BAB 21

Drama Series 18523

Maya meletakkan kembali baju yang digantung pada penyangkut baju di tempat yang disediakan. Dia menapak ke arah dua manusia yang tampak seperti sedang hangat bercinta. Siap berpegangan tangan lagi. Sudah halal kah?

“Arrian?”

Lelaki itu menoleh ke belakang. Matanya membulat, mulutnya terkunci rapat bagaikan sudah bisu. Muka si lelaki sudah cuak dan berkeringat di dahi.

“M...maya. Macam ma...”

“Macam mana Maya ada dekat sini? Oh, Maya dengan kawan dekat kedai sana dan tak sangka boleh terjumpa dan ternampak Arrian dengan Balqees. Pasangan sensasi di sekolah kita.”

Balqees mengelus rambutnya. Baju yang menjolok mata juga menjadi pilihannya untuk dipakai. Tidak sangka Arrian mahu keluar dengan perempuan sebegini.

“You nak apa, Maya? Boleh tak jangan kacau kami. Baby, kenapa you pergi layan perempuan ni?” ujar Balqees dengan rengekan manja. Digapai dan dipeluk erat lengan Arrian yang berada di sebelahnya.

Qatrunnada yang berdiam diri saja sebentar tadi kini bersuara. Menyampah dengan perangai gedik Balqees. Makin lama makin menjadi-jadi.

“Apa? Baby? Ingat romantik ke? Arrian, kenapa kau buat Maya macam ni?”

“Macam mana apa? Betul lah apa yang aku buat. Tak payah masuk campur. Bukan urusan kau kan?” Bidas Arrian

Sumayyah tersenyum manis saja. Sekarang, baru dia tahu perangai sebenar Arrian. Dahulu, tidak macam ini pun sekarang bukan main lagi berkepit dengan Balqees. Jadinya, dirinya sebagai tempat melepaskan bosan. Kau memang licik!

“Maya tolong jangan sangka buruk. Ayan bukan seteruk yang Maya bayangkan. Ayan terpaksa. Ayan dengan Balqees tiada hubungan istimewa.”

“Maya tak kisah kalau Ayan ada hubungan istimewa dengan sesiapa pun. Lagipun, Maya sedar siapa diri Maya.” jawab Maya tenang.

Perasaannya terhadap Arrian semakin pudar. Hatinya sakit. Kenapa dia dan Arrian dipertemukan? Pada permulaan semuanya indah tapi pengakhiran? Hanya Tuhan saja yang tahu.

“Kenapa Maya cakap macam tu? Maya tak suka dan cintakan Arrian? Mana Maya yang dulu?”

“Sepatutnya saya yang patut tanya awak. Mana Arrian yang dulu? Dah berubah bukan? Kalau awak anggap saya sebagai adik ataupun kawan, beritahu awal-awal. Saya tak akan menaruh harapan yang tinggi pada orang yang salah.”

Arrian menepuk perlahan dahinya. Berkerut dahi itu. Agaknya kesal dengan tindakan sendiri ataupun sudah hilang kewarasan.

“Sejujurnya, Arrian mencintai Maya.Takkan lah disebabkan hal remeh-temeh ini, Maya nak putuskan hubungan. Maya, tolong fikir secara matang bukan bertindak melulu. Ataupun Maya sudah ada kekasih?”

Sumayyah tersenyum lagi. Mahu main tarik tali? Putar belit cerita? Tak semudah itu bila kau berurusan dengan Sumayyah.

“Apa? Siapa suruh awak cintakan saya?”

“Kenapa cakap macam tu? Tolong lah buang fikiran negatif. Maya, belum jawab lagi soalan Arrian. Maya sudah ada kekasih baru?”

“Saya masih muda. Saya tak fikir lagi semua itu walaupun hati saya sudah terpaut pada keikhlasan seorang lelaki.”

“Siapa?”

Maya menundukkan kepalanya. Mencari sisa kekuatan untuk meneruskan percakapan. Masih tidak faham kah maksud disebalik ayat itu? Lelaki itu adalah Arrian.

“Awak tapi... saya akan pastikan tiada perasaan cinta antara kita.”

“Maya tak boleh buat Ayan macam ni. Ayan sayangkan Maya lebih daripada nyawa Ayan. Tolonglah jangan tinggalkan Ayan. Ayan merayu sangat-sangat. Selepas mama pergi tinggalkan Ayan, Maya pun akan lakukan benda yang sama?”

“Baby! I macam mana? Kalau you kembali kepada Maya, I akan bocorkan semua rahsia you.”

“Kau diam!” Tengking Arrian. Jari telunjuknya menunding ke arah Balqees.

Balqees menghentak kakinya tanda protes. Beg tangan berjenama dilemparkan ke atas lantai. Dia membuang kasut tumit tinggi lalu dipegang. Rambutnya dikusutkan. Lipstik dicalit dan jarinya pantas mengelap lipstik tadi supaya kelihatan comot.

“Kalau you nak bersama dia, I jerit. I jerit, Arrian! Biar semua orang tahu you seorang kaki pukul. Hahaha!”

Gila!

“Saya malas nak layan manusia bermasalah macam kau orang. Saya rasa selepas ini kita jadi kawan saja. Fokus pada pelajaran dulu. Selebihnya, tunggu saja masa yang akan datang.”

“Oh ya, saya taknak jadi orang ketiga dan tolonglah jangan menyukai dan mencintai saya lagi.” pesannya sebelum melangkah pergi.

Arrian merentap tangan Maya.

“Lepaskan! Kenapa dengan awak? Dah tak tahu halal dan haram?”

“Sorry...sorry.”

Qatrunnada menolak dada bidang Arrian sehinggakan lelaki itu jatuh terlentang.

“Kau ingat Maya perempuan murah macam Balqees? Arrian, cari Maya bila kau rasa diri kau dah cukup bagus. Perbaiki diri sendiri dulu.”

“Kau ingat kau bagus sangat? Kau pun murahlah. Muka hodoh dan hati busuk! Pergi mati lah!”

“Bila bercakap jangan mengundang nista. Awak, saya dan dia makhluk ciptaan Allah. Siapa kita nak menghina orang? Saya penat. Qat, jom balik.”
tegas sekali Maya bercakap.

Harapnya Arrian mengerti setiap bait kata Maya yang sungguh mendalam maksudnya.

Sesudah itu, mereka melangkah keluar dari pusat membeli-belah tersebut. Di parkir kereta, sekali lagi Hazzar muncul kan diri.

“Maya, tunggu!”

Cahaya matahari yang menyilaukan mata membuatkan Maya tidak dapat melihat wajah pemilik suara itu. Semakin dekat dan semakin laju degupan jantung ini. Rupanya Hazzar ingatkan Arrian. Kus semangat!

“Awak nak apa lagi? Saya tengah sakit kepala tahu tak? Cepat cakap nak apa!”

“Awak janganlah marah. Nampak comel tau. Tengok tu pipi merah lah. Malu?” usik Hazzar.

Qatrunnada membuat gaya ingin termuntah.

“Jadi?”

“Muka tu jangan serius sangat, takut tau. Sebenarnya tadi Hazzar nak minta nombor telefon Maya tapi terlupa.”

Maya menjeling ke arah pintu keluar pusat membeli-belah itu. Kelihatan Arrian dan Balqees menuju ke arahnya. Masalah sudah datang!

“Nak buat apa?” soal Maya dingin.

“Nak berbual kosong nanti. Tak boleh ke?”

“Mestilah boleh, Hazzar.”
Tiba-tiba saja Maya mendapat idea. Dia harus membuat Arrian cemburu. Pasti Arrian membencinya nanti. Arrian dengannya tidak akan bersama. Mustahillah itu akan terjadi tapi kalau sudah ditakdirkan, dia harus terima.

“Arrian oh Arrian, kenapa kau buat aku macam ni?” omel hatinya.

“Boleh apa?” sampuk Arrian.

“Sebenarnya Hazzar nak nombor telefon Maya, jadi Maya bagi sajalah. Lagipun, kami mahu kenal hati budi masing-masing.” ucap Maya

Lapuknya ayat kau, Maya tapi masih berguna. Pasti selepas ini, Hazzar akan ingat yang kau suka dia. Habislah aku. Bisik hati Maya.

“Ha’ah. Kitaorang dah rancang dan mungkin hubungan kami akan jadi lebih serius. Doakan semoga kami menjadi kekasih ataupun pasangan suami isteri nanti.”

Amboi, kau!

“Betul lah tu.” Maya tersengih macam kerang busuk. Mengiyakan sahaja janji dia terlepas daripada Arrian.

“Tadi Maya cakap lain, sekarang lain pula. Tepat sekali tekaan Arrian. Rupanya Maya sudah ada seseorang. Tahniah!”

“Maya balik rumah dulu.”

Ayuh lari daripada masalah!

Sesudah itu, mereka sudah sampai di rumah. Mereka berdua terus merehatkan diri di dalam bilik masing-masing.

Tok! Tok!

Qatrunnada yang mendengar ketukan pintu, bingkas bangun dari katil. Hari ini dia rajin ingin membukakan pintu. Terasa macam tidak mahu menyusahkan bibiknya lagi. Usia mereka sudah lanjut. Banyak dosa Qat terhadap mereka.

Pintu dibuka. Matanya fokus pada satu figura manusia yang banyak memberi semangat kepadanya. Dulu, Qat pernah menyayangi si dia walaupun sudah beberapa kali cintanya ditolak. Namun rasa sayang itu sudah terhapus. Yang dia rasakan sekarang ini adalah benci.

Arrian bukan lelaki biasa. Harta, rupa paras dan pangkat semua dia miliki. Disebalik wajah kacak itu, tersembunyi satu misteri dan satu lagi sisi yang ramai tidak tahu. Identiti rahsia yang tiada siapa mengetahui.

“Arrian? Kau buat apa dekat sini?” Qatrunnada terjerit kecil.

“Aku nak jumpa Maya. Mana Maya?”

Qatrunnada melihat ke belakang, takut sekiranya Maya sudah turun ke ruang tamu.

“Maya dalam bilik lah. Kenapa datang tak bagitahu?” bisik Qatrunnada.

“Aku bukannya nak merompak. Cuma aku nak jumpa buah hati aku. Lembap lah kau ni! Tapi tadi lakonan kau memang terbaik.”

“Qat, siapa tu?”

Tiba-tiba saja Maya menepuk bahu Qat dari belakang.

“Weh, Maya dah turun! Pergi balik.”

“Maya!”

Sorry chapter kali ni macam hambar sikit. Kalau ada kesalahan, tegur ya. Untuk chapter seterusnya, idea masih tak ada. Bagi saya sedikit masa. Terima kasih. Don't forget to follow my IG: aleyafarznp

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience