BAB 15

Drama Series 18523

Maya memandang wajah gadis itu penuh dengan tanda tanya. Mengapa gadis itu mahu membantunya sedangkan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Tetapi Maya bersyukur kerana Tuhan menghantar insan seperti dia pada waktu yang tepat untuk menewaskan si Balqees. Luka yang ditoreh oleh Balqees sudah ditampal dengan pembalut luka yang dibeli di koperasi sekolah.

"Siapa awak?"

"Kerana kisah silam saya membawa saya ke sini dan kenal dengan awak." ujar gadis itu yang sedang mengikat tali kasut sekolah. Mungkin longgar!

"Kisah silam? Siapa awak sebenarnya?" soal Maya. Pelik sungguh kelakuan gadis itu yang dianggap seperti terlalu mengenali dirinya.

"Saya Qatrunnada. Saya pelajar tingkatan empat dan baru saja pindah ke sekolah ini. Sebab itu awak tidak mengenali saya dan awak boleh panggil saya Qat."

"Saya Sumayyah. Saya pelajar tingkatan dua tapi kenapa awak nak bantu saya tadi?"

"Habistu awak nak saya tengok saja ke awak kena pukul dengan perempuan psiko tu?Siapa perempuan itu dan kenapa dia memperlakukan awak sebegitu rupa. Mesti bersebab."

"Gadis itu ialah Balqees. Pelajar yang paling berpengaruh di sekolah ini disebabkan ayah dia merupakan seorang jutawan."

"Jangan disebabkan dia anak jutawan, awak biarkan saja dia pijak kepala awak. Sepatutnya awak perlu belajar seni pertahankan diri. Perempuan macam dia boleh buat apa sahaja selagi dia tidak puas hati. Boleh saya tahu kenapa dia bersikap macam itu dengan awak?"

Maya memandang wajah Qatrunnada. Mencari kejujuran disebalik wajah cantik milik gadis itu. Maya mengeluh perlahan. Perlukah dia bercerita tentang hal yang dianggap terlalu remeh-temeh kepada gadis itu?

"Sebenarnya salah saya juga. Saya rasa, saya sudah rampas kekasihnya. Nama lelaki itu Arrian. Ayahnya jutawan juga. Dulu Arrian dan Balqees pernah menjalinkan hubungan cinta dan tak silap mereka sudah putus beberapa minggu yang lalu. Sekarang, saya tak pasti apa hubungan saya dengan Arrian. Saya mengaku, Arrian layan saya lebih daripada seorang kawan. "

"Itu sahaja sebab yang menyebabkan Balqees menyimpan dendam terhadap awak?. Saya tak nak masuk campur dalam urusan awak cuma saya ada satu idea yang dapat menjauhkan diri awak daripada Balqees. "

Diurut perlahan-lahan dahinya yang sudah berkerut seribu. Tiba-tiba sahaja migrain menyerang.

"Idea?"

"Ya, idea" kata Qatrunnada lalu berdiri tegak

Tangannya mengibas-ngibas punggung sekiranya terdapat sisa-sisa daun kering melekat pada baju sekolahnya.

"Awak tinggalkan saja Arrian."

Maya seakan terkejut dengan kenyataan gadis itu. Apa maksud nya tinggalkan Arrian? Arrian lelaki yang baik mustahil untuk dia lepaskan Arrian begitu sahaja.

"Tinggalkan dia?"

"Satu perkara yang awak perlu tahu tentang anak jutawan. Anak jutawan takkan senang-senang pilih gadis naif seperti awak. Dia cuma mahukan diri awak. Saya kenal lah siapa Arrian. Kebanyakan anak jutawan selalu memperalatkan perempuan untuk kepuasan diri sendiri. Jadi, fikir-fikirkanlah. Saya takut awak yang menyesal nanti. "

Maya runsing memikirkan apa yang dikatakan oleh Qatrunnada.

"Betulkah perkara itu? Ya, memang aku pun pelik dengan perangai Arrian. Kadang-kadang dia muncul dimana saja tanpa aku menduga. Dia intip aku? Tak mungkin. Ada benar juga apa yang Qat katakan." omel hati Maya

"Saya bukan mahu burukkan imej Arrian tapi percayalah dia bukan lelaki yang baik. Ingat kata-kata saya. Saya harap awak bukan mangsa yang seterusnya. Saya masuk kelas dulu."

"Terima kasih sebab tolong saya"

Qatrunada menyeluk tangannya ke dalam kocek baju kurung sekolah. Tangannya menggenggam sekeping kad lalu dihulurkan kepada Maya.

"Ini kad saya. Kalau ada apa-apa, hubungi sahaja."

"Terima kasih sekali lagi"

"Kau pergi tandas lama-lama buat apa? Kau sudah ponteng waktu cikgu Shazleen tahu tak? Tak pasal-pasal aku yang kena bebel. Kenapa kau diam saja?"

"Pipi aku.... Isk...isk "

"Ya Allah! Kenapa dengan pipi kau?" Soal Hajar lalu membelek pipi Maya

"Balqees toreh. Sakit, Jaja. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ini. Aku takut, dia psiko"

Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Mengalir deras membasahi pipi.

"Tak apa, Maya. Biarkan dia. Allah akan balas balik apa yang dia buat dekat kau. Sikit sahaja ini. Nanti ikut aku pergi klinik. Kita cuci luka kau"

"Aku taknak menyusahkan kau. Lagipun selepas habis sesi persekolahan, aku nak balik rumah aku. Aku tak boleh duduk terperap di rumah kau sahaja. Aku taknak Ameena cop aku penakut dan pengecut. Mesti dia tengah gelakkan aku sekarang. "

"Fine! Sekarang kau ikut aku pergi pejabat minta keizinan untuk kau pulang ke rumah. Luka kau teruk juga ini. Kesian dekat kau."

Hajar menepuk perlahan belakang badan Maya yang sedang memeluknya. Persis seorang ibu yang sedang menenangkan anaknya.

"Jomlah!"

"Aku balik dulu tau. Terima kasih bagi aku tumpang dekat rumah kau. Aku banyak terhutang budi dengan kau. Halalkan segala makan minum aku. Ucap terima kasih aku dekat ibubapa kau"

"Sama-sama. Apa gunanya aku sebagai sahabat kau. Mestilah aku bantu kau apa yang patut. Aku tak akan sesekali biarkan kau menderita seorang diri. Kita sudah macam adik-beradik. Aku sayang kau"

"Aku sayang kau juga. Aku peliklah dengan seorang hamba Allah ini"

"Siapa?"

"Nama dia Qatrunnada. Dia yang bantu aku tadi. Kalau dia tak datang tandas tadi, memang aku sudah arwah di kerjakan dengan si Balqees. Dia cakap Arrian bukan lelaki yang baik. Lepas itu dia suruh aku jauhkan diri daripada Arrian"

"Tak pernah dengar nama dia. Pelajar baru ke? Tapi apa motif dia suruh kau jauhkan diri daripada Arrian? Entah-entah dia ada menaruh perasaan dekat Arrian. Kau jangan dengar sangat kata-kata perempuan itu."

"Ha'ah. Pelajar baru tingkatan empat. Aku balik dululah."

"Jaga diri kau baik-baik. Kalau Ameena nak cederakan kau lagi, bagitahu aku. Aku patahkan tulang-tulang dia."

Hati Maya tercuit dengan telatah Hajar. Syukur alhamdulillah dikurniakan sahabat yang baik seperti Hajar.

"Bik! Tolong angkatkan beg sekolah Qat"

Sofa yang diimport dari luar negara diduduknya. Kaki diletakkan di atas meja kaca manakala tangan pula disilangkan dengan bongkak sekali menunjukkan betapa tingginya darjat dan kedudukannya di rumah itu.

"Cik Qat sudah pulang? Bibik buatkan air ya" pinta bibik dengan lemah lembut sekali

"Tak payah! Bik, Qat nak tanya. Mana bibik yang lain? Makan gaji buta ke? Kau orang tinggal dekat rumah aku jadi, sila cermin diri kau orang baik-baik. Tahap kau orang dekat bawah tapak kaki aku sahaja. Tak payahlah buat perangai dekat rumah aku! Keluar rumah senyap-senyap jumpa jantan, lepas itu pulang ke rumah mengandungkan anak yang tak sah tarafnya. Kemudian datang dekat Qat, minta belas kasihan. Apa benda itu?" Tengking Qatrunnada

"Mana ada Cik Qat. Kami tak pernah curi tulang ataupun keluar berjumpa dengan mana-mana lelaki"

"Menjawab!"

"Bik berambus dari ruang tamu sekarang. Pergi kemas dapur.Tak payah terjegat dekat sini macam orang mati akal. Sudah pergi!"

"Baik, Cik Qat"

Bibik yang usianya sudah hampir lima puluh tahun itu akur dengan kehendak Qatrunnada.

Qatrunnada seorang gadis yang dilahirkan tanpa kasih sayang seorang ayah dan pada suatu hari dia hampir dapat kasih sayang itu tetapi malangnya kasih sayang lelaki itu hanya untuk orang yang bukan disekeliling mereka. Dia menyimpan dendam yang membara di dalam hati. Ibunya pergi meninggalkannya sewaktu usianya tiga belas tahun dan si ayah tiri menyusul kemudian. Harta yang ditinggalkan ibubapanya terlalu banyak. Tujuh keturunan pun tidak habis.

"Melihat kau derita adalah kepuasan hatiku!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience