BAB 23

Drama Series 18523

“Arrian!”

Qat yang berada di bahagian belakang terus bangun dari lena yang panjang. Bagilah peluang untuk dia tidur. Ini tak, bagi orang terkejut!

Qat mengesat matanya. Masih leka dengan mengantuknya sebelum otaknya mula berfungsi untuk mencerna apa yang terjadi. Qat memandang ke hadapan. Cis, dah agak ini akan berlaku kalau dia terlelap! Dasar lelaki suka ambil kesempatan dalam kesempitan.

“Jantan sial! Nah, ambil!”

Tanpa membuang masa, Qat terus menendang kepala Arrian hingga kepalanya terhantuk pada cermin kereta hadapan.

“Aduh, kau dah kenapa minah sengal? Kenapa kau tendang kepala aku?”

Qat mengetuk kepala Arrian.

“Aduh, sakitlah sayang!”

Arrian terus menutup mulutnya.

“Apa kau panggil aku tadi? Sayang? Arrian, kau ingat kau siapa? Kau bolehlah panggil Maya, sayang tapi aku, never!”

“Aku minta sekali je. Tolonglah bagi peluang untuk aku bahagiakan Maya. Aku takut esok aku dah tiada. Inilah peluangnya sementara aku masih ada,” ucap Arrian.

Qat mencebik. Klise betul!

“Ikut suka hati kau lah. Asalkan kau tak sakiti Maya. Jangan buat perkara terkutuk masa aku tidur. Kalau aku tahu kau buat semua itu, aku jadikan kau hamba abdi aku.”

Maya memandang wajah Arrian.

“Apa tujuan sebenar awak bawa saya ke tempat macam ini tengah-tengah malam?”

Arrian menggaru kepalanya.

“Itulah yang awak tak tahu. Awak pun macam Qat. Mulut tu nonstop bercakap, tak bagi peluang dekat saya pun merealisasikan hasrat yang saya simpan selama ini. Saya tak nak simpan sesuatu yang indah seorang diri jadi... saya nak awak pun turut rasai apa yang saya rasa selama ni.”

“Apakah? Apa yang Arrian nak cakap sebenarnya ni? Putar belit sana-sini. Otak dia terbelit-belit macam lidah dia agaknya.” Qat menyampuk.

Sumayyah ketawa kecil. Sejak bila Qatrunnada menjadi perempuan yang tersangat lah sengal? Ayat entah apa-apa.

“Qat, sejak bila otak dia terbelit-belit? Saya rasa otak awak yang terputus-putus. Haha!”

“Diamlah!” Tegas sekali Arrian berkata.

“Apa yang awak nak tunjuk sebenarnya Arrian?” soal Sumayyah.

“Kejap!”

Arrian mengambil sesuatu di dalam laci kereta di hadapan Maya.

“Ok, dah dapat!”

Arrian kembali ke tempat asalnya di sebelah kanan.

“Awak rasa dalam tangan saya ada apa?” soal Arrian sambil menggenggam tangannya.

“Manalah saya tahu. Tapi saya rasa ada gula-gula. Kalau gula-gula salah, jawapannya tak tahu. Hehe...” Sumayyah tergelak kecil.

“Betul ni tak tahu? Cuba fikir lagi. Mana tahu betul.”

Sumayyah mengetuk kepalanya perlahan. Lagak seperti tengah memikirkan sesuatu. Qatrunnada memandang jengkel.

“Tak tahulah!”

“Betul ni awak tak tahu, Maya?”

“Ya, betul. Awak rasa saya ada masa ke nak tipu orang? Bukannya dapat duit pun. Dapat dosa percuma je.”

“Ok, fine. Tada...!” Arrian menunjukkan bukaan genggaman tangannya yang kosong. Qatrunnada yang di belakang sudah tidak tahan lagi. Terpaksa lah Maya dan Arrian mendengar ketawa Qatrunnada yang mampu memekakkan telinga manusia lain.

“Apa benda awak ni? Tak ada apa pun.”

”Maya! Aduh, macam mana aku nak cakap. Hahaha! Hahaha!” ucap Qatrunnada dengan sisa gelak ketawa.

“Awak still tak faham lagi ke, Maya? Arrian nak tunjuk...”

“Ah, bukan tunjuk tapi nak bagi awak bau sesuatu yang harum lagikan mengasyikkan. Hahaha!”

“Awak tak tahu ke hobi pelik Arrian apa? Meh sini saya cerita. Sebenarnya dulu dan sekarang, Arrian suka kentut dalam tu. So, dijadikan cerita dia nak jadikan awak sebagai orang pertama yang bau kentut dia. Hahaha!”

Arrian menjegilkan matanya dan memandang Qatrunnada seperti mahu telan!

“Matilah aku! Arrian dah jeling. Hahaha!”

Sumayyah menoleh ke arah Arrian.

“Betul ke?

Hello! Agak-agaklah Arrian nak kentut dekat situ. Kalau ya pun, mustahillah. Jatuh maruah diri dia sebagai lelaki terkacak di dunia!

“Maya ni! Agak-agaklah Ayan nak kentut dekat situ sekalipun. Bontot Ayan mana muat dekat situ. Sebenarnya, Ayan nak tunjuk kasih sayanglah. Satu genggaman tu mewakili 1 juta kasih sayang Ayan dekat Maya tau!” Arrian berkata-kata dengan nada yang gedik.

“Eee gediknya! Boyfriend siapa lah ni kan?” soal Qatrunnada kembali menghapuskan kesunyian malam. Mana tak nya, Sumayyah terus menjadi patung cendana setelah Arrian berkata seperti itu. Arrian pula malu-malu kucing itu terus mendongak memandang bintang-bintang.

“Dah, jomlah balik. Daripada membuang masa dekat sini, baik aku membuang masa dekat rumah.”

“Qat, kau ni memang selalu dengki dengan aku kan? Kau memang jealous kalau aku bermesraan dengan Maya kan? Tahulah diri tu single!”

“Bila masa aku cakap yang aku single?”

“Kalau kau bukan single, kau apa?”

“Plural.”

“Get ready! Kaki aku akan mendarat di perut kau, Qat.”

“Gurau je pun. Cepatlah, aku nak balik! Kalau kau tak nak drive, bagi aku drive sport car kau ni. Ada gayanya macam Ariana Grande drive tak?” ujar Qatrunnada lalu membuat gaya seperti memegang stereng.

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan dia menjadi ratu tiba-tiba. Hahaha!”

Balik rumah nanti semuanya akan menjadi memori silam untuk Sumayyah. Hahaha! Bisik hati Qatrunnada.

Qatrunnada menjeling tajam ke arah Arrian. Gelaklah lagi! Bagi satu dunia dengar. Jangan sampai Qatrunnada tampal mulut tu dengan pita pelekat.

Arrian memakir keretanya dihadapan rumah agam Qatrunnada. Sumayyah yang tersandar di kusyen kereta hadapan dikejut perlahan.

“Sayang, bangun. Kita dah sampai. Dah lewat ni. Awak patut tidur dan rehat sekarang.”

Sumayyah menggeliat dan menguap.

“Hmm dah sampai?”

“Ya, sayang. Cepat masuk. Dah lewat malam ni. Tak baik untuk gadis seperti awak keluar lewat-lewat macam ni.”

“Cis, dia yang ajak aku keluar lewat malam lepas tu salahkan aku pula! Blah la!” getus hati Sumayyah.

“Qat mana? Panggillah dia.”

“Awak tak nampak ke kawan awak buat apa dekat belakang? Dia tengah proses tahi mata untuk dijadikan baja free dan diberikan kepada seluruh dunia.”

Sumayyah terus menoleh ke belakang untuk melihat Qat yang dikatakan tengah membuat tahi mata.

“Tidur macam lelaki! Takpalah, saya papah dia.”

Sumayyah terus bangkit dan kebelakang.

“Qat, bangunlah. Saya dah cuba papah awak tapi awak berat. Tak larat lah saya. Nak suruh Arrian papah, haram pula kan. Lagipun awak pakai baju lengan pendek. Kejap lagi tersentuh, awak terajang dia pula. Bagi awak, dia kan lelaki tak guna.” Panjang lebar Sumayyah berleter.

“Saya bangunlah ni. Sabar kejap,” ujar Qat sambil mengelap air liur basi pada sekitar bibirnya.

“Ok, dah! Jom masuk. Sebelum tu, thanks Arrian for everything. Thanks again cause make my sweetheart happy. Masuk rumah nanti, aku akan gembirakan Maya dengan kejutan yang dia sendiri tak jangkakan.”

“My pleasure. Kejutan apa tu? Harap-harap berjalan dengan lancar. Bye girls, I've to go. Take care of yourself ok? Goodnight!”

Arrian berlalu pergi meninggalkan mereka berdua yang masih terjegat di laman rumah.

“Maya, jom masuk!”

Sumayyah mengangguk. Dia membontoti langkah Qatrunnada dari belakang.

Bam!

Qatrunnada menghempas pintu dengan kuat.

“Dah puas kau bahagia dekat dunia ni tanpa kau sedar kau sudah musnahkan kebahagiaan orang lain?”

Sumayyah memandang pelik. Tadi dengan Arrian tak ada masalah apa-apa. Tapi kenapa sekarang Qatrunnada bermasalah pula?

“Awak cakap dengan siapa, Qat?”

“Dekat sini ada manusia ke selain kau dan aku? Ada? Tak ada kan?”

“Tapi kenapa awak berubah?”

“Aku berubah sebab kau lah! Sebab kau! Pemusnah kebahagiaan orang!”

“Ta...tak. Apa salah saya? Boleh awak bagitahu? Kita baru saja kenal dan saya rasa saya tak pernah buat salah dengan awak.”

Qatrunnada senyum sinis.

“Itulah yang kau tak tahu. Kau memang bodoh tak seperti adik tiri kau, Ameena. Lagi cerdas otak dia berbanding dengan kau. Otak lembap!”

Sedaya upayanya Sumayyah menahan diri daripada menangis. Kenapa dia dituduh sebegini?

“Kau ingat gambar yang menunjukkan kau dengan Arrian sedang berjalan berduan di jalan yang gelap gelita? Masa itu, kau sedang tolak basikal. Kau ingat?”

Sumayyah ingat kembali kejadian itu. Ya, disebabkan gambar itu dia dimarahi teruk oleh Riana dan Fareez.

“Saya ingat.”

“Kau nak tahu siapa dalang disebalik semua itu?”

Sumayyah mengangguk.

“Aku!”

Dang!

Diri Sumayyah bagai dihempap kayu jati yang teramat berat. Tak disangka orang yang dia percayai sanggup mengkhianati dia selama ini.

“Kenapa awak tergamak buat saya macam ini? Awak tahu tak berdosa? Awak dah timbulkan fitnah dan pertengkaran antara saya dan famili saya. Tak sangka manusia yang saya anggap hati dan dirinya seperti bidadari malangnya syaitan bertopengkan manusia.”

“Kau pun syaitan. Jangan berlagak diri tu suci bak bidadari syurga. Sedar diri kau tu sikit. Kalau aku tak kutip kau, alamatnya kau merempatlah dekat kaki lima.” Sinis sekali kedengaran nada percakapan Qatrunnada.

“Sa...”

“Stop! Kau tak perlu cakap apa-apa. Ini rumah aku dan sekarang kau biar aku seorang saja yang bercakap.”

“Aku nak tanya kau. Mana perginya ayah kandung kau?”

“Jangan tanya aku balik. Aku bagi soalan, kau jawab.” Qatrunnada memandang Sumayyah dengan riak wajah yang tidak berperasaan.

“Ayah saya dah tak ada dekat dunia ni.” Sumayyah menundukkan kepalanya ke bawah.

“Kau tahu dia sudah berkahwin buat kali kedua kan?”

Sumayyah mengangguk.

“Kau kenal keluarga baru dia? Mak tiri kau or adik beradik tiri kau?”

Sumayyah menggeleng kepalanya.

“Kita belum berkenalanlah jawabnya. Hai, adik tiri. I'm your step sister.”

“Awak tipu kan?”

“Nope, aku tak tipu kau. Kau pemusnah kebahagiaan aku jadi kau perlu tahu dan tanggung kesengsaraan yang aku hadapi selama ini.”

“Kau dengar sini.”

“Dari kecil, aku tak pernah rasai kasih sayang seorang ayah. Sebab ayah kandung aku meninggal dunia waktu aku masih dalam kandungan mama aku. Aku tak pernah dibelai dengan kasih sayang seorang ayah. Dan bila aku tahu mama aku nak berkahwin dengan ayah kau, aku happy. Terlalu happy. Sampaikan setiap hari aku sebut perkataan papa. Dari aku kanak-kanak lagi, aku nak sangat panggil seseorang dengan panggilan tu. Bila aku dapat peluang tu, aku guna sehabis baik tapi ayah kau tak pedulikan aku. Dia hanya pedulikan kau. Setiap hari nama yang sama aku dengar.”

“Maya! Maya! Maya!” sambung Qat.

“Kau ingat aku tak muak asyik dengar nama kau? Bila aku cuba dekatkan diri dengan ayah kau, dia pasti jauhkan diri. Pernah sekali tu, aku diberi harapan palsu. Dia alami mimpi buruk. Aku hampiri dia, cuba tenangkan dia. Dia peluk aku. Kau tahu tak aku happy sangat masa tu. Tapi semua tu tak berpanjangan. Hanyalah beberapa saat. Nama kau kembali meniti di bibirnya. Aku sakit hati. Kenapa perlu nama kau sedangkan aku yang menjaga dia. Dia membazir air liur memanggil nama orang yang tak pernah pedulikan dia. Kalau kau nak tahu, sebelum dia mati, dia asyik sebut nama kau saja. Aku benci tahu tak? Sepatutnya bukan dia yang mati tapi kau!”

“Sejak kejadian tu, aku upah orang untuk cari semua maklumat tentang kau dan i got it. Aku dapat semua detail tentang kau, Sumayyah Firdiniya.”

“And now aku nak kau rasai kesakitan.”

Sumayyah sudah mula gelisah.

“Kau tunggu sini kejap. Jangan lari!”

Qatrunnada ke dapur dan beberapa minit kemudian dia kembali dengan satu botol kaca di tangan.

“Awak nak buat apa, Qat?”

Tanpa berkata apa-apa, Qatrunnada terus menghentak kepala Sumayyah dengan botol kaca itu.

Prang!

“Sakit! Sakit! Allahuakbar!”

Sekali lagi kepala yang dibaluti dengan tudung itu dihentak dengan kuat tapi bukan dengan botol kaca tapi piring kaca.

Prang!

“Tak sangka darah kau warna merah walaupun kau pemusnah hidup orang lain.”

“Sepatutnya warna hitam sehitam hati kau yang busuk!”

Dengan kudrat yang ada, Sumayyah cuba bangkit dan larikan diri.

“Kau nak lari mana ha? Selagi kau belum mati, kau tak boleh keluar dari rumah ini!”

Qatrunnada semakin menggila. Sudah lupa dirinya bukan Tuhan malah seorang hamba saja. Dia tidak boleh mencabut nyawa orang lain sedangkan dari Allah kita datang dan kepadanya juga kita kembali. Qatrunnada diluar kawalan. Syaitan mula mengawal tubuh yang jiwanya kosong tanpa ajaran agama. Botol kaca tadi sempat Maya pandang. Botol itu adalah arak. Qatrunnada sudah jauh terpesong!

Hye guys! I'm sorry sebab dah lama tak update. So, maybe last chapter will be chapter 24 or 25. Nampak saya mcm rush kan hmm actually tak sgt tpi saya nk cepatkan sikit. Huhu sorry ya kalau ada typo or ayat yg pelik. Tlong tegur tau. Biasalah org menaip pagi2 buta. Hahah. Tq for reading my dearest readers. ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience