BAB 18

Drama Series 18523

Riana duduk bersimpuh di atas lantai sambil tangannya mengurut kaki Fareez. Tidak lupa juga untuk menyapu sedikit minyak urut.

"Bang... tadi doktor call bagitahu yang Meena dah boleh balik ke rumah. Esok kita pergi ambil dia." Tutur Riana lancar

Fareez yang sedang leka membaca senaskah surat khabar itu terus memandang tepat ke arah Riana. Matanya dibulatkan seakan terkejut.

"Ya Allah! Ameena dah boleh balik? Awak biar betul, Riana? Luka yang si budak malang tu buat bukannya tak dalam tapi dalam. Kalau diikutkan hati, memang saya dah halau dia dari awal lagi dia hidup dengan kita tapi abang bersyukur Allah sudah bukakan hati dia untuk berambus dari rumah ini.”

Riana seakan tersinggung dengan kata-kata Fareez. Tangan yang sedang mengurut kaki Fareez ditarik menjauhi kaki suaminya. Riana bangkit dari posisi tadi lalu duduk bersebelahan dengan suaminya di atas sofa.

"Tak baik cakap macam itu bang. Maya tu anak kandung saya. Saya sebenarnya tak sampai hati biarkan dia pergi. Entah syaitan apa yang merasuk minda saya sehinggakan saya mengkasari dia tadi."

"Awak tak nampak ke dia nak bunuh Meena? Agaknya sebab dia dah jampi awak sebab itu awak tak perasan."

Berdesing telinga Riana apabila suaminya menuduh Maya sebegitu rupa.

"Abang dah kenapa? Maya tak sebodoh dan sejahat yang abang sangkakan.Maya takkan buat benda syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam. Dia tahu mana dosa mana pahala."

"Ini lah padahnya bila terlalu percaya dekat anak awak yang dianggap mulia akhlaknya.Kononnya macam gadis yang tak pernah buat dosa. Disebabkan anak awak, awak sanggup melawan cakap saya dan derhaka dengan saya."

Fareez bingkas bangun dari sofa lalu melemparkan surat khabar itu tepat ke permukaan dinding. Lantai yang tadinya bersih tanpa sebarang habuk dan objek kini berselerakan dengan surat khabar yang dibaling oleh Fareez.

"A...awak dah kenapa Imah? Saya rasa tak perlulah nak berbisik. Saya tak pekak lagi."

Musallimah mengibas rambutnya yang ikal mayang dan berwarna keperangan ke belakang. Tangannya menarik baju yang hampir mendedahkan dua gunungnya ke atas sedikit.

"Lantaklah aku nak bisik ke jerit ke apa? Telinga kau aku kena bayar dulu ke sebelum bisik? Mahal ke?"

Imah menyentuh rambut Maya yang separas bahu. Rambut Maya dililit dengan jari jemarinya. Tangan kirinya menjalar sekitar leher dan turun ke bahu Maya yang berlapik dengan baju.

Maya menepis tangan Imah. Laju sahaja kakinya bergerak ke belakang Qat dan mula memikirkan sesuatu.

Maya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia berpendapat bahawa Imah ada agenda tersembunyi. Mungkin niat jahat yang tak bermoral.

"Cukuplah Imah! Kau buat dia takut tahu tak? Kau pergi baliklah kalau nak buat kecoh dekat sini. Kedatangan kau pun bukan dialu-alukan."

Imah mencebik bibir tanda tidak suka. Dia menggigit kukunya sambil memerhatikan kedua manusia dihadapannya. Seperti orang kurang siuman!

"Kau dah kenapa Imah? Pergi baliklah. Jangan bawa penyakit mental kau datang sini. Nanti berjangkit dengan Maya."

"Aku ke kau yang gila? Kau cakap baik-baik sikit. Kalau bukan disebabkan aku, kau takkan dapat Arrian pada hari itu."

"Arrian?" Soal Maya perlahan

Apa yang disembunyikan oleh Qatrunnada? Mesti Qat berkait dengan Arrian. Apakah hubungan Qat dengan Arrian dan bagaimana pula hubungan Balqees dengan Arrian? Adakah Arrian buaya darat yang mahukan gadis sebagai pemuas nafsunya ataupun dua orang gadis ini saja yang meminatinya?

Buntu!

"Tak ada apalah, Maya. Biasalah orang gila macam Imah ni mana pandai beza benda yang halal dan haram. Takkanlah saya nak berzina dengan Arrian. Otak Imah ni memang tak berfungsi dengan baik agaknya."

"Qat, awak ada sembunyikan sesuatu daripada saya ke? Baik awak jujur. Kalau niat awak ikhlas berkawan dengan saya... saya bersyukur sangat-sangat. Tapi kalau disebalik niat awak yang disangkakan baik ini terselit dendam dan kejahatan, saya mohon lepaskan saya daripada cengkaman awak."

Qatrunnada tersenyum. Senyuman manis atau sinis pun tidak pasti. Yang pastinya senyuman itu agak aneh.

"Maya, awak jangan nak merapu boleh tak? Tolonglah berfikiran terbuka sedikit. Jangan disebabkan kata-kata Imah awak nak berburuk sangka dengan saya. Come on, Maya! Jangan percayakan apa yang perempuan ni cakap."

"Ceh, kau jangan nak tunjuk baiklah depan Maya!Tunjuklah perangai sial kau sekarang."

"Kau balik, Imah! Kau jangan jejak kaki ke rumah aku. Aku benci dengan perangai kau yang semakin menjadi-jadi."

Maya masih membatu di antara dua gadis yang sedang bertikam lidah itu.

"Andai kata awak berdua ada niat buruk yang mampu menghancurkan hidup saya... saya berharap Allah akan membalas balik perbuatan awak berdua. Balasan yang setimpal dengan kesalahan awak." Ujar Maya sebelum kakinya menapak ke arah tangga.

Perutnya yang berkeroncong minta diisi, tidak dipedulikannya. Semakin lama dia berada di ruang tamu bersama dua orang gadis aneh itu membuatkan dirinya berasa tidak selamat.

"Ini semua gara-gara kau. Kalau mulut kau yang tak berapa cantik ni tak celupar, Maya takkan berburuk sangka dengan aku."

"Kau ingat kau bagus sangat ke? Aku cuma nak tolong Maya. Itu pun salah ke? Aku tak sanggup tengok kau buat Maya menderita. Sebelum semua itu terjadi, baik aku selamatkan Maya daripada manusia sejijik kau."

Pang!

"Sial kau! Aku terpaksa berlakon jadi perempuan pelik sebab nak Maya cepat berambus tahu tak? Tapi dia terlalu naif sampaikan terpaksa ikut perempuan sundal macam kau." Tengking Imah kasar

"Kau berambus sebelum aku bunuh kau! Kau dengan aku tak ada bezanya. Berhenti tunjuk diri kau bagus depan Maya. Kau ingat Maya dengar ke apa yang kau cakap sekarang? Kalau dia terdengar..."

"Sedikit pun dia tak percaya dekat orang macam kau, Imah. Lebih baik kau jaga diri baik-baik sebelum aku pancung kepala kau. Sekali kau dah masuk permainan aku, jangan harap kau boleh keluar dengan mudah. Jaga setiap langkah kau. Sekali kau tersalah langkah, automatik nyawa kau jadi taruhan. Ingat baik-baik. Berambus!"

Dada Qat naik turun menahan amarahnya. Rambutnya dicengkam kuat dan giginya diketap kuat sehinggakan menghasilkan bunyi gigi berlaga sesama sendiri.

"Fine! Aku berambus tapi kau kena ingat setiap perbuatan jijik kau Allah lihat."

Qatrunnada menolak tubuh Imah dengan kasar ke pintu keluar sebelum tubuh kecil tu jatuh tersembam menyembah bumi.

"Pakai baju pun tak cukup kain ada hati sebut nama Tuhan."

Qat menghempas pintu dengan kuat.

Keesokan harinya

"Maya... turunlah sarapan. Saya tahu awak lapar. Semalaman awak berkurung dalam bilik. Perut awak jangan dibiarkan kosong nanti kena gastrik."

Berulang kali Qat mengetuk pintu bilik Maya tetapi malangnya tiada sahutan.

Qat mengeluh perlahan.

"Nanti awak turun makan tau."

Baru sahaja kaki Qat melangkah beberapa tapak, pintu bilik dibuka.

"Qat..."

"Maya! Awak lapar ke? Sakit?"

Maya menggelengkan kepalanya dan tangannya menarik tangan Qat lalu digenggam erat tangan Qat yang kulitnya putih seperti kapas.

"Saya minta maaf kalau sikap saya mengguris hati awak semalam. Maaf sekali lagi sebab bersangka buruk dekat awak. Maafkan saya."

"Saya tak ambil hati pun. Tak apa, saya maafkan awak. Lain kali awak jangan percaya kata-kata Imah. Dia sakit jiwa."

"Dia..."

Deringan telefon pintar Maya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tergopoh-gopoh dia berlari ke arah meja cermin di dalam biliknya.

Pantas jari telunjuknya meleret ke sebelah kanan. Tertera perkataan 'Mama' pada skrin telefonnya. Panggilan daripada Riana dijawab sepantas kilat.

"Assalamualaikum, Maya."

"Waalaikumussalam, Ma. Kenapa mama call Maya? Rindu ke?"

Qatrunnada yang berapa disebelah dipandang sekilas.

"Mama nak bagitahu yang Meena dah boleh balik. Petang nanti mama dan ayah pergi ke hospital ambil Meena. Maya datang ke rumah ya petang nanti."

"Meena dah boleh balik? Syukurnya. Mestilah Maya datang petang nanti. Kirim salam dekat ayah ya, mama."

"Ya, baiklah. Maya taknak tinggal dekat rumah ini lagi?"

"Buat masa ini, biarlah Maya tinggal dengan Qat dulu. Meena kan masih sakit jadi Maya taknak emosi Meena terganggu dengan kehadiran Maya."

"Kalau itu keputusan Maya, mama ikut saja. Sebenarnya mama nak minta maaf pasal semalam. Mama terlebih emosi."

"Tak apa, ma. Bukan salah mama pun. Maya nak sarapan pagi ni. Maya tamatkan panggilan dulu tau. Assalamualaikum, Ma. Bye, i love you."

"I love you too, Maya."

Telefon pintarnya yang berada di dalam genggaman dilemparkan ke atas katil.

"Jom, turun" Ajak Qatrunnada

Maya membontoti langkah Qat dari belakang.

Makanan sudah terhidang di atas meja makan yang berada di dalam ruang makan yang mampu memuatkan sehingga seratus orang. Boleh dikatakan rumah Qat seperti istana yang keluasan tanahnya lebih kurang lima puluh ekar.

Pelbagai jenis makanan di atas meja. Makanan kampung, makanan barat dan semuanya ada. Petik sahaja jari, cakap sahaja mahu makan apa. Semuanya akan dihidangkan dengan pantas. Bilangan bibik yang tidak terkira banyaknya mampu melakukan semua kerja dalam satu masa.

"Qat, banyaknya makanan. Kita dua je kan?"

"Anggap sahaja ini semua rezeki."

Dengan lafaz Bismillah dan membaca doa makan, mereka berdua menjamah makanan dengan tertib.

"Kalau saya nak pergi rumah mama boleh?"
Qatrunnada yang sedang menikmati pencuci mulut memandang wajah Maya. Sudu diletakkan kembali ke atas piring.

"Boleh. Nanti saya temankan awak."

Maya mengangguk perlahan.

"Saya nak tanya beberapa soalan boleh?" Soal Maya

"Boleh." Jawab Qat ringkas

"Mana ibu bapa awak? Saya tak pernah nampak pun."

Qat merengus kasar. Piring yang berada dihadapannya dihentak dengan tangannya sendiri. Hancur berkecai piring itu. Serpihan kaca melekat pada kulitnya.

"Q...Qat kenapa?"

Terketar-ketar lutut Maya akibat terkejut dengan amukan Qat. Secara tiba-tiba saja semua ini terjadi.

"Kenapa semua orang perlu menyoal mana ibu bapa saya pergi? Kalau saya cakap diaorang dah tak ada, apa perasaan awak?"

"Qat, maafkan saya. Saya tak tahu pun yang..."

"Kenapa ramai orang perlu tanya soalan yang sama? Sakit, Maya!"

Qat menumbuk dadanya berulang kali dengan tangannya yang masih berdarah. Berderau darah Maya dibuatnya.

"Semua orang tahu menilai diri saya saja tapi diaorang tak tahu bertapa peritnya pada permulaan saya mulakan hidup baru. Saya tak pernah dapat kasih sayang seorang lelaki yang bergelar ayah. Dulu saya pernah dapat peluang untuk mendapatkan kasih sayang itu tapi... disebabkan seorang perempuan semuanya musnah. Sampai mati saya tak akan maafkan dia."

"Sabar, Qat. Ingat Allah."

"Perangkapnya sudah siap dan mangsanya sudah terperangkap tanpa dia sedar. Biarkan dia menikmati hidup ini di dalam sangkar yang dianggap selamat dan aman."

"Siapa dia?" Soal Maya

"Sakit!"

Maya menghampiri Qat yang sedang merintih kesakitan. Maya mengambil tisu lalu mengelap perlahan-lahan luka di tangan Qat.

"Sa...saya sakit."

Tubuh Qat terkulai layu di atas lantai.

Don't forget to comment and rate ya? Bagilah saya semangat sikit. Hehehe. Tq!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience