BAB 7

Drama Series 18523

Hajar dan Maya berlalu pergi ke kelas mereka. Macam-macam masalah timbul selepas Maya berkawan dengan Arrian. Tak pasal-pasal Si Balqees tu cederakan Jaja dan Maya. Sewel betul!

“Maya, kau tak rasa ke Qees tu psiko?” Tanya Hajar

“Tak rasa kut!” Kata Maya ringkas

Hajar menayang muka tidak puas hati. Orang tanya betul-betul, dia jawab acuh tak acuh sahaja. Termenung sahaja kerja!

“Kau ni memang tak ada hati dan perasaan ke? Aku tengah bercakap dengan batu ke ni? Menyampah betul!” Soal Hajar

Maya ketawa kecil sambil memandang Hajar. Kau anggap aku batu?

“Kau dah kenapa? Nak jadi psiko jugak macam si Qees tu ke? Kalau nak, boleh lah aku pergi minta borang dekat Qees. Kemudian kau isi tau!” Seloroh Hajar lalu bangun daripada kerusi itu

Sepantas kilat Maya menghalang Hajar yang mahu bangun daripada kerusi itu.

“Jaja, kau dah kenapa? Tak payahlah pergi jumpa Qees!”

“Aku main-main sahaja. Kau kenapa, Maya? Dari tadi senyap. Aku cakap sepatah, sepatah yang kau jawab. Kau ada masalah ke?” Soal Hajar prihatin dengan keadaan Maya.

Maya terus menggenggam erat tangan Hajar.

“Aku cuma terfikir kenapa Meena benci sangat dengan aku. Apa salah aku? Aku sakit, Jaja. Hati aku sakit.” Kata Maya

Hajar mengeluh perlahan. Sudah banyak kali Maya bertanyakan soalan yang sama kepadanya.
Tak tahu nak jawab macam mana.

“Kau tak ada buat salah apa pun, Maya. Kau dengar sini baik-baik. Serahkan hati ini pada Allah. Biar dia jagakan. Dia akan berikan kebahagiaan hati saat kita sudah benar-benar sudah bersedia. Lupakan kesakitan semalam. Bangkitlah untuk hari ini dan hari-hari yang akan datang. Aku tahu kau kuat, Maya” Kata Hajar

Lalu Maya memeluk Hajar. Erat!
Terima kasih sahabat. Kau selalu ada dengan aku.

“Ehem ehem. Yang belakang tu dah kenapa berpeluk-pelukan? Drama pukul berapa pulak ni? sampai cikgu masuk kelas pun tak perasan” Tanya Cikgu Shazleen

Hajar dan Maya terus bangkit dari kerusi itu. Salam diberi kepada Cikgu Shazleen dan doa dibaca bersama-sama rakan sekelas yang lain. Cikgu Shazleen ialah cikgu praktikal di sekolah itu.

“Saya dengar ada budak perempuan cederakan Haziq Arrian. Katanya budak kelas ini. Siapakah dia?” Kata Cikgu Shazleen

Maya menundukkan kepalanya dan memandang sepi kasut sekolahnya. Cikgu Shazleen mesti mahu memerlinya!

“Cikgu,cikgu! Sumayyah yang cederakan Arrian!” kata salah seorang rakan sekelasnya

Hajar mengetap kuat giginya. Memang tak sayang mulut betullah!

“Oh Sumayyah! Kamu tak sedar ke siapa yang kamu cederakan itu? Kamu dah lupa siapa dia dan siapa kamu? Kamu rasa kamu layak buat Arrian macam itu?” Tanya Cikgu Shazleen bertubi-tubi.

Maya terus mengangkat kepalanya dan memandang manusia dihadapannya iaitu Cikgu Shazleen

“Sa...saya” Kata Maya tersekat-sekat

Cikgu Shazleen menghentak kuat meja dihadapannya

“Saya apa kamu ni? Tak pandai bercakap terus bila saya bercakap tentang Arrian?” tanya Cikgu Shazleen

Hajar menahan geram. Apa masalah Cikgu Shazleen ni? Apa hubungan dia dengan Arrian sampai perlu menghina Maya sebegitu. Melampau betul!

“Saya tak sengaja, cikgu.”Jawab Maya

Cikgu Shazleen merenung tajam ke arah Maya

“Alasan yang tak munasabah!” Ujar Cikgu Shazleen

Hajar tidak dapat menahan geram lagi. Dia terus bersuara.

“Cikgu nak alasan apa lagi? Kan Maya dah cakap yang dia tak sengaja. Bukannya sengaja cikgu.” kata Hajar. Niatnya bukan untuk berkurang ajar dengan Cikgu Shazleen tetapi sikap cikgunya yang selalu memandang hina terhadap manusia seperti Maya itu yang dia tidak boleh terima!

“Sekarang ini kamu nak membela kawan kamu yang suka menyusahkan orang ini? Tidak lupa juga pada Aqees. Kamu pukul dia juga kan? Kamu tahu tak dua orang pelajar itu anak VVIP! Kalau ibubapa diaorang saman kamu berdua, kamu rasa kamu mampu bayar? Mampu?” Soal Cikgu Shazleen

Hajar dan Maya hanya menundukkan kepala. Sikit-sikit VVIP!

“Kamu berdua jangan sesekali menyakiti dua orang pelajar itu lagi terutamanya Arrian. Faham? Kamu berdua boleh duduk” Kata Cikgu Shazleen

Maya dan Hajar hanya mengangguk

“Kalau kau nak tahu Cikgu Shaz suka dekat Arrian. Kau cuba tengok dari riak wajah Cikgu Shaz. Nampak macam si isteri hilang suami. Gelisah dan risau tak tentu pasal” Bisik Hajar supaya tidak didengari oleh Cikgu Shazleen.

Maya hanya mengiyakan sahaja kata-kata Hajar.

Dua jam sudah berlalu dan sekarang adalah waktu rehat. Maya dan Hajar berjalan bersama-sama menuju ke kantin. Kemudian Maya beratur panjang untuk membeli makanan. Secara tidak sengaja dia terlanggar seorang lelaki dan kuah bihun sup itu tertumpah pada baju lelaki itu

“Awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Kata Maya

“Tak apa Maya. Ayan ok.” Kata Arrian

Maya terus memandang lelaki dihadapannya. Kenapa dia tak perasan lelaki ini ialah Arrian? Kalau tidak sudah lama dia menjauhi lelaki itu. Takut perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

“Ayan pergi tandas dulu. Bersihkan baju tu.”

“Ok, Ayan pergi tandas sekejap. Jumpa Ayan dekat perpustakaan nanti.” Kata Arrian

“Ok” Jawab Maya ringkas

Selepas beberapa minit, Maya pergi ke perpustakaan untuk menemui Arrian. Hajar sudah masuk ke kelas. Jadi Maya seorang sahaja yang pergi ke perpustakaan. Maya melangkah masuk ke dalam perpustakaan kemudian mencari susuk tubuh Arrian dan akhirnya jumpa juga.

“Ayan, kenapa nak jumpa Maya?” Soal Maya sebelum menarik kerusi dihadapan Arrian lalu duduk bertentangan dengannya

“Sebenarnya Ayan rindu nak dengar suara Maya.” kata Arrian

Maya mengeluh perlahan. Rindu suara aku? Suara Aqees kau nak campak mana?

“Ayan anggap Maya sebagai apa?” Soal Maya

“Ayan anggap Maya sebagai adik dan...”

Maya mencebik bibirnya. Kenapa perlu melambatkan masa? Waktu rehat sudah mahu habis, Ayan!

“Dan teman istimewa.” Sambung Arrian

Riak wajah Maya terus berubah menjadi muram. Tolong! Kita tidak sepadan. Tanpa mereka sedari, ada seseorang sedang memerhati pergerakan mereka. Aqees!

Kring!

“Waktu rehat sudah habis. Maya masuk kelas dulu. Kalau ada masa, kita jumpa lagi.” Ujar Maya sebelum mengatur langkah keluar dari perpustakaan itu.

Arrian hanya melambai tangan kepada Maya sebelum beredar dari situ

“Kecil-kecil sudah pandai rampas hak orang. Takpa Maya, aku nak tengok sejauh mana Ayan dan kau boleh bersama. Aku pasti Ayan tak sebodoh itu dengan memilih kau untuk gantikan tempat aku. Tapi kau sudah sakitkan hati aku! Aku akan pastikan kau pun turut rasa sakit seperti aku, Maya. Sekali kau sudah cari pasal dengan aku, jangan harap kau akan terlepas daripada aku. Hahaha!” kata Aqees

Waktu persekolahan sudah tamat. Maya berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya

“Aku harap Meena tidak sakiti aku lagi” omel hati Maya

Pintu diketuk, salam diberi. Dengan langkah yang lemah, Maya memasuki rumahnya. Belum sempat Maya meletakkan beg didalam bilik, Meena sudah menolak Maya jatuh ke atas lantai.

“Meena! Kenapa tolak akak? Apa salah akak?” Soal Maya yang jatuh terduduk di atas lantai.

Meena hanya berpeluk tubuh. Senyum sinis terukir dibibirnya

“Salah akak adalah menyakiti hati orang yang Meena sayang!” Tengking Ameena

Siapa orangnya? Siapa manusia yang disayangi oleh Ameena?

“Sekarang ini akak tanggunglah kesakitan yang sebenar” Kata Ameena sebelum mengambil segelas air panas lalu menuangkan air tersebut diatas tangan Maya.

Maya tidak sengaja menolak Ameena sehinggakan kepala Ameena terkena bucu meja. Ameena terkulai tidak sedarkan diri. Padahal Ameena auta sahaja! Tanpa berlengah masa, Maya terus keluar dari rumah tersebut. Dibiarkan sahaja tangannya yang sudah melecur.

“Kak Meena! Kenapa dengan akak?” Soal Azryl apabila ternampak Ameena terbaring di atas lantai. Belum sempat Azryl ingin beritahu Riana, Ameena pantas menarik pergelangan tangan Azryl

“Azryl, pergi bagitahu mama kak Maya tolak kak Meena sampai pengsan” Kata Ameena
Azryl kebingungan.

“Tapi akak tak pengsan pun”

Ameena membuat muka menyampah. Kenapa adik aku terlalu naif?

“Adik tak suka kak Maya kan? Sekarang kita buat mama semakin benci kak Maya. Adik pergi beritahu mama, akak nak sambung berlakon pengsan.”

Azryl hanya mengikut arahan Ameena.

“Hahaha! Siapa suruh sakitkan hati orang yang Meena sayang. Sekarang rasakan!” Getus hati Ameena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience