BAB 16

Drama Series 18523

Maya menyelusuri jalan besar untuk pulang ke rumah. Hatinya berdegup laju. Luka torehan pisau dibelek sekali lagi. Rasa menyesal kerana pergi ke tandas tanpa Hajar disisi.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk bersabar dengan ujian yang mendatang. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui "

Kepala ditoleh ke kanan dan kiri untuk memastikan tiada kereta atau motosikal yang sedang berada di jalan itu. Apabila jalan raya itu sudah tiada kenderaan yang lalu-lalang, Maya terus berlari anak menyeberangi jalan itu.

"Penatnya!" tercungap-cungap Maya.

Pintu pagar rumah ditolak ke tepi perlahan-lahan. Kaki menapak laju ke hadapan. Kaki dan tangan menggigil kesejukan tanpa sebab. Diserang panik agaknya.

Bila Maya kuak sahaja pintu, sepasang mata milik Nek Yah sudah mencerlung tajam ke arahnya. Maya berjalan ke arah nenek sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman. Nek Yah tidak menghiraukan huluran tangan Maya malah Nek Yah memberi satu jelingan yang dapat menikam sanubari sesiapa saja yang melihat. Maya cuba memberi senyuman manis walaupun dirinya gelisah tak tentu pasal. Serba tak kena senyuman itu jadinya.

"Maya pergi mana? Keluar dengan jantan mana pulak kali ini? "

Mulut dikunci serapat mungkin. Aku tidak mahu kurang ajar dengan nenek dan air mata, tolong jangan menitis.

"Kenapa dengan mulut? Tak boleh bercakap sebab semalaman bercium mulut?"

Kali ini Maya tidak dapat diamkan diri lagi. Terpaksa mulutnya bersuara untuk membela diri sendiri. Tuduhan yang tidak berasas itu memang keterlaluan.

"Selagi Maya tak kahwin, Maya tak akan buat benda terkeji macam itu. Maya masih ada otak dan otak Maya berfungsi dengan baik sekali. Nenek sendiri cakap fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh . Nenek sedar tak nenek sudah fitnah Maya?"

"Nenek bukan fitnah tapi benda itu fakta. Kamu jangan ingat nenek tak tahu apa yang kamu buat disini. Ayah dan mama kamu sudah bagitahu nenek banyak benda yang menconteng arang ke muka kami. Keluar dengan jantan siap berkepit-kepit pula. Kalau Maya gatal sangat, pergilah kahwin tapi jangan harap kamu dapat restu seorang emak dan ayah."

Kenapa dengan nenek aku? Adakah dirasuk oleh syaitan? Tuduh aku buat benda yang tak bermoral, ayah dan mama pula memburukkan lagi keadaan dengan kenyataan mereka.

"Muka Maya kenapa?"

"Kawan toreh, Nek"

Nek Yah hanya beriak biasa. Tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi. Tidak risau dan tidak peduli.

Sampai hati nenek!

"Pergi! Kau nak bunuh anak aku!" jerit satu suara

Pemilik suara itu berlari ke arah Maya lalu memukul dan menolak Maya seperti orang histeria. Maya jatuh tersungkur di lantai mozek. Belum sempat Maya mengelak, kepalanya dipukul dengan objek tumpul.

"Argh! Mama buat apa ini? Mama cuba bunuh Maya?"

Maya memegang kepalanya yang berbalut tudung. Tudungnya basah dengan darah. Tak mengapa, sedikit sahaja lukanya.

"Kau nak bunuh Meena kan?"

"Astaghfirullahalazim. Mama cakap apa ini? Bawa mengucap, Ma. Ingat Tuhan. Sumpah! Tak pernah terdetik dalam hati Maya untuk bunuh Meena. Maya mengaku semua ini salah Maya. Maya hilang kawalan. Tapi semuanya bukan salah Maya seorang sahaja, Ameena pun bersalah. Kalau dia tidak mulakan dulu, semua ini tak akan terjadi."

"Maya pergi naik atas cuci luka. Tak payah tunjuk diri itu baik sangat. Kalau sudah niat nak membunuh sesama sendiri, lebih baik Maya tak payah lahir di dunia ini." kata Nek Yah

Remuk hati aku mendengar bait-bait kata Nek Yah. Sampai hati nenek kata begitu. Bencinya nenek terhadap Maya disebabkan cerita yang ditokok tambah.

Maya tersenyum kelat. Lantas kakinya melangkah ke tangga rumah. Dinaiki oleh Maya dengan cermat.Kepalanya yang sudah memberat dibiarkan sahaja. Sekarang hatinya hancur berkecai.

"Kenapa ubah suai bilik ini berubah? Daripada katil hingga ke meja belajar. Siapa yang ubah ini?"

Maya melihat biliknya yang keadaan tidak sama. Katil ditukarkan ke katil yang lebih besar dan empuk. Cadar ditukarkan kepada cadar berwarna kuning cair dan bercorak bunga lili.

"Ma, kenapa bilik Maya macam itu?" soal Maya lalu menghampiri Riana yang sedang menonton televisyen.

"Mulai hari ini, Maya pindah ke bilik Meena. Bilik itu mama nak bagi Ameena. Kesian dia sakit."

Maya akur dengan keputusan itu. Tak mahu bergaduh lagi. Terima sahaja dengan hati yang terbuka.

"Tak apa, Maya. Kau perlu kuat. Ameena kan sakit, mestilah dia perlukan bilik yang lebih besar dan selesa."

"Ameena pindah terus ke bilik itu. Maya duduk sahaja di bilik Meena. Siapa suruh sakitkan Meena. Sekarang bertanggungjawab lah! Ikut suka hati sahaja sakitkan cucuk nenek. Nasib baik tak mati." sampuk Nek Yah

"Jangan lawan, Maya. Kalau kau balas apa yang nenek cakap, mesti nenek gelar kau cucu tak beradab. Sabar, Maya. Kau boleh!" bisik hatinya

"Maya nak minta izin" kata Maya. Matanya merenung nenek dan mama. Mengharapkan ada yang ambil peduli tentang dirinya.

"Izin apa? Nak kahwin?" tebak Nek Yah

"Maya nak keluar dengan Ameena"

"Pergilah. Jangan bawa lelaki balik rumah pula." sampuk Mama

Maya menuju ke tangga. Dinaiki oleh Maya dengan cermat. Bilik tidur ditujui untuk mengambil segala barang. Maya mengambil barangan seperti tudung, baju, buku dan barang solekan lalu diletakkan di dalam bakul untuk ke bawa ke bilik satu lagi. Dia melihat bilik itu untuk kali terakhir. Maya tahu selepas ini dia tidak mempunyai peluang untuk melihat bilik ini atas alasan Ameena tidak sukakan dirinya. Mustahillah Ameena mahu berkongsi bilik dan barang dengannya. Jangan harap boleh lihat apatah lagi memegangnya.

"Tak apa, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Maya kau tak payah bersikap terburu-buru. Tenang sahaja." kata Maya lalu mengangkat barang-barang yang hendak dipindahkan ke bilik barunya.

"Lupa pula!"

Maya meletakkan bakul itu kembali ke atas lantai lalu mengambil telefon pintarnya di dalam kocek seluar. Maya menghubungi Hajar untuk mengatakan hasratnya untuk keluar pergi ke pusat membeli-belah.

"Assalamualaikum, Hajar"

"Waalaikumussalam, kenapa kau hubungi aku?"

"Aku nak ajak kau keluar pergi ke pusat membeli-belah. Boleh tenangkan jiwa sikit. Lagipun aku teringin nak makan sotong goreng tepung dekat kedai area situ. Kau teman aku ya?"

"Boleh. Pukul berapa?"

"Pukul empat petang. Aku tempah grab tapi aku pergi rumah kau dulu."

"Ok baiklah. Aku tamatkan panggilan dulu."

Akhirnya, mereka sampai juga ke pusat membeli-belah di tengah bandar. Banyak orang mengunjungi ke tempat itu sehingga sesak. Maya dan Hajar mengambil keputusan untuk ke tingkat dua bangunan itu. Kaki dibawa menuju ke lift yang disediakan. Sudah sampai di tingkat dua, mata Maya meliar mencari kedai yang menjual makanan yang dia inginkan. Matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang duduk tidak jauh darinya. Tetapi mengapa dia tidak bertudung?

Adakah mata aku ada masalah?

"Aku nak pergi sana kejap" Kata Maya sambil menuding jari ke arah gadis itu.

Maya menghampiri gadis itu yang sedang leka menikmati makanan di hadapannya lalu belakang badan gadis itu dipegang lembut oleh Maya.

"Qatrunnada?"

Gadis itu menoleh ke belakang dan memandang Maya.

"Awak? Rezeki kita dapat jumpa disini." Ujar Qatrunnada lalu mempelawa Maya untuk duduk di sebelah kanannya.

"Tudung awak mana?"

"Mind your own business"

Maya terdiam seketika. Kenapa sensitif sangat dia ni? Tak salahkan aku menegur. Tak apa, Maya. Husnuzon!

"Err... awak okey tak?"

"Okey. Kenapa? Nampak saya tak okey ke tanpa tudung? Jangan cuak lah, saya tak makan orang. Saya gurau lah. Jangan ambil hati dengan percakapan saya tadi."

Maya ketawa yang dibuat-buat.

"Kejap ya. Saya nak menghubungi seseorang." Kata Qatrunnada lalu mencari tempat yang lebih sunyi.

"Maya! Kau buat apa dekat sini? Penat tau aku cari kau. "

"Terkejut aku, Jaja. Tadi aku nampak Qatrunnada, kemudian aku tegurlah dia."

"Sekarang mana dia? Tak nampak pun. Ke kau nampak hantu yang mirip dengan wajah dia"

"Apa masalah otak kau? Hantu sahaja dalam fikiran kau. Serius lah aku tegur dia tadi."

Maya mengurut perlahan-lahan dadanya. Kenapa aku rasa macam ada benda yang tak elok bakal terjadi?

"Kau kenapa? Sakit jantung ke?"

"Aku rasa tak sedap hati lah. Macam ada sesuatu yang akan terjadi. Jom balik!"

"Kita baru sampai dah nak balik. Kau buang tabiat ke?"

"Cepatlah. Aku nak balik. Aku takutlah apa yang bakal berlaku terhadap kau dan aku." Kata Maya lalu menarik pergelangan tangan Hajar.

Sampai sahaja ditingkat bawah, Maya berlari anak sambil menarik Hajar supaya ikut berlari sama. Dahinya sudah berkeringat.

Dup dap dup dap, jantungnya berdegup kencang.

Baru sahaja kaki mereka ingin melangkah untuk menyeberangi jalan...

"One...two...three.... Go!" Ucap sesorang di corong telefon pintar yang berada disebalik tiang besar.

Bush!

"Maya!"

"Hajar!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience