BAB 17

Drama Series 18523

Qatrunnada menghampiri Maya dan Hajar yang masih terkejut dengan apa yang berlaku. Qatrunnada menarik mereka berdua masuk ke dalam pelukannya. Diusap perlahan belakang badan mereka bagi menenangkan hati dan jiwa mereka.

"Nasib kau orang kena langgar sikit sahaja. Kereta tu pula blah macam itu ja. Pemandu tu pula larikan diri. Sudah jadi kes langgar lari." Kata Qatrunnada

"Kau orang nak report tak?"

"Tak payahlah." Jawab Maya

Maya mengangkat tapak tangannya lalu dihembus perlahan pada luka-luka kecil. Hajar pula memegang lututnya. Lututnya dibawa merapati tubuh badan nya. Hajar menutup lututnya dengan sapu tangan yang sudah tersedia di dalam poket seluar. Dilap perlahan-lahan pada permukaan kulitnya. Seluar panjangnya sudah terkoyak di bahagian lutut akibat terjatuh.

"Dia tak ada mata ke? Langgar orang ikut suka hati saja.Terkoyak baju dan seluar aku. Bodoh betul!" Carut Hajar.

Baju pemberian arwah neneknya sudah terkoyak. Susah payah dia menjaga baju itu supaya tidak kelihatan lusuh ataupun terkoyak sedikit. Sekarang lihatlah, senang-senang saja manusia yang tidak bertanggungjawab memusnahkan ia.

"Mungkin dia tak nampak. Salah kita juga terburu-buru dan tak peka dengan keadaan sekeliling. "

"Kau dengan husnuzon kau memang tak boleh dipisahkan. Kalau dia sengaja macam mana? Mana tahu ada orang upah dia untuk langgar kita. Ingat! Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kita tak tahu niat orang."

"Kau diam! Qat terima kasih jerit panggil nama kitaorang. Kalau tidak, kami tak sedar ada kereta. Nasib baik lah kena sikit je. Bunyi kuat tadi sebab bumper depan kereta tu langgar bonggol jalan."

"Jomlah, Qat hantar kau orang balik. Tumpang kereta saya." Pelawa Qatrunnada

Maya dan Hajar memandang antara satu sama lain. Kemudian kening mereka dijungkitkan lalu mereka ketawa terbahak-bahak.

"Kenapa kau orang gelak? Dekat muka saya ada apa-apa ke?"

Tangannya segera memegang pipinya. Matanya pula sudah membulat kerana takut ada binatang yang menggelikan.

"Tak ada apa cuma... muka awak cantik sangat bila cuak macam tu." Kata Hajar lalu tersengih macam kerang busuk.

"Jomlah balik. Nanti jalan sesak pula. Tadi saya call driver saya. Tak sangka selepas beberapa minit jadi macam ini pula. Driver saya parkir kereta dekat parkir lot tingkat atas. Kita kena tunggu sekejap. Nanti saya bawa kau orang pergi ke klinik." Lembut sahaja cara percakapan Qatrunnada.

"Kau orang nak singgah klinik tak? Kalau nak, kita berhenti dekat klinik sebelah kanan ini." Ujar Qatrunnada yang sedang duduk di kusyen kereta di hadapan sebelah kiri manakala Maya dan Hajar duduk di kusyen bahagian belakang.

"Tak apa, kita orang tak nak pergi klinik." Balas Maya

"Sikit je ni. Tak apa, hantar kita orang balik rumah. Sebelum itu, hantar Maya balik dulu. Keluarga Maya ada masalah sikit takut mak Maya marah dia pula" Kata Hajar

Maya cuit bahu Hajar. Matanya mencerlung tajam ke arah Hajar. Celupar!

"Masalah apa tu? Serius ke?" Soal Qatrunnada

"Tengok dia dah tanya. Aku tak percaya sangat dengan Qat. Aku baru je kenal dia. Kau pula pandai-pandai buka cerita pasal aku." Bisik Maya di tepi telinga Hajar. Biar Hajar saja yang mendengar suaranya.

"Kalau awak taknak cerita, tak apa. Saya orang luar je. Tak berhak tahu pasal masalah keluarga awak."

Maya berasa bersalah pula mendengar ayat pasrah Qatrunnada. Lagipun dia sudah terhutang budi dengan Qatrunnada. Kalau tiada Qatrunnada di pusat membeli-belah tadi, pasti Maya dan Hajar teruk dilanggar kereta itu.

"Err sebenarnya... keluarga saya benci saya disebabkan satu kesilapan yang saya tak mampu kawal. Mereka semua pulaukan saya macam saya tak penting dalam hidup mereka. Perli saya macam saya tak ada perasaan. Bandingkan saya dengan adik tiri saya. Nenek yang selalu sayangkan saya sudah membenci saya. Saya tak tahan lagi duduk di rumah itu."

Dadanya sesak dengan segala perkara yang dipendam. Sakit untuk menelan hidup-hidup kata perlian ahli keluarganya. Bercucuran air matanya mengalir.

"Shuhh.... Don't cry, my girl. Awak dah tak cantik kalau menangis macam ni." Kata Qatrunnada ingin memujuk Maya yang sedang menangis sambil tersedu-sedan.

Hajar yang berada di sebelah Maya memandang Qatrunnada dengan pandangan yang sukar diramal. Suka kaum sejenis ke? Romantik

"Apa kata kalau awak pindah ke rumah saya. Saya tinggal seorang saja di rumah. Bosan juga kadang-kadang tak ada orang untuk bersembang. Awak setuju?"

"Setuju je, Maya. Tak payah lagi kau sakit hati, menangis dan meroyan seorang diri tahan sakit di hati. Kau ikut je si Qat ini balik rumah dia. Dekat sana hidup kau dijamin aman dan selamat daripada orang yang tak hargai kau." sampuk Hajar. Dia pula terlebih beria dan teruja.

"Kalau mak dan nenek aku tak bagi, macam mana? Aku tak nak mak aku kata aku menumpang senang atas kemewahan yang Qat miliki."

"Tak apa, Maya. Biar saya terangkan kepada mak awak nanti. Saya tak sanggup tengok awak menderita tahan sakit seorang diri. Kalau orang dah tak hargai kita, kita angkat kaki tinggalkan mereka. Jangan biarkan manusia seperti mereka pijak kepala awak. Awak tak payah terhegeh-hegeh nak jaga perasaan diaorang kalau perasaan awak pun diorang tak jaga." Ucap Qatrunnada tenang.

Kata-kata Qatrunnada bagai memberi satu tamparan hebat ke pipinya. Kini Maya sudah sedar dan berazam mahu meninggalkan keluarganya demi kebaikan dirinya sendiri. Biarlah digelar pentingkan diri sekali pun.

"Sekarang kita pergi rumah Maya. Biar Qat yang pujuk mak Maya. Lagipun kita boleh pergi sekolah sama-sama."

Maya mengangguk sahaja. Hajar pula mulutnya terkunci rapat. Lagu yang bermain di corong radio bergema di dalam kereta mewah itu. Menghapuskan satu kesunyian.

"Ini ke rumah awak? Nampak macam tak ada orang je?" Soal Qatrunnada.

"Ada rasanya. Sekejap, saya masuk rumah dulu. Lepas itu, awak cuba pujuk mak saya."

Baru sahaja Maya ingin berpaling ke arah pintu masuk, lengannya ditarik.

"Aku takutlah mak kau mengamuk. Kang habis muka aku hancur dibuatnya. Mana tahu mak kau nak tumbuk kami. Kejar kami dengan parang ke? Mak kau tu bukan boleh dibawa main. Datang puting beliung dia, berterbangan kami. Takut!"

Hajar membuat gaya seperti terbang. Qatrunnada sedaya-upaya menahan diri daripada ketawa tetapi ketawanya sudah pecah. Air matanya sudah mengalir keluar.

Maya membuat muka menyampah. Lawak ke?

"Sedapnya kau kutuk mak aku, Hajar." Kata Maya. Giginya diketap kuat. Maya menyinsing lengan bajunya. Gaya macam makcik-makcik yang tengah marah.

"Sorry...sorry. Tak sengaja. Cepatlah masuk. Harap-harap mak kau tak menyinga lah. Nanti habis muka dia warna oren."

Kepala Hajar diketuk oleh Maya. Merapu banyak budak ni!

"Assalamualaikum. Mama...nenek, ada sesiapa tak dirumah?"

"Waalaikumussalam. Baru tahu jalan balik rumah? Pergi mana balik lambat?" Soal Riana sambil menuruni tangga rumah.

Jam tangan dikerling. Baru pukul enam petang. Lewat kah?

"Keluar dengan Hajar, Ma. Kan Maya dah bagitahu sebelum pergi tadi."

"Menjawab!"

"Ma, Maya nak minta sesuatu perkara" Ucap Maya lalu menggenggam erat tangan Riana sebelum tangan itu dibawa ke mulut untuk dicium.

"Apa?"

"Maya nak tinggal dengan kawan. Boleh tak?"

"Maya tak malu ke nak duduk rumah orang? Ke diri tu dah tak rasa malu? Berzina dengan ramai lelaki, hilang sudah sikap malu itu kan? Kau dengar sini baik-baik, Maya. Selagi Ameena belum sembuh ataupun keadaan dia semakin parah, jangan haraplah aku nak berbuat baik terhadap kau. Nenek kau pun sudah benci dengan muka kau!"

"Mama kenapa macam ni? Kenapa semua orang nak benci Maya? Apa salah Maya? Disebabkan satu kesilapan, semua orang pandang Maya macam pembunuh. Ya Allah, kenapa dengan semua orang?"

"Maya tak payah berkias bagai. Maya benci dengan Meena kan? Sebab itu sanggup membunuh. Kalau mama tak pergi bilik Meena, mesti Meena sudah mati. Cukuplah selama ini aku jaga kau, bagi didikan yang sempurna untuk kau tapi ini yang kau balas dekat aku? Kau keluar dengan kawan kau, berfoya-foya dengan diaorang dan habiskan masa berjam-jam dengan orang yang tiada pertalian darah dengan kau. Kau lebihkan kawan kau dari emak kau sendiri?"

"Makcik!"

Satu suara lantang bersuara untuk membela Maya.

"Kau siapa?" Soal Riana kasar.

"Saya Qat, kawan Maya. Saya nak bersuara untuk memastikan kawan saya tak sakit lagi. Makcik sudah melampaui batas! Makcik tak patut pilih kasih. Maya pun anak makcik tapi makcik layan dia macam sampah. Seolah-olah makcik tidak menyayangi Maya dan terus menyalahkan dia padahal semua itu diluar kawalannya. Saya tahu Maya tidak berniat untuk melihat adiknya sakit."

"Kau siapa nak ajar aku? Kau sudah cukup bagus?"

"Kesabaran manusia ada hadnya, makcik. Kalau sudah melebihi had, sesiapa sahaja boleh menjadi gila. Kita semua buat kesilapan."

"Kau diam! Kau tak berhak nak masuk campur dalam urusan keluarga aku. Kau memang dilahirkan menjadi kurang ajar ke? Masuk rumah orang tak bagi salam."

"Saya datang sini dengan niat baik, makcik. Saya nak bawa Maya tinggal dengan saya. Saya taknak gaduh tambahan pula makcik orang yang patut saya hormati. Tidak elok kalau kita bergaduh lagi. Bertambah dosa kita, makcik."

Perlahan-lahan Maya duduk bersimpuh di atas lantai lalu mencium kaki Riana.

"Izinkan Maya pergi, Ma. Maya ingin mengubati hati yang terluka. Maya janji selepas hati Maya sudah pulih sepenuhnya, Maya akan pulang ke rumah ini."

Riana menolak kepala Maya perlahan menggunakan kakinya.

"Kau tak payah buat drama dekat sini. Kalau kau teringin sangat nak berambus dari hidup aku, dipersilakan. Tapi kalau kau nak balik semula ke rumah ini pun boleh. Aku tak kisah!"

"Maya berharap masa boleh diundurkan. Maya nak jadi kanak-kanak yang mama sayang dahulu. Yang mama belai, peluk dan cium sebelum tidur. Maya rindu detik-detik indah kita, Ma."

"Pergilah ke mana pun. Kau bawa dia pergi. Kau pula Hajar jangan membatu sahaja kerja, pergi ambil baju Maya diatas. Qat, kau jaga Maya sebaik mungkin. Aku tahu aku banyak buat silap dengan dia. Aku tak layak jadi ibu dia. Kau bawa dia pergi secepat mungkin."

Hajar segera menuju ke tingkat atas untuk ke bilik Maya. Maya sudah jatuh berteleku dihadapan Riana. Maya menangis tanpa bunyi. Sakit yang teramat! Qatrunnada memandang sayu melihat wajah Maya yang sudah dipenuhi air mata.

"Qat, aku dah siap packing baju Maya. Kita gerak sekarang."

Qatrunnada membantu Maya untuk bangkit. Digenggam kemas tangan Maya untuk menyalurkan kekuatan yang tak seberapa.

"Ini keputusan saya, jadi saya redha." jawap Maya ringkas di tepi Qatrunnada

Maya merapati Riana dan tangannya dihulurkan untuk bersalaman.

"Maya minta maaf, Ma. Maya janji nanti Maya balik tengok mama. Maya doakan semoga Ameena cepat sembuh dan cepat balik ke rumah. Nanti mama dah tak bosan kalau Meena ada. Maya pergi dulu."

"Sudah sampai di rumah saya! Dipersilakan masuk tuan puteri. Buatlah macam rumah sendiri." pelawa Qatrunnada.

Hajar sudah dihantar pulang ke rumahnya sebelum ke sini. Maya tidak sangka rumah Qat sebesar istana. Banyak kereta yang diimport dari luar negara diletakkan di garaj. Dari sudut pandangan mata Maya, semua kereta tidak dipandu lagi. Kusyen kereta masih berbalut dengan plastik. Kayanya!

"Besarnya rumah awak. Awak tinggal seorang?"

"Ya, saya tinggal seorang tapi memandangkan awak dah jadi penghuni rumah ini... kehidupan saya sudah tak sunyi. Saya gembira tau awak sudi tinggal dengan saya. "

"Jomlah masuk. Mesti awak hauskan."

Maya menarik dua beg bagasi menggunakan kedua-dua belah tangannya. Qatrunnada ada menyuruh bibik untuk mengangkat begnya tapi ditolak dengan baik. Tidak mahu menyusahkan orang lain.

Pakaian Maya sudah diletakkan di bilik tetamu. Tak sangka Qatrunnada beri bilik sebesar itu dengan segala kelengkapan sudah disediakan. Bilik itu memang lengkap dan mewah.

"Awak duduklah dulu di sofa. Nanti kalau ada orang ketuk pintu, awak tolong bukakan tau. Itu kawan saya. Saya nak mandi sekejap. Ketiak pun dah bau busuk." Kata Qatrunnada lalu meninggalkan Maya seorang diri di ruang tamu.

"Baiklah. Saya nak tengok televisyen sekejap."

Tok! Tok!

Maya segera menuju ke pintu utama. Pintu dibuka maka matanya tertancap pada satu figura yang cantik sedang memandang tepat ke arah nya.

"Assalamualaikum, awak ke kawan Qat?"

"Ya, akulah. Boleh aku masuk?" Pintanya

"Dipersilakan masuk." Jawab Maya ramah

Maya memandang perempuan itu atas bawah. Gadis itu memakai pakaian yang agak terdedah. Seluar jeans ketat dan baju tanpa lengan.

"Duduklah, nanti Qat turun. Dia mandi sekejap. Nama awak siapa?"

"Musallimah. Boleh panggil aku Imah."

"Klasiknya nama awak. Muka awak pula iras-iras Hannah Delisha. Cantik!"

"Ya, aku tahu. Kau jangan dekat dengan Qat.Dia Queen of Devil. Lebih baik kau berambus dari hidup dia sebelum hidup kau merana."

Maya terbungkam buat seketika. Sanggup kutuk kawan sendiri? Si Imah ni ada masalah mental ke ataupun mempunyai dua personaliti?

"Apa awak cakap ni? Qat tu kawan awak kan? Tak patut awak kutuk dia."

Musallimah menjeling tajam.

"Aku kenal dia lama dah. Kitaorang tadika sama-sama, sekolah rendah dan menengah pun sama-sama jadi... aku kenal lah dia macam mana. Kau tu baru jumpa dah acah macam kenal lama."

"Aku cuma..."

"Kau orang kalau nak kutuk aku, pastikan berbisik. Ini tak, sampai ke atas dengar. Kau kenapa takutkan si Maya ni? Itu zaman jahiliyyah aku dulu. Aku rasa kau tak patut cerita aib aku."

"Awak jangan percayakan si Imah ni. Pembohong besar! Patut ke dia cakap saya macam itu? Imah ni kuat merapu orangnya."

"Ceh, kau nak berlagak alim ke Qat? Kau yang dulu dan sekarang, sama je. Jahil dan jahat!"

"Aku dah bagi amaran keras kepada kau, Maya. Kalau kau tak ikut juga, mati lah kau dengan si durjana ni."

"Aku ajak kau datang sini sebab aku nak kenalkan kau dengan Maya bukannya cari gaduh dengan kau."

Maya memandang kedua orang itu. Aneh. Kawan tapi kenapa nampak macam bukan kawan? Ataupun musuh? Musuh dalam selimut?

Qatrunnada membisikkan sesuatu ke telinga Musallimah.

"Kau dengar sini, Imah. Kau jangan berani mengaku aku kawan kalau kau bocorkan semua rahsia aku. Aku cuma nak tolong dia dan kalau selepas itu apa yang terjadi kepada dia, itu bukan urusan kau."

Musallimah hanya mendiamkan diri dan mendengar saja Qatrunnada bercakap. Maya yang berada tidak jauh daripada mereka memandang aneh. Apa yang mereka bincangkan?

Usai Qatrunnada berbisik, dia menepuk kedua belah bahu Musallimah.

"Apa yang kau orang bincangkan?" Soal Maya

"Tak ada apa-apa. Kitaorang cuma bincang pasal kerja sekolah. "

"Semuanya terletak di tangan kau. Kau selamatkan hidup kau dari manusia seperti Qat ni sebelum terlambat. Kalau tak... aku cungkil mata kau, Maya." Bisik Musallimah secara tiba-tiba di tepi cuping telinga Maya. Seram sejuk!

Satu saja soalan yang bermain di fikiran Maya.

Selamatkan hidupnya? Apa maksud Musallimah? Qatrunnada seorang yang jahil dan jahat?

Tak mungkin!

Ataupun Musallimah yang bermasalah? Maya kusut memikirkan tentang perkara ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience