Bab21

Romance Completed 31582

[Sebelum Kejadian..]

"Mak, jomlah kita pergi hospital." Pujuk hafiz entah keberapa kalinya. Namun mariam tetap berdegil.

"Mak demam sikit je. Kamu tak kerja ke?" Tanya mariam sambil batuk kecil

Hafiz menghela nafas berat. Degil betul emaknya ni. Dah sakit teruk macam ni still taknak ke hospital.

"Tak kut. Hafiz nak ambil mc lah hari ni hafiz jaga mak." Kata hafiz tubuh mariam diurut lembut.

"Mak sihat je. Dah kamu pergilah kerja. Nanti, mak call si jasmine temankan mak." Balas mariam lemah. Sejak semalam demamnya tak turun tapi dia taknak risaukan hafiz. Kesian anak lelakinya itu mahu jaganya lagi kerja lagi.

Hafiz tersentak. Melihat mariam menangis.

"Laa.. Mak sakit sangat ni. Jomlah kita pergi hospital." Ajak hafiz separuh merayu pada mariam.

Mariam mengeleng.

"Mak... Minta maaf dekat hafiz selama ni mak tak pernah jadi ibu terbaik untuk hafiz. Mak minta maaf nak." Teresak esak mariam menangis.

"Tak ada apalah mak. Maklah ibu paling terbaik untuk hafiz. Mak syurga hafiz dunia dan akhirat. Hafiz sayang mak sangat." Lalu hafiz memeluk mariam erat.

Syukurlah jika maknya sudah berubah. Alhamdulilah.

"Dah, kamu pergilah kerja ea. Elok elok." Hafiz mengangguk sebelum keluar hafiz menoleh mariam menghadiahkan senyuman manis. Entah mengapa sedih hati hafiz melihat senyuman itu... Ya allah hilangkan rasa gusar dihatiku ini. Bisik hati hafiz.

20 minit sudah berlalu...

Mariam terlelap hingga terlupa membuat panggilan. Namun lenanya terganggu bila mendengar sesuatu di tingkat bawah. Takkan itu hafiz.

Mahu tak mahu mariam sedaya upaya bangun dari baringnya untuk melihat siapa. Perlahan lahan kakinya menuruni tangga. Bunyi apa agaknya tu? Pintu kunci tv pun tutup. Hmm mungkin imaginasi aku saja kut.

Belum sempat mariam mendaki anak tangga. Tiba tiba bahunya dicengkam kuat dari belakang membuat dia berpaling terbuntang besar matanya sebelum pisau menikam perutnya. Mariam terbaring lemah bersama lumuran darah. Bibirnya tak mampu bersuara pandangan semakin kabur hingga gelap.

Fuad pandang tubuh berlumuran darah itu tanpa perasaa. Seolah bukan dia yang lakukan.

"Mati cepat lagi bagus." Doa fuad dalam hati. Semua ini disebabkan mariam! Yang mendesak shalma kahwin dengan ayahnya dulu jika tidak pasti shalma sudah jadi miliknya. Mariam memang layak dapat balasan!

...............
Luluh hati hafiz mendapat panggilan dari shalma bahawa ibunya masuk hospital akibat ditikam. Ya allah! Baru pagi tadi dia bergurau dengan ibunya... Mak!

Tak sampai sejam hafiz sudah tiba di hospital di mana mariam dirawat. Shalma dan shah menunggu diluar. Hafiz menuju arah mereka.

"Sofea!" Panggil hafiz

Shalma menoleh.

"Hafiz... Mak long... Mak long kena tikam pagi tadi dekat rumah. Tapi, masih tak tahu lagi siapa yang kejam buat macam tu dekat mak long. Polis masih dalam siasatan." Terang shalma kembali menangis. Mata semakin bengkak. Shah melihat itu pantas menarik shalma dalam pelukkanya.

Hafiz ketap bibir. Siapa hati busuk yang sanggup membunuh ibunya? Setahunya mariam tiada musuh... Takkan fuad? Tak mungkin fuad. Tapi, fuad saja rapat dengan mariam sejak dulu. Mungkinkah semua ini angkara fuad?

"Aku rasa fuad yang buat semua ni." Kata hafiz tiba tiba.

Shalma dan shah berpandangan.

"Maksud kau?" Soal shah

"Aku syak fuad sakit hati dengan mak aku. Sebab, sebelum ni mak aku nak kahwinkan sofea dengan pak haji. Fea kau pun tahu fuad cinta mati dekat kau kan? Selama kau tak ada fuad selalu jenguk mak aku nak tahu pasal kau. Dan bila fuad tahu kau dah kahwin dengan shah.. Ya! Aku yakin ni semua kerja lelaki tak guna tu!" Kemarahan semakin membara

Shah mengusap belakang shalma. Ada lagi rupanya lelaki menyukai shalma.. Fuad.. Macam familiar nama tu.

"Oh! Fuad ni ustaz yang hantar lia dengan yiewah kan? Ustaz tu suka dekat bini aku?" Hafiz mengiyakan

Shalma menundukkan wajahnya. Mesti shah banyak nak tanya. Mana takya selama ni dia tak pernah cerita pasal fuad.

"Sayang, kenapa ni?" Pipinya diusap lembut oleh shah

"Awak marah saya ke?" Berkerut dahi shah

"Tak adalah. Buat apa abang nak marah sayang. Iloveyou ok taknaklah cedih cedih cam ni." Kata shah nada memujuk.

Hafiz rasa scene itu comel. Cuma sekarang dia hanya fikirkan keselamatan mariam.

"Sorry tau abang selama ni shalma tak pernah citer langsung pasal fuad tu. Sebab, bagi sayang fuad tu tak penting pun untuk nak cerita dekat abang."

Shah sikit pun tak marah. Dah shalma pun tak suka kan so oklah. Lainlah kalau shalma pernah bercinta dengan si fuad tu jeleslah sikit.

"So... Kau yakin itu fuad?" Soal shah

Hafiz mengangguk.

"Aku yakin sangat. Semua ni angkara fuad. Hanya dia suspek utama aku." Kata hafiz penuh kemarahan.

Shalma mengeluh lemah. Kesian hafiz. Kalau betul ni semua angkara fuad. Memang habislah lelaki tu shalma kerjakan! Tapi macam mustahilah fuad kan ustaz mana mungkin tegah membunuh? Hmm zaman sekarang ni semua tak adanya mustahil. Shalma kena tolong sesuatu.

"Abang.. Awak rasa patut tak saya dekati fuad?" Hafiz dan shah terkejut

Shah terus berdiri tegak.

"No!" Halang shah tegas.

Aduh dah agak jawaban shah tu. Mana mungkin setuju dengan plan ni. Cemburu tu tak boleh dipisahkan betul shah.

"Jangan buat kerja gila sofea. Benda ni bukan main main. Kalau betul fuad pelakunya. Bahaya, untuk kau dekat dengan dia." Giliran hafiz menghalang. Sudahlah shalma preggy bahaya sangatlah nak dekat dengan fuad tu. Kang macam macam fuad buat dekat sofea.

"Tapi, kau tahukan hanya aku boleh selesaikan masalah ni. Kalau fuad masih tak di tangkap bukan saja mak long jadi mangsanya. Kita semua akan jadi mangsa dia. Jadi,... Sebelum itu berlaku biarlah kita stopkan dia. Please abang. Sayang buat semua ni untuk maklong for us." Ujar shalma bersungguh untuk suaminya faham.

Hafiz pandang shah. Dia tahu shah takkan setuju walaupun plan shalma itu dapat menyelesaikan semua ini. Namun semuanya bukan mudah nak tangani.

Shah meraup kasar rambutnya. Serabut!

"Please abang.. Sayang buat ni untuk kita juga kan." Pujuk shalma lagi. Shalma memegang lengan shah. Shah tak sampai hati nak menolak tapi dalam masa yang sama tak sampai hati nak setuju.

Merah mata shah memandang shalma.

"Abang tak sanggup kehilangan shalma. Abang sanggup mati untuk shalma." Kata shah sayu.

Airmata shalma tak henti henti mengalir.

Kedua tangannya memegang wajah shah.

"Look at me abang. I will be fine. Kita doa yang baik baik. Percayakan sayang." Jawab shalma masih dengan keputusannya.

Hafiz hanya jadi penonton.

"I'm sorry shalma sofea. Saya takkan izinkan awak bahayakan diri awak. Perkara ni biar saya dan hafiz selesaikan. Kalau awak buat juga... Saya takkan maafkan awak. Ingat tu." Kata shah berbaur amaran keras. Meleraikan tangan shalma diwajahnya dan berlalu pergi.

Shalma menanggis kuat dan terduduk di sebelah hafiz.

"Sofea.. Janganlah disebabkan ini kau dengan shah gaduh. Apa yang shah cakap tu betul kau tu dahlah mengandung. Bahaya, kalau kau dekat dengan fuad." Nasihat hafiz.

Shalma diam seribu bahasa. Hanya hati mampu bersuara.

'Saya tak mampu dengar kata awak kali ni shah. Awak maafkan atau tak... Saya tetap dengan pendirian saya' Desis hati shalma sofea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience