Assalamualaikum..
Shah toleh belakang tatkala mendengar salam seseorang. Eh lelaki ni macam kenal.. Muncul lagi sorang dekat belakang.
"Hai abang shah." Sapa wafi mesra.
Hafiz terkaku sebentar. Agak agak shah masih kenal dia tak?
"Errr wafi! Abang ingatkan siapalah tadi... Dia ni.." Mata shah melirik arah hafiz.
"Aku hafiz kita pernah jumpa sekali dekat taman malam tu dengan shalma.. Sebenarnya aku sepupu shalma." Hafiz kuatkan diri berterus terang. Shah ternganga. Jadi selama ni.. Hafiz sepupu shalma! Aduhai aku ingatkan ex boyfriend shalma tapi kalau sepupu mngapa shalma benci sangat pada hafiz? Ada apa apa aku tak tahu ke?
"Oh." Itu saja keluar dari mulut shah.
Wafi mencelah.
"Abang buat apa dekat sini? Kak sofea mana?" Soal wafi hairan
Hafiz turut hairan. Ya tak ya juga mana sofea.
"Shalma ada dekat rumah. Asyik muntah muntah kan kasihan abang tengok jadi sementara dia tidur abang keluar kejap beli makanan untuk dia. Kauorang dah nak balik ke?" Wafi menganguk
"Kalau begitu jomlah balik sama sama." Ajak shah rama. Shah memang seorang peramah dengan sesiapa saja kecuali ex shalma dan ex dia. Haha itu shalma beri arahan nak ramah dengan orang boleh sesiapa saja kecuali ex ex kita. Pelik betul lah.
Jom!
Shalma duduk santai diruang tamu sambil menonton cerita korea yang dibintangi lee min hoo entahlah citer apa macam king king je. Bosanlah kalau ada shah kan best boleh nak manja manja.
Sudah setengah jam shalma sedarkan diri. Bangun bangun je suami dah tak ada.. Ish manalah dia pergi ni tak bagitahu aku pun! Marah shalma dalam hati. Epal merah digigit geram seolah olah tengah gigit suaminya. Shalma teringat sesuatu. Ahah! Daripada aku bosan macam ni baik aku call shah.
Belum sempat shalma melangkah jauh tiba tiba pintu di ketuk. Eh siapa tu? Lalu shalma menuju ke pintu utama. Pintu di pulas perlahan lahan. Terbuntang besar mata shalma. Euww apa orang tua ni buat dekat sini? Shalma meraba kepalanya uh lega.
"Assalamualaikum. Ya allah shalma! Lamanya abang tak jumpa shalma." Abang? Wek! Rasa nak muntah bila orang tua ni gelarkan diri abang. Abang only for my husband ok!
"Walaikumsalam." Jawab shalma ringkas.
Tok ketua aka pak haji saimon aka ayah kepada fuad. Tak dapat aku bayangkan kalau dulu aku jadi kahwin dengan orang tua ni. Musnah jiwa raga aku. Nasiblah sekarang aku dah kahwin kalau tidak mesti orang tua ni masuk meminang walaupun dah ditolak beratus kali. Paling tak win anak dia pun suka aku. Pening sistur kejap.
Pak haji senyum manis. Masyallah makin dewasa makin cantik shalma sofea ni. Bergetar tulang rusuk pak haji tengok. Shalma berpeluk tubuh. Amboi mata orang tua ni nak kena korek agaknya.
"Ehem! Pak haji buat apa datang sini? Nak jumpa mak ngah ke." Kata shalma malas.
"Nak jumpa shalma... Eh haah nak jumpa jasmine." Balas pak haji hampir kantoi. Niat sebenar memang datang jumpa shalma selepas mendengar perbualan anaknya dan yasir terus dia bergegas datang ni. Dan benar dia telah bertemu dengan gadis pujaannya.
Ish menyampah betul lah orang tua ni! Desis hati shalma.
Tanpa melengahkan masa shalma hendak pergi dari situ untuk memangil mak ngahnya. Tetapi terbantut bila tiba tiba lengan nya disambar. Besar mata shalma.
"Apa ni!" Marah shalma dengan suara yang kuat. Suka hati aje pegang orang walaupun berlapik kain tapi tetap terasa.
"Shalma.. Abang dah lama tunggu shalma. Kita kahwin ye." Luah pak haji tiba tiba. Shalma merentap lenganya dari pegangan pak haji dengan kasar.
"Selama ni saya hormat pak haji sebagai ketua kampung dan ayah fuad. Jangan sampai rasa hormat saya ni hilang. Masa tu saya dah tak kenal siapa pak haji ni. Dan dengar sini baik baik. Saya dah kahwin. Kalau nak bukti ni saya dah mengandung."
"Tapi abang dah lama tunggu shalma. Sampai hati buat abang macam ni." Rintih pak haji sayu.
"Hish! Apa yang tak faham ni. Saya dah kahwin ada suami tak lama lagi nak jadi ibu. Kalau pun saya tak kahwin lagi... Saya takkan sesekali setuju kahwin dengan pak haji. Tolonglah faham. Kalau pak haji rasa nak kahwin sangat.. Apa kata pak haji kahwin dengan mak long. Jangan ingat selama ni saya tak ingat mak long dan pak haji bersubahat nak kenakan saya." Ujar shalma panjang. Tiada rasa suka atau cinta pun pada sesiapa sehinggalah munculnya shah fazley dalam hidupnya.
Airmuka pak haji jelas kelihatan sedih dan kecewa. Lantaklah janji dia dah jujur.
Belum sempat pak haji mengeluarkan suara. Tiba tiba kereta milik shah kelihatan memasuki perkarangan rumah kayu jasmine. Bersinar sinar mata shalma. Yeay shah dah balik! Shalma pantas meluruh arah shah. Belum sempat shah tutup pintu kereta tiba tiba tubuhnya di peluk erat. Shah tersenyum nipis. Manja betul shalma ni.
Wafi tersengih melihat kemesraan shalma dan shah. Begitu juga hafiz turut gembira. Alhamdulilah.
"Abang pergi mana.. Sayang bangun bangun je abang dah tak ada." Rengek shalma manja. Tubuh shah masih tidak dilepaskan. Pak haji terkebil kebil melihat shalma memeluk seorang lelaki. Jadi itulah suami shalma. Memang langit dan bumilah suami shalma kacak kaya muda lagi. Aku? Sudah tua gatal lagi ajak orang muda kahwin. Allahu!
Ubun ubun shalma diusap penuh kasih sayang.
"Abang beli makanan tadi. Dah lama ke sayang bangun ni. Sorry tak beritahu abang taknak ganggu sayang." Pipi shalma dielus lembut. Shalma suka diperlakukan begitu.
"Takpe. Abang...
Kata kata shalma terhenti bila melihat seseorang yang hampir memusnahkan hidupnya. Hafiz. Mengapa dia di sini.
Berubah riak wajah shalma dari manja jadi bengis.
"Kau buat apa dekat sini." Tajam anak mata shalma menikam hafiz. Hafiz telan airliur.
"Aku.. Aku datang nak jumpa kau."
Shalma mendengus.
"Kau dengan pak haji tu sama je! Suka musnahkan hidup orang. Dah lah sakit otak aku dengan kauorang!" Seraya shalma masuk ke dalam tanpa menoleh atau berpaling lagi. Shah menghela nafas berat. Faham sangat emosi shalma tu.
Kejap! Shalma ada sebut pak haji. Siapa tu? Takkanlah orang tua dekat luar rumah mak ngah tu yang shalma maksudkanm?
"Wafi. Siapa pakcik tua tu?" Bisik shah
"Itulah yang wafi dengan hafiz cerita tadi." Oh jadi itulah pak haji yang nak sangat kahwin dengan shalma dulu. Ish ish patutlah naik angin bini aku tu.
Shah hafiz dan wafi menuju arah pak haji. Tanpa berfikir panjang shah menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Shah fazley." Pak haji angguk angguk kepala. Baik budak ni. Puji pak haji dalam hati.
"Kalau begitu pak haji minta diri dululah. Kirim salam dekat ibu kau wafi. Assalamualaikum."
"Walaikumsalam." Serentak mereka bertiga menjawab salam pak haji.
Wafi bersuara setelah mereka masuk ke dalam rumah.
"Mesti kak fea dah beritahu yang dia kahwin. Nampak pak haji tu kecewa." Hampir satu kampung ni tahu yang pak haji tu syok dekat shalma. Ish ish dah tua pun masih bernafsu nak kahwin dengan orang muda pula tu.
"Tapi aku yakin mesti pak haji dah sedar tu. Macam kau tak kenal sofea macam mana kan." Sampuk hafiz. Shah tersenyum. Shalma shalma. Ramai juga nak tackle bini aku ni orang tua pun ada.
"Kauorang duduklah dulu. Nak ke atas pujuk isteri jap." Hafiz dan wafi menganguk setuju. Setelah kelibat shah tiada. Raut wajah hafiz mendung.
"Kenapa?" Tanya wafi
"Kau rasa apa penerimaan fuad kalau tahu sofea dah kahwin?" Eh hafiz ni kita tanya dia boleh pula tanya kite balik
"Terimalah dengan hati yang terbuka. Macam pak haji. Alah takkanlah si fuad tu nak berharap lagi dengan sofea kalau dia tahu sofea dah kahwin." Seloroh wafi.
Hafiz berfikir sejenak.
"Tapi.. Sebelum sofea pergi.. Kau ingat tak apa fuad cakap dengan kita." Wafi berfikir seketika.
Hafiz masih menunggu riaksi wafi. Selang beberapa saat wafi ingat sesuatu.
"Ohno! Dia pernah cakap sebelum ni. Kalau aku tak dapat miliki permata itu aku sanggup pecahkan walau nyawa terkorban kerana aku tidak mahu sesiapa miliki permata itu. Ya allah! Kenapa aku tak perasan selama ni permata yang fuad maksudkan tu sofea!"
Hafiz mengeluh berat. Bagaimana kalau fuad maksudkan? Adakah nyawa sofea dalam bahaya sekarang?
Hafiz pandangan wajah wafi penuh makna begitu juga wafi.
Share this novel