Bab 8

Romance Completed 31582

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

"Abang!"

Shah tersengih kerang busuk suka benar mengusik isterinya. Lupa nak bagitahu hubungan aku dan shah semakin baik walaupun berstatuskan 'kawanbaik' bagi aku layanan shah sangat mesra pada aku shah buat aku perempuan paling bahagia didunia. Ya dalam diam shalma menyimpan perasaan cinta terhadap shah kalau shalma beritahu akankah shah terima? Tak! Sebab shah dah bagi syarat untuk tidak jatuh cinta. Jadi biarlah hubungan mereka begini menyintai dalam diam setia dalam diam. Tapi betulkah hanya aku rasa semua itu? Takkan selama beberapa bulan ni shah tak suka aku langsung? Pasal syarat pun shah tak sebut dah.. Haraplah shah jatuh cinta dekat aku amin!

Shah juga ingin shalma memanggilnya 'abang' alasan sebab shah lebih tua kena hormat shalma dengan senang hati menurut perintah suaminya. Semoga kebahagian ini kekal hingga jannah insyallah.

Bahu dicuit.

"Hah.. Shal termenung apa tu? Abang ada depan mata ni jangan nak berani berani eh fikirkan orang lain." Kata shah berbaur amaran. Shalma mengeleng.

"Habis fikir apa?" Tanya shah sambil menghirup teh panas dibuat shalma sebentar tadi

"Mana ada fikir apa apa. Abang petang ni teman shal."

"Sayang nak pergi mana." Ish banyak tanya pula mamat ni.

"Shal rasa nak makan burgerlah mesti sedap kan. Semalam lagi shal nak makan tapi abang kan teman sam pergi meeting sampai lewat malam jadi shal taknak kacaulah. Boleh bang." Lengan shah dirangkul manja mata dikedip kedipkan. Shah rasa bersalah pula. Aduh kenapalah petang ni juga shalma nak makan.. Kena bagi alasan ni.

Tangan shalma ditepis lembut. Shalma terkesima. Ya allah..

"Er.. Abang bukan taknak shal. Tapi malam ni abang kena temankan sam pergi johor." Terbuntang luas mata shalma. Uish jauhnya selalunya dekat dekat je.

Shalma sedaya upaya mengukir senyuman manis. Takpelah mungkin shah banyak kerja aku kena faham.

"Takpelah. Berapa hari abang dekat johor?" Shalma ketepikan perasaan hampa dalam hati dia sayangkan shah dia taknak sebab keegoan dia dan shah dingin

"2 hari je. Nanti abang belikan shal ole ole. Terima kasih sebab faham abang." Kata shah sedikit sayu. Perasaan sayang itu ada tapi shah tak nafikan cintanya pada tiara begitu besar berbanding sayangnya pada shalma. Ya allah berdosanya aku pada shalma. 

"Oh. Abang takecare dekat sana nanti. Shalma doakan abang selamat sampai selamat pulang." Balas shalma ikhlas. Tapi ikhlas kah shah padanya?

Shah mengusap ubun ubun shalma.  Maafkan abang shal... Abang masih tak mampu lupakan tiara. Bisik hati shah yang masih tak faham dengan perasaanya antara shalma atau tiara. Mampukah tiara menjaga aku seperti mana shalma jaga aku? Ahh serabut!

Hmm dalam hati shalma memendam perasaan curiga entahlah kenapa setiap kali shah menolak shalma rasakan sesuatu. Janganlah ada apa apa berlaku pada rumah tangga mereka. Walaupun shalma tahu sukar untuk shah terima dirinya sebagai seorang isteri. Tapi sampai bila aku harus begini? Setahun? 10 tahun? Ya allah engkau bukalah hati suamiku untuk menerima aku ya allah.

...............
Shalma terjaga dari lenanya akibat termimpi sesuatu. Keluhan berat terluah dari bibir. Kalaulah mama izinkan aku tunggang motor dah lama aku jalan pergi beli burger. Sampai masuk mimpi burger itu menghantui shalma.

Bibir disentuh lembut. Ciuman shah masih terasa petang tadi segala wasangka buruk hilang bila shah cium bibirnya. Semoga shah tak khianati cinta aku.

Perut diusap.. Tadi aku dah makan 2pinggan nasi tapi kenapa burger tu menghantuinya? Alahai burger tunggulah esok nanti minta tolong mama belikan.

"Baby sabar tau.. Mama tengah fikir nak fikir macam mana nak makan burger." Omel shalma seolah bercakap dengan baby padahal baby cacing!

Macam mana ni... Aku rasa nak makan sangat burger tu rasa nak nangis pula... Indahnya dunia kalau dapat makan burger. Hm aku tak kira aku kena makan malam ni juga! Ala awal lagi baru pukul 10 malam.

Sebelum keluar dari bilik shalma menghantar pesanan ringkas pada shah. Keluar kena minta izin suami ok

Shalma
Abang, shal nak keluar kejap teringin sangat nak makan burger. Boleh eh?

Selang beberapa minit double tick bertukar jadi bluetick. Uish laju sangat baca.

Shah
K

K je? Kurang huruf ke apa mamat ni? Mungkin busy sangat kut! Sekali lagi shalma memberi alasan itu pada dirinya. Dia taknak fikir bukan bukan shah kerja bukan buat apa pun so sebagai isteri kena memahami. K tu kira oklah.

Telefon ditutup diletakan dipoket seluar. Tudung bawal disarungkan shalma. Pintu bilik ditutup. Shalma berpaling alangkah terkejutnta shalma melihat seseorang dibelakangnya. Allahu siapa mamat korea ni? Sesat ke?

Lelaki itu tersenyum kecil pada shalma. Shalma terpinga pinga.

"Assalamualaikum."

"Walaikumsalam. Encik ni siapa?" Tanya shalma melilau sekeliling

Belum sempat lelaki korea itu menjawab muncul puan kartini.

"Ya allah! Yiewah dah lama sampai?" Yiewah? Nama apa tu peliknya

Puan kartini memeluk tubuh yiewah. Terlopong shalma dibuatnya. Takkanlah ini... Boyfriend mama? Allah shalma kesitu pula kau fikir.

Yiewah melirik ke arah shalma. Cantiknya gadis ini.

"Mama.. Better you tell this girl who i'am karang dia fikir i ni boyfriend mama pula." Alamak macam mana mamat ni tahu? Dia boleh ke baca fikiran aku?

Shalma mengeleng laju. Jap dia panggil mama? Setahu aku mama ada anak je iaitu shah fazley dan keisha habis siapa pula yiewah ni?

"Ta. Tak adalah. Mana ada saya fikir macam tu." Nafi shalma malu.

Puan kartini tersenyum.

"Sebenarnya yiewah anak sulung mama."

"Ish mama ni. I ni anak sulung mama tapi berlainan ibu. Tapi i bersyukur kerana mama terima i dalam keluarga ni. I memang jarang balik sini sebab i menetap di china dengan mummy i." Lah mama ni ada madu rupanya. Boleh tahan mama ni. Kalau aku.. Ish taknak aku bermadu buat sakit hati je.

"Betul tu shal. Yiewah ni anak baik hensem untung siapa dapat." Puji puan kartini. Yiewah tersengih malu.

"Hah.. Shalma pakai cantik cantik ni nak kemana?" Tanya puan kartini melihat kelainan pada menantunya

Yiewah turut memandang shalma.

"Erm.. Shalma nak keluar kejap sebab shalma teringin nak makan burger." Kata shalma perlahan.

"Shah mana?" Soal yiewah hairan pada shalma

"Shah kerja dekat johor 2hari." Celah puan kartini.

Dalam hati yiewah tertanya tanya. Dulu kerja juga shah ni tapi tak ada pun sampai nak ke johor bagai.

"Takpelah. Biar yiewah temankan shalma." Ada bagusnya juga tawaran yiewah ni. So maknanya yiewah ni abang ipar akulah? Uish untunglah aku dapat abang ipar hensem macam lee min hoo.

"Shalma ikut yiewah." Shalma menganguk. Tangan mama disalam lembut begitu juga yiewah.

Sempat mama bisik sesuatu pada shalma. Yiewah menjongket bahu. Nanti dalam kereta dia tanyalah shalma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience