Bab 22

Romance Completed 31582

Sejak hari itu hubungan shalma dan suaminya dingin. Shalma, cuba berbaik dengan shah dan memujuk shah tetapi makin dia dekat makin shah menjauh. Entah apa lagi shalma harus buat untuk lembutkan hati suaminya.

Marah marah pun permintaan shalma untuk tinggal di sini shah masih setuju. Cuma mereka tidak semesra dulu lagi. Shah dengan rajuknya shalma dengan egonya.

Shalma duduk dibangku kayu termenung sendiri. Macam mana aku nak rapat denga fuad kalau shah buat perangai... Apa yang aku harus lakukan untuk selamatkan keluarga aku dari bahaya? Kenapa susah sangat shah nak dengar cakap aku plan aku? Bukan aku nak bergedik dengan fuad tu. Kan dah bagitahu itu hanyalah lakonan. Kandungan mencecah 2 bulan diusap walaupun tak kelihatan lagi. Tapi ada betulnya apa shah cakap bahaya kalau aku dekat dengan manusia kejam macam fuad silap hari bulan baby ni boleh jadi mangsa.

"Menung apa tu!" Sergah juliana dari belakang

Shalma jeling tajam. Minah ni kalau tak buat aku sakit jantung tak sah kan.

Juliana tersengih.

"Kau kenapa ni? Dari semalam aku tengok dok termenung jauh macam baru lepas putus cinta aku tengok." Gurau juliana.

Ish boleh pula minah ni bergurau macam tu kalau si shah dengar kan susah.

"Taklah... Cuma, aku rasa serabut sekarang ni. Dengan shah lagi dingin semacam dengan aku. Jangan katakan nak berbual nak tengok muka aku pun tak sudi! Sakit hati aku." Luah shalma sedih.

Juliana terdiam. Adoi kesian juga kawan aku ni.

"Sabarlah weh. Kau jangan stress sangat nanti baby kau mengamuk kat dalam tu sebab mak bapa dia gaduh. Silap hari bulan terberanak kau sebab tak tahan nak tumbuk bapa dia. Hahaha." Juliana tergelak sendiri dengan lawak spontannya itu. Shalma gelak kecil sambil mengeleng kepala.

"Kau ni. Kalau tak lawak memang bukan julianalah." Kata shalma bersisa tawa.

"Mestilah! Oklah weh aku nak masuk jap. Kau jangan lewat sangat dah nak maghrib ni tak elok ibu mengandung duduk luar." Pesan juliana sebelum masuk rumah jasmine.

Shalma mengangguk perlahan.

"Aih bosan." Keluh shalma. Selalunya waktu waktu begini mesti shah ajak berbual. Sekarang? Takde!

Ting!

Telefon bibirnya berbunyi mesej. Bila nama shah tentera lebar senyuman shalma. Omaigad! Shah chat aku!! Eleh padahal dekat bilik je.

[MyHusband]
Malam ni kita balik kl

Berkerut dahi shalma. Balik kl? Bukan pagi tadi shah setuju nak tinggal kat kampung seminggu lagi ke? Apa masalah mamat ni. Shalma tutup fon dan masuk ke dalam rumah. Tanpa ketuk shalma menerjah masuk bilik mereka dan shah sedang berkemas baju. Seperti yang dijangka shalma datang tepat waktu.

"Shah! Apa semua ni?" Tiada salam terus menyerang shah dengan soalan

Shah bersikap selamba.

"What?" Eee menyakitkan hati betulah!

"Abang cakap pagi tadi kita boleh tinggal dekat sini. Sekarang ni apa? Kenapa abang tiba tiba berubah fikiran." Kata shalma emosi.

"Kalau kita tinggal sini entah apa lagi you nak buat! Dengar cakap i kita balik malam ni!,"

Shalma mengeleng.

"Saya taknak ikut! Kalau awak nak balik awak baliklah sendiri shah. Saya nak tinggal sini saya nak jaga mak long." Kata shalma airmata sudah mengalir laju.

Shah mendengus.

"Kenapa you degil sangat ni? You jangan ingat i tak tahu shalma. You nak dekat dengan si fuad tu kan? Fine! Pergilah dengan lelaki tu kalau itu buat isteri i ni bahagia." Ujar shah bag kecil di zip dengan kasarnya. Shah berhenti tepat di sebelah shalma.

"Tapi you ingat apa yang i pernah warning sebelum ni. Kata kata i tu bukan gurauan. Ingat tu shalma sofea." Seraya shah berlalu pergi tanpa ucap selamat tinggal.

Shalma menanggis teresak esak seorang diri. Terduduk sayu shalma di lantai mengenang nasibnya. Kenapalah susah sangat shah hendak memahami isi hatinya? Tegarnya shah meninggalkannya dengan keadaan begini.

Kepala shalma terasa berdenyut denyut. Ya allah! Pandangan shalma jadi gelap gelita dan tanpa sedar ada cecair darah di seluarnya.
...............
"Sofea dekat hospital sekarang. Dengar citer sofea keguguran."

Berita dari yasir itu membuat hati fuad gembira. Kalau betul sofea keguguran pasti shah akan ceraikan sofea dan waktu itu sofea akan jadi miliknya seorang.

Jadi fuad mengambil keputusan ke hospital bersama pak haji untuk melawat shalma. Ikutkan hati taknak ajak ayahnya cuma pelik pula kalau dia sendiri datang. Tiba di wad di mana shalma dirawat fuad bergegas duduk di sebelah katil shalma. Pak haji hairan dengan sikap anak lelakinya.. Macam pelik.

Pak haji keluar dari wad itu dek ada panggilan penting nak di jawab.

Shalma mulakan lakonannya.

"Terima kasih fuad. Awak masih sudi melawat saya." Ucap shalma lembut.

Fuad sungguh gembira. Shalma tidak dingin lagi dengannya. Memang senanglah nak dapatkan cinta shalma!

"Sama sama. Kalau awak tak suruh pun saya sendiri nak datang. Saya juga turut simpati dengan kematian anak awak." Kata fuad dalam diam menyembunyikan niat jahatnya.

Shalma sedaya upaya mengukirkan senyuman manis pada lelaki kejam ini. Jika tiada undang undang di dunia ini sudah lama lelaki di depannya ini dibunuh! Ya allah.. Kuatkanlah imanku.

Fuad meletakkan buah buahan dimeja.

"Mana suami awak? Dia tahu tak awak gugur?" Tanya fuad kedengaran aneh di telinga shalma

Ikutkan hati memang nak endahkan soalan si fuad tu.. Tapi bila fikir semula bukan senang nak bagi si fuad ni makan umpan so... Baik dia teruskan walaupun akan ada masalh besar di antaranya dan shah. Ini demi keluarganya juga. Maafkan shalma abang. Desis hati shalma.

"Entahlah. Buat masa sekarang saya nak sendiri." Balas shalma perlahan.

Fuad tersenyum sinis. Nampaknya untuk miliki shalma sangat mudah jika shah menceraikan shalma. Fuad kembali maniskan wajahnya dihadapan shalma.

"Sabarlah. Saya yakin ini ujian untuk awak. Saya tahu sofea kuat."

Shalma tidak mengangguk mahu pun mengeleng. Kadang kala dia sendiri tak mampu kawal perasaan marahnya terhadap fuad. Dia tak boleh tunjuk dekat fuad yang dia bencikan fuad. Nafas dihembus dalam dalam.

Shalma kena raih kepercayaan fuad agar shalma dapat buktikan bahawa fuad bersalah dalam kes maklong. Lagipula kalau fuad tahu mak long masih hidup pasti fuad akan melakukan hal lebih buruk pada mak long oleh itu shalma kena selalu pantau fuad.

"Fuad... Saya dah baca surat awak." Kata shalma tiba tiba.

Fuad jelas terkejut.

"Serius ke?" Shalma mengangguk lemah

"Saya minta maaf sebab saya tak baca dulu. Kalau saya baca.... Mungkin kita dah bersatu sekarang." Fuad tidak sangka itu adalah jawapan shalma. Jadi selama ini shalma juga menyimpan perasaan terhadapnya?

"Awak suka dekat saya?" Soal fuad tak percaya

Shalma menahan sebak didada. Cintanya tetap untuk shah fazleey seorang bukan untuk sesiapa termasuk fuad. Ya allah engkau kuatkan aku hadapi semua ini.

Shalma membalas senyuman manis namun airmata tanpa sedar mengalir dipipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience