Jika benar cinta kenapa perlu dilukai? Jika benar sayang kenapa perlu curang? Tidak cukup lagi kah cinta yang aku curahkan selama ini hinggakan maruah aku dipijak seperti tiada harganya andai saja cinta ini tidak hadir pasti aku rela melepaskan andai saja semua itu tidak berlaku pasti kita bahagia... Ya allah kuatkanlah aku.
Yiewah hanya mampu memandang shalma sedang berduka itu dari tadi menangis.
Selang beberapa minit yiewah lihat ada sebuah kereta mengekori mereka. Eh tu bukan kereta shah ke? Shalma masih melayan perasaan tidak sedar apa apa. Yiewah hentikan keretanya di simpang jalan begitu juga shah.
Terkejut shalma bila cermin diketuk. Lalu shalma mendongak. Shah?
Lalu shalma pandang yiewah tajam. Kenapa yiewah berhenti? Buat apa layan mamat ni. Yiewah tersengih takut.
"I rasa kauorang patut bincang. Tak elok kan kalau seorang isteri ingkar cakap suami. Shalma.. I kenal shah dan i yakin sangat shah menyesal." Kata yiewah beri keyakinan. Shalma diam sejenak. Kalau tak dibuka mahu pecah kereta yiewah ni.
Shalma menghela nafas dalam dalam. Pintu dibuka kasar. Pandangannya bertaut dengan shah.
"Boleh tak awak jangan ganggu saya. Saya dah cakap kan saya taknak tengok muka awak lagi." Shalma berpeluk tubuh. Shah menyesal! Sangat menyesal tuhan saja tahu betapa menyesalnya shah dengan perbuatannya.
"Shal... Abang minta maaf tolong beri abang peluang." Pujuk shah.
"Saya maafkn awak shah awk suami saya..
Shah senyum lega.
"Tapi perbuatan awak tu sampai bila bila saya takkan lupa!" Mati senyuman shah. Seraya shalma menuju kereta shah. Kali ini biar shalma mengalah tak elok juga ikut kereta lelaki lain walaupun abang ipar. Shah termangu. Ya allah..
...............
Perlahan lahan kedua kelopak mata dibuka. Eh sejak bila aku dekat bilik ni? Bukankah semalam aku dalam kereta?
Lalu shalma duduk. Bila tengok di sebelah ada si suami sedang tidur lena. Shalma rasa kesian tapi hati shalma masih berdarah. Tiada maaf bagimu!. Tuala di ambil lalu menuju ke bilik air untuk mandi.
Keluar dari bilik air shalma hanya berkemban. Dan waktu itu shah sudah bangun. Shalma beriak biasa seperti shah tidak wujud disana. Shah pula hanya mampu telan airliur. Lawa siot bini aku.
Shalma berpaling ke belakang.
"Apa pandang pandang? Nak tumbuk." Jelingan maut dilemparkan pada shah.
Shah menunduk sayu. Tiba tiba pintu diketuk dari luar. Shalma dan shah saling berpandangan.
"Shah shalma! Mama suruh turun." Cepat cepat shah kunci pintu. Kalau yiewah masuk nayah nanti aku kerjakan mamat tu! Dengan shalma hanya berkemban hello itu hanya untuk aku ok.
"Ya ya. Kau turun dululah kejap lagi aku turun dengan shalma." Laung shah dari dalam. Kedengaran yiewah melangkah pergi shah menghembus nafas lega. Terkedip kedip mata shalma memandang shah.
Shah mendekati shalma.
"Kenapa tak pakai baju lagi ni? Nak tayang dekat siapa?" Sinis benor soalan tu
Ewah mamat ni
"Eh suka hati sayalah nak pakai ke tidak ada masalah ke?" Masing masing tak mahu kalah
Kecil besar kecil besar je aku tengok bini aku ni kuat betul melawan.
"Masalah! Masalah besar. Karang tak pasal pasal kita dua tak keluar sampai malam." Kata shah kurang enak didengari.
Makin dilayan shah ni makin naik ulat bulu tu.
"Gatal!" Almari dibuka mencari baju seluar sekali dengan tudungnya. Tapi shalma terasa derus nafas seseorang dekat dengannya. Pinggangnya dipeluk dari belakang. Mulalah miang dia ni.
Dagu mendarat di bahu shalma. Wanginya kalau macam ni runtuh iman aku.
"Excuse me? Tolong tepi boleh tak? Saya nak cari baju." Shah semakin mengeratkan pelukkan itu. Dalam diam shalma bahagia. Tapi betul kah shah dah berubah? Tak boleh jadi ni.
Shalma meleraikan kedua tangan shah di pinggang nya. Shah mengeluh lemah. Takpelah kejap pun jadilah.
"I'm sorry sayang. Abang mandi dulu. Tunggu abang ea." Pipinya dicium sekilas. Pantas shalma pandang shah riak tak puas hati.
"Just for you sayang." Itulah ucapan terakhir shah sebelum masuk bilik air. Membahang merah wajah shalma. Aduh lama lama boleh cair hati aku cam ni.
Shalma mengambil shawl dililit kemas dikepala. Cantik pula aku pakai shawl.
Pintu bilik air dibuka. Shalma pura pura main telefon menunggu shah bersiap.
"Jom sayang." Shalma terperanjat. Kejapnya.
Shalma menganguk laju. Tangan mereka bertaut mesra eh shahlah yang pegang kalau aku memang tak ah!
Langkah shalma terhenti. Shah jugs begitu. Apa pula perempuan ni buat dekat rumah aku pagi pagi ni. Dahlah bini aku masih merajuk janganlah nak ditambah lagi.
Shalma menarik tangannya dari gengaman shah dan berjalan sendirian.
"Berseri seri ibu mengandung ni ea. Terima kasih sayang kurniakan cucu pertama untuk mama." Tubuh shalma dipeluk erat puan kartini. Tiara dalam hati cemburu kalaulah dulu aku tak kahwin dengn lelaki lain pasti aku di layn begini.
Macam mana pula mama tahu?
Muncul yiewah.
"I yang bagitau. Sorry spoiler." Shalma tersenyum kecil. Yiewah rupanya.
"Ingat ea you tu kena jaga kesihatan you. Minum susu jangan nak buat kerja berat berat. Minggu depan ada checkup kan. I yang akan check you sebab masa itu i dah masuk kerja." Bangga yiewah bergurau saja.
"Terima kasih abang ipar." Ucap shalma melayan gurauan yiewah. Puan kartini turut terhibur.
"Macam yiewah pula suami shalma suruh itu suruh ini." Kata puan kartini. Shah menghembus nafas. Panas pula hati aku bila mamat cakap macam tu.
Shalma mencebik. Padan muka! Kau ambil lah si tiara tu.
Lalu shalma duduk sebelah yiewah biarkan si shah dengan tiara. Shah menahan perasaan. Shalma sengaja nak buat dia cemburu. Ikutkan hati dah lama shalma di tarik duduk sebelahnya. Ok kau nak buat aku cemburu sangat kan.
"Tiara. Arman irwan apa khbar? Tak sempat i nak tengok diorang." Bersinar sinar mata tiara. Sengaja dia rapatkan dirinya dengan shah. Shah pula tiada tanda tanda menjauh sengaja shah tanya begitu hanya kerana ingin buat isterinya cemburu kalau ikutkan hati memang tak ah dia nak berbual dengan tiara. Shalma menghela nafas panjang.
"Sihat je. Nanti you datanglah rumah i." Kata tiara tanpa ada rasa malu. Berkerut dahi puan kartini dengan situasi sekarang. Yiewah ambil satu pinggan nasi dicedok bersama lauk diletakkan di depan shalma. Shah tersentak. Bukankah patutnya aku yang buat semua itu?
"Shah selalu ke datang rumah tiara?" Soal puan kartini
Semua memandang tiara termasuk shalma.
"Selalu. Kadang kadang tidur sana terus." Pedih hati shalma mendengar. Shalma tak tahan kalau lama lama dekat sini boleh terbalik meja ni.
Shalma bangkit
"Ma. Shalma naik ke bilik dulu tak selera nak makan. Yiewah terima kasih." Seraya shalma berlalu dari situ.
Shah turut bangkit.
Puan kartini bersuara.
"Tiara.. Untie tak kisah tiara nak datang sini. Tapi untie rasa kalau niat tiara nak ambil shahs semula tolong lupakan sebab unti dan shah sayang sangat shalma dia adalah menantu unti dan tiada siapa mampu gantikan menantu unti sampai bila bila." Ujar puan kartini seribu makna. Tiara jadi malu.
Yiewah senyum sinis. Padu ayat mama.
Share this novel