Sambung nya terus berlalu perg. Habis aku kena makan sorang? Hurmm!

Apa shah nak bincang? Penting ke? Whateverlah! Yang penting perut kena isi dulu!

Wahh ada nasi minyak ayam berempah! Sedap nya!

Shalma makan tanpa ingat dunia. Lapar sangat.

"Sedapnyaaa." Tak senonoh nya shalma ni. Hehe bukan ada orang nampak pun.

Ting!

Eh bunyi apa tu? Shalma melilau sekeliling nya. Macam bunyi mesej je? Telefon aku ada dekat bilik. Eh fon siapa pula dekat kerusi ni?

Nak ambil ke tak? Kalau ambil karang kena tuduh mencuri pula kalau tak ambil... Curious pula rasa nya.

Selamba shalma mengambil iphone7plus silver. Milik siapa ni? Kejap! Kerusi ni shah yang duduk. Mungkin fon shah kut. Takpelah lepas makan aku bagi. Shalma meletakkan iphone7plus shah di atas meja. Dan sambung makan!

Ting! Ting!

Bunyi mesej lagi. Aduh macam mana nak hantar ni aku masih lapar lagi. Siapa pula mesej laki aku malam malam ni. Kerja ke? Penting?

Shalma tak sengaja tertekan butang on. Terpaparlah nama 'Tiara'

[Tiara?]
Hi shah
Where are you?
I rindu you

Bergetar getar tangan shalma menuang air di dalam gelas nya. Mesej di baca sebentar tadi sedikit membuat hati shalma terhiris. Siapa tiara? Kenapa ada simbol love? Kekasih shah ke? Ya allah..

Terkejut shalma bila ada butir airmata jatuh dari pipi nya. Ya allah aku nanggis ke? Astagafillarullah! Kenapa dengan aku ni. Takkan aku cemburu.

Shalma terperanjat baju nya seperti di tarik dari belakang.

"Ya allah! Keisha terkejut akak." Fuh ingatkan siapa main ganas tadi baru nak tunjuk kungfu! Keisha senyum kecil bersama teddybear ditangan. Shalma membalas senyuman itu.

"Keisha buat apa dekat sini? Kenapa tak tidur lagi dah lewat ni. Keisha nak makan?" Keisha mengeleng

"Minum air?" Kali ini keisha tersenyum lebar

Cawan kecil diambil tuang air. Dan shalma bantu keisha minum air. Nampak je garang shalma ni dalam hati lembut sangat. Kepala keisha digosok lembut.

Keisha memberi isyarat 'terimakasih' shalma membalas angguk kan.

"Dah pergi sleep." Keisha cium pipi shalma sepintas. Shalma hanya tersenyum manis. Hilang seketika rasa sakit hati nya. Cakap pasal sakit hati. Apa agak nya mamat tu nak bincang? Takkan baru kahwin dia nak kahwin lagi? Seriusly?!

...............
Tok!Tok!

"Masuk!" Shalma menghela nafas panjang sebelum masuk. Berdebar pula rasa .

Kelihatan shah membaca buku. Beberapa saat baru lah pandangan shah beralih pada shalma berdiri di depan nya. Uishh minah ni terkejut aku.

Shah duduk dari baring. Buku di letak tepi. Shalma tanpa di suruh duduk di tepi katil.

"Kau nak bincang apa?" Soal shalma penasaran

Shah duduk bersilang memandang tepat arah shalma. Mahu tak gugur jantung shalma bila di pandang begitu. Pleaselah jangan buat hati aku terseksa aku tak suka! Gumam hati shalma

"Macam ni. Patut nya sebelum kahwin i beritahu you. Tapi i tak sangka pula secepat ini kita kahwin so i tak ada kesempatan nak beritahu. I harap you boleh terima lah." Tutur shah membuat shalma pelik.

"Beritahu apa?" Tanya shalma ingin tahu

"Syarat." Kata shah sepatah. Shalma terpinga pinga.

"Syarat?" Ulang shalma

Shah mengangguk.

"Syarat apa? Kau tak pernah mention pun sebelum ni? " Soal shalma tertubi

"Itu yang i katakan tadi. Tak ada kesempatan. So sekarang i beritahu you syarat tu. Simple je syarat ni i rasa you boleh patuh syarat i ni. Tak banyak pun satu je." Shalma akhir nya mengangguk perlahan. Shah senyum nipis.

"Apa syarat nya?"

Shah sendiri tidak pasti dengan syarat nya. Tapi demi kebaikkan masing masing juga. Dia taknak terluka untuk kali kedua jadi syarat ini jalan terbaik untuk dia dan shalma.

"I taknak you jatuh cinta dengan i begitu juga i takkan jatuh cinta dengan you. Senang kan?"

Shalma ternganga. Syarat apa ni? Jangan jatuh cinta? Gila ke apa mamat ni! Kahwin pun kena bersyarat ke? Kenapa shah buat syarat begitu.. Hina sangat ke aku ni sampai aku tak boleh jatuh cinta pada suami sndiri.

"Shal. Are you ok?," Shalma tersedar dari lamunan nya

"Kenapa letak syarat macam tu? Kita ni suami isteri tau. Kau ingat sekarang ni kita kahwin olok olok ke kau nak letak syarat macam tu." Kata shalma tak puas hati.

Shah gelak. Sah mamat ni gila!

"Why? Takut jatuh cinta dengan i?" Cabar shah sinis

Berderau darah shalma. Lepas satu satu! Tiara? Syarat? Kalau aku tahu macam ni kesudahan nya memang aku awal awak angkat kaki! Yang aku pun satu boleh pula setuju dengan dia ni.

"Letaklah satu juta sekali pun aku takkan jatuh cinta dengan mamat sotong macam kau!" Kasar bahasa shalma lemparkan kemarahan bangkit membara. Baru nak berbunga hati ni terus hancur berkecai. Aku tak patut berlembut dengan kau shah. Tak patut!

"Eh yang you marah kenapa? Satu syarat je pun chill ah." Menyakitkan hati betul shah ni!

Shalma menjeling shah tajam. Bantal di ambil dan menuju ke sofa berdekatan. Badan di hempas ke sofa empuk itu. Tak ingin aku nak tidur sekatil dengan dia. Menyakitkan hati annoying! Ya allah sabarkanlah hatiku.

Tiada niat apa apa pun. Shah cuma taknak terluka untuk kali kedua. Cukuplah hati nya pernah di hancurkan dahulu bukan sekarang. Ya memang shalma sudah sah jadi isteri nya tapi.. Perasaan takut itu selalu datang untuk menghalang nya jatuh cinta semula.

Shah pandang shalma lemah. Kesian pula dengan shalma. Baru sehari jadi isteri nya dah macam macam perangai ada. Tapi shalma takkan sakit hati dengan syarat nya melainkan gadis itu ada hati dengan nya. Dan shah tahu mustahil shalma jatuh cinta dengan nya. Itu terbaik buat mereka berdua.

"Jika tiada cinta maka tiada akan terluka. I'm sorry shal." Shah tak tahu kenapa dia rasa bersalah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience