BAB 13

Drama Series 18523

Perlahan-lahan mata Maya dibuka untuk melihat apa yang telah terjadi. Disaat matanya mula dicelik, cahaya lampu yang terang benderang yang terletak di siling rumah menyebabkan matanya terasa pedih sedikit namun digagahkan juga. Sekarang baru dia sedar bahawa dirinya dibiarkan pengsan di atas lantai. Siapakah yang sanggup membiarkan dia sebegitu rupa? Lantai bersimen itu terlalu sejuk!

"Ya Allah! Kepala aku sakit. Kenapa jadi macam ini? Ma..mana semua orang? Kenapa aku dibiarkan keseorangan di atas lantai?"

"Ne...nenek. Tolong Maya. Maya sakit"

Pinta Maya apabila melihat Nek Yah datang menghampirinya yang masih terlantar di atas lantai.

"Tak payah panggil aku nenek. Susah payah aku jaga kau dari kecil hingga besar, ini yang kau balas, Maya? Ameena terlantar di hospital dalam keadaan yang kritikal. Puas hati kau? Memang kau tak boleh fikir dahulu sebelum membuat sebarang tindakan?"

Kata-kata Nek Yah menusuk ke hati tisunya. Dugaan apa lagi yang harus aku hadapi?

Tubuhnya yang lemah dikuatkan juga untuk berdiri. Malangnya tubuhnya gagal diimbangi dan jatuh terduduk kembali ke atas lantai.

"Maya!"

Terjerit kecil Nek Yah apabila melihat cucunya yang amat dia sayangi terjatuh. Namun riak wajahnya dikawal sebaik mungkin daripada bersimpati terhadap Maya. Mukanya berubah serius kembali.

"Nenek, Maya minta satu sahaja. Tolonglah percaya kan Maya. Bukan salah Maya seorang sahaja tapi Ameena juga bersalah. Kalau nenek nak tahu, Ameena banyak fitnah Maya. Tuduh Maya macam- macam. Siapa tahan dengan perangai dia? Nenek tahu apa yang Meena buat sebelum masalah ini jadi? Dia tuang cat atas lantai dan katil Maya, nenek."

"Kalau nenek masih tidak percaya, mari ikut Maya ke bilik"

"Tak payah!" tengking satu suara yang sangat dia kenali

Fareez berjalan menuruni tangga dan mengorak langkah ke arahnya dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Maya tak payah buat kisah sedih depan nenek. Kalau hati sudah busuk, biarkan ia terus membusuk seperti bangkai. Maya dengki dengan Ameena kan? Mak, tak payah dengar cakap Maya. Dia pembohong. Cat apa yang Meena tuang? Warna apa?"

"Warna merah! Kalau tak percaya, mari ikut Maya ke bilik" kata Maya dengan penuh yakin. Terbukti dia nampak cat itu di dalam biliknya. Takkan darah pula!

"Kenapa ayah bersikap sebegini dengan aku? Dimanakah silap aku? Dia seperti memperlekehkan aku dan menuduh aku walaupun dia tahu hal yang sebenar. Tetapi kenapa dia perlu menidakkan kebenaran? Apa yang berlaku?" getus hati Maya sambil menaiki tangga manakala Fareez dan Nek Yah membontoti langkah Maya ke bilik.

Pintu bilik dibuka seluasnya untuk melihat cat yang tumpah di atas lantai hasil perbuatan khianat daripada Ameena. Tetapi dirinya seakan terkejut dan matanya meliar mencari kemanakah cat tersebut? Mesti ada sesiapa yang bersihkan. Memang mereka saja biarkan aku dimarahi oleh nenek. Pasti darah nenek menyirap kembali. Tak guna punya ayah tiri!

"Mana cat yang Maya katakan? Tak ada langsung. Maya memang saja permainkan nenek ke?" soal wanita berusia hampir tujuh dekad itu

"Tak nenek. Betul tadi ada cat. Pasti ada orang yang bersihkan. Sumpah! tadi ada nenek"

"Maya tak payah bersumpah bagai. Terbukti tak ada kan? Jadinya tak ada sikit pun salah Ameena dalam hal ini! Semua yang terjadi sebab Maya tak boleh terima orang lebihkan Meena daripada Maya kan?"

"Penatlah aku dengan masalah korang! Yang mana satu aku patut percaya? Aku datang dari kampung nak tengok korang semua baik-baik sahaja tapi ini yang korang buat dekat aku. Serabutkan kepala aku dan hancurkan hati aku. Korang memang nak aku mati cepat ke? Ya Allah! Yana, tolong mak!" kata Nek Yah sambil memegang dadanya yang kian sesak.

"Nenek!"

Maya terus mengusap perlahan belakang neneknya yang seperti sesak nafas.

"Maya tepi! Disebabkan Maya, nenek pun sakit. Maya memang suka tengok orang sakit ke? Kalau Maya tak boleh hormat Mama sebagai mak Maya, tak apa. Tapi tolonglah hormat nenek sebagai emak Mama. Jangan memperbodohkan dia supaya percaya cerita rekaan Maya!"

Kuat tolakan Riana sehinggakan tubuh Maya hampir terkena bucu meja. Perlahan-lahan air matanya mula mengalir deras. Esakan kecil terjadi.

"Sikit-sikit menangis! Semua salah Maya tahu tak? Ameena sakit dan nenek pula sakit gara-gara Maya. Kalau apa-apa terjadi pada Ameena, ayah akan pastikan hidup Maya tidak akan aman. Itu janji ayah!" bisik Fareez perlahan ditepi telinga Maya. Riana sudah membawa NekYah ke bilik lain.

Esakan Maya semakin menjadi-jadi.

"Kenapa Ayah buat Maya macam ini? Maya tahu Maya anak tiri tapi tolonglah layan Maya dengan baik."

Fareez terus meninggalkan Maya yang masih menangis bagai tiada penghujungnya.

"Kau tak boleh lemah, Maya. Kau perlu kuat! Jangan biarkan manusia seperti dia tindas kau."

Maya mengesat air matanya kasar. Tangannya pantas mengambil tudung yang terletak di atas meja belajar. Sempat dia mengambil dompet dan telefon pintar. Tidak lupa juga untuk membawa pisau lipat sekali jika perkara buruk berlaku seperti kes ragut. Sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga. Nampak seperti pembunuh upahan pula!

Yang paling penting, aku perlu cari ketenangan!

Kakinya melangkah ke pintu utama. Biarlah orang mahu kata apa kepadanya! Pintu dibuka dan dihempas kuat sehinggakan menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. Mari aku tunjuk bertapa sakitnya hati aku!

Kakinya berjalan tanpa hala tuju. Sekejap lalu jalan sana, sekejap lalu jalan sini. Pening!

"Kemanakah aku harus pergi? Rumah Arrian? Oh tidak! Jauh di atas bukit. Patah kaki aku kalau berjalan ke sana. Kiri kanan hutan. Tak naklah! Rumah Hajar? Ya, itu cadangan yang paling bernas! Pandai kau, Maya tapi... jauh juga rumah dia. Macam mana ini?"

"Duit pun ada sepuluh ringgit sahaja. Cukup ke bayar tambang bas atau teksi? Nak hubungi Hajar, kredit pun tak ada. Lawaklah kau ini, Maya. Mak kau ada suami kerja bagus-bagus, ada duit banyak tapi kenapa kau miskin sangat? Miskin dari segi duit dan kasih sayang pula tu. Kesian kau, Maya" katanya seorang diri. Seperti orang kurang siuman!

Tiba-tiba tubuhnya jatuh terjelepuk di atas tanah. Siapa yang berani tolak aku? Memang jahanam betul! Matanya mencerlung tajam manusia itu dan secara kebetulan orang itu juga sedang memandangnya.

"Ti...tidak"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience