BAB 8

Drama Series 18523

Hujan lebat yang turun dari langit dibiarkan sahaja. Maya berjalan seorang sendiri sepanjang laluan pejalan kaki. Air matanya dan air hujan sudah bercampur. Tangan yang terkena air panas tadi sakitnya sudah hilang. Sekarang yang paling sakit adalah hatinya. Remuk! Hancur! Sampai hati Meena!

Buk!

Lelaki itu terus menoleh kebelakang

“Hang takda mata ka? Buta? Mata tu elok-elok Tuhan bagi, pakailah. Tau dak sakit belakang aku hang langgar. Kepala macam batu!” Kata lelaki itu sambil memandang Maya

Dari tadi Maya mengelamun sambil berjalan. Mana sedar dihadapannya ada orang ke tak.

“Maaf bang, tak sengaja.”

“Hang sihat ka dak? Tangan hang tu kenapa?” Soal lelaki itu
Spontan mulut Maya berkata “Anjing gigit bang.”

Lelaki itu memandangnya seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Maya. Anjing gigit? Tak masuk akal!

“Hang biar betul anjing gigit?” Soal lelaki itu

“Adik saya yang gigit. Dia lapar. Saya nak pergi beli makanan untuk dia.” Tipu Maya. Mulutnya ditahan daripada ketawa. Mahu pecah perut nak tahan!

“Hang ni macam-macam lah. Abang gerak dulu. Jaga diri baik-baik. Jangan letak mata dekat lutut lagi.Takut hang terlanggar pontianak pulak. Tak pasal-pasal sekali hang ikut dia mengilai.” Katanya

Riak wajah Maya terus berubah

“Abang tipu ja. Hang jaga diri baik-baik. Tempat ni keras juga.” Ujar lelaki itu sebelum meninggalkan Maya yang masih terpinga-pinga.

Maya memikirkan sesuatu. Pontianak? Seram! Maya mempercepatkan langkahnya. Hatinya merasakan ada sesuatu yang akan terjadi. Tidak tenang dibuatnya!

“Cuu”

“Cuu”

Kedengaran suara wanita tua memanggilnya. Sayup-sayup bunyinya. Maya mencari dari manakah datangnya suara itu.

“Nenek disini cu”

Terus Maya mengalihkan wajahnya ke arah suara itu

“Opocot!” Latah Maya

Tiba-tiba sahaja pemilik suara itu berada ditepinya. Bilakah wanita tua ini datang kepadanya? Meremang bulu roma!

Wanita itu memandang Maya. Maya juga menoleh memandang wanita tua itu.

“Nenek! nenek ke ni?” Soal Maya kegirangan

“Ya, nenek Maya lah. Nekyah” Balasnya

Maya memeluk wanita tua itu

“Nenek kenapa datang sini tak beritahu?”

“Nenek datang naik apa? Kalau nenek beritahu awal-awal, mesti ayah sudah ambil nenek di kampung.”

“Berani ya nenek datang sini seorang diri. Nanti nenek tersesat macam mana?”

Maya seperti bercakap seorang diri. Kenapa nenek tidak membalas percakapannya? Maya menghidu satu bau busuk seperti bangkai. Terlalu busuk!

“Nenek tak bau ke? Busuk sangat. Bau macam bangkai haiwan. Nenek...nenek” Kata Maya sambil menggoncang tubuh wanita tua itu

Maya terus menolak tubuh badan wanita tua itu. Ya Allah! Kakinya ingin melangkah tetapi gagal. Maya terlalu takut. Wanita tua itu memandang Maya dengan matanya yang merah menyala. Mukanya hodoh. Giginya tajam seperti pisau. Wujudkah benda ini pada waktu siang?

“Ya Allah! Ya Allah!” Jerit Maya

“Hihihi”

“Hihihi”

“Ya Allah! Tolonglah hambamu ini” Kata Maya. Matanya terpejam rapat. Berdoa agar jembalang ini cepat pergi. Maya lemah semangat!

“Allahuakbar, allahuakbar.”
Bunyi azan asar berkumandang.

Maya membuka matanya. Jembalang tadi sudah tiada. Maya mengucapkan syukur kepada Allah. Dirinya memang lemah semangat apabila berhadapan dengan situasi begini. Mahu pengsan rasanya!

Maya mengatur langkah beredar dari tempat itu. Nasib baik tak pengsan!

“Aku nak pergi mana ni?” Omel hati Maya

“Pergi rumah Hajar lah!”

Maya berjalan dengan pantas ke rumah Hajar. Takut perkara seperti tadi terjadi lagi.

“Assalamualaikum!”

Pintu dibuka. Senyuman manis diberikan kepada ibu Hajar

“Makcik, Jaja ada?” Soal Maya

“Jaja ada. Maya masuk dulu ya.” Kata ibu Hajar

Maya memasuki rumah dua tingkat itu. Bayangan Hajar tiada di ruang tamu. Pasti anak dara itu sedang tidur!

“Kejap ya. Makcik panggil Jaja.” Kata wanita itu lalu naik ke tingkat atas rumah.

Terhuyung-hayang Hajar berjalan kearah Maya. Mengantuk sangat nampaknya!

“Hai kesayangan saya!” Ujar Maya sebelum memeluk Hajar

“Kau ni datang rumah aku ada apa? Kacau betullah aku nak tidur.” Kata Hajar tanpa perasaan

Air mata Maya mengalir. Terasa dengan kata-kata Hajar

“Kenapa kau menangis ni? Mari sini!” Pujuk Hajar sebelum memeluk Hajar. Belakang badan Maya diusap lembut

“Kali ini apa yang terjadi, Maya? Cerita dekat aku. Ameena buat apa?” Tanya Hajar

Maya menunjukkan tangannya yang agak melecur. Kulitnya kemerahan

“Kau cakap dengan aku sekarang budak tak guna tu buat!” Tengking Hajar

“Dia tuang air panas.” Kata Maya

“Jahanam! Dia nak bunuh kau tahu tak?! Memang dah melampau! Hati hitam dan busuk. Kakak sendiri pun sanggup cederakan.”

“Sikit saja, Jaja. Aku ok.”

“Kau nak tunggu diri kau masuk kubur dulu ke? Kenapa kau tak lawan?”

“Aku dah lawan. Aku tak sengaja tertolak dia. Aku takut dia mati.” kata Maya

“Kenapa kau tak bunuh dia? Tahu tak budak tu banyak menyusahkan kau!”

“Kalau aku bunuh dia, mestilah aku masuk penjara. Kau pula takda kawan nanti. Macam mana?”

“Betul juga.” Kata Hajar sambil tersengih-sengih

“Tadi kan Jaja... aku kena kacau dengan jembalang. Mula-mula benda itu.Muka dia sebiji macam nenek aku. Aku pula terus peluk benda itu. Aku tanyalah dia beberapa soalan. Tapi dia senyap. Aku apa lagi, terus pandang dia. Terkejut aku bila tengok muka hodoh dia. Memang tak tidur lah aku malam ini.” Kata Maya panjang lebar

“Kau jangan cakap banyak. Lupakan benda tu.” Kata Hajar

Maya menayangkan muka tidak puas hati. Aku punyalah bercerita, kau jawab itu saja?

“Kau tinggal dekat rumah aku berapa lama?” Soal Hajar

“Sampai malam ini.” Jawab Maya

“Oh, ok.”

“Mana Maya ni tak balik lagi, bang? Sudah malam.” Kata Riana yang mula kerisauan

“Itulah awak! Anak sendiri tak pandai nak jaga. Bila buat masalah sikit, semuanya dikatakan salah saya pula. Tak fahamlah saya dengan anak awak itu.”

“Awak menyesal ke kahwin dengan saya? Menyesal?” Tanya Riana

“Malas saya nak bertekak dengan awak. Kalau Maya balik nanti, tahulah apa yang saya akan lakukan. Anak awak tu memang gila. Sanggup dia tolak Meena.” Kata Fareez

“Jaja, aku balik dulu. Aku pinjam basikal adik kau yang comel ini!” Kata Maya

Ayah Hajar mahu menghantar Maya pulang ke rumahnya tetapi Maya menolak. Alasannya kerana dekat sahaja. Berani sungguh Maya malam begini mahu mengayuh basikal seorang diri.

Hajar memberi jelingan maut.

“Kau rasa diri kau tu masih budak lagi ke, Maya? Aku takut tayar basikal ni pancit pula. Habis duit mak ayah aku nak tukarkan tayar basikal ni nanti. Tak silap aku dah tukar berpuluh kali. Aku cakap macam ini sebab kau tu berat macam badak.”

“Kau tipu! Selamat malam, Jaja. Aku gerak dulu.” Kata Maya sebelum mengayuh basikal kecil itu. Maya tak berat macam badak. Jaja saja yang memandai-mandai!

”Hati-hati!”

“Lenguh pula kaki aku. Berhenti sekejaplah.” Kata Maya

Maya memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap-gelita sahaja. Cahaya lampu jalan yang malap tidak membantu sama sekali. Perasaan takut mula menyelebungi dirinya. Menyesal pula menolak pelawaan ayah Hajar untuk menghantarnya pulang. Redah saja lah Maya! Tiba-tiba....

“Argh!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience