BAB 12

Drama Series 18523

"Ayan... siapa itu?"

Maya merapati tubuh badan Arrian. Jari jemarinya diramas. Takut jikalau perompak, pembunuh bersiri ataupun jembalang. Argh tidak!

"Maya! Jangan rapat-rapat. Haram kan? Jauh sikit. Hesy kesayangan saya ini" kata Arrian tegas.

Comel sahaja melihat wajah Maya yang sudah masam mencuka. Mahu saja cubit pipi Maya yang gebu itu. Arrian! berhenti fikir benda yang bukan-bukan.

Tok! Tok!

"Ayan! Pintu diketuk lagi. Maya takutlah. Kenapa rumah Ayan perlu di atas bukit? Entah-entah harimau yang ketuk pintu itu"

"Maya jangan nak merapu. Mana ada harimau ketuk pintu. Ayan rasa gajah yang ketuk"

Maya mencubit perut Arrian yang berlapik dengan baju. Loyar buruk pula dia. Ada juga yang dicampak ke gaung nanti!

"Janganlah cubit. Kalau nak cubit-cubit, tunggu kita kahwin nanti. Ayan rela biarkan Maya cubit Ayan sampai hujung nyawa sekalipun"

"Ayan... janganlah main-main. Siapa yang ketuk pintu itu? Apa kata kita pergi cari Bik Nita ke?"

Arrian merenung Maya. Terbit rasa cinta terhadap gadis manis dihadapannya. Bila perasaan ini muncul pun Arrian tidak tahu.

"Tengok orang pula. Maya bukan Aqees tau!"

"Kenapa Ayan perlu ingat Aqees? Sedangkan Ayan ada Maya. Ingat satu perkara ini. Ayan cintakan Maya dan Ayan tak akan tinggalkan Maya"

"Maya tahu! Sekarang jom kita cari Bik Nita dan Bik Nini. Ketukan pintu masih tidak berhenti. Takutlah" kata Maya lalu menarik pergelangan baju Arrian. Arrian hanya mengikuti langkah Maya. Senyuman terukir dibibirnya. Macam suami isteri pula!

Gatal kau Arrian!

Mereka mencari bibik di merata tempat tetapi masih tidak jumpa. Berhenti mereka seketika di ruangan dapur untuk melepaskan lelah. Penat tawaf satu rumah ini!

"Ayan dengar tak bunyi dari tandas? Bunyi macam ada orang tengah mandi ataupun melepaskan 'hajat' "

"Kalau dekat tandas, Maya buat apa? Mestilah buang 'hajat' juga kan? Maya ini macam-macam lah. Ayan nak minum air sekejap"

"Entah-entah hantu air. Maya takutlah!"

Tiba-tiba Maya terhidu satu bau busuk. Maya menolak kuat tubuh Arrian ke arah pintu tandas itu. Gelas air yang berada ditangan Arrian jatuh ke lantai. Habis tumpah! Tak sempat lagi aku nak minum, sayang. Haus!

"Ayan...pergilah tengok siapa di dalam tandas"

Arrian hanya menurut sahaja. Maya ini terlalu percaya sangat cerita tahyul. Sikit-sikit hantu. Pasti Maya rasa di dalam tandas itu hantu.

Perlahan-lahan Arrian menghampiri pintu tandas. Menggeletar teruk kaki dan tangan mereka.

"Lawan perasaan kau, Arrian. Kau hero Maya. Kau tak boleh takut. Setakat jembalang ini kau terajang sahaja dia" omel Arrian

Jantungnya berdegup kencang bagaikan mahu tercabut keluar dari tubuhnya. Tiba-tiba sahaja pintu tandas terbuka, lantas gerangan di dalam tandas itu keluar.

"Bibik Nita?!" soal mereka serentak

"Ya, bibik lah. Takkan moyang kamu pula"

"Apa-apa sajalah. Bibik ada orang ketuk pintu. Bibik tolong tengokkan siapa yang mengetuk itu"

Preeeeet...

"Siapa yang kentut?" soal Arrian. Matanya merenung tajam ke arah dua manusia di hadapannya.

"Maaf Arrian. Bibik tidak sengaja. Salah makan agaknya. Sudah lima kali ulang alik ke tandas"

"Bibik lain kali kalau nak kentut, tekup punggung itu dengan tangan. Busuk tahu tak? Sekarang, bibik teman kami buka pintu. Malam-malam buta macam ini siapa agaknya yang datang?" kata Arrian

Mereka bertiga berdiri di sebalik pintu. Mata masing-masing mengintai dari jendela.Tiada siapa!

"Siapa dia, Ayan tidak peduli lagi. Maya pegang elok-elok kayu golf. Kalau dia bertindak agresif baru Maya pukul dia guna kayu ini" kata Arrian

Lalu Arrian berkata "Satu...Dua...Tiga". Pantas tangannya memulas tombol pintu. Terjatuh rahangnya melihat wajah manusia yang amat dia sayangi.

"Papa! Kenapa balik tak beritahu? Sudah lama Papa tidak balik ke sini. Ayan ingat Papa terus pulang ke kondo. Mati-mati Ayan ingat perompak atau jembalang"

"Rumah Papa kan? Ikut suka hati lah nak balik bila pun. Perempuan mana pulak Ayan bawa balik ini? Bibik pun biar sahaja mereka melakukan maksiat?"

Bibik Nita hanya membatu. Tidak mahu campur tangan dalam urusan dua beranak ini.

"Papa, kami tidak lakukan maksiat. Ayan cuma tolong dia sahaja. Tolonglah jangan tuduh tanpa periksa dahulu"

"Pergi cepat hantar dia balik sebelum Papa naik angin!"

"Baik, Pa. Bik, tolong ambilkan kunci kereta. Ayan pandu sendiri"

Berlari anak Bik Nita mengambil kunci yang disangkut pada tempat yang disediakan.

"Nah, Ayan. Pandu kereta elok-elok. Kalau jadi apa-apa, telefon bibik ya"

"Baik Bik. Jom Ayan hantarkan Maya pulang ke rumah"

Arrian dan Maya berjalan menuju ke garaj yang menempatkan kira-kira sembilan biji kereta mewah. Rambang mata dibuatnya dapat melihat kereta mewah yang masih berkilat dan baharu.

"Tengok apa Maya? Kereta ke? Jangan risau semua kereta ini akan jadi milik Maya sekiranya Maya jadi isteri Ayan nanti"

"Saja nak tengok. Tak boleh ke? Maya ada mata jadi tengoklah"

"Cepat masuk!" kata Arrian sebelum dirinya memasuki perut kereta Mercedes tapi Maya masih diluar.

"Nak saya dukung awak ke? Kalau nak, saya boleh sahaja dukung!" kata Arrian dari dalam kereta. Tingkap kereta itu dibuka sedikit supaya Maya dapat mendengar suaranya.

Kelam kabut Maya dibuatnya. Laju sahaja kakinya mengatur langkah masuk ke dalam kereta mewah itu. Arrian semakin tidak betul!

"Terima kasih Ayan hantarkan Maya pulang ke rumah. Maya nak tanya satu soalan boleh?"

Arrian menjungkitkan keningnya ke atas. Dia menantikan soalan yang bakal ditanya oleh Maya.

"Macam mana Ayan boleh sampai di sekolah pada waktu yang tepat. Rumah Ayan jauh pulak itu. Jauh di atas bukit sana"

"Ayan keluar dari rumah seawal jam lima pagi tahu tak? Lagipun rumah itu banyak kenangan manis. Jadi sayanglah biarkan rumah itu kosong tanpa penghuni"

"Oh begitu. Maya masuk rumah dulu ya"

"Jaga diri baik-baik tau. Ayan doakan semoga semua urusan Maya dipermudahkan Allah dan keluarga Maya kembali bahagia seperti dulu. Jangan sedih-sedih. Maya seorang yang kuat dan hebat sebab itu Allah uji Maya"

"Terima kasih Ayan. Maya keluar dulu. Pandu kereta baik-baik. Jangan sampai terlanggar lori ke apa. Nanti tak sempat Maya jadi pemilik kereta ini apabila kita sudah berkahwin nanti"

Arrian sudah tersenyum ada makna. Aku tahu kau suka dekat aku. Rasa nak kahwin muda pula! Erh Ayan..kau jangan cari masalah! Bergegar satu rumah nanti Papa mengamuk.

"Maya gurau sahaja. Jangan ambil serius!"

"Pandai dia bergurau senda sekarang ini ya. Ayan gerak dulu. Assalamualaikum"

Maya hanya menjawab salam itu di dalam hati. Kereta Arrian sudah meluncur laju meninggalkan kediamannya. Ya Allah! Waktu inilah yang aku paling takut untuk hadapi. Pasti Mama dan Ayah marahkan aku. Macam mana ini?

"Tak apa, Maya. Kau boleh! Tarik nafas, hembus. Kau boleh, Maya!"

Maya menapak ke arah pintu masuk. Banyak kasut yang berselerakan di atas simen. Tidak mungkin jirannya datang menziarahi Ameena pada waktu sebegini. Mestilah Ameena dihospital lagi.

Tangannya sudah menggigil kesejukan. Digagahkan juga kakinya untuk melangkah walaupun kakinya sudah tidak mampu lagi untuk berdiri dengan baik. Lemah sahaja tubuhnya. Apakah ada perkara buruk akan berlaku?

Pintu yang tidak berkunci dibuka perlahan-lahan. Melihat sahaja seorang wanita yang berdiri dihadapannya dengan wajah yang sudah menyinga automatik dirinya mahu pitam. Tolong jangan biarkan manusia ini percaya apa yang dikatakan oleh Mama dan Ayah. Tolong ya Allah, dengarlah rintihan ku.

"Ne...."

Baru sahaja Maya ingin membuka mulut, pandangannya mula kabur dan pada masa yang sama tubuh Maya sudah rebah ke lantai.

XXX

Maaf ye kalau bab kali ini sedikit hambar... Jangan lupa komen dan rate ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience