Shalma duduk dibirai katil bersama tangisan kecil. Sampai hati shah buat aku macam ni... Menipu! Tak guna!
Mendengar kuakkan pintu shalma tahu itu adalah suaminya. Untuk apa datang sini? Kenapa tak teman saja kekasih hati dibawah tu. Shah menutup rapat pintu bilik mereka, menuju arah isterinya dan duduk sebelah shalma. Shalma menjauh sedikit.
"Sayang.. Abang tahu sayang marahkan abang i'm sorry ok abang tak ada niat nak sakitkan hati sayang, abang cuma cemburu bila sayang mesra sangat dengan yiewah." Pantas shalma menghadap shah. Muka bengis.
Shah telan airliur
"Kenapa nak cemburu? Awak tak sayang saya kan buat apa nak cemburu. Kalau saya logiklah cemburu sebab saya cintakan awak. Awak bukan cemburu shah tapi awak rasa tercabar bila saya layan yiewah. Lagi satu tak salah saya nak berbaik mesra dengan yiewah sebab dia abang ipar saya dan yiewah layn saya baik.. Tiara tu siapa? Isteri pun belum dah tidur sekatil!" Pap! Seperti ada sesuatu menghempas hati shah pedas sangat ayat shalma. Selama ini shalma sabar tapi sabarnya juga ada had.
Tapi sangkaan shalma itu salah kerana dia tidak pernah tidur bersama tiara walaupun dia bermain cinta tapi dia tahu baik buruk.
Kedua bahu shalma dipegang untuk menghadapnya. Shalma alihkan pandangn ke dinding tak hingin nak tengok muka shah.
"Sayang.. Abang tahu susah sayang nak terima maaf abang kesalahan abang itu melukakan hati sayang. Tapi percayalah abang dah sedar kesilapan abang selama ini abang buta, buta menilai cinta sayang yang ikhlas. Maafkan abang sayang.. Abang taknak kehilangan sayang. Hanya tuhan saja tahu perasaan abang pada sayang." Kata shah ikhlas.
"Dah lah shah. Saya muak dengar menipuan awak. Selama ni saya percayakan awak tapi apa awak buat? Awak curang belakang saya! Hati siapa tak sakit?" Shalma menepis tangan shah lalu berdiri.
Ya allah lembutkanlah hati isteriku.
"Sayang. Abang tahu abang salah. Berilah abang peluang untuk tebus kesalahan abang, abang janji akan jaga sayang dan baby macam nyawa abang sendiri."
Shalma gelak sinis. Shah kaget aduhai seramnya shalma gelak macam tu.
"Janji? Janji sebelum ni pun awak tak tunaikan lagi malah awak tipu saya! Dengar sini jangan nak berjanji kalau tak boleh nak tunaikan! Best juga kalau awak kahwin dengan tiara tu tak perlulah awak nak baby lagi yalah tiara dah ada anak 2. Awak suka anak lelaki kan. Apa kata awak kahwin dengan tiara lepas tu awak ceraikan saya!" Allahuakbar merepek apa bini aku ni. Shah bangkit cuba menenangkan shalma. Dia tahu emosi shalma tak menentu saat ini.
"Lepaslah! Lebih baik awak peluk tiara tu! Jangan peluk saya. Saya benci awak shah!" Shah mengetatkan lagi pelukkan nya walaupun shalma meronta minta dilepas.
"Shh.. Sayang jangan macam ni ingat allah sayang."
"Sebelum awak nak nasihatkan saya macam tu awak nasihatkan diri awak tu dulu shah fazley! Sebelum awak tidur dengan tiara ada ke awak ingat allah? Ada awak ingat? Awak memang kejam! Paling kejam!"
"Ya allah! Sayang abang tak pernah tidur dengan tiara tolonglah jangan macam ni tak kasihan ke dekat baby. Apa lagi sayang nak abang buat supaya sayang maafkan abang." Kata shah lembut. Shalma berhenti meronta nafasnya tercungap cungap akibat terlalu marah. Ya allah.. Hati shalma terluka abang. Desis hati shalma
Shalma mendongak ke atas sebelum pandangan gelap gelita.
"Ya allah sayang!"
...............
"Sofea tu memang anak tak guna! Dah kaya lupa asal usul. Eh kalau bukan aku jaga dia dah lama dia merempat tepi jalan!"
Hafiz menghela nafas panjang mendengar bebelan emaknya. Menyesal pula cerita pasal shalma.
Jasmine mengeleng sendiri dengan sikap angkuh kakaknya. Dari dulu perangai sombong angkuh tak habis habis.
"Mariam tak elok kau cakap sofea macam tu, kau patutnya doakan yang baik baik untuk anak buah kita tu. Aku yakin sofea takkan lupa kita mungkin belum masanya lagi sofea nak jenguk kita sabarlah jangan disebabkan sofea dah ada suami kaya baru kau nak terhegeh hegeh nak cari dia, selama ni tak ada pula kau cari dia." Sindir jasmine. Berderau darah mariam mendengar sindiran jasmine. Lalu mariam berlalu dari situ dengan muka tak puas hati.
"Hafiz." Panggil jasmine. Hafiz menoleh.
"Kamu dah bagitahu perkara sebenar pada sofea?" Hafiz mengeleng lemah
"Sampai bila hafiz nak rahsiakan? Kamu nak sofea tu benci pada kamu sampai bila bila?" Soal jasmine bertalu talu, Sekali lagi hafiz mengeleng
"Saya tak tahu nak mulakan dari mana mak ngah. Tiap kali saya terserempak dengan fea pasti kami akan bergaduh, tak ada kesempatan saya nak bagitau." Terang hafiz emo. Kalaulah shalma tahu perkara sebenar pasti shalma tidak akan membencinya.
Bahu hafiz diusap lembut.
"Tak apalah. Kita sama sama cari jalan macam mana nak jumpa sofea dan bagitahu perkara ini, makngah taknak kauorang sepupu bermasam muka." Kata makngah.
"Terima kasih mak ngah." Balas hafiz mendatar.
...............
Terasa pipinya ditepuk perlahan bukan sekali tapi berkali kali! Hm dengan tak rela hati dia kuatkan diri untuk buka kedua matanya.
Terbeliak mata shalma memandang shah jarak dekat. Degupan jantung shalma berlagu merdu. Shah senyum manis. Omg myheart.. Melting!
Shalma menjeling seraya membelakangi shah. Merajuk! Melting tak melting sebab shah aku pitam tau tak.
"Sayang.. Abang masak bubur ni ada ayam tau. Makan ea yiewah cakap sayang pengsan sebab tak makan lagi. Makan ea sayang jangan disebabkan kesalahan abang sayang tak makan jangan hukum diri sayang tapi hukumlah abang." Sayu shah memujuk isterinya. Bahu shalma diusap.
Betul juga kata shah tu buat apa aku hukum diri aku atas kesalahan orang lain? Kang kalau aku tak makan tak kuat pula aku bergaduh dengan shah. Maafkan mama ea baby disebabkan papa mama abaikan kesihatan kita berdua. Shalma bergerak lalu duduk bersandar dibucuk katil. Shah senyum kecil.
Sepanjang menyuap isterinya makan shah tidak lekam dengan senyuman. Siapa tak happy bini makan masakkan titew.
"Yiewah mana?" Tanya shalma setelah bubur dihadam habis, Shah cuba mengawal perasaan cemburunya.
"Keluar." Jawab shah acuh tak acuh. Dahi shalma berkerut dah kenapa laki aku ni tadi ok je? Oh ni mesti cemburu sebab aku tanya yiewah hoho.
"Tiara pula?"
Shah terkedu. Shalma seolah olah mencabar dia. Buat apa tanya tiara bukan kah pergaduhan ini berpunca dari tiara.
"Sayang! Please stop sebut nama dia. Sayang nak kita gaduh ke?" Soal shah mengugut. Shalma protes berpeluk tubuh.
Sabar shah.. Kau kena layan kerenah shalma.
Kedua tangan shalma digengam erat.
"I'm sorry ok. Abang cuma taknak sayang sebut sebut nama dia. Abang taknak sayang stress. Hati abang tak sanggup lagi tengok sayang terseksa atas kesalahan abang, Please abang merayu sangat jangan seksa diri sayang.. Salah abang biar abang tanggung." Kata shah seraya melepaskan tangan shalma. Mungkin shalma sudah benci padanya mungkin tiada ruang lagi kemaafan dihati shalma untuknya.
Kali ini shalma terdiam tidak berputik. Ya allah berdosa kah aku mendera perasaan shah? Egokah aku?
Melihat shalma diam. Shah mengambil keputusan untuk keluar membawa dulang. Sebelum pintu ditutup sempat shah bersuara
"Shalma sofea." Pantas shalma mendongak. Dah kenapa sebut nama penuh? Lain macham.
"Kesilapan abang kerana terlalu buta menilai cinta sayang, hingga abang tegar melukai hati wanita yang mencintai abang dengan ikhlas. I'm sorry shal." Ikhlas dari hati shah mengungkapkan kata kata itu. Hari hari shah berdoa agar dibukakan hati shalma untuk menerimanya semula. Walau seribu tahun akan datang shah tetap akan tunggu kemaafan dari shalma sofea iaitu kekasih halalnya.
Share this novel