Bab 18

Romance Completed 31566

Cak!

Terhinjut bahu shalma bila disergah dari belakang. Apabila shalma menoleh terpaparlah wajah suami tercinta. Nasib sayang kalau tak dah lama dapat penampar free.

Shalma berpeluk tubuh bibir muncung depan. Lalu shah duduk sebelah shalma dibirai katil mereka. Bahu shalma dipeluk.

"Kenapa ni sayang? Marah abang?" Shalma mengeleng lemah lalu kepala dilentokkan dibidang dada shah

"Habis tu? Kenapa moody je ni." Kata shah lembut ubun ubun shalma diusap penuh kasih sayang.

"Shalma malu sebenarnya." Eh malu apa pula bini aku ni? Takkan menyesal reject orang tua tadi tu. Ish shah apa pasal fikir sampai ke situ.

Shalma mengengam erat jari jemari shah.

"Sayang malu apa?" Soal shah hairan

Lalu shalma mendongak memandang wajah kacak suaminya. Muka shah jelas minta penjelasan.

Shalma menarik nafas sedalam dalamnya.

"Shalma malu dekat hafiz... Selama ni shalma benci dia shalma hina dia padahal selama ni hafizlah selamatkan shalma. Abang.. Shalma tak tahu macam mana nak minta maaf dekat hafiz shalma terlalu malu bila berhadapan dengan hafiz." Ujar shalma bersama esakkan kecil. Shah mengusap belakang shalma memberi semangat pada shalma. Rupanya selama ini shalma sudah mengetahui rahsia tersebut. Shah pun tahu dari hafiz sewaktu  terserempak di warung tadi. Walaupun hafiz tidak cerita semua tapi shah sudah mengerti.

"Dah sayang. Jangan nangis kasihan kat baby tu tengok mama nangis ni. Takpe nanti kita minta maaf dekat hafiz ea sayang. Jangan risau." Shalma mengangguk lemah. Tubuh shah dipeluk erat manakala shah pula membalas pelukkan itu bersama kucupan mesra didahi shalma.

"Iloveyou sayang."

Mata yang terpejam terbuka perlahan lahan mendengar azimat itu. Ya allah terima kasih.

"Iloveyou to abang." Balas shalma perlahan.

...............
"Kau tengok! Ini semua pasal kau lah ni." Marah gadis berkurung biru cair dikenakan tudung bawal hitam satin dan kasut tumit tinggi itu.

Tajam si lelaki memandang gadis itu.

"Boleh tak tolong sikit?"

"Tolong apa!"

"Tolong diam! Sebelum aku campak kau dekat tepi sungai deras tu. Daripada kau marah marah lebih baik kau kipaskan aku. Aku tengah panas ni nak baiki kereta ni." Kecil besar kecil besar saja juliana tengok si yiewah ni. Kalau bukan sebab kereta yiewah ni buat hal dah lama rasanya sampai ke kampung shalma.

Terdiam juliana. Takut siot yiewah bagi amaran macam tu. Karang betul betul dia campak aku kat sungai tu eee seram! Lebih baik aku duduk dalam kereta.

Sudah hampir sejam yiewah mencari mana rosaknya kereta ini. Tapi hampa langsung tak ada! Well yiewah bukan tahu sangat bab baiki kereta ni kalau tukar tayar tu bolehlah. Aih macam manalah nak sampai ke kampung shalma ni. Kiranya tadi nak buat surpriselah dekat shalma dan shah datang kampung tapi kereta pula buat hal! Lagi panas dari matahari terik ni ialah juliana. Tak habis habis gadis itu membebel memarahinya menyalahkannya kerana cuai. Aduhai sabar ajelah dapat sepupu tiri macam juliana ni.

Yiewah menghela nafas berat. Lalu menuju ke keretanya selamba duduk sambil berpeluk tubuh. Kening juliana ternaik satu.

"Asal kau pandang aku macam tu? Ada tahi hidung kau ke kat muka aku ni?" Perli yiewah sinis

Amboi mulut mamat ni bukan main masin lagi. Kang aku bagi real tahi hidung aku ni baru tau!

"Kereta buruk kau ni dah ok ke?" Tanya juliana tanpa pedulikan perlihan yiewah

"Sedap mulut kau cakap kereta aku buruk. Hello cik juliana engkau tu lagi buruk dari kereta ni." Herdik yiewah tanpa rasa bersalah. Juliana tergamam. Sakit hati!

Juliana berpeluk tubuh dan melemparkan pandanganya ke luar tingkap. Kurang asam punya anak cina! Dia cakap aku ni buruk? Eh mak aku kata lahir lahir je kat dunia ni muka aku dah ada iras amelia henderson tau tak. Terbit rasa bersalah tatkala melihat kebisuan juliana. Alamak merajuk ke minah ni.

Yiewah berdehem perlahan. Juliana tidak memberi sebarang respon. Sah merajuk! Alah bukan tak kenal perangai juliana yang kuat merajuk ni tegur sikit majuk macam budak budak. Yelah yang kau tu yiewah kuat sangat menyakat!

Hujung baju kurung juliana ditarik perlahan.

"Apa!" Kata juliana dengan suara meninggi

Yiewah tersengih.

"Kau ni. Aku gurau ajelah ok.. Kau lagi cantik dari kereta aku ni." Puji yiewah penuh keikhlasan. Memang juliana cantik pun.

"Tipu!" Wajah juliana merah

"Ek eleh kalau suka tu cakaplah suka. Tu muka dah merah. Kau suka aku kan?" Teka yiewah selamba. Teka je kalau tak betul buatlah macam soalan tu diajukan main main

Juliana telan airliur.

"Tak!" Nafi juliana

Yiewah tersenyum sinis.

"Suka tu cakaplah suka." Desak yiewah mengejek.

Eeee mamat ni kan benci betul lah! Annoying sangat. Erm benci benci pun kau suka juga kan liaa. Getus hati juliana

"Diamlah! Kalau suka pun kenapa? Ada masalah." Kata juliana berani.

Yiewah mengangkat bahu tanda tak tahulah. Eee buat malu aku je yiewah ni. Nasib tak terus terang tadi.

Juliana berkira kira hendak keluar dari kereta dek terlalu malu walaupun tak jujur tapi malu siot! Namun lengannya disambar membuat juliana terkaku. Alamak apa pula ni.

Juliana tidak menoleh hanya terkaku seperti patung.

"Emmm kalau kau suka.. Aku lagi suka." Kata yiewah mengoda membuat juliana naik bulu roma. Ya allah jantung aku.

Perlahan lahan juliana berpaling ke arah yiewah. Yiewah memberikannya senyuman manis juliana membalas. Belum sempat juliana membalas cinta yiewah tiba tiba cermin kereta diketuk dari luar. Yiewah melepaskan lengan juliana. Fuh nasib baik mereka tidak tutup pintu tadi kalau tidak boleh timbul fitnah!

Berkerut dahi juliana memandang pemuda yang sedang tersenyum padanya dan yiewah.

"Assalamualaikum."

Dada juliana berontak terkejut.

"Fuad?" Sebut juliana tidak percaya apa yang di lihatnya.

...............
Di dapur shalma rancak memasak pelbagai menu hari ini. Entahlah tiba tiba rasa nak makan ayam sambal dengan sup ayam. Masak lebih sikit untuk shah hafiz dan wafi. Kadang kadang shalma rasa mual dek bauan sambal itu sangat kuat menusuk ke dalam kerongkongnya.

Shalma menjerit nama suaminya untuk mengantikan nya sebentar. Shalma ingin muntah ke sinki kalau nak naik atas lagi rasanya tak sempat. Baik muntah kat sini je nanti shah tolong bersihkanlah.

Shah kesian melihat wajah pucat shalma dek memuntah segala isi perutnya. Ya allah engkau ampunkan hambamu ini kerana lalai menjaga dan membimbing isteriku selama ini. Api dikecilkan shah berlari arah shalma.

Belakang shalma diusap usap.

"Takpelah sayang. Sayang rehat dulu masak ni biar abang yang handle nanti dah siap semua abang kejutkan sayang." Kata shah risau yang amat.

Shalma berdiri tegak setelah mencuci mulutnya. Rasa lega.

"Shalma ok." Degil shalma.

Kedua bahu shalma dipegang lembut manakala tangan shalma memegang tangan dibahunya. Pandangan bertaut mesra.

"Bila abang cakap no maksudnya no. Sayang kena dengar cakap abang." Suara shah sedikit tegas. Shalma tersenyum nipis. Alahai sweetnya suami aku ni.

"Ok sayang dengar cakap abang. Tapi mintalah wafi or hafiz ke tolong masak kasihan abang sorang sorang. Biar shalma siapkan meja makan." Cadang shalma. Kalau tidur pun lagi buat dia rasa mual baik buat kerja. Exercise sikit.

"Yelah. Tapi sayang rehatlah dulu kat ruang tamu tu kalau taknak sleep. Nanti dah siap masak kita kemas meja sama sama." Kata shah lembut menyapa telinga shalma.

Shalma mengangguk manja. Tubuh shah dipeluk seketika shah membalas mesra.

Bibir shalma dikucup sekilas.

"Dah pergi rehat." Arah shah romantik. Sempat pipi shalma diusap.

Lalu shalma menghampiri wafi dan hafiz yang sedang menonton cerita horror itu entah tajuk apa.

"Wafi hafiz. Boleh tolong shah tak kat dapur tu masak. Aku tak larat nak masak asyik muntah je." Beritahu shalma tanpa berselindung lagi. Hafiz sudah berdiri tegak dan berlalu ke dapur wafi terpinga pinga.

Shalma pandang wafi.

"Yang kau kat sini lagi asal? Pergilah tolong kat dapur tu."

"Yelah puan shalma." Wafi bingkas bangun berlalu ke dapur. Shalma membaringkan diri ke sofa empuk itu. Tv sudah ditutup tak suka bunyi bising.

Selang beberapa minit lena shalma ternganggu dek ketukkan pintu kedengaran. Perlahan lahan shalma membuka kedua kelopak matanya. Aih kacau betullah.

Shalma duduk lemah. Dapat shalma dengar bunyi gelak tawa dari dapur. Dalam diam shalma bahagia. Lalu shalma menuju ke pintu utama dan membuka pintu itu.

"Assalamualaikum." Terserlah lah wajah seri shalma melihat juliana dan yiewah dimuka pintu. Ya allah!

"Walaikumsalam."

Shalma memeluk juliana erat. Manakala senyuman kecil diberikan pada yiewah.

"Datang kenapa tak beritahu? Saja nak buat surprise lah tu. Macamlah aku tak tahu kau tu lia penuh kejutan." Kata shalma ceria.

Juliana tersenyum kelat. Dah kenapa?

Shalma melilau lilau sekitar. Diorang naik apa eh? Tak nampak pula kereta yiewah

"Kauorang naik apa?" Tanya shalma

"Kereta rosak tadi lepas tu.. Kitaorang tumpang kereta someone ni." Balas yiewah tenang. Tapi tidak pada juliana.

"Oh. Tumpang siapa?" Shalma ingin tahu

Tiba tiba muncul seseorang berbaju jubah biru berkopiah mendongak memandangnya. Alangkah terkejutnya shalma.

"Assalamualaikum shalma sofea." Dan waktu itu muncul pula si shah dari dapur.

"Siapa datang sayang?" Tanya shah polos

Shalma terdiam tak berputik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience