BAB 1

Drama Series 18523

Imbas kembali beberapa tahun yang lalu...

Kelihatan seorang nenek tua sedang cuba menenangkan cucunya yang sedang meronta-ronta mahukan sesuatu.

“Maya taknak! Maya nak mama! Mama mana?” Soal Sumayyah atau Maya ketika berumur tujuh tahun. Maya menangis teresak-esak oleh kerana mamanya, Riana tidak ada disisinya

“Mama kerja sayang. Maya janganlah menangis, nanti tak cantik cucu nenek seorang ini” Pujuk Nek Yah

“Nenek tipu! Mama tak pergi kerja. Tadi Maya nampak mama dengan seorang lelaki. Maya nampak mama pakai cantik-cantik. Mama pergi mana nenek?” Soal Maya tersedu-sedan

Nenek minta maaf, Maya. Mama kamu baru sahaja kahwin. Nenek terpaksa tipu kamu sebab kamu masih kecil untuk fahami semua ini. Bisik hati Nek Yah

Riana kahwin kali kedua selepas Riana bercerai dengan ayah kandung Maya semasa Maya masih di dalam perut lagi. Riana membesarkan Maya dengan bantuan ahli keluarganya

“Maya nak mama! Mama mana?” Soal Maya yang masih meronta-ronta ingin keluar dari dakapan Nek Yah

“Nanti mama balik sayang. Maya tidur dulu ya” Kata Nek Yah sambil menepuk perlahan belakang badan Maya sehinggalah Maya tertidur di atas ribanya

“Riana, kamu tahu tak anak kamu menangis dari tengahari hingga malam! Nasib baiklah Maya dapat tidur kalau tidak memang butalah mata anak kamu! Menangis sahaja kerja dia. Kamu tak kasihan dekat Maya?” Soal Nek Yah

“Maya menangis ke? Kenapa mak tak beritahu dia yang Yana kahwin? Mak tak beritahu Maya dia dapat ayah baru?”

“Maya masih kecil untuk faham semua itu. Nanti Yana bawa sekali Maya tinggal dengan Yana?” Soal Nek Yah

“Ya, mak. Takkanlah Yana nak tinggalkan Maya dekat sini. Kebelakangan ni Yana tengok mak selalu lenguh-lenguh badan. Mak rehatlah, tak payah jagakan Maya lagi. Lepas ini biar Yana sahaja jaga Maya. Yana bawa Maya tinggal dengan Yana ya mak”

“Kamu tak takut kalau terjadi apa-apa dekat Maya? Mak harap kamu jumpa jodoh yang baik kali ini” Ucap Nek Yah

“InshaAllah mak. Abang Reez baik orangnya, tak mungkin Abang Reez akan buat benda yang tak senonoh pada Maya. Percayalah” Jawab Riana

“Harap-harap begitulah” Kata Nek Yah

Sekarang Maya sudah berumur 14 tahun dan mempunyai dua orang adik tiri iaitu Ameena dan Azryl. Ameena berumur 11 tahun dan Azryl 8 tahun. Semuanya sudah berubah termasuklah Riana, mama Maya.

“Mama! Maya tak cubit Meena. Meena tipu! Kak Maya tak cubit Kak Meena kan Ryl?” Kata Maya ingin membela diri.

“Ryl nampak Kak Maya cubit Kak Meena. Dia cubit macam ini!” Kata Azryl sambil membuat gaya seperti mencubit

Ya Allah! apa yang merasuki Azryl?
Maya tak buat semua itu!

“Maya boleh tak jangan jadi macam budak-budak. Kenapa perlu cubit Meena?” Soal Riana

“Sumpah! Maya tak cubit. Kenapa mama tuduh Maya macam ni?”

“Ryl pun cakap Maya cubit kan? Jadinya memang betul kan Maya cubit Meena sampai lebam macam ni? Mengaku Maya!” Tengking Riana

Kuat tengkingan Riana sampaikan Maya sendiri tak percaya yang itu adalah mamanya. Mama tak pernah tengking Maya! Ni bukan mama Maya!

“Betul lah apa yang Ryl cakapkan tu. Semua betul.Ya, Maya mengaku memang Maya yang cubit Meena. Selagi Maya tak mengaku mama masih tuduh Maya kan? Sekarang Maya dah mengaku, apa yang mama nak lakukan?” Soal Maya

Riana tidak mampu berkata apa-apa. Riana terus beredar meninggalkan Maya dan adik-adiknya. Maya terus mengalihkan pandangannya ke arah dua orang budak itu. Memang nak kena!

“Lepas ni kalau Ryl dan Meena minta tolong dengan akak, jangan haraplah akak akan tolong!”

“Siapa nak minta tolong dengan akak?Tak ingin langsung! Kak Maya cubalah sedar diri sikit yang akak tu cuma menumpang di rumah kami! Akak itu kakak tiri kami sahaja, bukannya kakak kandung! Tolong sedar diri sikit!” Kata Ameena

Baru berusia sebelas tahun sudah kurang ajar dengan orang yang lebih tua? Ameena....Ameena

“Meena jaga mulut sikit jangan sampai akak...” Belum sempat Maya menghabiskan kata-katanya, Meena pantas mencantas kata-katanya

“Pukul? Tampar? Cubit? Akak nak buat semua tu? Akak berani ke?” Soal Ameena seperti saja mencabar kesabaran Maya.

“Memanglah akak tak berani sekarang. Cuba kalau kau orang berdua sahaja yang ada di atas muka bumi ini termasuk akak, memang dah lama akak cincang lumat-lumat kamu berdua. Kalau boleh akak nak bakar mulut kamu berdua. Baru insaf sikit” Kata Maya ingin menakutkan mereka

“Ceh, jangan cakap kosong. Akak bukan berani buat pun. Betul kan Ryl?” Soal Ameena seperti menyindir Maya

“Betul tu kak Meena. Nanti kita suruh ayah halau Kak Maya. Baru padan muka akak. Hahaha!” Kata Azryl

Maya mengetap kuat giginya. Hello! Aku ada depan kau orang ni. Hormat sikit!

“Jaga percakapan kau orang lepas ini! Allah marah tau kalau Meena dan Ryl cakap macam tadi. Akak nasihat sebab akak sayang kau orang. Akak masuk bilik dulu” Kata Maya lalu meninggalkan Azryl dan Ameena yang masih terpinga-pinga.

Maya penat sebab terlalu banyak mengalah dengan dua orang adik tirinya itu. Kadang salah mereka tetapi dituduhnya Maya.

Ameena buat tak tahu macam tiada perkara yang berlaku. Dibiarkan sahaja kata-kata kakaknya. Langsung tidak mencuit hatinya yang keras seperti konkrit.

“Kak Maya cakap apa? Ryl tak fahamlah sebab panjang sangat. Ke kak Maya merapu?” Soal Azryl kebingungan

“Kak Maya maki kita lah adik. Sekejap lagi ayah balik kerja, adik bagitahu ayah yang kak Maya cakap bodoh dekat Ryl. Lepas itu dia cakap adik budak kurang ajar” Ucap Ameena ingin menjadi batu api

“Apa? Kak Maya cakap macam tu? Kak Maya jahat macam syaitan!”

“Kak Maya memang jahat, kak Meena baik. Ryl kawan dengan kak Meena tau. Nanti kita sudah besar, kita halau kak Maya dari rumah ini.” Hasut Ameena

“Baik, Ryl kawan dengan kak Meena. Kak Meena jomlah masuk tidur dah lewat” Kata Azryl

“Jom tapi kan kak... Azryl nak tanya”

“Azryl nak tanya apa?”

“Kak Maya tu gila ke? Sikit-sikit nak ceramah. Bernanah telinga Azryl dibuatnya. Walaupun Azryl kecil lagi tapi Azryl faham juga apa yang dikatakan oleh kak Maya.”

“Dia buka gila tapi berlagak alim sebenarnya. Dia nak kita je dengar nasihat dia tapi nasihat kita pula dia tak nak dengar. Nampak tak yang dia berlagak baik? Sebab itulah Azryl perlu buat tak tahu saja bila kak Maya bercakap.”

“Oh macam itu. Baru Azryl tahu kak Maya berlagak alim. Jomlah kita tidur.”

“Jom tapi Azryl jangan dekat dengan kak Maya tau. Dia berbahaya.”

Azryl hanya mengangguk dan menguap. Tangan diangkat pantas lalu menutup mulutnya yang terbuka luas.

Mengantuknya!

Ameena mengorak senyuman sinis. Budak mentah yang senang dihasut!

Permulaan yang agak klise dan membosankan. Mohon tegur jikalau ada silap. Tq =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience