BAB 6

Drama Series 18523

Maya berlari dengan pantas. Gila ke apa nak lari perlahan. Tak nampak si Arrian zombie tu tengah kejar aku macam nak makan aku sahaja.

“Argh! Tolong! Tolong! Ada orang kena sawan kejar saya!” Jerit Maya

Sawan ke? Aduh kalau si Arrian tu kena sawan mana boleh kejar aku bagai! Apalah kau ni Maya!

“Huwargh! Huwargh!” Usik Arrian sambil mengejar Maya yang berada di hadapannya

Dengar sahaja Arrian berkata sebegitu, Maya apa lagi lari tak cukup tanah lah jawapannya!

“Ampun...ampun! Patik tidak sengaja mendengar perbualan tuanku. Ampun!” Kata Maya yang masih berlari mengelilingi bangunan sekolah itu.

“Huwargh! Aku nak makan otak kau! Aku nak makan kaki, tangan dan kuku kau! Hahaha!” Kata Arrian

Otak? Terus muka Maya pucat lesi. Arrian ni manusia ke zombie? Argh takut!

“Ya Allah! Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar” Kata Maya.

Suara Maya memang kuat! Satu sekolah boleh dengar.

Terus Arrian ketawa terbahak-bahak. Ya Allah! kenapa dengan perempuan ni? lawak betul! Arrian menghampiri Maya yang tengah duduk di belakang pokok dan muka Maya menghala pada batang pokok itu. Arrian mencuit bahu Maya.

“Maya...hahaha.Ni Ayan lah.Hahaha” Kata Arrian diselangi ketawa yang tidak mahu henti

Sumpah aku terhibur! Niat aku nak kenakan perempuan ini saja! Tak sangka aku dapat tengok show lawak hari ini.

“Tak...tak. Awak Zombie. Jangan dekat dengan saya!” jerit Maya lalu menolak perlahan Arrian. Mata Maya masih tertancap pada batang pokok itu

“Ni Ayan lah, Maya. Sayang pandang sini! Tengoklah Ayan!” Pujuk Arrian

Sayang? Zombie tahu ke beza sayang atau benci? Tipu, ini bukan Arrian!

“Ni Aya...”

Maya memusingkan badannya ke arah Arrian lalu merempuh badan Arrian sekuat hati sehingga tubuh Arrian terpelanting agak jauh. Cuba bayangkan macam mana langsuir terbang. Macam tu jugalah Si Arrian ni terbang tapi terbang versi menelentang bukan meniarap!

“Sakitnya!”

“Maya kenapa buat Ayan macam ni?”

“Maya! Maya!”

Maya masih tercengang. Ini bukan zombie tapi Arrian. Ya Allah, kesiannya Arrian. Kau lah Maya, tak pandai bezakan manusia dengan zombie.

“Ayan...Maya minta maaf. Maya tak sangka Ayan manusia” Kata Maya

Arrian mengeluh perlahan. Kenapa awak lambat sangat nak faham, Maya? Patah tulang rusuk saya dibuatnya!

“Ayan memang manusialah Maya!” Ujar Arrian lalu mengaduh sakit

Sedaya-upaya Arrian berusaha untuk bangun tetapi malangnya...

Krek! Kruk!

Bunyi seperti tulangnya retak. Memang padu rempuhan Maya. Nasib baiklah Arrian hidup lagi. Maya menghampiri Arrian dengan perasaan serba salah.

“Ayan...Maya minta maaf. Maya tak sangka akan jadi macam ini” kata Maya perlahan. Mulutnya ditahan daripada mengeluarkan sebarang bunyi esakan kecil

Baru sahaja Maya ingin memapah Arrian, satu tangan menolaknya jatuh ke atas tanah.

“Aduh, sakitnya!” Kata Maya lalu memandang manusia di hadapannya.

“Biar kau tahu rasa sakit sikit. Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat dekat Ayan? Aku nampak lah bodoh! Kau memang sial tahu tak! Kalau Ayan mati tadi macam mana? Kau nak ganti nyawa dia? Nak ganti pakai apa?” Kata Balqees. Matanya menjegil Maya. Hantu mana tersesat dekat sekolah ini?

“Qees, jangan marah Maya. Maya tak bersalah. Ayan yang bersalah dalam hal ini” Pujuk Arrian

Aqees merenung tajam ke arah Arrian.

“Maya nak bunuh Ayan tahu tak? Ayan masih nak berpihak kepada Maya dah kenapa? Sekarang Ayan tengok diri Ayan macam mana. Ayan sakitkan? Tapi tengoklah Maya, tak sakit apa pun. Itu mana adil Ayan! Kita kena ajar perempuan ini!” Kata Balqees lalu ingin menampar pipi Maya tetapi dihalang seseorang

“Cicak tokek, kau jangan pernah mimpi dapat tampar muka kawan aku! Sepatutnya kau yang patut kena tampar bukan Maya!” Tengking Hajar sebelum menampar pipi Balqees sekuat hati! Ada hati nak penampar orang lah konon!

Balqees memegang pipinya yang ditampar oleh Hajar. Dia mengetap kuat giginya. Dia menuju ke arah Hajar sebelum mencekik leher Hajar. Kuat!

“Argh! to... tolong!” Kata Hajar tersekat-sekat

Tanpa berlengah masa, Maya terus bangkit kemudian menendang kuat belakang badan Balqees. Lantaklah apa nak jadi!

Balqees jatuh tertiarap di atas tanah. Nak cekik orang sangat kan? Sekarang tengoklah siapa yang kecundang dahulu!

“Kau memang sial!” Carut Balqees yang masih menanggung kesakitan yang dialami.Padan muka!

“Maya...kenapa buat Qees macam itu?” Tanya Arrian yang masih terduduk itu.

“Err...Maya minta maaf, Maya tak sengaja. Lagipun Qees nak bunuh Jaja.” Kata Maya sambil menundukkan kepalanya

“Kau tak payah minta maaflah dekat diorang ni, Maya. Ayan hanya nak pergunakan kau sahaja sebab itu dia mahu jadi kawan kau.Percayalah cakap aku!” Sampuk Hajar. Nafas Hajar semakin normal, tidak tersekat-sekat seperti tadi lagi.

“Jaja...tolong jangan tuduh Ayan. Ayan tak akan buat aku sebegitu. Kitaorang minta maaf. Kitaorang minta diri dulu ya.” Kata Maya sebelum menarik pergelangan tangan Hajar supaya berjalan seiringan dengannya. Lebih baik mereka beredar dari situ sebelum keadaan menjadi lebih rumit

Arrian memandang tubuh Maya dan Hajar yang semakin menghilang kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Balqees yang masih terduduk di atas tanah

“Qees, mari sini Ayan tolong. Badan Ayan dah, ok?” Kata Arrian

“Tak payah! Qees boleh bangun sendiri. Ayan boleh pergi!” Tengking Balqees lalu memukul bahu Arrian.

“Baiklah, Ayan pergi dulu. Qees, jaga diri baik-baik.” Kata Arrian sebelum meninggalkan Balqees seorang diri

Balqees tidak berpuas hati dengan percakapan Arrian sebentar tadi.Tak jaga hati dan perasaan orang langsung! Kemudian Balqees mengeluarkan telefon pintarnya dan menghubungi seseorang.

“Hello! Kak Qees ni. Akak nak adik hancurkan hidup dia. Hapuskan dia daripada kehidupan adik! Janji tau adik.” Kata Balqees di corong telefon pintarnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience