BAB 2

Drama Series 18523

“Maya, gosok baju ayah!”

“Maya, mop lantai!”

“Kak Maya, tolong basuhkan kasut sekolah Ryl!”

“Kak Maya, tolong kemaskan bilik Meena!”

Semua tugasan Maya perlu lakukan sehinggakan tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran. Azryl memang anak manja tambah-tambah lagi Ameena. Jentik sedikit pasti Maya sudah dimaki hamun oleh ibubapanya. Anak kesayangan lah katakan!

“Maya penat, mama. Bagi Maya berehat sekejap” kata Maya ingin meraih simpati. Sudah empat jam dia melakukan kerja rumah.

“Sejak bila Maya pandai mengeluh? Masa mama besarkan Maya takda nya mama mengeluh macam Maya! Maya ingat senang besarkan Maya?”

“Cakap dengan kamu buat sakit hati sahaja. Jaga adik-adik, mama nak pergi kedai!” Kata Riana sebelum mengambil dompetnya

Maya hanya mendiamkan diri, takut sekiranya dia membuka mulut keadaan akan menjadi lebih rumit.

“Sikit-sikit mengeluh. Kak Maya dah kenapa? Dah tua sangat sampai tak boleh buat apa-apa?” Sindir Ameena yang berjalan menuju ke arah Maya.

“Apa lagi budak ni nak? nak cari pasal lagi? Dasar budak kurang ajar!” Gumam Maya perlahan

“Bila masa akak selalu mengeluh? Bila masa akak cakap diri akak tua? dan...” Maya membiarkan kata-katanya tergantung buat beberapa saat. Kemudian dia menyambung semula

“Kenapa orang semuda Meena tak boleh buat semua kerja tu? Meena sendiri cakap orang tua tak boleh buat apa-apa kan? jadinya orang muda seperti Meena boleh buat semuanya kan? Betul kan apa yang akak cakap?” Soal Maya.

Nak bertikam lidah dengan aku sangat kan? Ha jawablah!

Ameena memandang tepat pada wajah Maya. Sempat lagi menjeling tajam ke arah Maya. Tak puas hati ke tu?

“Akak bercakap dengan dinding ke? Gila?” Soal Ameena dingin

“Taklah, akak bercakap dengan budak tua depan akak ni lah! Meena kan tak boleh buat apa-apa, jadinya Meena tua jugalah kan?” Kata Maya
Maya hanya mengikut rentak adiknya

“Isk...isk...isk”

Kenapa Ameena tiba-tiba menangis?

“Maya! Kamu buat apa dengan Meena ha? Mama pergi kedai sekejap saja, dengan harapan kamu dapat jaga Meena dan Ryl. Kamu ni memang takda otak ke? Dengan budak-budak pun nak bergaduh! Beralah lah sikit” Kata Riana yang baru sahaja pulang dari kedai runcit

Cantik permainan kau, budak. Syabas!

“Ma...mama, Kak Maya buat Meena. Isk...isk” kata Ameena. Tangisannya semakin menjadi-jadi
Ya Allah! Drama apa lagi?

“Meena sakit dekat mana? Bagitahu mama, mama ubatkan ya sayang” Kata Riana

Cemburu! Itulah perasaan Maya sekarang. Mamanya memilih kasih. Mereka sahaja yang betul dan dirinya sahaja yang salah. Sedih kan hidup macam ini?

“Kak Maya tarik rambut Meena kemudian Kak Maya tumbuk muka Meena. Isk... isk, sakit mama” Kata Ameena diselangi tangisan. Tangisan palsu!

“Kamu memang bodoh ke Maya? Kamu nak bunuh adik kamu? Macam tu? Kamu cemburu apa dengan Meena? Mama rasa mama sayang kamu semua sama rata saja”

Sama rata dekat mana? Aku nampak bergunung ganang sahaja sampaikan benda yang tak betul pun masih nak percaya bulat-bulat.

“Maya tak sebodoh itulah mama, sampai nak bunuh Meena bagai. Maya bukan nak kurang ajar dengan mama, cuma mama terlebih percaya, terlebih manjakan sangat si Meena ni.Sampaikan Meena pijak kepala mama dan ayah pun masih tak sedar lagi. Depan mama memanglah mama nampak dia baik tapi belakang mama, mama nampak?” Ucap Maya

Memanglah orang masih menganggap Ameena masih budak tapi tengoklah cara percakapan dia, tak hormat orang langsung.

“Maya tak payah ajar mama lah! Sepatutnya Maya yang patut belajar dan diajar. Meena tak pernah melawan mama, tapi Maya sudah berani melawan mama. Agak-agaknya ikut perangai bapak kamu lah kan? Jantan tak guna tu” Kata Riana. Senyuman sinis terukir dibibirnya

“Cukuplah mama, Maya tak nak bergaduh dengan mama. Cuma satu sahaja Maya nak beritahu, mama sudah berubah” Ujar Maya separuh kecewa

“Mama pun tak nak bergaduh dengan kamu, buang masa!” Kata Riana sebelum meninggalkan Maya

Hati Maya sakit! Sakit yang teramat sangat. Kenapa mama berubah?

“Haha padan muka Kak Maya. Nak perli Meena sangat kan? Lain kali jangan cuba sakitkan hati Meena. Meena boleh suruh mama halau akak, akak bukan penting pun dalam keluarga ni. Mama pun benci akak”

“Akak tak tahulah apa masalah Meena. Kenapa Meena benci sangat dekat akak?”

“Masalah Meena adalah akak. Kenapa Meena benci akak? Kejap Meena fikir” Kata Ameena sambil jari telunjuk dimainkan di dagu

“Takda sebab” Jawab Ameena ringkas

“Semua ini salah, Meena. Kita boleh baiki semula hubungan ini dan jadi adik beradik yang saling melengkapi”

“Dalam mimpi. Tata!” Kata Ameena sambil melambai-lambai pada Maya lalu masuk ke biliknya

Maya memandang Meena dengan pandangan kecewa. Kenapa Ameena? Kenapa benci akak?

Hidup ini tiada siapa yang mahu merasa sedih, kecewa dan terluka tapi kenapa aku perlu rasai semua itu juga? bisik hati Maya.

Maya sebak mengenangkan apa yang telah terjadi. Mama yang mengandungkan Maya sembilan bulan sepuluh hari langsung tidak mengambil berat tentang perihal Maya. Maya sering menyalahkan takdir dan menyoal kenapa semua ini terjadi tanpa kerelaan hatinya? Kenapa dia tidak diberi masa dahulu untuk menghadapi ujian ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience