BAB 3

Drama Series 18523

“Maya, Meena dan Ryl! Mari sarapan nanti lambat pergi sekolah!” jerit Riana sambil meletakkan roti sandwic ke atas meja.

Maya, Ameena dan Azryl menuju ke meja makan. Wajah Ameena sahaja yang masam mencuka

“Mama...kalau Meena tak nak pergi sekolah boleh?” tanya Ameena sambil bibirnya dilipat kebawah

“Kenapa anak mama seorang ni, sakit ke sayang? Demam?” soal Riana sambil tangannya diletakkan pada dahi Ameena

“Tak panas pun Meena. Meena pergi sekolah ya” pujuk Riana

“Memang tak panas mama tapi...kerja sekolah Meena banyak yang tak siap, takut cikgu marah. Kak Maya tak nak tolong Meena pun! Bila Meena minta tolong, Kak Maya cakap...”

‘Itu kerja Meena, bukan kerja akak. Buatlah sendiri, menyemak saja.’

“Macam tu Kak Maya sindir Meena” kata Ameena sambil menjeling ke arah Maya

“Meena jangan nak mereka cerita! Meena tak bagitahu akak pun ada kerja sekolah. Minta tolong pun tak. Kerja sekolah tak siap, jangan salahkan akak tapi salahkan diri Meena sendiri!” kata Maya tenang. Sedikit pun tidak memandang wajah Ameena yang seperti menahan geram

“Cakap saja lah Maya taknak tolong Meena. Maya kan benci Meena. Maya tak pernah kan anggap Meena sebagai adik? Jijik sangat ke diaorang di mata Maya? Diorang pun nak kasih sayang seorang kakak” Kata Riana
Maya tidak membalas. Mulutnya terkunci rapat. Mamanya memang saja mahu memulakan pertelingkahan

Baru sahaja Riana ingin membuka mulut kelihatan suaminya, Fareez sedang menuju ke meja makan. Terbantut niatnya untuk menyakiti hati Maya, anak kandungnya sendiri

Fareez menarik kerusi dan duduk di sebelah Riana

“Selamat pagi semua. Nampak sedap saja sandwic!” kata Fareez

“Selamat pagi!” Jawab mereka serentak

“Ayah...ayah!” Panggil Azryl

“Ya Ryl, kenapa?” Tanya Fareez dengan senyuman terukir dibibirnya

“Ayah nak tahu tak?” tanya Azryl

Maya hanya memerhati sahaja tindak tanduk Azryl. Seperti mahu mengfitnahnya lagi. Belum puaskah kanak-kanak ini?

“Tahu apa? Ada cerita menarik ke Ryl nak ceritakan dekat ayah?” Soal Fareez

Belum sempat Azryl membuka mulut, Ameena sudah berkata-kata

“Menarik sangat ayah. Ada orang tu tak pandai cermin diri sendiri. Kemudian, dia cakap dekat kitaorang budak kurang ajar tapi perangai dia lagi teruk daripada kitaorang. Dia kurang ajar dengan mak dia. Malang betul dapat anak macam tu kan ayah?” Kata Ameena

Gigi Maya diketap kuat. Ada sahaja modal mereka untuk melihat Maya dimarahi oleh ibubapanya. Memang cari nahas!

“Tengok tu ayah, ada orang tu macam cacing kepanasan!” Ujar Azryl

Kecil-kecil sudah pandai menyindir orang. Terlalu biadab!

“Siapa yang korang maksudkan ni?” tanya Fareez

“Siapa lagi kalau bukan....Kak Maya” Kata Azryl dan Ameena serentak. Fareez mengalihkan pandangan ke arah Maya

“Maya buat apa dekat mama?” Soal Fareez

Maya memandang Ameena dan Azryl sekilas. Masalah sudah datang!

“Err...Maya tak buat apa pun. Meena dan Ryl yang salah faham” Jawab Maya

“Kak Maya tipu! Ayah tahu tak, Kak Maya melawan cakap mama. Lepas itu, Kak Maya cakap dekat Ryl bodoh. Teruk kan perangai Kak Maya?” Kata Ameena

“Betul tu Kak Meena. Kak Maya jahat!” Sokong Azryl

Fareez terus mengalihkan pandangannya ke arah Riana

“Yana... betul ke Maya melawan cakap Yana?” Soal Fareez

“Ayah tahu tak Kak Maya pernah pukul Meena! Dia cubit dan tumbuk Meena. Sakit ayah!” Tipu Ameena

Beriya-iya Ameena memberitahu Fareez tentang cerita rekaannya. Saja mahu tokok tambah cerita yang tidak sahih.

“Maya pernah melawan cakap Yana dan betul lah apa yang Meena cakap. Maya pernah pukul Meena” kata Riana seperti menyokong Ameena

Mata Maya tidak berkelip memandang manusia dihadapannya sekarang! Kenapa dengan semua orang ni?

“Betul ke Maya apa yang mama cakap? Ayah tanya ni! Kalau memang betul Maya buat semua itu, memang teruklah nasib Maya nanti” Ujar Fareez. Suaranya naik satu oktaf

“Semuanya fitnah ayah!” Jawab Maya ingin membela nasib diri

“Kak Maya, tak payah tipu ayah lah. Akak buat semua tu kan? Mengaku sajalah!” Kata Ameena lalu menunjal dahi Maya. Ini sudah melampaui batas!

“Kau memang dah melampau Meena! Aku tak pernah berkasar dengan kau, tapi kali ni kau yang paksa aku! Sedikit pun kau tak hormat aku sebagai kakak kau! Sebelum ini kau fitnah, tuduh dan caci aku tapi aku sabar. Aku penat Meena! Aku penat asyik beralah dengan kau dan hadap perangai sial kau tu! Kau memang...”

Astaghfirullahalazim! Istighfar, Maya. Jangan biarkan syaitan menghasut fikiran kau.

Maya menarik nafas dalam-dalam. Dia tidak dapat menyambung kata-katanya. Dibiarkan sahaja tergantung.

Kenapa tiada seorang pun yang percayakan dia? Kenapa disaat dirinya difitnah tiada seorang pun datang membela dirinya? Kenapa dan mengapakah semua ini terjadi?

Pang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience