"Termenung apa tu cik adik." Tegur seseorang. Shalma pantas berpaling belakang.
Bulat mata shalma.
Lia!
Shalma bangkit dari sofa dan memeluk juliana erat. Juliana tersenyum manis membalas pelukkan sahabat baik nya itu.
"Rindu siot aku dengan kau." Luah juliana sayu. Tak di nafikan dia memang rindukan shalma apatah lagi shalma sudah bergelar isteri kepada sepupu nya Shah. Mesti tak boleh tidur sama sama lepak sampai subuh. Omg rindunya semua tu.
Peluk kan dileraikan.
"Aku pun rindu gila dekat kau, Kau apa khabar? Belajar ok?" Soal shalma sebaik saja mereka berdua melabuhkan punggung di sofa empuk itu.
"Alhamdulilah sihat belajar pun ok. Kau tu ok ke tidak?" Berkerut dahi shalma di soal begitu, apa nampak aku macam tak ok ke? Ketara sangat?
Shalma ukir senyum kecil.
"Ok je." Jawab shalma ringkas. Juliana hanya angguk taknaklah tanya lebih lebih. Tapi mata juliana melilau sekeliling gaya macam mencari sesuatu.
"Kau cari apa lia?" Tanya shalma hairan
"Suami kau mana?" Soal juliana kali ini pandangan fokus pada shalma.
"Kerja." Ya shah dah masuk kerja. Sedih juga hidup ni ada suami tapi macam tak ada. Seminggu menjadi isteri shah tiada yang berubah. Masing masing dengan life sendiri. Tidur pun dekat sofa shah langsung tak ajak tidur sekatil... Sebaknya hati ini.
Juliana memeluk tubuh shalma sekali lagi. Shalma menahan sebak di hati. Entah mengapa hati ini sedih... Tolonglah shalma jangan nangis.
Walaupun juliana rasakan sesuatu tapi juliana diam kan saja. Bukan dia tak tahu kisah cinta agung shah dan tiara dulu sampai nak gila si shah tu kemaruk sedih sebab tak jadi kahwin. Pertama kali mak dia beritahu yang shalma akan berkahwin dengan shah memang terkejut yang tak mampu di gambarkan. Macam mana shah boleh setuju kahwin dengan shalma? Peliknya. Tapi dia bukan tuhan menentukan jodoh orang. Mungkin dah tertulis jodoh shah dengan shalma kan.
Belakang shalma di usap lembut.
"Kau kena ingat.. Aku sentiasa ada untuk kau." Mata shalma berkaca kaca sedaya upaya di tahan. Kuat kah aku menangung semua ini? Ya allah..
"Thanks. Lepas ni kau balik ke? Tidur lah dekat sini." Cadang shalma cerita. Juliana berfikir sejenak.
"Ok! Esok kelas aku petang juga bolehkah spend time lama sikit dengan kau." Kata juliana seraya menepuk nepuk bahu shalma.
"Yeay!"
"Tak sabar aku dengar cerita first night kau." Hilang senyuman shalma. Fir..st night? Uh jauh jauh! Tak hingin aku bersama dengan mamat sotong tu.
Juliana lepaskan tawa nya bila melihat perubahan wajah shalma. Kejung sangat muka dia bila di tanya soal 'malampertama' hurmm belum menjadi kut!
Tahu sangat perangai pembuli juliana memang tak boleh di pisahkan dari sekolah lagi suka sangat buli orang.
"Kau ni. Tanya soalan lain boleh?" Perli shalma
"Bila nak ada anak?" Soal juliana bersisa tawa nya
Liaaa!!
Suasana sepi menjadi riang gemilang dengan tawa canda mereka berdua.
...............
Tak perlu ku bermimpi yang indah.. Kerna ada dia di hidupku.. Ku ingin dia yang sempurna untuk diriku yang biasa. Ku ingin hatinya ku ingin cintanya ku ingin semuanya ada pada dirinya ku hanya manusia biasa tuhan bantuku untuk berubah. Untuk miliki dia untuk bahagia umtuk menjadi seorang yang sempurna.. Untuk dia..
Lagu nyanyian Sammy di coverkan oleh suara merdu milik shalma sofea. Perh masa sekolah mau tak semua senior cair dengan suara merdunya ada sampai minta nombor lah kenalan lah. Tapi itu dulu.. Sekarang lagu ini sangat sebati dengan hidup nya. Shah begitu sempurna. Aku? Hanya manusia biasa yang ingin merasakan cinta... Lupakanlah shalma semua itu. Kahwin tapi bersyarat itu lah hidup kau sekarang.
Tenangnya duduk sorang dekat balkoni ni. Indah sungguh ciptaan tuhan.
"Sedap suara." Suara garau menyapa. Shalma buat tidak tahu. Dia kenal suara itu. Hurm dah jam berapa eh? Macam lama sangat aku duduk dekat sini. Curi dengar betul mamat ni tak pasal pasal dengar suara merdu aku secara live nasib baik merdu!
"Assalamualaikum isteri!" Shalma tersentak. Ish buat terkejut je mamat ni. Isteri? Isteri atas kertas! Bisik hati shalma
"Walaikumsalam." Jawab shalma dingin. Shah longgarkan tie seharian kerja sungguh memenatkan.. Tapi bila dengar suara merdu milik shalma. Semua kepenatan hilang di bawa angin!
Shah tarik kerusi bertentangan shalma. Shalma masih memandang keindahan di depan tidak hiraukan kehadiran suaminya.
"You tengok apa tu?" Tanya shah sengaja ingin tarik perhatian shalma
Krik krik.. Hanya bunyi burung berkicauan.
"Hello? I cakap dengan you ni." Ujar shah sedikit tegas. Bukan dia dekat london sampai shalma ni tak dengar. Ke memang shalma sengaja buat macam tu?
"Apa." Jawab shalma lemah. Malas nak berbual dengan shah jauh sekali nak pandang shah. Sorry kali ni aku takkan berlembut.
"You kenapa? Ada masalah?" Soal shah lembut
Shalma menoleh arah shah. Lama
"Aku... Aku setuju dengan syarat kau." Kata shalma perlahan bangkit dan terus berlalu. Shah ternganga.
Kejam sangat ke aku sampai shalma jadi macam tu? Takkan shalma dah jatuh cinta dekat aku? Bermacam tanda tanya bermain dalam fikiran shah waktu ini. Kali ya aku nak buat apa? Mampu ke aku buka hati aku untuk dia?
...............
Mata di buka perlahan lahan bersama kerutan di dahi. Apa pasal perut aku sakit ni?
Shalma duduk tegak memegang bahagian sakit itu. Ya allah sakitnya. Jangan cakap ini yang sebulan tu. Ya allah kenapa malam ni juga tak tunggu esok aje.
"Aku.. Nak buat apa ni?" Terlintas dalam fikiran nya juliana!
Dahi di peluh di lap bertalu talu. Sakit rasa nak terberanak pun ada! Shalma berjalan perlahan lahan. Belum sempat shalma membuka pintu tiba tiba lengan nya di pegang lembut.
"Astagafilrullahalazim!" Shalma mengurut dada sendiri
"Kau ni kenapa! Kalau aku mati sakit jantung macam mana? Gila!" Geram shalma. Shah senyum menampak kan sebaris gigi putih nya. Tak terasa langsung shalma marah.
"You nak pergi mana?" Tanya shah menguap besar
Shalma menepis tangan shah.
"Aku nak tidur dengan lia. Tepi." Bulat mata shah. Lalu menghalang laluan shalma.
"Kau ni dah kenapa?" Soal shalma tidak puas hati
"I tak benarkan. You kena tidur dalam bilik ni." Kata shah keras.
Shalma senyum sinis. Ok untuk pengetahuan youalls shalma ni kalau datang jepun berkibar.. Apa yang terbuku dalam hati akan terluah emosi tak stabil. Salah satu sebab nak tidur dengan juliana nak elak kan pergaduhan yang akan dia cipta sendiri. Tolonglah wahai suami fahamilah isterimu ini.
"Aku ada atau tiada sama je. Kau kena ingat kita kahwin sebab apa? Sebab syarat bodoh kau tu! Baik kau tepi sekarang sebelum kaki aku ni masih bersabar lagi. Tolonglah aku nak pergi ni." Kata shalma separuh merayu.
Shah terkedu. Deep sangat ayat shalma tu sampai tertusuk dalam hati. Eh jap kenapa aku rasa bersalah? Jangan cakap... Hell no! Shah jangan sesekali jatuh cinta pada minah garang ni!
"Er..
Shah hilang kata kata.
"Anggap je aku ni tak ada dalam bilik ni. Anggap macam mana dulu aku tak pernah muncul dalam hidup kau. Kau buat hal kau aku buat hal aku." Airmata di biarkan mengalir. Asal sedih sangat ayat aku ni? Kenapa hati aku sakit? Apa aku sedang menghukum perasaan aku sendiri.
"Shalma!" Shalma mengeleng laju. Hati aku sakit shah! Sakit bila cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan.
"Kau lepaskan aku bila kau rasa dah bosan hidup dengan aku. Biarkan aku bebas dari kurungan yang gelap ini." Kata shalma penuh emosi. Pintu di buka. Tapi pantas shah tarik shalma dan tutup pintu itu semula. Shalma telan airliur. Merah nya muka shah. Marah ke?
Nafas shah naik turun. Sakit telinga bila dengar kata kata sinis shalma itu! Sampai mati pun shah takkan lepaskan shalma. Never! Walau dalam mimpi sekali pun
"Seorang isteri tak patut sebutkan perkataan perpisahan. Mungkin ya berpisahan itu ada. Tapi allah takkan suka bila masjid di bina musnah hanya kerana ego. Shalma look at me!" Arah shah. Shalma mendongak. Sayu. Sedih. Itulah yang di rasakan shalma. Semua yang di katakan shah itu betul. Ya allah berdosanya aku.
"I minta maaf kalau i ada salah. I tahu i bukan suami sempurna. Tapi percayalah. I akan bersama you sampai bila bila dengan nama allah shalma sofea. I akan jaga you sebagaimana i jaga nyawa i sendiri. Please don't leave me." Tubuh shalma di dakap erat. Shalma menangis kecil membalas dakapan suami nya.
Shah tahu shalma terasa hati dengan nya. Kadang kadang shah sendiri tak faham dengan diri nya. Kenapa dia hendak memujuk? Sedangkan dia boleh aje biarkan shalma makan hati sampai membenci nya. Tapi kenapa.. Hati nya pula tak tegah lakukan itu. Cinta ka itu?
Ubun ubun shalma di kucup lembut. Pedulikan dulu semua itu yang penting hati shalma kena sejuk dulu.
Airmata shalma di sekat dan kedua mata shalma di cium sekilas. Merah padam wajah shalma. Aduh hati mohon bersabar.
"Kita jadi kawan?" Shalma ketap bibir bawahnya
Mungkin sampai bila bila shah akan anggap aku bukan isteri sebenarnya. Kawan? Mungkin itu yang terbaik.
Shalma mengangguk lemah. Kawan pun jadilah janji shah takkan tinggalkan aku itu pun dah cukup.
"Kawan sampai mati. You nyawa i shal." Kata shah tanpa sedar.
"Huh?"
Shah tersedak sendiri. Walawei asal boleh tersasul pula!
"Macam i cakap tadi. I akan jaga you macam mana i jaga nyawa i." Cover cikit. Shalma senyum nipis. Kawn dengan suami sendiri pelik sungguh tajuk tu.
"Terima kasih. Sebab nak jaga aku jadi kawan aku. Aku hargai semua tu. Aku janji selagi kau tinggalkan aku. Aku takkan tinggalkan aku." Kata shalma sayu.
Kepala shalma di gosok di sebalik tudung. Hurm malam malam pun pakai tudung. Malu kut!
Jari jemari shalma di gengam erat. Terhenti langkah shah bila shalma terkaku.
"Kau nak bawa aku kemana pula ni?" Tanya shalma lurus
"Tidur." Jawab shah simple. Shalma duduk di birai katil manakala shah sudah selamat baring di atas tilam empuk itu. Shalma bangun semula.
"A.. Aku selesa tidur sofa. Kau tidur sinilah." Belum sempat shalma melangkah tiba tiba shah berdiri tepat di hadapan shalma. Uish lajuny mamat ni.
"Apa?"
Shah berpeluk tubuh.
"Kita kawan kan.. Kena tidur sekatil makan bersama mandi kalau boleh sama juga. Tiap kali pulang dari kerja please tunggu depan rumah salam i. Malam teman kan i. Boleh you buat semua itu untuk i?"
Terkedip kedip kedua mata shalma.
"Syarat ke tu?" Tanya shalma
Pantas shah mengeleng.
"Bukan. Itu arahan seorang suami. Please.."
Akhirnya shalma mengalah. Shah gembira sampai peluk sampai kuat. Shalma meronta tak selesa di peluk begitu. Buang tebiat betul mamat ni.
"Hehe. Sorry. Jom tidur." Ajak shah nakal. Shalma menjeling. Gatal! Eh lupa pula!
"Jap. Aku pergi bilik lia dulu." Kata shalma teringat sesuatu penting. Dahi shah bersambung.
"Taklah. Aku tak tidur sana. Aku nak minta something important." Tak perlulah si shah ni tahu kut apa maksud aku tu.
"Something important? I nak tahu! Kalau you taknak beritahu. I takkan benarkan you keluar dari bilik ni." Shalma mengeluh lemah.
"Tak baik mengeluh." Perli shah. Shalma mencebik. Suka betul mengusik!
Baik aku jujur aje supaya tak banyak soal lagi. Penat doh aku nak jawab.
Period!
Shah bulatkan bibir nya. Patutlah garang semacam tadi, selalunya tak adalah garang macam tu rupanya period.
"You tidurlah. Biar i minta pada ju." Kata shah. Eh mamat ni dah kenapa.
"Tak apalah. Aku--
"Pilih. Yes or ya?" Ini soalan yang pernah shah ucapkan waktu melamar nya
Aku kena mengalah lagi ke? Elok sangatlah perangai tu shalma jangan asyik nak menang elok orang dah tawarkan tak baik tolak.
Shalma mengambil tuala berdekatan di sarungkan di pinggang nya. Takut darah haid tu kotorkan tilam shah. Terbit rasa kasihan pada shalma. Ya allah jahat sangat ke aku ni?
Shalma sudah siap siap baring di katil empuk itu.. Uish lembut nya tilam ni. Best ni kalau tidur sampai subuh! Hoho.
"Shalma." Panggil shah lembut. Shalma buka mata. Alangkah terkejutnya shalma melihat wajah shah begitu dekat dengan nya.
"You tidurlah dulu. Nanti i kejutkan ok." Shalma senyum kecil. Kedua mata di pejamkan. Sebelum terlelap shalma terasa kucupan pada dahi nya. Tenang.
Share this novel